Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
( سورة البقرة , Al-Baqara, Ayat 43)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu), yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
( سورة النساء , An-Nisa, Ayat 43)
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur"
( سورة المائدة , Al-Maeda, Ayat 6)
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat pertama di atas jelas akan tuntutan kewajipan bersolat kepada kita sebagai hamba kepadaNya. Manakala dua ayat berikutnya, jelas menunjukkan bahawa ibadat solat adalah fardhu bagi setiap orang yang mukallaf walau apa pun keadaannya, selagi ia masih hidup dan waras fikirannya.
Bayangkan jika pesakit tidak menunaikan solat fardhu atas alasan jahil dan tidak faham bagaimana caranya berwuduk atau bertanyammun dan menunaikan solat orang sakit, siapakah yang hendak dipersalahkan? Sanggupkah kita sebagai seorang muslim doktor membiarkan mereka menemui Allah tanpa menunaikan solat? Mereka adalah saudara seagama kita, jadi saya rasa menjadi kewajipan bagi kita untuk mengajar mereka dalam hal ini selain daripada merawat penyakitnya.
Saranan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) supaya kerajaan mewujudkan jawatan pegawai agama di hospital adalah begitu tepat dengan situasi ini. Presidennya, Prof Dr Abdul Latiff Mohamed, berkata walaupun beberapa hospital telah mewujudkan konsep mesra ibadah tetapi usaha itu masih belum mencukupi. Kempen supaya peruntukan bagi menyediakan pegawai agama bagi membantu pesakit Islam menunaikan ibadah akan diadakan. [petikan berita harian 3/7/06]
Mengikut kajian oleh Dr Azwani Y.N dan pembantunya, sebanyak 96% pesakit tahu akan kewajipan bersolat walaupun dalam keadaan sakit. Namun sebanyak manakah pula pesakit yang bersolat ketika admitted di wad? Keadaan ini amat menyedihkan kerana kebanyakan mereka memberi alasan tidak ada panduan untuk menunaikan ibadah tersebut lantaran terus meninggalkannya dan beranggapan boleh diqada selepas sihat semula nanti. Sebanyak 6.7% daripada 45 responden mengatakan mereka tidak tahu bertayamum, 13.3% pula menyatakan mereka tidak ditolong & lebih 31.1% pula beranggapan mereka tak boleh bersuci.
Pesakit-pesakit ini sebenarnya mempunyai niat untuk bersolat namun perasaan malu (yg tak bertempat) jauh di sudut hati itu telah menyebabkan mereka malu untuk bertanya. Mungkin mereka tidak mahu menganggu para jururawat & doktor yang sibuk bertugas. Jadi, saya merasakan pesakit perlu digalakkan dan juga didedahkan supaya menunaikan kaedah ibadah dalam sakit biarpun ia sesuatu tidak familiar bagi mereka. Ini hanya boleh dilakukan oleh jururawat yang telah diberi lathan teori dan amali berhubung dengan ibadah pesakit.
*afiqawe: Insya Allah, rawatan rohani ini akan membantu lebih cepat terhadap rawatan fizikal pesakit tersebut.
No comments:
Post a Comment