Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, December 20

Updates dari Gaza...





the pictures speak louder...


Anda nak tengok sahaja ke?

http://vivapalestina.org/home.htm


Thursday, December 17

Selamat ber-Hijrah 1431

Tahun demi tahun berlalu. Esok, andai kita masih hidup, kita akan masuk lagi ke tahun baru hijrah. Tahun yang akan memberi harapan untuk mendapat yang lebih baik dan menjadi lebih baik dalam setiap apa perkara dan urusan pun berbanding tahun-tahun yang lepas.

Setiap orang pasti ada azamnya pada tahun baru ini. Jika misi-misi dahulu masih tak tercapai, kita pasti akan diusahakan untuk memenuhinya pada tahun yang baru ini. Dan usaha itu dilakukan dengan melakukan pelbagai perubahan untuk menjadikan misinya dapat dijayakan.

Dan hampir setiap tahun kita lontarkan slogan KEAZAMAN untuk BERUBAH kepada yang lebih baik dan BERUBAH pelbagai cara, medium, pendekatan, strategi demi mencapai apa yang kita cita-citakan.

Tapi berapa banyakkah peratusnya yang sudah tercapai? Adakah lebih daripada 50%? Sekurang-kurangnya 25%...

Apakah penghalangnya jika masih jauh tak bergerak?


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Daripada Rasulullah saw:

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ[1]

Ertinya:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.

Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.


SELAMAT BERHIJRAH ke TAHUN BARU 1431!