Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, February 28

Winter Gathering 2010



Meskipun sudah 3 minggu berlalu, masih terbayang-bayang lagi suasana dan biah jaulah ini kerana rindu yang amat sangat untuk berada di situ lagi...

Tidak dapat dinafikan winter gathering kali ini adalah yang paling BEST yang pernah saya alami. Satu pengalaman tarbiyyah yang sangat bermakna sepanjang enam tahun berada di luar negara ini. Susah untuk dapat gathering yang macam ini lagi nanti...

Biar pun pahit di awal perancangannya, tapi Alhamdulillah Allah bagi kemanisan sepanjang program dan selepas tamat program itu. Dan kemanisan itu masih dapat dirasai lagi oleh semua sehingga ke hari ini. Subhannallah, semuanya itu adalah dengan kehendakNya juga.

Clip di atas memaparkan hanya 1 daripada 100 kemanisan yang direkod oleh videocam. Saya yakin di hati brothers & sisters masih basah dan akan masih basah dengan keimanan, biah dan ukhwah yang dialami di sana itu. Dan moga-moga ia akan menggerakan kita semua untuk terus istiqamah dalam tarbiyyah ini.

Ucap tahniah terutamanya kepada adik-adik yang saya nampak begitu semangat ber-gathering. Nampak jauh ke dalam lubuk hati masing-masing keikhlasan dalam mencari pencerahan diri dan kefahaman yang mendalam tentang ad-deen ini. Saya harap semangat itu akan tetao membara untuk terus mengerakkan diri masing-masing membentuk diri menjadi individu muslim yang betul-betul dapat melaksanakan islam yang syumul dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya adik-adik sangat sangat beruntung tatkala di awal usia muda ini sudah pun mengenal dan memahami apa itu tarbiyyah... Dan tidak tipu pula untuk saya katakan yang saya sangat cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kepada adik-adik ini.

Harap-harap peluang dan nikmat yang Allah bagi ini disyukuri dengan sentiasanya.

Tapi apa pun, saya yakin yang setiap daripada kita itu ada sejarah dan jalan hidupnya yang tersendiri yang telah Allah tetapkan. Tidak kiralah di mana dan bila tarbiyyah kita bermula, yang lebih penting adalah kita tetap thabat dengan jalan ini dalam usaha kita mengejar redha Allah swt.

Wallahualam.