"Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )
Satu hari dalam bulan lepas, ada seorang staff nurse offer saya sejenis junk food, Mr Potato. Saya menolaknya dengan mengatakan saya tak makan sangat makanan itu, lagipun perut masih kenyang lagi.
Seorang lagi staff nurse yang teringatkan saya tak makan McDonald juga (sebab boikot Israel) semasa mereka membuat delivery order minggu sebelumnya, menjerit...
"Dr Afiq tak makanlah benda macam ni. Dia tak makan juga McD. Dia boikot McD !!!!!"
..sehingga terpandang semua orang (termasuk kawan sekerja, MA, PPK malah juga pesakit yang sedang dirawat) ke arah saya.
Saya lihat reaksi mereka, terpinga-pinga dan tertanya-tanya kepelikan kenapa tak makan? Kenapa boikot?
Apa kaitan Israel?
Insiden yang berlaku beberapa minit itu berlalu dengan masing-masing kembali melakukan kerja masing-masing.
Kalau anda nampak sticker ini di cermin belakang kereta Alza warna putih,
itulah kereta saya. Ya, saya menyeru anda memboikot restoran ini. Terima kasih,
Tetapi, ia tetap meninggalkan jawapan kepada saya bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ummah yang sedang dilamun dan dibuai dengan jahiliyyah-jahiliyyah di sekeliling mereka ini.
Cuba bayangkan bagaimana doktor itu yang mengambil darah daripada seorang pesakit tidak fokus dengan prosedur yang sedang dilakukannya. Dia sibuk memikirkan balik kerja ni nak buat apa, nak makan apa, nak masak apa, gaji dah masuk belum, email tak check lagi, sms kawan tak reply lagi dan macam-macam lagi.
Dia dengan secara unconsiousnya melakukan prosedur itu sehingga habis tanpa menyedarinya. Dia tidak meniliti dan memahami apa-apa pun setiap apa yang dilakukannya kerana sudah menjadi kebiasaannya setiap hari.
Boleh jadi ada technique yang dia miss sebab tak fokus. Boleh jadi prosedur itu tak sterile sebab kelalaiannya dan akhirnya boleh memberi komplikasi kepada pesakit. Boleh jadi, dia tersilap masukkan darah ke tube yang tidak diperlukan. Lagi teruk, dia tersilap patient.
Itu baru sekecil-kecil prosedur. Kalau buat operation?
-------------------
Bagaimanapula dengan solat lima waktu seharian kita?
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukiminun; 1-2).
"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat yang utama (subuh,asar) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk" (Al-Baqarah, 238).
Solat adalah ibadah yang utama akan dihisab di akhirat berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya ia sempurna, maka barulah akan dihitung amalan-amalan lain.
Kita solat 5 kali sehari dan kita boleh menjadi macam seorang doktor itu dengan unconsciousnya dalam lima minit solat kita sudah selesai. Baru tadi rasa angkat takbir, erh tiba-tiba dah bagi salam.
Jika kita boleh fokus dengan kerja-kerja kita yang lain, kenapa kita tidak boleh fokus dalam solat kita? Kenapa kita tidak berusaha memahami apa yang kita baca, menghayati segala pergerakan kita dan juga merasa Ihsan ketika dalam solat.
Doktor tadi mungkin akan menjadi lebih fokus bila bossnya (Specialist) sedang melihat prosedur yang sedang dilakukannya dan dia akan sungguh-sungguh melaksanakannya dengan teliti dan sempurna, penuh dengan 'taqwa'.
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya"
(Al-Maun, 4-5).
Anda boleh google tips-tips khusyuk solat di pelbagai blog dan website. Tak perlulah untuk saya hurai dengan lebih panjang.
*Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengurniakan saya seorang isteri yang selalu mengingatkan suaminya supaya fokus dalam kerja-kerja yang dilakukan.
Setelah hampir dua tahun terlantar akibat renjatan housemanship, semangat untuk blogging ini kembali dipulihkan.
Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan berkongsi cerita, artikel serta pengalaman hidup melalui wadah ini juga.
Sebulan ditempatkan di unit rawatan terapi (ICU) ramadhan, keeping nil by mouth (NBM) pada siang hari, dibasahkan dengan pints-pints Al-Quran sebagai daily maintainance dan kadang-kadang perlu di 'run fast' serta oncall pada malam-malam terakhir untuk bermunajat dengan si Khaliq, telah memberikan kekuatan untuk menulis semula.
Segala pressure sore yang develop dalam blog ini juga akibat terlantar terlalu lama akan di'dressing' kan dengan sebaik-baiknya sehingga pulih.
Insya Allah, saya akan cuba manfaatkan masa-masa yang 'yang dulu' tidak diurus dengan baik untuk berblogging.
Seluruh ilmu yang ada di bumi dan langit itu milik Allah swt yang Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, sekarang sudah lebih 48 hari mula bekerja sebagai House Officer di PPUM.
Masih sedang belajar, adapt dan mengejar kesibukan kerja-kerja harian di ward dan oncall. Bulan ini dapat 6 kali oncall. Senior kata, dah semakin kurang itu. Tapi, boleh jadi banyak next month bila diaorg ramai-ramai habis houseman ni.
Dimarah dan diperli tidak sepatutnya membuatkan diri ini lemah, tapi sebagai pembaikan dan peningkatan diri. Insya Allah.
Tahajud, istikharah, Bacaan Quran, Mathurat, Tawakkal serta niat ikhlas dan mengingati Allah sepanjang bekerja boleh memberi kekuatan kepada diri.
PPUM ini ada kelainan sistemnya tersendiri.
Houseman masih tidak ramai. Latest yang saya ternampak kat list semasa CME Program hari itu macam ada 99 orang sahaja. HO yang akan keluar pun agak ramai tidak lama lagi. Yang masuk pula selalunya sangat sedikit every batch from the whole malaysia.
So, sesiapa nak buat Houseman di PPUM, saya galakkanlah sekarang. Kerja masih banyak boleh buat, experience boleh gain dengan banyak (tapi kena cepat2) tiap2 hari. Patients yang ada kadang-kadang dalam sehari tu boleh sampai 18 orang yang kita kena jaga.
Hostel pun dekat dan sangat selesa.
Makan pun ok laaa... Banyak kedai makan... dan ada secret recipe 24hours dalam ppum..
Alhamdulillah, usrah pun setakat ini sempat untuk saya nak pergi... =)
Tiada kalimah lain yang lebih layak diungkapkan atas kurniaan yang Allah telah berikan kepada saya.
Syukur kepada Allah swt dengan nikmat Iman dan nikmat Islam yang dikecapi sehingga saat ini. Saat dimana jari-jemari ini dapat menaip perkataan-perkataan untuk posting kali ini setelah sekian lama tergendala.
Jika dua nikmat ini tidak dirasai lagi atau ditarik balik, tidak dapat untuk saya bayangkan bagaimana gelapnya dunia ini tanpa cahaya petunjuk Allah swt itu. Nauzubillah, moga dijauhkan daripada kegelapan jahiliyyah sedemikian.
Enam tahun telah berlalu di bumi soviet ini. Sekarang ini sekejap sangat rasanya masa-masa itu. Sekeping Diplom yang meluluskan saya dan isteri untuk masuk berkhidmat, bekerja dalam dunia perubatan dan kesihatan telah pun dicapai.
Hari terakhir sekolah
Penat bergambar selepas majlis graduasi
Berkelah di Red Square
Saya akui yang saya ini tidaklah secemerlang untuk mencapai Krasni, tapi saya sentiasa memohon dengan Allah swt agar segala ilmu dan usaha kami untuk mencapai kejayaan dunia ini diberkati dan diredhai olehNya. Moga-moga juga segala dosa atau maksiat dalam menuntut ilmu ini, yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh kami, lagi-lagi waktu zaman-zaman jahiliyyah dulu diampuni oleh Allah swt.
Enam tahun itu pun banyak kenangan dan pengalaman pahit manis dan suka duka dilalui. Insya Allah andai ada kesempatan dan ruang, akan saya share untuk semua. Mana yang baik dan buruk itu bolehlah diambil sebagai panduan dan tauladan.
Jazakumullah khairan kepada semua yang telah banyak membantu kami dalam apa jua perkara sepanjang hidup di sini. Jazakumullah khairan juga kepada semua yang sudi membaca tulisan-tulisan di blog ini.
Insya Allah, saya akan cuba terus menulis untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.
Beberapa hari lepas kita dapat lihat sekali lagi musuh-musuh Islam telah membuat serangan terhadap Islam. Kali ini mereka mencipta pula "Draw Muhammad Day".
Ya, sengaja mencari pasal!
Tiada moraliti dan tidak ada respect langsung!
Selalunya mereka ini bukannya ada hujah atau asas pun. Tetapi mereka lakukan ini tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka sedang risau yang Islam kembali berkembang pesatnya. Teralu progresif! Di mana-mana terutamanya di negara-negara mereka, kenaikan Islam bertambah dengan dahsyatnya.
Tidak terkecuali Russia...
Russia pun yang bimbang pengaruh Islam semakin berkembang hari demi hari telah sanggup mengebom rakyat sendiri hanya semata-mata hendak memburukkan Islam.
Ya, mereka berjaya memburukkan Islam. Mereka berjaya menuduh orang Islam yang membuat 'onar' itu. Tetapi sehingga ke hari ini mereka masih gagal membuktikan siapa yang sebenarnya dalang di sebalik kejadian itu, walaupun ada video seseorang yang telah mengaku.
Orang Islam Russia tidak sebodoh itu saya rasa. Selepas beberapa hari, kita dapat lihat yang Presidennya selamat sahaja pergi dan pulang melawat tempat di mana kononnya adanya perancang bom itu berada. Berani pula ya? Tidakkah pelik?
Mungkin dia tidak merancang. Tetapi, pasti ada dalang-dalang di bawahnya yang merancang, semata-mata kerana politik dan kedudukan.
Dan saya juga banyak membaca di website-websites islam russia yang mempertikaikan kesahihan cerita-cerita, saksi dan keluarga yang terlibat. Susah sangat untuk relate satu sama lain. Banyak kepincangan. Bagi saya, sungguh tidak pandai mereka merancang penipuan sebegini. "Takleh lawan US lagi la nampaknya..."
Begitlah kelakuan bagi mereka yang dengki dan sangat risau dengan al-haq ini. Macam mana pun mereka buat, Al-haq ini akan terus dan terus berjalan. Berjalan meruntuhkan satu-persatu al-batil di hadapan yang menghalangnya. Dan membina kembali tamaddun dan sistem kehidupan di alam ini.
Walau pahit, sukar dan semakin besar cabarannya selepas peristiwa ini untuk ummat Islam di Russia, saya yakin ia hanyalah sementara. Saya juga yakin semakin ramai orang Russia yang akan cuba mencari apa sebenarnya ada pada Islam dan seterunya akan cuba memahami ad-deen ini.
Mereka akan melihat kebenaran yang sebenar. Siapa yang benar dan siapa yang salah akan terungkai tidak lama lagi. Islam akan menjadi pilihan hidup mereka. Islam akan menjadi solusi masalah dan persoalan mereka. Islam akan menjadi pembawa rahmat kepada mereka.
Insya Allah!
Percayalah! Allahu akbar!
Tag : Bombing, Islam, Russia, Moscow, Metro, Malaysian Students in Moscow, Muslim.
Teringat satu kisah daripada seorang sahabat, seorang Muallaf...
Puas Raja memujuk dan meng-comfort ayahnya tentang Islam. Susah hendak patahkan hujah-hujah ayahnya yang baginya amat mengecewakan.
Bukan kecewa dengan ayahnya, tetapi geram dengan realiti semasa sekarang ini yang berlaku terhadap orang Islam.
"Ayah tengok orang Melayu sama sahaja dengan kita. Mereka bercakap tentang 'main perempuan', minum arak, merokok tak henti-henti... Apa bezanya kita dengan mereka? Buat apa nak masuk Islam kalau kita dan mereka sama sahaja?"
"Ayah... Ayah kena faham yang orang Melayu itu tak semestinya ISLAM. Orang Islam bukan dan tidak mungkin buat macam yang ayah cakap itu..." Raja cuba mempertahankanya.
"Habis itu apa? Tengoklah paper hari ini... Kes-kes rape semua orang Melayu buat, orang Islam buat! Orang cina dan india mana buat macam tu!"
"Ish, kalau yang buat tu, bukan Islamlah tu namanya...!" emosi sedikit Raja kali ini.
Puas dan habis sudah dia terangkan apa maksud Islam, bagaimana Islam sebagai cara hidup, Islam yang semesti difahami.
Tetapi, akhirnya orang Melayu sendirilah yang telah merosakkan nama Islam itu dan seterusnya tidak menyakinkan orang yang belum Islam untuk menerima Islam.
Dia tetap tidak berpuas hati dengan kata-kata yang berbunyi "Masuk Islam bererti Masuk Melayu".
Ish, mana boleh! Aku kaum India tetaplah kena jadi India! Islam adalah cara hidupku, tapi rupa dan parasku tetap berbangsa India!
Baginya, dia amat kecewa apabila alasan sedemikian rupa dijadikan hujah untuk tidak menerima Islam. Memang dia kena berusaha lagi untuk meyakinkan ahli-ahli keluarganya. Namun, dia kadang-kadang terasa berat dan terbeban akibat realiti persekitaran yang dimana majoriti orang Islam di Malaysia adalah Melayu.
Dan ramai orang Melayu telah merosakkan nama Islam dengan berperangai seperti orang bukan Islam. Islam menjadi satu nama atas kad pengenalana sahaja.
Raja memahami Islam setelah lama mencari-cari. Comparison yang dibuat dengan setiap agama yang dikajinya akhirnya menemukan Islam sebagai The best way of life. Segala jawapan yang membuku dihatinya terungkai dengan Islam. Segala aspek kehidupan seorang manusia ter-cover dengan Islam. Syamil, Kamil dan Mutakamil. Menyeluruh, Lengkap dan Melengkapi.
Alhamdulillah, kini Raja ingin manusia lain pun terutamanya ahli keluarganya dan saudara-saudaranya juga dapat menikmati dan merasai kemanisan yang dia nikmati sekarang ini iaitu memahami Islam.
Dia pun ingin orang Melayu yang masih lagi mendapat Islam Warisan supaya tersedar untuk memahami Islam yang sebenar.
Editted version daripada sebuah kisah benar. Tiada kaitan hidup atau mati. **Banyak pengajarannya...
Pada suatu hari, semasa En Hisham ada membuat sedikit majlis makan-makan (a.k.a open house), seorang rakan pejabatnya yang sedikit terlewat datang meminta untuk menumpang solat Zuhur.
Maka, bersolatlah wanita itu di ruang solat dalam rumahnya.
Tiba-tiba, anak kecil En Hisham, Fatimah berceloteh dan dengan blurrnya bertanya pada ayahnya,
"Abi, Abi... orang bukan islam pun solat jugak ke?"
Erk... terkejut Abinya mendengar soalan itu. En Hisham faham benar kenapa soalan macam itu keluar dari benak fikiran anaknya.
"Eh Fatimah ni, auntie itu orang Islamlah,"
"Tapi..."
"Fatimah, Umar tunggu kat luar tu naik main dengan Fatimah," terus Abinya memotong perkataan anak perempuan kecilnya itu.
"Nanti Abi beritahu ya.." tambahnya lagi dengan senyuman kasih sayang.
Fatimah yang masih blur-blur itu pun terus keluar mencari Umar.
Editted version daripada sebuah kisah benar. Tiada kaitan hidup atau mati. **Banyak pengajarannya...
Esok, Sabtu 9 May 2010, negara Rusia ini sekali lagi akan menyambut perayaan terbesar nasional mereka - Victory Day (atau dalam bahasanya День Победы), yang ke-65. Sambutan kali ini dijangka akan diadakan dengan semeriah-meriahnya dan saya jangka lebih meriah daripada sambutan ke-60 pada lima tahun lepas.
Pada tahun 2005 lepas, pemimpin-pemimpin utama dari 60 buah negara telah dijemput untuk menyaksikan parade mereka di Red Square, Moscow Center. Dengan gah dan terasa besarnya mereka, segala kekuatan, kelengkapan dan barisan angkatan dipersembahkan ke seluruh dunia. Sehinggakan center Moscow ditutup dan langit ditembak bagi menahan hujan turun. Semua itu khas dibuat untuk upacara berprestij itu.
Lebih seminggu lepas lagi kehangatan Pobedi ini dirasai. Jalur Emas kehitaman yang menjadi simbol perayaan ini dipasang di mana-mana. Di tepi-tepi jalan, kereta, bendera, banner dan poster. Band jalur juga diedarkan kepada rakyat mereka. Malah di dalam bas pun, sekali sekala diperdengarkan lagu pobedi mereka ini.
Kagum juga melihat semangat patriotik mereka. Sayang mereka kepada tanah air, sayang mereka kepada kejayaan dan sayang mereka kepada para pejuang terdahulu.
Bagaimana pula kita dan tanah air kita?
Tidak dinafikan warga belia mereka juga majoritinya hanyut ditipu hendonisme, sekularisme, dan westernisme sehingga hilang identiti sendiri. Populasi penduduk mereka kini kian menurun tahun demi tahun akibat tidak mahu berkahwin dan abortion. Boleh dikatakan seorang wanita at least pernah sekali dalam hidup mereka melakukan abortion (pengalaman semasa belajar OnG di sini). Ditambah pula, baru-baru ini saya terbaca yang perokok paling muda di Rusia ini adalah dikalangan yang berumur 8 tahun.
Allahuakbar! Hancur belianya. Negara ini sendiri memang terasa gah dan besarnya dalam pelbagai perkara sehingga berani nak lawan US, walhal kehidupan mereka sedang dijajah oleh sistem-sistem yang menghancurkan kehidupan mereka.
Jatuh sistem jahiliyyah soviet dan naiknya sistem jahiliyyah kapatalisme dan sekularisme tidak akan dapat mengubah apa-apa keadaan sosial, ekonomi, kenegaraan dan lain-lain selagi Islam yang tidak mengambil alih. Manusia akan terus rosak dan rosak walaupun datang lagi sistem jahiliyyah yang baru untuk menggantikan apa yang ada sekarang ini.
Bagaimana manusia hendak menyusun sistem untuk kehidupan manusia sedangkan manusia itu tidak tahu hakikat diri mereka sendiri?
Baliklah kepada Islam. Ad-deen yang diredhai Allah, Tuhan yang menciptakan manusia. Dia lebih mengetahui segala isi hati, kehendak dan keperluan manusia. Dia juga lebih tahu apa yang manusia tidak petlu dan berbahaya kepada dirinya, sama ada dalaman dan luaran. Semuanya telah terbentang luas disusun dan diceritakan dalam Islam. Mahu atau tidak sahaja kita untuk mengambilnya.
Apa pun, selamat menyambut Victory Day oh Russia !
*** Esok tatkala mereka sibuk berRaya di Red Square, saya pula akan join program Rehlah. Ambil manfaat daripada cuti tiga hari dalam spring ini untuk berprogram sebelum masing-masing akan sibuk untuk prepare exam. Moga semuanya berjalan baik. Insya Allah.
Hari ini balik kelas lebih awal. Alhamdulillah, sempatlah bersolat Jumaat di Masjid Historical di St Metro Trertyakovskaya. Bukan setakat sempat, malah dapat duduk di dewan solat utama dekat dengan mimbar.
Bukan senang nak dapat masuk dalam. Kadang-kadang kalau pergi itu, mesti dah penuh sehingga terpaksa solat di jalanan di hadapan masjid. Kalau waktu winter dulu, lebih prefer ke Embassy Indonesia yang terletak tidak jauh dari Masjid itu untuk mengelakkan diri yang tidaklah kebal mana untuk menahan salji-salji Russia ini.
Sebenarnya sudah lama saya tidak menjejak kaki ke dalam masjid ini. Tahun ini baru pertama kali rasanya... Banyak sangat kenangan di sini. Waktu zaman bujang dulu, saya suka ke masjid untuk mencari ketenangan setelah hari-harian sibuk dengan study dan aktiviti persatuan. Di Masjid dapat juga berjumpa dengan orang tempatan Muslim.
Banyak juga belajar bahasa Rusia dengan mereka disamping ditiup-tiup semangat supaya menjadi Muslim Doktor yang berjaya untuk disumbangkan kepada Ummah. Mereka terutaamanya pakcik-pakcik itu sangat suka melihat anak-anak muda Muslim yang belajar ini tapi tidak meninggalkan Islam sebagai pegangan dan cara hidup. Terasa tinggi harapan yang diletakkan oleh mereka untuk diri ini.
Insya Allah, saya akan tunaikan !
Khutbah kalau dulu-dulu memang susah nak faham sebab kadang-kadang dia gunakan perkataan yang jarang digunakan. Itulah sebab tak banyak vocabs, yang banyak adalah term russian medic. Tapi Alhamdulillah, sekarang dah boleh faham. Walaupun tak semua, tapi bolehla tangkap point-point penting apa yang nak disampaikannya.
Suka juga cara penyampaiannya. Tidak terlalu pantas, tidak terlalu lantang tetapi sangat berhikmah. Cara khatib ini bercakap seolah-olah seperti seorang ayah yang sedang menceritakan sesuatu kepada anak-anaknya. Ternampak perasaan kasih sayangnya kepada hadirin suapaya setiap kata-katanya itu dapat masuk ke hati dan difahami untuk dipraktikkan.
Simple dan basic bicaranya. Menceritakan KITA sebagai Muslim, bukan sekadar boleh mengaku я мусульман (Saya Muslim!) tapi mestilah membuktikan secara praktikal daripada segi akidah kita, ibadah kita dan yang lebih nampak di mata umum adalah akhlak kita.
Baik, sampai di situ sahaja. Sedang bergegas hendak jumpa orang di somewhere. Moga-moga kita juga dapat menjadikan Islam diri kita itu bukan menjadi nama semata-mata. Amin.
Tadi baru sahaja balik daripada Program Solat Hajat Perdana di Embassy anjuran PPIM RSC Moscow. Best pula mendengar tazkirah ringkas daripada En Wan, pegawai JPA di Russia ini. Mungkin saya yang tak pernah dengar tazkirah-tazkirah beliau sebelum ini.
Meskipun tak ramai yang dapat datang, tapi program tetap terasa kemeriahannya. Makanan walaupun banyak berlebihannya, dah pun di-saboy semuanya. Alhamdulillah, taklah membazir. Mungkin kena promote lebih hebat lagi next time, lagi-lagi apabila clash program. Tak perlu nak salahkan sesiapa sebab masing-masing ada hak nak buat program. Sebabnya student pun dah bertambah ramai... Kalau satu program itu cover interest sesetengah pihak sahaja, contohnya 100 orang sahaja, 200 orang nak buat apa? So, why not ada program-program lain untuk beberapa pihak yang mungkin interest-nya lain-lain?
Berbalik kepada pengisian tadi. Memahami tujuan hidup, usaha yang sungguh-sungguh, keazaman, kekuatan dalaman dan kesabaran merupakan antara perkara yang mesti kita kuatkan dan gandakan dalam diri yang insyaAllah boleh membawa kita menjadi insan yang bertakwa, berjaya dan bahagia dunia akhirat.
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Al-Anaam, 162)
Satu ikrar yang kita laungkan setiap hari. Ikrar penyerahan. Ikrar pengabdian. Semua pergerakan, perilaku, aktiviti harian, kegiatan yang kita laksanakan adalah berpaksikan semata-mata kerana Allah swt. Bukan kerana kepentingan diri dan lain-lain. Kerana kita yakin, beriman yang dari Allah-lah kita datang dan kepadaNya-lah kita akan dikembalikan. Jadi, setiap satunya itu kita laksanakan bagi memenuhi tujuan penciptaan diri kita, abdullah dan khalifatullah.
Insya Allah, jika kita hayati ikrar itu tatkala membacanya seperti mana kita selalu berikrar negara kita di sekolah dulu (untuk jadi rakyat yang baik, patuh undang-undang dll), maka mengapa tidak kita buktikan, laksanakan dan praktikakn ikrar kita kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita, yang Maha tahu apa yang baik dan buruk untuk kita.
Semasa pengisian itu, terasa jugalah apabila En Wan bercakap tentang sikap. Mana taknya, dahlah terlewat sampai 10-15 minit di embassy tu, masuk-masuk terserempak pula dengan dia. Salam sahajalah. Padahal dalam hati terasa juga malu dah.
"Kata nak jadi Super Muslim, tapi tak punctual2 juga. Astaghfirullah..."
Meskipun sudah 3 minggu berlalu, masih terbayang-bayang lagi suasana dan biah jaulah ini kerana rindu yang amat sangat untuk berada di situ lagi...
Tidak dapat dinafikan winter gathering kali ini adalah yang paling BEST yang pernah saya alami. Satu pengalaman tarbiyyah yang sangat bermakna sepanjang enam tahun berada di luar negara ini. Susah untuk dapat gathering yang macam ini lagi nanti...
Biar pun pahit di awal perancangannya, tapi Alhamdulillah Allah bagi kemanisan sepanjang program dan selepas tamat program itu. Dan kemanisan itu masih dapat dirasai lagi oleh semua sehingga ke hari ini. Subhannallah, semuanya itu adalah dengan kehendakNya juga.
Clip di atas memaparkan hanya 1 daripada 100 kemanisan yang direkod oleh videocam. Saya yakin di hati brothers & sisters masih basah dan akan masih basah dengan keimanan, biah dan ukhwah yang dialami di sana itu. Dan moga-moga ia akan menggerakan kita semua untuk terus istiqamah dalam tarbiyyah ini.
Ucap tahniah terutamanya kepada adik-adik yang saya nampak begitu semangat ber-gathering. Nampak jauh ke dalam lubuk hati masing-masing keikhlasan dalam mencari pencerahan diri dan kefahaman yang mendalam tentang ad-deen ini. Saya harap semangat itu akan tetao membara untuk terus mengerakkan diri masing-masing membentuk diri menjadi individu muslim yang betul-betul dapat melaksanakan islam yang syumul dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya adik-adik sangat sangat beruntung tatkala di awal usia muda ini sudah pun mengenal dan memahami apa itu tarbiyyah... Dan tidak tipu pula untuk saya katakan yang saya sangat cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kepada adik-adik ini.
Harap-harap peluang dan nikmat yang Allah bagi ini disyukuri dengan sentiasanya.
Tapi apa pun, saya yakin yang setiap daripada kita itu ada sejarah dan jalan hidupnya yang tersendiri yang telah Allah tetapkan. Tidak kiralah di mana dan bila tarbiyyah kita bermula, yang lebih penting adalah kita tetap thabat dengan jalan ini dalam usaha kita mengejar redha Allah swt.
Setelah sekian lama blog ini bersarang, sekarang baru rasa ada kelapangan untuk menulis sedikit untuk entry pertama saya pada tahun 2010 ini kerana lebih sebulan lepas adalah waktu yang saya begitu sibuk dengan tiga perkara penting untuk diselesaikan:
Satu - 2nd IMAM RSC Medical Symposium. Kedua dan Ketiga - 2 State Examinations (Hygiene&Prof Disease dan Surgery).
Alhamdulillah, ketiga-tiga perkara itu selamat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Masa yang diharungi sepanjang lebih 30 hari itu memerlukan penyusunan yang baik dan penuh teliti disamping disiplin yang tinggi dalam diri saya dan juga isteri. Jika tidak, insya Allah salah satu perkara itu pasti akan tergadai.
Daripada akhir November lagi kami sudah menyusun content setiap hari kerana kami telah belajar daripada pengalaman lepas dengan kesibukan yang bakal kami alami nanti. Usrah sendiri, usrah adik-adik, daurah, meeting, pengurusan jaulah, pengurusan brother & sister yang nak kahwin juga tidak terlepas untuk ditanggungi.
Alhamdulillah, dengan keizinan dan kekuatan yang Allah berikan, hari demi hari setiap perkara itu dapat proceed dengan baik dan semuanya telah berjalan dengan sempurna.
....
Semeseter kedua tahun 2010 ini pasti akan memberi lebih cabaran kepada kami kerana kami mestilah kena betul-betul mempersiapkan diri sebelum masuk ke alam junior doktor selepas Julai 2010 nanti.
Selain itu, sebelum meninggalkan bumi Russia ini, insya Allah kami berazam untuk cuba mencurahkan dan berkongsi segala ilmu dan pengalaman enam tahun yang kami ada untuk dimanfaatkan oleh adik-adik di sini.
"Akh, ana sebenarnya dari Malaysia lagi dah rasa-rasa yang ana akan tinggal kat luar"
"Oh ya? Itulah, Allah dah susun untuk kita... Insya Allah banyak hikmahnya"
Alhamdulillah. Hari ini genap dua bulan kami tinggal di sini. Bagi sesiapa yang masih belum menjejak kaki ke sini, amatlah dialu-alukan untuk datang ziarah. Bagi yang dah selalu pula, boleh sahaja datang lagi bila-bila masa untuk sentiasa memeriahkan dan menghidupkannya.
Nama diberi adalah Raudhatul Solihin atau dikenali sebagai RS, yang membawa maksud 'Taman untuk Orang-orang Soleh' atau lebih tepat maksudnya adalah 'taman di mana bila masuk ke dalamnya, kenalah berusaha untuk menjadi Muslim yang soleh'.
Dua bulan itu berlalu begitu sekejap... Saya teringat bagaimana kami telah bertungkus lumus siang dan malam selama 5 hari hendak mencari rumah sehinggakan pelbagai ajen perumahan telah kami gunakan.
Ceritanya bermula apabila kami kena pindah bilik kerana admin hostel mengkhendaki kami mengosongkan bilik itu kerana bilangan pelajar baru yang nak masuk adalah terlalu ramai dan mereka hendak meletakkan 3 pelajar baru di situ.Kami telah diberi pilihan; sama ada tinggal di family room atau tinggal asing-asing di bilik berlainan.
Kami tidak dapat tinggal di family room kerana kami mesti menukarkan dahulu sijil nikah ke bahasa Russian yang saya kira akan mengambil masa yang lama untuk proses. 1st nak tukar to English dahulu, kemudian nak tukar ke Russian pula. Dahla sijil nikah tidak ambil lagi daripada Pej Agama Islam Jhr... So, lambat lagi la. Lagipun, family room adalah begitu kecil saiznya!
Jadi, akibat risaukan akan dikacau lagi oleh admin hostel yang bila-bila boleh halau kami untuk tukar bilik dan selepas membuat SWOT & bersyura, kami berdua akhirnya telah putuskan untuk pindah luar terus, meninggalkan Baitul Hikmah...
Dan ketika itu Rafeeq dan Sikin juga ada masalah untuk tinggal bersama-sama. Jadi, kami berempat pun merancang untuk cari rumah sekali bersama-sama.
Alhamdulillah, dapatlah sebuah rumah yang tidaklah sebesar mana tapi sesuai dengan harganya. Dekat dengan Metro pula tu. Insya Allah, apa pun ia cukup besar untuk muatkan ramai orang.
Hampir setiap minggu RS ini tidak terputus dengan pelbagai aktiviti dan program. Kalau bukan aktiviti daripada kami ber-4, ia adalah aktiviti orang luar yang datang menumpang. Alhamdulillah... Itulah yang kami mahukan. Kami mahukan ia diguna sepenuhnya oleh warga Muslim secara umumnya dan juga ikhwah dan akhwat secara khususnya. Ia khas untuk Dakwah dan Tarbiyah pelajar Malaysia di Moscow ini.
Sebenarnya terasa pelbagai hikmah yang telah kami dapat apabila tinggal di luar hostel ini. Ia sungguh jauh berbeza cara hidupnya, jauh berbeza untuk cara berfikirya dan jauh berbeza waqi' persekitarannya.
Insya Allah, moga-moga RS ini akan terus terisi sepanjang masa dengan program ilmiah, ruhaniah, dan juga jasmaniah...
Antara kita ini sebenarnya telah terikat dengan satu ikatan yang terbesar yang tak mampu diputuskan oleh sesiapa pun melainkan Allah swt. Ikatan ini adalah ikatan yang lebih besar daripada ikatan-ikatan lain, samada ikatan kekeluargaan, persaudaraan, perkauman, perkumpulan mahupun kebangsaan.
Ia adalah ikatan Akidah Islamiyyah, yang kita semua mengakui tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah swt dan Nabi Muhammad itu adalah Rasulullah saw yang mesti diteladani.
Tidak dapat tidak, Ukhwah Islamiyah kita ini mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya dan sekuat-kuatnya. Di sekeliling kita, terdapat pelbagai cabaran yang sudah tentunya boleh sahaja mengugat keimanan dan kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
Terdapat sekumpulan manusia kini sedang giat menarik orang Islam terutamanya antara kita yang begitu kurang pegangan dan kekuatan agamanya untuk bersama-sama dengan cara hidup mereka dan seterusnya masuk ke dalam agama mereka.
Mereka ini begitu licik dan kreatif dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang sudah tentunya akan dapat menawan hati-hati yang lemah dan ragu-ragu. Tema yang selalu dipakainya begitu universal dan cuba disesuaikan dengan kemanusiaan supaya tidak nampak mesej sebenar yang sedang dibawa.
Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Bermula dengan satu dua aktiviti, kemudian diajak lagi. "Ala.. menyanyi je, menari sket-sket je.. apa salahnya."
Bujukan dan rayuan-rayuan akan diguna pakai dengan habis-habissan untuk menarik kita kepada aktiviti al-hawa mereka. Bagi yang tidak kuat, akan mudah tertipu dengan slogan-slogan yang dimainkan mereka. Nauzubillahiminzalik.
Jadi, saya nak nasihatkan agar kita sentiasa berhati-hati dengan tipu daya ini. Selalulah untuk cuba meningkatkan diri kita dengan amal dan kefahaman Islam. Kita boleh hadiri pelbagai kelas pengajian, halaqah, usrah dan pelbagai lagi aktiviti yang dalam komuniti Muslim kita sudah sediakan.
Dan juga sentiasalah kita menguatkan ikatan ukhuwwah Islamiyah itu dengan cuba mengenali satu sama lain dalam suasana yang penuh dengan saling menghormati dan berkasih sayang.
Moga-moga dengan demikian kita akan terus menjadi satu kaum Muslimin yang kuat bersatu padu di bumi Russia ini dan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat, yakni Mardhatillah!
Seperkara penting juga adalah soal perpaduan yang baik antara mereka. Perpaduan itu tidaklah bermaksud bercampur habisan dengan mereka. Kita ada Deenul Islam kita (cara hidup Islam) dan mereka pun ada cara hidup mereka. Jadi, tak perlulah kita ambil cara mereka yang jelas berbeda sangat!
Namun, kena ingat yang mereka ini sebenarnya adalah target dakwah kita juga walaupun ia tidaklah menjadi priority. Jika kita dapat mengamalkan Islam dalam diri kita dengan baik dan sepenuhnya secara syumul serta menjaga hubungan baik dengan mereka, mana tahu satu masa nanti mereka akan tertarik dengan Islam disebabkan oleh keperibadian kita itu. Insya Allah...
Hidayah itu Allah yang punya. Dia layak memberi kepada hamba ciptaan yang dikhendakiNya dan dia juga layak menarik balik daripada hamba-hambaNya.
Saya teringat 4 saudara Muslim dari India yang banyak berkorban dan bertungkus-lumus untuk mengerakkan komuniti Muslim di Hostel M2 khususnya.
Mereka adalah Yaseer, Tabish, Hajar dan seorang lagi saya lupa nama mereka...
Tiga daripada mereka telah dengan suksesnya mendapat Diplom dan bergelar Doktor empat tahun lepas iaitu ketika kami baru habis pengajian tahun ke-2. Manakala seorang lagi adalah pada tahun berikutnya.
Mereka inilah yang berusaha untuk mengerakkan pelbagai aktiviti dan program di Hostel. Bukan itu sahaja, mereka juga berusaha untuk menjaga kebajikan para pelajar Muslim setakat kemampuan yang mereka ada.
Solat Terawih, Solat Raya, Solat Jumaat, Solat Jemaah harian...Halaqah mingguan....Iftar...Jamuan Eid Fitri & Eid Adha...Jualan Daging, Ayam, Sosej setiap minggu...Bahkan jika ada yang sakit dan bermasalah, mereka suka sangat membantu...
Dahulu saya tidak faham mengapa mereka begitu semangat dan begitu kasih untuk mengambil tahu tentang kami?
Mengapa begitu bersusah payah nak gerakkan pelbagai aktiviti umum untuk himpunkan pelajar-pelajar Muslim?
Mengapa nak buat sangat halaqah tu walaupun amat sedikit orang yang datang...???
Mengapa mereka sanggup clearkan bilik sendiri semata-mata nak jadikan tempat iftar or jamuan raya?
Pelik-pelik....
----- Alhamdulillah... Kini, selepas tersedar baru saya tahu dan faham apa yang mereka telah usahakan sebenarnya. Tak pernah terfikir pun mereka ini datang dari Tabligh atau Jemaah mana-mana. Tapi bila tengokkan buku2 peninggalan mereka dan kawan-kawan mereka, terasa mereka adalah seperti KITA juga...
Banyak sangat buku dan kitab yang mereka pakai sama dengan fikrah dakwah yang dibawa oleh kita.
Subhanallah... Mengapakah saya tidak faham dan mengenal dakwah ini dengan lebih awal? Mengapakah saya lambat untuk memahami mereka? Allah shj lebih tahu apa hikmahnya.
Teringat semasa mereka telah menjemput kami untuk makan Kari Kambing yang mereka masakkan special bagi meraikan kejayaan mereka dalam Final Exam 6th Year. Waktu itu ada beberapa pesanan terakhir daripada mereka:...
"Nanti giliran kamu semua pula ya untuk menjaga Muslim di hostel ini... Pastikan solat Jemaah berjalan selalu, Datang surau selalu dan buat makan-makan bila iftar dan Eid... "
Astaghfirullah... Masa itu tak terasa langsung amanah yang mereka passkan ke atas bahu kami... Terasa seperti bukan kami yang patut buat, bukan kami yang mesti gerakkannya...
Apa pun, Alhamdulillah... Saya tidak pernah lupa bersyukur dengan nikmat ini. Hidayah itu milik Allah swt. Dia layak untuk memberikannya kepada sesiapa yang Dia khendaki.
Moga dengan nikmat Iman, Islam dan fahami dakwah ini akan terus subur dalam diri kita semua...
Dan saya harap peranan dan t/jawab ini akan terus 'di-pass meskipun tanpa baton' kepada generasi Muslim akan datang di Hostel M2 itu WALAUPUN komuniti Muslimnya sudah semakin menjadi minoriti dan mengecil.
Apapun, tahniah kepada warga bilik 9-04 kerana telah membuka bilik untuk dijadikan Musalla baru di hostel kita. Semoga usaha yang bermula dengan langkah kecil ini akan diberkati dan seterusnya membantu untuk terus menghidupkan biah solehah dalam komuniti kecil Muslim di hostel M2.
1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat & angkat ke atas sambil laungkan "Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straightkan jari ke depan dalam keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put your hand on the table, perhatikan. Mula dari jari kelinking yang kecil & kerdil; macam manusia & apa benda pun akan start daripada kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan memberi impact/kesan yang besar pada masa depan.
4. Then tengok jari kedua, jari manis. Macam itu juga dengan usia remaja. Semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dengan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi; jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa inilah banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So, kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari-jari sblm ni. Macam itu juga dengan kita, perlu jadi role model to the new generation, menjadi pembimbing yang kaya dgn idea bernas & a great mind.
7. Lastly, renunglah ibu jari- besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa-apa rujuk la kepada org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.
See all ur fingers and renung/fikir dalam2. Dimana anda sekarang ?
"Mana boleh buat peraturan macam ni!" keluh seorang AJK sebuah persatuan kepada pengarah projek program sukan.
Dia bimbang jika beberapa 'rules' yang bakal diperkenalkan akan mengurangkan minat pelajar-pelajar, apatah lagi pelajar non-muslim yang mesti menganggap program itu adalah untuk Muslim sahaja.
Manakan tidak, galakkan menutup aurat, zon sempadan gelanggang perempuan, berehat untuk solat serta menjaga pergaulan lelaki dan perempuan; semuanya adalah antara peraturan-peraturan yang difikirkannya yang mungkin akan mengurangkan bilangan penyertaan.
"Betul itu! Orang ramai tak dapat terimalah kalau kita buat semua ni..." tambah seorang lagi.
"Yang non-muslim lagilah takkan faham" tegasnya.
"Bertenang... Kita tidak akan kuat-kuasakan pun. Pada peringkat awal ini, kita cuma nak galakkan sahaja" jawab pengarah projek itu dengan ringkas.
"Peserta muslim digalakkan untuk menutup aurat, digalakkan untuk solat pada awal waktunya dan digalakkan agar tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan."
"Simple sahaja kan? Insya Allah, kalau ada yang dah faham, dia akan sentiasa beringat. Kalau yang terlupa, dia akan tersedar dan kalau yang belum faham tu, nanti kita akan bagi kefahaman untuk mereka" jelasnya lagi.
Ajk itu masih tidak berpuas hati. "But, still..........."
Dalam cerita yang lain,
"Ahmed, boleh ke tak aku tak nak pergi ni…?"
"Kenapa? Kenapa ni? Cuba cerita sket kat aku..."
"Ye la, kau tau kan majlis-majlis macam ini, mana boleh..."
"Hurm... Kenapa kau rasa tak boleh?"
"Ala, kalau setakat makan-makan tu, aku rasa tak apa lagi. Tapi, ini siap ada persembahan dan tarian yang pelik-pelik tu. Jauh betul daripada budaya ketimuran kita, apatah lagi dengan Islam.”
“Jadi, kau nak apa sekarang?”
“Itulah yang aku pening tu. Kalau tak pergi nanti, orang kata kita tak ‘supportive’. Tapi, kalau pergi, akulah pulak yang bertentangan dengan Islam… Ish, aku tak faham juga kenapa ramai sangat orang kita nak pergi. Dah jelas benda tu Syubahah kan?”
“Hurm…”
“Dah la projek manager itu classmate aku. Aduih… Macam mana ini Ahmed??? Tolong la aku!...”
“Kau nilai-lah kehendak dan matlamat kau itu dengan Iman yang ada… Insya Allah, ada jalan keluarnya nanti…”
Begitulah kita pada hari ini.
Tersempit dan terperangkap dalam dua situasi akibat ketidak-fahaman.
Tatkala kita menjadi penganjur, kita terpaksa berusaha untuk me-minimumkan ciri-ciri dan sistem-sistem Islam agar dapat memenuhi kepuasan dan kehendak orang ramai. Jika tidak, kita akan rugi.
Tapi, tatkala kita menjadi jemputan, kita sekali lagi terpaksa beralah dengan merelakan diri kita untuk tunduk dengan sistem Jahiliyyah moden yang segala-galanya telah ‘dinampak baikkan’ agar dapat memenuhi matlamat-matlamat yang tidak jelas.
Kita pula cuba menyedapkan hati dengan pelbagai alasan supaya tidak bersalah dengan Allah swt.
Dan dalam kedua-dua hal itu, sampai bila-bila pun Islam yang diiktiraf sebagai cara hidup ini tidak akan dapat diaplikasikan.
Perkara ini tidak langsung ada masalah dalam Islam,
tetapi sebenarnya yang bermasalah adalah dalam Muslim itu sendiri.
Jadi, marilah kita muhasabah untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.
Masih belum terlambat untuk membuat perubahan.
Wallahualam
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"Untuk kamu cara hidup kamu, untuk ku cara hidup aku" (al-kafiruun : 5)