Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"
Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Tuesday, April 28

Satu, Dua, dan Tiga...

"Mana boleh buat peraturan macam ni!" keluh seorang AJK sebuah persatuan kepada pengarah projek program sukan.


Dia bimbang jika beberapa 'rules' yang bakal diperkenalkan akan mengurangkan minat pelajar-pelajar, apatah lagi pelajar non-muslim yang mesti menganggap program itu adalah untuk Muslim sahaja.


Manakan tidak, galakkan menutup aurat, zon sempadan gelanggang perempuan, berehat untuk solat serta menjaga pergaulan lelaki dan perempuan; semuanya adalah antara peraturan-peraturan yang difikirkannya yang mungkin akan mengurangkan bilangan penyertaan.


"Betul itu! Orang ramai tak dapat terimalah kalau kita buat semua ni..." tambah seorang lagi.


"Yang non-muslim lagilah takkan faham" tegasnya.


"Bertenang... Kita tidak akan kuat-kuasakan pun. Pada peringkat awal ini, kita cuma nak galakkan sahaja" jawab pengarah projek itu dengan ringkas.


"Peserta muslim digalakkan untuk menutup aurat, digalakkan untuk solat pada awal waktunya dan digalakkan agar tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan."


"Simple sahaja kan? Insya Allah, kalau ada yang dah faham, dia akan sentiasa beringat. Kalau yang terlupa, dia akan tersedar dan kalau yang belum faham tu, nanti kita akan bagi kefahaman untuk mereka" jelasnya lagi.


Ajk itu masih tidak berpuas hati. "But, still..........."


Dalam cerita yang lain,


"Ahmed, boleh ke tak aku tak nak pergi ni…?"


"Kenapa? Kenapa ni? Cuba cerita sket kat aku..."


"Ye la, kau tau kan majlis-majlis macam ini, mana boleh..."


"Hurm... Kenapa kau rasa tak boleh?"


"Ala, kalau setakat makan-makan tu, aku rasa tak apa lagi. Tapi, ini siap ada persembahan dan tarian yang pelik-pelik tu. Jauh betul daripada budaya ketimuran kita, apatah lagi dengan Islam.”


“Jadi, kau nak apa sekarang?”


“Itulah yang aku pening tu. Kalau tak pergi nanti, orang kata kita tak ‘supportive’. Tapi, kalau pergi, akulah pulak yang bertentangan dengan Islam… Ish, aku tak faham juga kenapa ramai sangat orang kita nak pergi. Dah jelas benda tu Syubahah kan?”


“Hurm…”


“Dah la projek manager itu classmate aku. Aduih… Macam mana ini Ahmed??? Tolong la aku!...”


“Kau nilai-lah kehendak dan matlamat kau itu dengan Iman yang ada… Insya Allah, ada jalan keluarnya nanti…”


Begitulah kita pada hari ini.

Tersempit dan terperangkap dalam dua situasi akibat ketidak-fahaman.


Tatkala kita menjadi penganjur, kita terpaksa berusaha untuk me-minimumkan ciri-ciri dan sistem-sistem Islam agar dapat memenuhi kepuasan dan kehendak orang ramai. Jika tidak, kita akan rugi.


Tapi, tatkala kita menjadi jemputan, kita sekali lagi terpaksa beralah dengan merelakan diri kita untuk tunduk dengan sistem Jahiliyyah moden yang segala-galanya telah ‘dinampak baikkan’ agar dapat memenuhi matlamat-matlamat yang tidak jelas.


Kita pula cuba menyedapkan hati dengan pelbagai alasan supaya tidak bersalah dengan Allah swt.


Dan dalam kedua-dua hal itu, sampai bila-bila pun Islam yang diiktiraf sebagai cara hidup ini tidak akan dapat diaplikasikan.


Perkara ini tidak langsung ada masalah dalam Islam,

tetapi sebenarnya yang bermasalah adalah dalam Muslim itu sendiri.

Jadi, marilah kita muhasabah untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.


Masih belum terlambat untuk membuat perubahan.


Wallahualam


Ù„َÙƒُÙ…ْ دِينُÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„ِÙŠَ دِينِ
"Untuk kamu cara hidup kamu,

untuk ku cara hidup aku"


(al-kafiruun : 5)


Wednesday, April 30

Masih ada sisa asabiyyah rupanya...

"Ish ramai la pulak diaorang hari nih..." Tiba-tiba Izwan mengeluh dalam hatinya.

"Manalah datangnya diaorang ni. Tiba-tiba je jadi membiak banyak.... Ni mesti kerja mamat tu nih.." Izwan masih tidak berpuas hati.

Manakan tidak, semenjak dua tiga hari lepas dia lihat semakin ramai orang Islam Rusia yang berketurunan dari sebelah Selatan Russia memenuhi surau kecil di hostelnya itu sehinggakan untuk tiga hari berturut-turut, dia terpaksa bersolat di koridor sahaja. Andai lambat dua minit pun, dia terpaksa melupakan untuk bersolat di dalam surau.

Dia pelik kenapa tiba-tiba semakin ramai yang datang bersolat jemaah ini? Ada yang dulu itu bukan main susah hendak diajak datang bersolat, tapi sekarang boleh datang dengan sendirinya. Dia pula malas nak ambil tahu, banyak lagi perkara lain dia sibuk hendak buat.

Izwan pada hari itu seperti tidak tahan lagi. Dalam keadaan cuaca di luar yang semakin meningkat suhunya menjelang musim panas ini, hati Izwan pun turut sama menjadi tak keruan dan tentu hala.

"Ahmed, habess la kita lepas ni..."

Ahmed tiba-tiba terkejut. "Erh, kenapa Juwe?"

"Tengoklah tu, semakin membiak golongan 'tan-tan' ni kat sini..." ('Tan-tan' adalah gelaran nama yang diberi untuk orang-orang Rusia yang berketurunan atau yang dari Kazaskhtan, Kryzistan, Uzbekistan dan yang berhampiran dengannya)

"Jadi? Kenapa?..." Ahmed semakin bingung.

"Habess la dia conquer surau kita ni... Nanti nak baca hadis kenalah guna bahasa Rusia, khutbah Jumaat pun kena bahasa Rusia... Lepas tu, diaorang bawak pulak cara mazhab diaorang kat sini... Ish, ini tak boleh jadi ni..."

"Ya Allah, Juwe...."
"Kau ni!... Diaorang tu kan juga saudara kita! Saudara Muslim, saudara seAkidah, Sebangsa Islam dengan kita..." Ahmed lantas menjadi geram dengan sikap Juwe itu. Terkejut dia mendengar ayat seperti itu diluahkan dari Juwe.

"Ya, tapi..."

"Tapi apa? Kau ni... Masih ada sisa asabiyyah rupanya dalam diri kau tu Juwe..." tambah Ahmed lagi.

"Bukankah lagi bagus kalau mereka sudah semakin kembali ke jalan ini. Daripada diaorang tak solat, duk minum2, main perempuan sana sini, kan lagi baik mereka berada di sini... Alhamdulillah, aku lebih gembira melihat diaorang sudah semakin sedar. Sepatutnya kitalah yang kena banyak tolong diaorang..."

--------------------------

Sedar atau tidak, mesti ada sedikit perasaan sebegini dalam diri kita. Meskipun mereka adalah saudara KITA, kita selalu terasa tak terikat atau terkait dengan mereka. Kerana apa ye?

Kerana ada satu barrier atau penghalang yang besar dan ikatan lain yang lebih kuat tersimpul iaitu - kenegaraan, perkauman, dan seumpamanya.

Kita ini suka sangat hendak duduk sesama kita sahaja, hendak bercakap sesama kita sahaja, hendak menolong sesama kita sahaja, walhal ada lagi KITA yang lagi besar.

Cuba perhatikan contoh ini;
Ada satu ketika, kawan kita yang belum muslim ini (dari negara kita) jatuh sakit - demam. Ya, demam je... Tapikan, bukan main lagi kita risau, kita lawat, bagi pertolongan, bagi nasihat dan motivasi, dan lagi siap tolong masakkan pula tu... Wah, hebat-hebat!

(dan adalah orang kata dan bagi alasan "erh, ini untuk dakwah mereka juga. Sebagai Muslim kenalah ada sifat bermanfaat kpd orang tidak kira siapa... Mana tau boleh tarik dia masuk Islam satu hari nanti kerana keindahan akhlak Islam itu...". Ok, betul ke untuk dakwah? betul ke itu sikap dan akhlak kita?..)

Tapi,
apabila si Hussin dari Nigeria, Si Ahmed dari Pakistan, Si Sulaiman dari Afghanistan atau si Mohamed dari Dagestan patah kaki dan sedang terlampar di hospital kerana kena pukul dengan skin head atau kena kes apa... kita kata;

"oh ye ke?" (macam buat-buat terkejut kot)
atau...
"oh, kesiannya dia...."
ataupun...
"ooo, betul ke? so..?"
dan mungkin juga...
"oh, bahaya sekarang ni... kita kena beritahu kat budak-budak Malaysia kita".

Aduih,
kita buat tak peduli ni...
Hanya kerana barrier bahasa ke?
Hanya kerana barrier passport ke?
ataupun hanya kerana barrier batang hidung kita yang tak semancung macam depa?

Kenapa tak boleh dibuang barrier ini?
Padahal kita tahu dan faham kan... & dah banyak kali dengar kot dan ntah-ntah kita sendiri yang duk selalu bercakap ---- perpaduan Islam, ikatan akidah islamiyah, ukhwah, dll seumpamanya.

Atas dasar tali apa semua itu terikat?
Ini belum lagi cerita pasal Palestin, Kashmir, Iraq, Pattani yang kita sendiri tak pernah hiraukan...

Jadi,
Marilah kawan-kawan...
Muhasabah balik diri....
Meskipun kita sekarang sedang mengikis karat-karat jahiliyah itu,
dan berkejar ingin kembali kepada fitrah - Islam,
Janganlah lupa juga untuk mengikis sisa asabiyyah yang mungkin masih ada dalam diri kita itu...

Marilah saling bertaaruf, membina hubungan, dan tolong menolong dengan mereka...
kalau sebelum solat atau masa iftar atau makan-makan, mengapa tidak kita duduk sekali dengan mereka dan bertanya sapa sedikit? tanya khabar ke? tanya pasal studies ke, pasal agama ke, dan lain-lain macam kita borak dengan kawan-kawan yang faham bahasa kita....
haa! nama diaorg pun kita tak kenal sangat lagi kan??
erm.., susah nak berbahasa Rusia??? So, masa nilah kita nak belajar kan? dan takkanlah pula kita nak harapkan mereka belajar english.
Insya Allah, kalau kita ready ubah sket sikap kita tu dan buang BARRIER tu, ikatan yang terbina itu adalah adalah tersimpul dengan satu asas yang kukuh. Subhanallah, indahnya~



dan kerana mereka itu adalah saudara KITA juga...

Sunday, January 6

Kerana Syahadah aku Da'ie...

“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan,

aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga,

dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir "


EPILOG

“Saf, petang nanti kita ada usrah. Jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak Safiya di Café Mahallah.


“erm, tengoklah macam mana…. Saya macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti saya inform kat awak balik.”

Risau juga saya kerana takut-takut Saf tidak datang sekali lagi usrah pada kali ini. Sudah hampir tiga kali dia tidak hadir dan pada setiap kali itu, saya terserempaknya di Café Mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.


Saya pujuk-pujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan kot. Namun sebagai saudara se-usrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabat ini.

Safiya, bukan orang biasa. Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya berusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut. Yes, Betul tu. Saya sudah merasainya sekarang.


Safiya!


Hinggalah suatu hari..


“Iz, saya nak keluarlah dari usrah! ni bukan tempat saya…”

Gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.


TARBIYYAH DAN FUTUR


Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabat-sahabat yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur.

Jika anda pernah berusrah, mungkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.

Futurkah kita?

AWAS JIKA KITA SUDAH MENGALAMI PETANDA-PETANDA DI BAWAH!


1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.


2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid.
Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.


3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti dakwah, namun kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang seakanlebih menguntungkan kita.


4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.


5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya


6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku 'sampingan', komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.


7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. mulanya tidak mahu jadi jumud sangat, biar nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?


8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . Jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat menasihati sahabat-sahabat.


9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara!


10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran.
Kemudian, sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.


KEMBALILAH SAHABAT..


Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

" Ingatlah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita "

p/s : tidak salah jika kita ingin berdunia-dunia sedikit, namun janganlah kita jauh terus daripada 'berakhirat-akhirat'


(diolah sedikit drpd Nurizz)

Thursday, May 31

CERPEN : NAJWA

Salam... lagi cerpen untuk tatapan semua... sekali lagi terima kasih kepada Dan_Is... saya amat menghargainya, menitis air mata membacanya =)... saya nasihatkan anda semua bacalah dengan hati... Insya Allah, mungkin saya pula perlu mula bercerpen... hehe =)

...........................................................


“Naju, tu ade parcel untuk kau..aku ambil dari office tadi”..Parcel? Siapa pula yang hantar parcel untuk aku.. Penat berjalan pulang dari kelas dirasakan hilang tiba-tiba bila melihat parcel yang dibalut kemas diatas meja.. Timbul tanda tanya dihatiku, takkan mama yang hantar..baru sebulan lepas dikirim sekotak parcel berisi makanan dan sedikit buku untukku..


Buat Kak Najwa di Moscow ^_^

Love and Hugs from ur cute sis =P

-sUhA-



Owh..dari Nasuha rupanya..Dialah adikku..kini belajar di Leicester,United Kingdom.. Bibirku menguntum senyum, terasa rindu pula dihati terkenangkan adik yang merangkap kawan bMikku itu..Memang kami rapat,dialah kawan,dialah teman..dialah juga musuh ketika zaman kanak-kanak..masing-masing berebutkan patung Barbie Doll tercantik pemberian papa.. Ah..indahnya mengenangkan zaman kanak-kanak bersama Suha!


Aku membuka balutan kotak tersebut..Ia tidaklah sebesar mana,hanya sebesar naskhah atlas anatomy.. Hatiku cuba meneka-neka pemberian tersebut..mungkin buku..erm,taklah..ni mesti cakera padat terbaru artis-artis yang kami sama-sama minati..erm,tak pun..mesti set alat make-up Dior favouriteku..wah! seronoknya!


Namun,segala telahanku meleset..tanganku menggapai sehelai kain ungu bersulam emas..dengan manik-manik yang diuntai kemas..cukup cantik sekali buatannya..Owh..tudung rupanya..Jauh sekali menyimpang segala telahanku,namun tidak ku nafikan..hatiku bagai terpaut dengan kecantikan dan kemasan tudung tersebut..Dibawahnya terselit sekeping gambar..Gambar Nasuha dan rakan-rakannya di Leicester..


Assalamualaikum Kak Najwa..Ni Suha ada hadiah untuk akak..yerla,akak

kan dapat result gempak untuk test pathphys..maafla..hadiah tak seberapa..tapi Suha tahu akak suka purple..so harap akak suka kay..

p/s: ni gamba Suha masa pergi rehlah usrah Suha..best! =)



Aku meneliti semula gambar kiriman Suha tadi..wah,ayunya melihat adikku itu kini bertudung..cukup manis,lebih manis dari dulu..Dan aku..masih lagi belum terbuka pintu hatiku untuk menyarung tudung dikepala..Bukan tidak ku sedar hukumnya..Cuma..Cuma..Ahhh..Terlalu banyak lagi yang perlu kufikir..bagaimana harus ku tukar cara berpakaianku untuk dipadankan dengan tudung..dimana harusku tukar hala tuju tempat kegemaran ku untuk shopping..bagaimana dengan ZARA?bagaimana dengan MNG? Marks & Spencer?dan Topshop? Ahhh!..tidak! tidak mungkin..


“Hello?..Suha..ni akak ni..dengar jelas tak kat sana?”


Kak Wa!!..waaa..rindunya kat akak..hehehe..lame dah tak cakap dengan akak..akak sihat?”


“Huhu..akak sihat jer..Cuma tula..agak sibuk disini..selalu aje ada test..maafla dik..akak dah lama tak call awak..nak online YM pon malas”


“Isy,takpe kak..saya faham je..tapi memang rindula dekat akak..Nasib baik dekat sini ramai akak-akak yang best..Tapi akak still the best tau! Hehe..”


“Amboi-amboi budak ni..sempat pulak nak bodek akak ye..Anyway Suha..Thanx tau untuk kain tudung tu..cantikla, dahla warna purple!”


“Sama-sama kak..Maafla kalau tak seberapa..saya sebenarnya nak tolong akak”


Tolong? Aisy..budak ni nak dakwah aku suruh pakai tudung pulak ke??


“Err..apa maksud Suha nak tolong akak ni”


“Yerla Kak Wa..haritu kan akak ade cakap kat Suha..akak taktau nak pakai baju apa untuk annual student dinner kat tempat akak tu..So,Suha hadiahkanla kain tudung tu.. kalau pakai dengan baju kurung yang kita sama-sama tempah masa kat Malaysia tu kan cantik..warna pun matching!”


Owh..tolong tu rupanya..Masih ingat rupanya Suha dengan kerisauan yang aku luahkan kepadanya beberapa minggu lepas..Masakan tidak risau, annual dinner hanya tinggal seminggu.. tapi aku masih buntu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada majlis tersebut.. Fikirku, berhajat untuk bergaya sakan.. maklumla,setahun sekali.. tapi risau pula jikalau serupa dengan fesyen pelajar-pelajar lain.. Jatuhla class!



Errr..ooo..baju kurung ungu tu..Err..ooo yeala..padan sangat dengan tudung ni..Tapi akak tak taula akak nak pakai atau tidak untuk dinner nanti sebab rasanya takde orang akan pakai baju camtu” ujarku, sekadar menjaga hati, risau pula jika Suha terasa..


“Haaa..macam tula bagus kak..biarla akak jadi trend setter.. Nanti sure orang terpegun dengan imej baru akak..hehe”


“Isy Suha ni..Suha bukan tak tahu..akak tak ready lagila nak pakai tudung.. Bukanke kita pernah bincang dulu-dulu..selagi belum kahwin lagi,free hair la dulu..nanti bila dah kahwin..kita pakaila tudung”


“Oo..Suha ingat lagi kak kita cakap pasal tu.. Tapi..Suha tak sampai hatila kak..”


“Hurm?? Apa yang Suha tak sampai hati pulak ni?”


“Erm..yela kak..semenjak Suha selalu ikut usrah kat tempat Suha ni.. Suha selalu fikir pasal benda-benda yang tak berapa patut ni”


Hurm..sudah ku duga..Pasti perubahan Suha yang kini memilih untuk bertudung berkait dengan penglibatannya dengan usrah ditempatnya.. Hakikatnya,di tempatku juga ada aktiviti sebegitu.. Cuma, kadang kala..terasa sangat jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka itu.. aku dengan minatku terhadap dunia fesyen.. Tak masuk langsung!



“Apa maksud Suha tak sampai hati ni?” soalku penuh tanda tanya.. Entah mengapa,terbit satu perasaan ingin tahu mengapa Suha yang dahulunya juga sepertiku, malah lebih nekad dan berpendirian tiba-tiba memilih untuk bertudung.


“Yerla kak..kan kita kata nak pakai tudung lepas kahwin.. Suha kadang-kadang terfikir.. Sebelum kahwin,kita di bawah jagaan papa & mama..tapi selepas kahwin nanti, dibawah jagaan suami pula.. Jadi,Suha rasa kasihan la dekat papa & mama”


“Kasihan? Apa yang kasihannya..maksud akak,bukannya kita menyusahkan mereka pun dengan tak bertudung,, papa & mama pon selama ni tak kisah kan


“Pada zahirnya memangla tidak Kak Wa.. tapi cuba akak fikir.. Papa & Mama menanggung dosa kak selagi kita dibawah jagaan dia, tapi kita tak bertudung.. Tapi, dengan suami kita nanti.. kita senang-senang aje lepaskan suami dari dosa ni sebab kita memilih untuk bertudung selepas kahwin..”


“Adeke.. mana ada orang lain tanggung dosa orang lain pula Suha..” Balasku, teringat hujah Ustazah di sekolah menengah dulu ketika mengajar bab “Allah Maha Adil”. Jahil-jahil aku pun tahu juga pahala dan dosa, masing-masing buat masing-masing tanggung.


“Memangla Papa & Mama tak tanggung dosa-dosa perbuatan kita kak, tapi mereka berdosa, kerana tak suruh kita bertudung.. Dan selama kita tak bertudung tula mereka akan menanggung dosa tu.. Suha tak sanggup kak.. Akak pun mesti tak tergamak membiarkan Papa & Mama terus menaggung dosa ni, sedangkan kita boleh tamatkannya..kan..? ”


Aku tersentak!.. Terasa meremang bulu romaku mendengar ucapan adikku itu.. Sungguh tidak ku duga begitu teliti sekali fikiran Suha..Tak pernah terfikir dek akalku yang waras tentang ini. Dan kali ini, hatiku memang tidak dapat menolak hujahnya.. Kelu..


“Maafla kak..Suha tak bermaksud nak menyinggung akak..tu semua apa yang Suha rasa.. selama ni pon akak ajela tempat Suha luahkan apa yang Suha rasa.. Suha sayang sangat dekat akak”


Hatiku bagai cair mendengar kata-kata Suha itu.. bagaikan ada satu angin yang meresap ke dalam jiwaku.. terasa begitu lapang sekali..


“Akak pun sayangkan Suha gak..Suha belajar rajin-rajin yea..Selalula doakan akak kat sini..kita sambung nanti ye?”


Lantas ku tekan butang merah di telefon untuk menamatkan perbualan..bukan sengaja mahu mematikan perbualan itu..tetapi hatiku bagai merasa satu kesayuan..hiba..juga terbit rasa kecewa..hampa..hampa dengan diri dan akal ini..Akal yang begitu bijak dikurniakan oleh Tuhan..tapi tidak mampu memikirkan hujah sebernas Suha tadi..Saat itu aku teringatkan Papa dan mama..memang benar,mereka tidak pernah melarang..jauh sekali memarahi apa sahaja pakaianku dan Suha.. tapi,ibarat kata Suha, tergamakkah aku meneruskan mereka menanggung segala apa yang aku lakukan kerana hanya ingin menurut pilihanku.. hanya kerana ingin mengikut arus dunia fesyen yang tidak pernah berhenti?


Ahh! Aku perlu tamatkan semua ni!! Aku sayangkan mereka.. aku sayang papa dan mama.. dan aku sangat kasihkan Nasuha.. satu-satunya adikku.. dan kini Nasuha memilih untuk menurut satu jalan baru.. jalan yang sudah dinyatakan kebenarannya oleh Allah yang Maha Agung.. Hatiku berdetik lagi.. apakah gunanya aku bersolat lima kali sehari , niatnya mahu mengabdikan diri kepada Tuhan.. tapi aku tidak mengikuti peraturan yang diciptaNya.. Apa diterimakah segala amal ibadatku.. Apa diterimakah doa yang ku pohon? Apa akan dikabulkah doaku untuk kesejahteraan papa, mama..dan juga Nasuha?.............


“Suha, ni ada parcel untuk awak..dari Moscow rasanya” Wah! Ini mesti dari Kak Wa.. Bestnya..Pantas tanganku merobek balutan pembalut kotak tersebut..



Cantiknya!! Mataku terpaku melihat sebongkah kristal yang terukir diatasnya tulisan seni khat Allah dan Muhammad.. Lebih menambah kesayuan.. sekeping gambar yang disertakan bersama di dalam kotak tersebut.. bagaikan terpaku melihat seorang gadis persis bidadari menggayakan pakaian tradisional melayu dengan lilitan tudung yang sangat sempurna dan indah..Tanpaku sedar..air mataku berlinangan..


Assalamualaikum Suha..adik akak yang akak sangat-sangat sayang ni..

Ni ada hadiah untuk Suha..

sedikit buah tangan..akak beli di Pasar Kristal Vladimir..Femes tau tempat ni! ^_^

Ni nak share dengan Suha gambar akak masa annual dinner hari tu..

Alhamdulillah, ramai yang suka dengan gaya baru akak ni..

Kawan-lawan ramai nak tiru untuk dinner akan datang =P

Belajar rajin-rajin yea dik….