Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Monday, May 3

Ikrar kita...

Tadi baru sahaja balik daripada Program Solat Hajat Perdana di Embassy anjuran PPIM RSC Moscow. Best pula mendengar tazkirah ringkas daripada En Wan, pegawai JPA di Russia ini. Mungkin saya yang tak pernah dengar tazkirah-tazkirah beliau sebelum ini.

Meskipun tak ramai yang dapat datang, tapi program tetap terasa kemeriahannya. Makanan walaupun banyak berlebihannya, dah pun di-saboy semuanya. Alhamdulillah, taklah membazir. Mungkin kena promote lebih hebat lagi next time, lagi-lagi apabila clash program. Tak perlu nak salahkan sesiapa sebab masing-masing ada hak nak buat program. Sebabnya student pun dah bertambah ramai... Kalau satu program itu cover interest sesetengah pihak sahaja, contohnya 100 orang sahaja, 200 orang nak buat apa? So, why not ada program-program lain untuk beberapa pihak yang mungkin interest-nya lain-lain?

Berbalik kepada pengisian tadi. Memahami tujuan hidup, usaha yang sungguh-sungguh, keazaman, kekuatan dalaman dan kesabaran merupakan antara perkara yang mesti kita kuatkan dan gandakan dalam diri yang insyaAllah boleh membawa kita menjadi insan yang bertakwa, berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Katakanlah: "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam (Al-Anaam, 162)

Satu ikrar yang kita laungkan setiap hari. Ikrar penyerahan. Ikrar pengabdian. Semua pergerakan, perilaku, aktiviti harian, kegiatan yang kita laksanakan adalah berpaksikan semata-mata kerana Allah swt. Bukan kerana kepentingan diri dan lain-lain. Kerana kita yakin, beriman yang dari Allah-lah kita datang dan kepadaNya-lah kita akan dikembalikan. Jadi, setiap satunya itu kita laksanakan bagi memenuhi tujuan penciptaan diri kita, abdullah dan khalifatullah.

Insya Allah, jika kita hayati ikrar itu tatkala membacanya seperti mana kita selalu berikrar negara kita di sekolah dulu (untuk jadi rakyat yang baik, patuh undang-undang dll), maka mengapa tidak kita buktikan, laksanakan dan praktikakn ikrar kita kepada Allah swt, Tuhan yang mencipta kita, yang Maha tahu apa yang baik dan buruk untuk kita.

Semasa pengisian itu, terasa jugalah apabila En Wan bercakap tentang sikap. Mana taknya, dahlah terlewat sampai 10-15 minit di embassy tu, masuk-masuk terserempak pula dengan dia. Salam sahajalah. Padahal dalam hati terasa juga malu dah.

"Kata nak jadi Super Muslim, tapi tak punctual2 juga. Astaghfirullah..."

InsyaAllah kena banyak muhasabah lagi diri ini...


p.s : terlupa upload post ni.

No comments: