Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Thursday, October 11

Apa bukti kita sayang ibu bapa kita?


Ada satu hari semasa saya bekerja di Yellow Zone (Zon Separa Kecemasan), boleh saya katakan enam daripada 10 pesakit yang datang adalah dijaga oleh nurse di nursing home atau maid di rumah.

Separuh daripadanya datang tanpa bersama anak masing-masing. Dan menyedihkan mereka anak-anak ini tidak tahu menahu penyakit dan ubat yang diambil oleh ibu bapa mereka.

Ada seorang itu hanya menunjukkan kertas 'discharge summary' sambil berkata, "Nah, doktor. Semua rekod ada dalam kertas ini..."

Dan yang paling saya geram, selepas saya mengambil chief complaint dan history (itu pun daripada maid mereka), salah seorang anak pesakit itu berkata "Doktor nak tahu apa lagi ya? Saya nak pergi kenduri sekejap. Kat dalam UM, belakang ini sahaja..."


sumber sentuhankasihsuci.blogspot.com

“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita ini akibat kesibukan bekerja terpaksa meninggalkan kebajikan ibu dan bapa mereka kepada maid dan juga nursing home. Semua hal tentang penyakit dan jenis ubat tidak diambil tahu langsung meskipun ibu dan ayahnya itu sudah beberapa kali keluar masuk ward.

Tak cukup bukti yang kita sayangi mereka dengan hanya kita memberi duit bulanan dan menziarahi mereka sekali sebulan.

Jika kita menelefon mereka itu, tanyalah juga kesihatannya macam mana, ubat makan ke tak, follow up pergi ke tak. Kalau boleh, ambilah cuti untuk bawa mereka pergi follow up di klinik.

Sepertimana, ibu dan ayah kita ambil cuti semasa nak hantar kita pergi injection vaksin semasa kita kecil, mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama?

Sepertimana mereka memaksa kita menelan syrup paracetamol masa kita demam dulu, mengapa kita tidak memaksa mereka untuk ambil ubatan mereka?

Saya memang directly akan menegur jenis anak-anak yang tidak tahu menahu tentang masalah ibu dan ayahnya. Sangat memalukan! Turun depan hospital dengan kereta BMW, tapi tak tahu apa-apa tentang 'pesakit' yang dibawanya.

Jadi kalau anda seperti golongan di atas, cepat-cepatlah pergi ambil tahu apa masalah kesihatan ibu dan bapa anda. Jangan sampai ibu bapa dah meninggal, apabila saudara mara tanya, tak tahu apa-apa....



Dr Afiq

Wednesday, September 26

Tidak peduli...

"Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )
Satu hari dalam bulan lepas, ada seorang staff nurse offer saya sejenis junk food, Mr Potato. Saya menolaknya dengan mengatakan saya tak makan sangat makanan itu, lagipun perut masih kenyang lagi.

Seorang lagi staff nurse yang teringatkan saya tak makan McDonald juga (sebab boikot Israel) semasa mereka membuat delivery order minggu sebelumnya, menjerit...

"Dr Afiq tak makanlah benda macam ni. Dia tak makan juga McD. Dia boikot McD !!!!!"

..sehingga terpandang semua orang (termasuk kawan sekerja, MA, PPK malah juga pesakit yang sedang dirawat) ke arah saya.

Saya lihat reaksi mereka, terpinga-pinga dan tertanya-tanya kepelikan kenapa tak makan? Kenapa boikot?
Apa kaitan Israel?

Insiden yang berlaku beberapa minit itu berlalu dengan masing-masing kembali melakukan kerja masing-masing.

Kalau anda nampak sticker ini di cermin belakang kereta Alza warna putih,
itulah kereta saya.  Ya, saya menyeru anda memboikot restoran ini. Terima kasih,

Tetapi, ia tetap meninggalkan jawapan kepada saya bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ummah yang sedang dilamun dan dibuai dengan jahiliyyah-jahiliyyah di sekeliling mereka ini.


Wednesday, August 29

Fokus kerja kita...


sumber phc.org.au





Cuba bayangkan bagaimana doktor itu yang mengambil darah daripada seorang pesakit tidak fokus dengan prosedur yang sedang dilakukannya. Dia sibuk memikirkan balik kerja ni nak buat apa, nak makan apa, nak masak apa, gaji dah masuk belum, email tak check lagi, sms kawan tak reply lagi dan macam-macam lagi. 

Dia dengan secara unconsiousnya melakukan prosedur itu sehingga habis tanpa menyedarinya. Dia tidak meniliti dan memahami apa-apa pun setiap apa yang dilakukannya kerana sudah menjadi kebiasaannya setiap hari. 

Boleh jadi ada technique yang dia miss sebab tak fokus. Boleh jadi prosedur itu tak sterile sebab kelalaiannya dan akhirnya boleh memberi komplikasi kepada pesakit. Boleh jadi, dia tersilap masukkan darah ke tube yang tidak diperlukan. Lagi teruk, dia tersilap patient. 

Itu baru sekecil-kecil prosedur. Kalau buat operation? 

 ------------------- 

Bagaimanapula dengan solat lima waktu seharian kita? 

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukiminun; 1-2).

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat yang utama (subuh,asar) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk" (Al-Baqarah, 238). 

Solat adalah ibadah yang utama akan dihisab di akhirat berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya ia sempurna, maka barulah akan dihitung amalan-amalan lain. 

Kita solat 5 kali sehari dan kita boleh menjadi macam seorang doktor itu dengan unconsciousnya dalam lima minit solat kita sudah selesai. Baru tadi rasa angkat takbir, erh tiba-tiba dah bagi salam. 

Jika kita boleh fokus dengan kerja-kerja kita yang lain, kenapa kita tidak boleh fokus dalam solat kita? Kenapa kita tidak berusaha memahami apa yang kita baca, menghayati segala pergerakan kita dan juga merasa Ihsan ketika dalam solat. 

Doktor tadi mungkin akan menjadi lebih fokus bila bossnya (Specialist) sedang melihat prosedur yang sedang dilakukannya dan dia akan sungguh-sungguh melaksanakannya dengan teliti dan sempurna, penuh dengan 'taqwa'. 

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya" (Al-Maun, 4-5).

Anda boleh google tips-tips khusyuk solat di pelbagai blog dan website. Tak perlulah untuk saya hurai dengan lebih panjang.


*Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengurniakan saya seorang isteri yang selalu mengingatkan suaminya supaya fokus dalam kerja-kerja yang dilakukan.

Dr Afiq

Thursday, August 23

Resusitasi...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Setelah hampir dua tahun terlantar akibat renjatan housemanship, semangat untuk blogging ini kembali dipulihkan.

Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan berkongsi cerita, artikel serta pengalaman hidup melalui wadah ini juga.

Sebulan ditempatkan di unit rawatan terapi (ICU) ramadhan, keeping nil by mouth (NBM) pada siang hari, dibasahkan dengan pints-pints Al-Quran sebagai daily maintainance dan kadang-kadang perlu di 'run fast' serta oncall pada malam-malam terakhir untuk bermunajat dengan si Khaliq, telah memberikan kekuatan untuk menulis semula.

Segala pressure sore yang develop dalam blog ini juga akibat terlantar terlalu lama akan di'dressing' kan dengan sebaik-baiknya sehingga pulih.

Insya Allah, saya akan cuba manfaatkan masa-masa yang 'yang dulu' tidak diurus dengan baik untuk berblogging.

Seluruh ilmu yang ada di bumi dan langit itu milik Allah swt yang Maha Mengetahui.

Salam Aidilfitri untuk semua!
Taqabb Allahuminna Waminkum bi khair.

Dr Afiq

Saturday, December 18

Housemanship 1


Alhamdulillah, sekarang sudah lebih 48 hari mula bekerja sebagai House Officer di PPUM.

Masih sedang belajar, adapt dan mengejar kesibukan kerja-kerja harian di ward dan oncall. Bulan ini dapat 6 kali oncall. Senior kata, dah semakin kurang itu. Tapi, boleh jadi banyak next month bila diaorg ramai-ramai habis houseman ni.

Dimarah dan diperli tidak sepatutnya membuatkan diri ini lemah, tapi sebagai pembaikan dan peningkatan diri. Insya Allah.

Tahajud, istikharah, Bacaan Quran, Mathurat, Tawakkal serta niat ikhlas dan mengingati Allah sepanjang bekerja boleh memberi kekuatan kepada diri.

PPUM ini ada kelainan sistemnya tersendiri.

Houseman masih tidak ramai. Latest yang saya ternampak kat list semasa CME Program hari itu macam ada 99 orang sahaja. HO yang akan keluar pun agak ramai tidak lama lagi. Yang masuk pula selalunya sangat sedikit every batch from the whole malaysia.

So, sesiapa nak buat Houseman di PPUM, saya galakkanlah sekarang. Kerja masih banyak boleh buat, experience boleh gain dengan banyak (tapi kena cepat2) tiap2 hari. Patients yang ada kadang-kadang dalam sehari tu boleh sampai 18 orang yang kita kena jaga.

Hostel pun dekat dan sangat selesa.

Makan pun ok laaa... Banyak kedai makan... dan ada secret recipe 24hours dalam ppum..



Alhamdulillah, usrah pun setakat ini sempat untuk saya nak pergi... =)


Tuesday, October 19

Aqsa 2 Gaza

Siapa yang MASIH ambil peduli?

Siapa yang SENTIASA mengikuti perkembangan?

Ops, ada sesiapa yang tidak tahu tentang konvoi ini?


"Barangsiapa yang tidur tanpa peduli terhadap permasalahan kaum Muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka"

Dan siapa yang ISTIQAMAH memboikot?

Friday, October 15

Memburukkan Islam

Mereka telah menuduh mujahidun yang mempertahankan tanah air sendiri sebagai perosak nama baik Islam kerana extremis.

Mereka telah menuduh muslimah yang berniqab sebagai perosak nama Islam kerana rigid dan tertutup.

Mereka telah menggelarkan golongan yang ingin mengembalikan Islam sebagai cara hidup dan Islam syumul yang menyentuh semua aspek kehidupan sebagai golongan fundamentalis.

Sebenarnya mereka juga telah memburukkan nama Islam dengan...


Buruk nama Islam apabila ia diletakkan di situ, walhal contents dalamnya penuh dengan fesyen kebudayaan setempat masing-masing yang tidak ada bezanya dengan fesyen pakaian Jahiliyyah.

Allah berfirman: "…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Mungkin Majlis Fatwa Kebangsaan boleh putuskan sesuatu? (sebab depa ni kadang-kadang ikut fatwa)

Tugas kita pula? Of Coz tak terlepas begitu sahaja....

Pastinya kita kena fahamkan juga ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan sesiapa yang kita boleh capai bagaimana sebenarnya cara berpakaian yang diajar oleh Islam. Majoriti bukannya tidak tahu, cuma kadang-kadang terlupa atau tidak tersedar yang cara berpakaiannya adalah tidak menepati syarak.

Wallahualam.

Wednesday, September 15

Di mana saf Kita?

Sudah banyak masjid dan musalla yang saya kadang-kadang ada singgah untuk bersolat. Namun, tabiatnya tetap sama dari satu tempat ke satu tempat.

Semakin besar masjid itu, semakin berjarak seorang demi seorang menyebabkan saf tidak dirapatkan sebaiknya sehingga kadang-kadang boleh memuatkan seorang lagi di celahnya itu.

Sejadah seorang satu pula itu.

Saya rasa alasan  "nanti nak duduk tahiyyat akhir susah nak buat...takut terduduk atas kaki jemaah sebelah..."
dan "tak tahan bau badan jemaah sebelah.." adalah tidak patut diterima. Ia adalah alasan semata-mata kerana mementingkan keselesaan peribadi.

Teringat tatkala bersolat di Moscow. Walaupun bersolat di luar masjid kerana masjid penuh, saf-saf di luar masih kemas dan rapat tersusun.

Apakah masalah kita sebenarnya?

Thursday, September 2

Malam Merdeka

Semalam sempat berkunjung ke Majlis Sambutan Malam Merdeka dan Penghayatan Ramadhan peringkat negeri Selangor bersama isteri.

Majlis yang diadakan ini berlainan daripada kebiasaan majlis sambutan merdeka. Walaupun pada awal petang lepas berbuka puasa kelihatan tidak ramai orang, namun apabila semakin larut malam mendekati 12 tengah malam, kawasan i-City itu semakin sesak dengan kunjungan orang ramai.

Kaum cina, India dan lain-lain turut sama-sama tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi majlis itu.

Teringat dulu-dulu ketika saya dan sepupu pergi meronda Kuala Lumpur pada malam tahun baru kononnya untuk melihat sedikit sebanyak kemeriahan pada malam itu dan meredah ribuan manusia.

Jika pada malam itu (iaitu 10 tahun yang lepas), saya melihat suasananya pun sudah menakutkan, saya tidak dapat bayangkan bagaimana sambutan malam tahun baru dan merdeka pada tahun kebelakangan ini.

Kami pada masa itu meronda sekitar KLCC dan Bukit Bintang. Astagfirullah, rasa takut walau dalam keadaan cuba meng-happykan diri mula menyelubungi saya. Mungkin rasa takut itu tidak sekuat mana kerana kejahiliyyahan diri juga dan suasana biah di sekitar saya pada waktu itu. Tapi saya yakin secebis iman yang ada dalam hati masih membolehkan saya ada perasaan seperti itu. Hidayah dan petunjuk Allah juga menyelamatkan kami dari terjerumus dalam program kemaksiatan pada malam itu.

Rosak remaja dan belia semuanya diperbodohkan. Clubbing, Breakdance, Pesta, Arak, Rokok, Lelaki Perempuan berdua-duaan di mana-mana. Sungguh, sangat-sangat menakutkan suasananya. Kalau sesiapa pernah melihat clip video Harun Yahya tentang 'Kaum yang dibinasakan', seperti itulah yang digambarkan bagaimana maksiat dan jahiliyyah sedang menghanyutkan sesuatu kaum itu.

Saban tahun pada bulan Ogos dan September kita dapati banyak berita pembuangan bayi akan berleluasa. Kajian banyak menunjukkan, ia adalah tidak lain tidak bukan adalah daripada kegiatan seks luar nikah yang berleluasa pada malam krismas dan tahun baru.

Alhamdulillah, sekarang setelah ada kesedaran yang tinggi dalam umat Islam, kita semua semakin bangkit untuk menyelesaikan masalah ini. Program Anda Bijak Jauhi Zina, Jom Jadi Bijak! dan Program Mencegah Zina pada malam merdeka dan malam tahun baru dijalankan bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja dan belia agar dapat menghidari dan memahami maksiat ini.

Apapun, peranan parents juga bagi saya sangat penting dalam hal ini. Jika parents pun tidak kisah anak perempuannya (terutamanya) keluar pada malam hari atau dengan lelaki, bagaimana orang lain boleh bertindak dengan lebih kesan.

Hendak mengharapkan pihak koporat yang mengejar untung untuk memberhentikan segala pesta, karnival dan sambutan seperti itu? Tidak mungkin selagi tidak terkena atas hidung sendiri.

Wallahualam

Thursday, July 8

Raudhatul Solihin : SALE part 1


All for 100 rubles!
Все по 100 рублей!

We have...

 Shelf

 Shelf

Table Lamp (SOLD)
Speaker (SOLD)

Penahan Buku (6pcs)

Glove (Free)

Long John

CDs

Frame (free another 1)

Ping Pong Racket

Autumn Jacket (1year old) (500 rubs only)
RSMU Windbreaker


Two Mini Balls - World Cup 2006 (Sold)


Mini Fan (Sold)



Plastic of Stationery


Mini Cabinet (Sold)


All in one box (USB Cabels, Battery AA, etc )



Mini Cabinet (Sold)



Condition : Generally, semua OK. Insya Allah. 

Datang sini ya... First Come, First Serve!


Contact me at +79263759974


***Hint : 
Few things are free. Berkemungkinan anda boleh dapat free... =)