Perubahan diri seseorang itu selalunya berkaitan faktor-faktor tertentu yang telah mempengaruhinya dan membuatkan dia ‘turns his points towards the right path’. Ia merupakan satu hijrah seseorang daripada zaman jahiliyah kepada Islam, sikap yang tidak baik kepada baik, dan yang sudah baik kepada lebih bertambah baik. Namun, hijrah ini mestilah berasaskan niat yang suci dan ikhlas. Berdasarkan Hadis No 1 daripada 40 Hadis (Imam Nawawi), andai hijrah seseorang itu kepada Allah dan Rasul, dia akan mendapat Allah dan Rasul. Tetapi, andai dia berhijrah kerana dunia, harta, perempuan dan sebagainya, dia akan mendapat apa yang dia hijrahkan itu.
Hijrah atau perubahan diri ini mungkin mengambil masa yang agak panjang dan mungkin juga boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Ia bergantung kepada kesungguhan seseorang itu untuk betul-betul berubah. Memang hidayah itu milik Allah. Dia sahaja yang layak memberikan hidayah kepada hamba-hamba yang dikhendakiNya. Namun, kita kena ingat juga yang Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu melainkan dia mengubah dirinya sendiri. Hidayah Menyapa Diri
Kadang-kadang seseorang itu tidak sedar yang hidayah Allah sedang menyapa dirinya. Sudah macam-macam perkara telah terjadi atas dirinya dalam beberapa ketika. Namun akibat tidak mahu mengunakan akal sebaik-baiknya untuk berfikir akan hikmah dan pengajaran daripada apa yang telah berlaku, perubahan itu tidak akan terjadi. Sikap mengambil mudah dan membiarkan nafsu menguasai diri adalah antara sebab diri sesorang itu tidak sedar yang Allah sedang menguji dirinya. Jadi, andai ada terasa waktu dan tika cahaya nur-Nya itu sedang menerangi hidup, garaplah sebaik-baiknya sebelum ia ditarik balik.
Halangan
Akan berlaku pelbagai halangan dan cubaan atas seseorang yang dalam proses ingin berubah itu. Yang pertama sekali adalah daripada musuh utama iaitu Syaitan Laknatullah. Syaitan ini akan menganggu hati kita dengan menimbulkan rasa was-was, syak wasangka, dan tidak mempercayai diri dengan apa yang kita lakukan untuk mencapai suatu perubahan itu. (Surah An-nas). Kedua, adalah daripada golongan manusia sendiri yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, adik-beradik, saudara mara, kawan-kawan dan juga musuh-musuh Islam. Mereka ini akan menimbulkan pelbagai persoalan yang boleh membuatkan kita menjadi ragu-ragu terhadap apa yang kita inginkan. Namun, bukanlah salah mereka sebenarnya, kerana mereka akan mula terasa janggal dan pelik dengan kelakuan kita yang tiba-tiba menjurus ke arah yang lebih baik dan Islami. Jadi, proses penerangan itu juga perlu ada dan ia boleh dilakukan secara berperingkat melalui pelbagai cara dan kaedah.
Kekuatan
Daripada halangan-halangan tersebut, kita sebenarnya telah diberi kekuatan untuk menghadapinya. Yang pasti dan sudah tentu adalah daripada Tuan Pencipta kita sendiri iaitu Allah s.w.t. Pergantungan dan perlindungan kita adalah hanya terhadapNya. Insha Allah, andai kita beriman dan yakin akan pertolonganNya ditambah usaha dan kesungguhan kita untuk berhijrah kepadaNya dan RasulNya, Dia akan membantu dan memberi kekuatan kepada kita untuk menempuh halangan dan rintangan tersebut.
*Sebahagian drpd karangan yg kena submit kat atep_xo hari tu... =) Selamat Berjuang malam² terakhir ini...!
14 Julai 2007 hari yang istimewa buat seorang insan yang teristimewa... "Ya Allah, Kasihanilah ibu bapa kami seperti mana mereka telah megasihani kami sejak dari kecil" --------------------------------------
Mak,
terima kasih mak... maafkan kami mak... moga mak selalu diberkahi dan dirahmatiNya... moga mak sentiasa dimurahkan rezeki... moga mak terus teguh menjadi ibu mithali... doakan kejayaan anak-anak mak ni ye... dan redhailah kami semua...
Semalam, selepas balik dari hospital, saya terus pergi ke MAI (Moscow Aviation Insititute). Minggu lepas actually dah janji dengan akhi Zul nak datang ziarah dia sambil-sambil menyambut kedatangan 33 pelajar baru ke situ untuk buat Pa'-Fa' (preparation course). Tapi, tak dapat datang sebab lupa pula yang akhi Husni dan kawannya dari Nizhny nak singgah bilik sebelum terbang pulang ke Malaysia. Then, tak sempat la jumpa Zul sebab dia pulang ke Malaysia keesokannya itu. Sorry sangat Zul, nanti ana datang lagi next semester ye. Insha Allah...
Pada akhir Ogos nanti, sebanyak 24 daripada mereka akan masuk ke MAI dan selebihnya akan ke St. Petersburg untuk belajar navigation di State Marine Techincal University. Ini adalah batch kedua untuk MAI, manakala batch pertama untuk SMTU. Kesemuanya adalah pelajar tajaan Mara dan telah membuat persediaan setahun di UniKL MIAT di Sepang. Saya rasa yang akan lebih struggle nanti adalah batch pertama 9 pelajar SMTU itu kerana berkemungkinan mereka akan terpaksa survive untuk hidup sendiri berdikari. Walaupun adalah juga beberapa pelajar senior persendirian yang sedang belajar di sana, takkanlah mereka akan membantu sepanjang masa. Akan banyak urusan yang perlu mereka ber-sembilan lakukan sendiri nanti. Insya Allah bolehnya... semua dah besar-besar kan? hehehe...
Kunjungan saya ke sana disambut oleh saudara Nik. Dia adalah antara empat pelajar senior yang masih belum pulang bercuti kerana terpaksa menghabiskan pratikal mereka dahulu. Tujuan saya ke sana tak lain dan tak bukan adalah untuk melihat potensi-potensi yang ada untuk mengembangkan dakwah dan tarbiyah di sana. Saya perlu bertindak cepat sebelum ada yang menyambarnya. Alhamdulillah, saya sudah nampak beberapa 'mutiara' yang mesti digilap lagi agar lebih bersinar untuk menjadi penyuluh. Lagipun akhi Mus ada meng'foward' email daripada beberapa ikhwah yang mahu kami membantu anak/saudara mereka di sana. Moga mereka dapat dididik baik nanti dan seterusnya dapat membantu Zul pula.
Sambil-sambil itu, saya juga berkesempatan mempromosikan Kelab UMNO Moscow ini kepada mereka. Ada yang nampak bersemangat dan ada juga yang nampak seperti tidak suka. Namun, selepas menerangkan serba sedikit tentang program yang kami jalankan, Alhamdulillah semuanya gembira dan bersedia untuk berdaftar apabila buka next semester nanti. Malah ada yang lebih bersemangat hingga berhasrat hendak bertanding pula... hehehe.. macam-macam... Tak apa, yang penting mereka dapat belajar memahami erti kehidupan sebenar apabila dah menempuh pelbagai cabaran nanti. Dan kita semua pula akan sentiasa hidup bersatu-padu atas satu dasar pegangan iaitu Akidah Islamiyah.
.....................
Erh, sebenarnya nak kongsi sebuah filem kartun yang saya tengok semalam (download daripada www.sunnitorrents.com) sebaik pulang dari MAI. Filem itu adalah 'Habil & Qabil (The Sons of Adam): The First Human Murder '. Dah tengok ke belum ??? Since 2003 lagi rasanya filem ini published. Best sangat...! Menarik..! & banyak pengajarannya~...
Publisher: Baraka Films Total running time: 40 mins (approx.) Product description:
Habil & Qabil (Cain & Abel) is a 40 minute animated film based on the works of Sayyid Qutub, which in-turn were based upon the revelations of the Holy Quran. This is a high quality 3D modelled animated film. It is the story of the sons of Prophet Adam (pbuh) and how one came to kill the other being spurred by the evil whisperings of Shaitan. The animated film is unique in that it is the only film for children that is based upon a story from the Holy Quran.
27 And (O Muhammad SAW) recite to them (the Jews) the story of the two sons of Adam (Habil (Abel) and Qabil (Cain)) in truth; when each offered a sacrifice (to Allah), it was accepted from the one but not from the other. The latter said to the former: "I will surely kill you." The former said: "Verily, Allah accepts only from those who are Al-Muttaqoon (the pious - see V.2:2)." 28 "If you do stretch your hand against me to kill me, I shall never stretch my hand against you to kill you, for I fear Allah; the Lord of the Alameen (mankind, jinns, and all that exists)." 29 "Verily, I intend to let you draw my sin on yourself as well as yours, then you will be one of the dwellers of the Fire, and that is the recompense of the Zalimoon (polytheists and wrongdoers)." 30 So the Nafs (self) of the other (latter one) encouraged him and made fairseeming to him the murder of his brother; he murdered him and became one of the losers. 31 Then Allah sent a crow who scratched the ground to show him to hide the dead body of his brother. He (the murderer) said: "Woe to me! Am I not even able to be as this crow and to hide the dead body of my brother?" Then he became one of those who regretted. 32 Because of that We ordained for the Children of Israel that if anyone killed a person not in retaliation of murder, or (and) to spread mischief in the land - it would be as if he killed all mankind, and if anyone saved a life, it would be as if he saved the life of all mankind. And indeed, there came to them Our Messengers with clear proofs, evidences, and signs, even then after that many of them continued to exceed the limits (e.g. by doing oppression unjustly and exceeding beyond the limits set by Allah by committing the major sins) in the land!.
"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-"
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.
Adakah dia sudah….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….
Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.
Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…
Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.
"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.
Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!
"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada.Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'
Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.
Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.
'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.
"Esok free tak? Boleh kita chatting?"
"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokannya, aku menanti awal dia online.
'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.
Oh, tepat sungguh waktunya...
Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam…
Amin: apa khabar? sihat? iman baik?
Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?
Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua
Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...
Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...
Wani: wah, rajinnya... baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study macam mana?
Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe, study rajin2 ye..
Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…
Amin: hurm…
Wani: apa dia? tanya la… sila2..
Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?
Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?
Wani: so, statusnya kawan je la…
Amin: hurm…
…..
Wani: erh, tak betul ke?
Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…
Wani: jadi…
Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…
Amin: sbb……
Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…
Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…
Amin: huh…
Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…
Amin: kononya Islamik…
Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…
Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..
Amin: hurm…..
Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…
Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…
Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…
Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…
Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…
Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…
Cinta hakiki hanyalah pada Allah…
Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.
Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.
Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.
Wani: wassalam.
Signed out
Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.
“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.
“Ya bang, Wani turun…”
Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.
F Am Dm Am Bb G C F La la la F Am Dm Sejuta harapan Bb G C Yang aku sandarkan F Am Dm Seberkas cahayaMu Bb C Untuk terangi jalanku
Dm Tanpa rahmat ampunMu Am Tanpa kasih sayangMu Bb C Hampa terasa hidupku Dm Ku ingin bersamaMu Am Dekat selalu denganMu Bb C Bahagia bersamaMu
F Am Ya Allah Bb C Terangilah gelap hitam hatiku F Am Ya Allah Bb C Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x
Jika Antum sekalian mau request chord gitar lagu-lagu nasyid bisa via email di : ibnu_bismillah@yahoo.co.id
Ibnu Watashiwa
------------------------------------------------------------------------------------------ Dapatkan chord nasyid di http://liriknasyid.com eXpresi PENYEGARAN diri ------------------------------------------------------------------------------------------
~ mataku (apa yang aku nampak), ~ telingaku (apa yang aku dengar), ~ lidahku (apa yang aku katakan), ~ akalku (apa yang aku fikir), ~ hatiku (apa yang aku fahami),
***2 posts yang di'cilop' dari blog Effy.. Thanks akh..
Menjadi orang yang beriman pun sudah cukup untung.. apatah lagi jika menjadi orang beriman yang berilmu.. lagilaaah untung.. Allah telah berjanji untuk mengangkat darjat orang2 yg beriman dan juga orang2 yang berilmu beberapa darjat sepertimana yang telah disebutkan di dlm surah Mumtahinah ayat 11.. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 pula disebutkan bahawa barangsiapa yg diberikan ilmu pengetahuan, sebenarnya dia telah diberikan kebaikan yang saaangat banyak.. Tidak rugi menjadi orang yang berilmu di dalam Islam.. Anjing yang berilmu (dilatih) pun turut diangkat darjatnya oleh Allah.. Sehinggakan Allah menghalalkan daging binatang buruan yang ditangkap oleh anjing buruan yang terlatih.. Apatah lagi jika manusia yg berilmu..
Di dlm kisah Nabi Sulaiman a.s. dgn jin ifrit yg disebutkan dlm surah An-Naml ayat 39 hingga 40, jin ifrit berjanji akan membawa mahligai Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau bangun dari tempat duduk beliau.. Namun seorang lelaki yang dikatakan mempunyai ILMU tentang kitab dapat berbuat lebih dari itu.. Beliau menjanjikan mahligai tersebut sebelum Nabi Sulaiman mengelipkan mata beliau.. Begitulah kelebihan orang yang berilmu..
Namun orang mukmin yang beriman perlulah sentiasa menyedari bahawa ada Zat lain yang mempunyai ilmu yg jauh lebih banyak daripada mereka.. Ini disebutkan dengan jelas di dalam surah Yusuf ayat 76. Orang mukmin yang mempunyai nilai ini sudah pasti tidak akan berasa sombong dan bongkak dengan ilmu yang dimilikinya.. Mereka tidak akan kedekut dgn ilmu yang mereka miliki.. Malah mereka akan terus memberi dan memberi, kerana mereka yakin Allah pasti akan melipatgandakan ilmu yg sedia ada yang diajarkan..
Ilmu bermanfaat yang disebarkan merupakan harta kita yg paling berharga di akhirat kelak.. Ia merupakan antara 3 perkara yang akan berterusan pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia selain sedekah jariah yg berterusan manfaatnya serta anak soleh yg mendoakan kita..
Maka, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.. Semoga bermanfaat.. Wassalam
Alangkah ruginya golongan Kristian yang berilmu.. Agama Kristian tidak menghargai langsung individu yang berilmu.. Di dalam bab yang bernama Ecclesiastes 1:18 ada disebutkan, "Because in much wisdom is much grief, and increase of knowledge is increase of sorrow." Ianya bermaksud, "Kerana dalam banyaknya ilmu terdapat banyak kesedihan.. Dan peningkatan dalam ilmu pengetahuan bermakna meningkatnya kesedihan."
Disebut juga di dalam Ecclesiastes 2:15‘... As it comes to the foolish man, so will it come to me; so what then do I gain by being wise? Then I said in my heart: This again is to no purpose.’ Ianya bermaksud, "Apa yg menimpa orang yang bodoh juga akan ditimpakan kepada aku.. Maka apa kelebihan yang aku dpt jika aku berilmu?? Kemudian aku berkata di dlm hati: Perkara ini langsung tidak ada tujuan."
Islam amat menghargai umatnya yang berilmu.. Tidak kiralah ilmu duniawi atau ukhrawi.. Saintis Islam yang berilmu sebenarnya lebih mulia daripada saintis yang bukan Islam di sisi Allah..
Semoga Allah menjadikan kita orang Islam yang beriman dan berilmu.. Semoga bermanfaat..
Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai empat sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja.
(Pre-Exam to Exam)
Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal.
Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal? Itu sudah salah konsep.
Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).
Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya.
Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah...
"Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)
Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usahayang tak seberapa itu.
Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke?
Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?....
“Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....”
(Post-Exam)
Kemudian, yang ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur.
Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya.
Rasulullah bersabda,
"Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, diabersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)
Kita sering merungut pabila kita tidak dapat score markah yang yang baik dalam exam tu.
"Russian ni.. suka sgt 'bias'... tak aci!"
"Soalan ni tak pernah dengar pun...!!"
"Susah giler soalan tadi..!!"
"Kalau la aku study banyak sket semalam..."
Itulah antara ayat-ayat yang terpacul daripada mulut kita selepas sesuatu exam.
Ada pula...
"Laa.. takdela susah sangat.."
"Wah... sebijik apa yang aku hafal semalam.."
"Cikgu tu baiklah..."
"Nasib baik aku tak kena soalan bab tu..."
Sabar boleh dibahagikan kepada 3; pertamanya dalam menghadapi musibah, misalnya dengan tidak meratap dan berkeluh kesah. Kedua, sabar dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah s.w.t dan akhir sekali, adalah sabar dalam menjauhi kemaksiatan. Manakala, syukur pula bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan hamdallah sahaja, namun dengan mengunakan jiwa raga dan nikmat-nikmat untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah s.w.t. Satu musibah itu mestilah disyukuri juga, sebab asasnya musibah diturunkan itu adalah sebagai ujian terhadap seorang hamba atau sebagai hukuman yang disegerakan di dunia.
Mengapa Allah kita selalu persalahkan?
"Aku dah Usaha, Aku dah tawakkal... tapi, still tak dpt 'pyat'... huh..," inilah kadang-kadang perasaan menegeluh yang tercetus dalam hati kita. Walaupun tak diluahkan, tapi mesti ada juga sedikit kan rasa ketiadakpuasan hati itu...?
Ujian kita tak dapat markah penuh 'pyat' ni adalah antara test-test yang Allah berikan kepada kita. Allah menguji kerana cintakan hambaNya. Sesiapa yang redha, ia akan mendapat redha dari Allah pula. Boleh jadi, ia juga sebagai hukuman segera di dunia ini atas kesalahan kita lakukan iaitu sebagai penghapus dosa-dosa dan pengurang seksaan di akhirat nanti.
Sebenarnya, hal ini membawa diri kita berfikir balik, adakah betul kita dah berusaha habis-habisan dan bertawakkal kepadaNya? Mungkin ada sedikit sahaja bahagian lagi yang kita tak 'complete'kan untuk membolehkan kita dapat 'pyat' tu. Mungkin dengan ujian ini, kita dapat renung dan kaji balik mana-mana yang silap dan mesti diperbetulkan untuk masa hadapan. Kalau asyik dapat perfect je, kita kadang-kadang tu takkan tahu di mana titik kelemahan kita, dimana kesilapan kita. Secara tak langsung, ia dapat mentarbiyahkan diri kita menjadi seorang yang tidak mudah takbur dan berbesar diri hingga boleh lupa akan nikmat kurniaanNya.
Oleh sebab itu lah, ketika nikmat datang, seorang hamba juga seharusnya bersabar, berwaspada dan bersyukurlah! Bersabarlah untuk tidak mudah mabuk dan alpa dalam kesenangan itu kerana nikmat yang diberikan juga boleh menyebabkan kita terseleweng dari jalan yang benar.
Usaha, Tawakkal, Sabar dan Syukur serta Ikhlas dan Husnudhan merupakan kata kunci yang insya Allah akan menghantar kita untuk mencapai ridha-Nya, amiin.
Seperti biasa pada Jumaat malam kami bertadarus... Ia dah minggu ke-10 dah rasanya kerana setiap minggu kami akan baca satu juzuk, dan semalam bacaan kami adalah juzuk yang ke -10.Biasanya tidaklah terlalu ramai, dalam 10-12 orang sehingga boleh membentuk 3-4 kumpulan kecil.Biasanya selepas tadarus tu, saya akan membaca sedikit terjemahan untuk sama-sama bertadabbur.
Semalam saya tertarik dengan satu ayat yang kami baca iaitu ayat ke-24 daripada surah At-taubah.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"
Saya terus bertanya, apa kesimpulan yang dapat dibuat...?
Salah seorang daripada kami menjawab, "Lebih Cintakan Allah dan Rasul daripada Cinta Duniawi"
Semua mengangguk bersetuju. Simple je actually...
Dan ada pula yang menambah, "Kita bukan setakat kata je kita cintakan Allah dan Rasul, tapi kenalah amalkannya (buktikannya)"
Apakah maksud CINTA sebenarnya?
Saya petik dari Wikipedia;"Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi."
Saya bukannya nak membincangkan kepada siapa kita bercinta dan hukum halal-haramnya...tetapi saya lebih fokus kepada bagaimana kita faham apa bila kita kata kita bercinta...
Dalam maksud yang diberi oleh wikipedia itu, ada tertulis yang orang yang sedang dilamun cinta itu sanggup berkorban dan menyerahkan apa sahaja kepada yang dicintainya itu kerana kita tahu dia sedang hanyut di alamnya itu. Sikap ini akan ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi serta sikapnya. Sikap ini akan mempengaruhi bagaimana hubungan percintaan antara mereka berdua.
Tanda-tandanya adalah seperti kita dapat lihat seorang Suami atau Isteri yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan masing-masing yang dicintainya itu. Begitu juga antara hubungan antara Mak dan Anak, Ayah dan Anak malah antara hubungan sepasang kekasih pun.
Namun, bagaimana cinta kita terhadap Tuan Pencipta kita? Dalam ayat tadi jelas menyatakan bahwa cinta kepada Allah dan Rasulnya serta cinta kepada yang dicintai Allah wajib didahulukan di atas segala-galanya... Segala apa yang mendahului cinta Allah dan Rasul mesti ditolak tepi. Tahukah kita yang cinta ni ada cinta terhad dan ada cinta mutlak? Kepada siapa kita perlu letakkan cinta terhad dan kepada siapa kita perlu berikan cinta mutlak tak perlulah dihuraikan lagi kerana saya rasa semua dah tahu dan fahamkan?... Cuba kita lihat diri kita balik, betul ke kita kata kita Cinta ALLAH dan RASUL? Sedangkan lif tak bergerak pun kita malas nak turun untuk solat jemaah di Surau, bagaimana kita nak buktikan kita cinta kepadaNYA? Sunnah Rasul pun kita tak amalkan, apa bukti cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w? Adakah betul kita tak mencintai DUNIAWI? Adakah kita tak melebihi cinta kepada yang TERHAD? 'Tepuk dada tanyalah iman'...
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamumengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Imran, 31)
Marilah kawan-kawan... cintailah kepada Cinta yang Mutlak. Buktikanlah... sebagaimana seorang sahabat kita tu kata , "bukan sahaja cakap, tapi amalkan, iaitu buktikan.."
Ingatlah “Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya karena Allah; dan tidak mau kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia tidak mau kalau dicampakkan ke dalam api.”
*editted sebab tak pasti sumber kata Yusuf Qardawi itu