Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Tuesday, March 2

Iklan : Maulidur Rasul di Moscow...



Совет Муфтиев России в концертном зале гостиницы «Космос» проводит праздничное мероприятие, посвященное
Дню рождения Пророка Мухаммада

14 марта 2010г., в 15:00 в концертном зале гостиницы «Космос» по адресу: проспект Мира, д. 150, состоится праздничная программа, посвященная великому событию для всего мусульманского мира ‑ Дню рождения Пророка Мухаммада.

Организатором мероприятия является Совет Муфтиев России при официальной поддержке Комитета по связям с религиозными организациями города Москвы, Института Востоковедения Российской Академии Наук, Института стран Азии и Африки Московского Государственного Университета, а также ряда других научных и общественных организаций.

На мероприятии планируется выступление Муфтия Шейха Равиля Гайнутдина, кроме того в нем примут участие интеллигенция и элита российского общества: научные и религиозные деятели, политики, послы и полпреды, деятели искусства, спорта и других сфер деятельности.

В концертной программе выступят знаменитые исполнители из России и других стран, будет продемонстрировано уникальное лазерное шоу о Пророке Мухаммаде, организовано чтение Корана и исполнение религиозных песен профессиональными чтецами из Турции, а также розыгрыш среди всех гостей трех поездок на малое паломничество в Мекку.

В фойе концертного зала перед основным мероприятием пройдет выставка картин знаменитых художников Москвы Ильдара Мустафина и Эльвиры Асадуллиной.

Аккредитация представителей СМИ проводится до 18:00 13 марта по тел: (495)684-3198 (т./ф.), 8-(926) 247-9306

Sunday, February 28

Winter Gathering 2010



Meskipun sudah 3 minggu berlalu, masih terbayang-bayang lagi suasana dan biah jaulah ini kerana rindu yang amat sangat untuk berada di situ lagi...

Tidak dapat dinafikan winter gathering kali ini adalah yang paling BEST yang pernah saya alami. Satu pengalaman tarbiyyah yang sangat bermakna sepanjang enam tahun berada di luar negara ini. Susah untuk dapat gathering yang macam ini lagi nanti...

Biar pun pahit di awal perancangannya, tapi Alhamdulillah Allah bagi kemanisan sepanjang program dan selepas tamat program itu. Dan kemanisan itu masih dapat dirasai lagi oleh semua sehingga ke hari ini. Subhannallah, semuanya itu adalah dengan kehendakNya juga.

Clip di atas memaparkan hanya 1 daripada 100 kemanisan yang direkod oleh videocam. Saya yakin di hati brothers & sisters masih basah dan akan masih basah dengan keimanan, biah dan ukhwah yang dialami di sana itu. Dan moga-moga ia akan menggerakan kita semua untuk terus istiqamah dalam tarbiyyah ini.

Ucap tahniah terutamanya kepada adik-adik yang saya nampak begitu semangat ber-gathering. Nampak jauh ke dalam lubuk hati masing-masing keikhlasan dalam mencari pencerahan diri dan kefahaman yang mendalam tentang ad-deen ini. Saya harap semangat itu akan tetao membara untuk terus mengerakkan diri masing-masing membentuk diri menjadi individu muslim yang betul-betul dapat melaksanakan islam yang syumul dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya adik-adik sangat sangat beruntung tatkala di awal usia muda ini sudah pun mengenal dan memahami apa itu tarbiyyah... Dan tidak tipu pula untuk saya katakan yang saya sangat cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kepada adik-adik ini.

Harap-harap peluang dan nikmat yang Allah bagi ini disyukuri dengan sentiasanya.

Tapi apa pun, saya yakin yang setiap daripada kita itu ada sejarah dan jalan hidupnya yang tersendiri yang telah Allah tetapkan. Tidak kiralah di mana dan bila tarbiyyah kita bermula, yang lebih penting adalah kita tetap thabat dengan jalan ini dalam usaha kita mengejar redha Allah swt.

Wallahualam.

Monday, January 25

Tahun 2010...

Setelah sekian lama blog ini bersarang, sekarang baru rasa ada kelapangan untuk menulis sedikit untuk entry pertama saya pada tahun 2010 ini kerana lebih sebulan lepas adalah waktu yang saya begitu sibuk dengan tiga perkara penting untuk diselesaikan:

Satu - 2nd IMAM RSC Medical Symposium.
Kedua dan Ketiga - 2 State Examinations (Hygiene&Prof Disease dan Surgery).

Alhamdulillah, ketiga-tiga perkara itu selamat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Masa yang diharungi sepanjang lebih 30 hari itu memerlukan penyusunan yang baik dan penuh teliti disamping disiplin yang tinggi dalam diri saya dan juga isteri. Jika tidak, insya Allah salah satu perkara itu pasti akan tergadai.

Daripada akhir November lagi kami sudah menyusun content setiap hari kerana kami telah belajar daripada pengalaman lepas dengan kesibukan yang bakal kami alami nanti. Usrah sendiri, usrah adik-adik, daurah, meeting, pengurusan jaulah, pengurusan brother & sister yang nak kahwin juga tidak terlepas untuk ditanggungi.

Alhamdulillah, dengan keizinan dan kekuatan yang Allah berikan, hari demi hari setiap perkara itu dapat proceed dengan baik dan semuanya telah berjalan dengan sempurna.

....

Semeseter kedua tahun 2010 ini pasti akan memberi lebih cabaran kepada kami kerana kami mestilah kena betul-betul mempersiapkan diri sebelum masuk ke alam junior doktor selepas Julai 2010 nanti.

Selain itu, sebelum meninggalkan bumi Russia ini, insya Allah kami berazam untuk cuba mencurahkan dan berkongsi segala ilmu dan pengalaman enam tahun yang kami ada untuk dimanfaatkan oleh adik-adik di sini.

Wallahu a'lam.

Sunday, December 20

Updates dari Gaza...





the pictures speak louder...


Anda nak tengok sahaja ke?

http://vivapalestina.org/home.htm


Thursday, December 17

Selamat ber-Hijrah 1431

Tahun demi tahun berlalu. Esok, andai kita masih hidup, kita akan masuk lagi ke tahun baru hijrah. Tahun yang akan memberi harapan untuk mendapat yang lebih baik dan menjadi lebih baik dalam setiap apa perkara dan urusan pun berbanding tahun-tahun yang lepas.

Setiap orang pasti ada azamnya pada tahun baru ini. Jika misi-misi dahulu masih tak tercapai, kita pasti akan diusahakan untuk memenuhinya pada tahun yang baru ini. Dan usaha itu dilakukan dengan melakukan pelbagai perubahan untuk menjadikan misinya dapat dijayakan.

Dan hampir setiap tahun kita lontarkan slogan KEAZAMAN untuk BERUBAH kepada yang lebih baik dan BERUBAH pelbagai cara, medium, pendekatan, strategi demi mencapai apa yang kita cita-citakan.

Tapi berapa banyakkah peratusnya yang sudah tercapai? Adakah lebih daripada 50%? Sekurang-kurangnya 25%...

Apakah penghalangnya jika masih jauh tak bergerak?


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Daripada Rasulullah saw:

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ[1]

Ertinya:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.

Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.


SELAMAT BERHIJRAH ke TAHUN BARU 1431!

Friday, November 20

Alangkah best-nya jika...

Muslim itu bermaksud orang Islam. Islam itu pula bermaksud menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah semata-mata, dengan melaksanakan semua perkara yang disuruhNya dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Jadi, muslim itu bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah sahaja. Dia seorang yang merdeka, bebas dan tidak terikat dengan suruhan dan larangan lain yang bertentang dengan apa yang Allah turunkan.

Itu adalah yang paling basic.

Salah satu tuntutan atau suruhan Allah adalah menutup Aurat. Kaum lelaki - daripada pusat ke lutut. Kaum wanita pula - seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ini wajib ditutup seperti mana yang Allah suruh dalam surah An-Nur. Wajib juga ditutup pada waktu ketika-ketika dan tempat yang telah dinyatakan dalam ayat itu. Termasuklah salah satunya ketika bersukan.

Alangkah manisnya, cantiknya dan sejuk hatinya bilamana dapat melihat muslim itu dapat menutup auratnya ketika beraksi di atas padang atau gelanggang. Tidak ragu, tidak segan dan tidak janggal tatkala di sekelilingnya ramai bukan (atau belum) muslim yang berseluar pendek, bahkan ada yang berseluar tidur pendek atau 'boxer'. Tetapi demi kerana Allah, dia berasa izzah dengan apa yang dilakukannya.

Semangatnya tidak luntur untuk bermain bahkan membara-membara kerana keteguhan dan kekuatan imannya. Sebagaimana dia menutup aurat ketika solat, begitulah juga dia menutupnya ketika bermain futsal. Sebagaimana dia menutup aurat ketika memasuki masjid, begitulah juga dia menutupnya ketika di luar. Sebagaimana dia menutup aurat ketika mengaji Quran, begitulah juga dia menutupnya ketika belajar di kelas.

Tidak ada beza dan tidak disekularkan kehidupannya. Aurat itu ditutup dimana-mana dan bila-bila ia dituntut oleh Islam untuk ditutup.

Alangkah best-nya juga jika SUKOM 2009 anjuran KUMOSC ini dapat menggalakkan para peserta muslim menutup aurat ketika bermain. Mungkin untuk mensyaratkannya, ia belum sampai masanya lagi. Yang boleh adalah sekadar kempen menggalakkan untuk menutup aurat.

Semasa zaman saya dahulu, saya berpendapat tidak cukup kuat lagi untuk mengetengahkan hal ini kerana kefahaman masyarakat muslim Malaysia secara umumnya dengan tuntutan dan kepentingan menutup aurat itu masih belum jelas. Tapi kini, setelah saya nampak semakin ramai yang sudah sedar dengan perkara ini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk menggalakkan dan menyedarkan yang lain dalam masyarakat muslim kita dengan tuntutan ini.

Sebenarnya ia bukanlah masalah tidak tahu dan tidak diberitahu. Tetapi masalah EGO, masalah mahu ikut hati, nafsu sendiri dan masalah suka fikir ikut kepala sendiri.

Tidak perlu tipulah... Saya pernah mengalaminya sendiri di sekolah dulu-dulu, malah sempat juga di sini (Moscow). Masakan tidak tahu aurat itu wajib ditutup, walhal sudah lulus SPM Pendidikan Islam.

Tetapi disebabkan oleh 'degil', ego, ikut hawa sendiri dan merasai yang saya ada hak individu untuk menentukan diri nak pakai apa, akhirnya berseluar pendeklah ketika bermain tanpa segan silunya walaupun hati tahu diri itu sedang bermaksiat kepada Allah swt...

Astagfirullahalaziim... Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas.

Alhamdulillah. Dengan Taufiq dan kehendakNya, saya sudah sedar dan faham ia adalah salah. Kini, saya pula mesti membantu adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak untuk sedar dan faham akan perkara ini.

Saya menasihati untuk mengingatkan. Terasa pelik juga bila mana nak bersolat kita tahu apa aurat kita. Yang berseluar pendek terus ambil kain sarong atau seluar panjang, yang free hair terus ambil tudung atau telekong. Tapi bila di luar solat pula, seolah-olah tiada peraturan itu.

Kesempatan ini diguna untuk saya menketengahkan perkara ini kerana saya yakin jawatankuasa SUKOM ini 100% terdiri daripada muslim.

Jika program atau aktiviti lain, mungkin sukar untuk kita kempenkan perkara-perkara seperti ini kerana biasanya jawatankuasanya akan terdiri daripada bukan Islam. Jadi, sedikit kesukaran jika tidak menjadi majoriti.

InsyaAllah untuk kita as a muslim, sesuatu program atau aktiviti itu kita target ada matlamatnya. Antaranya adalah tidak melanggar batas-batas syarak Islam. Saya tidak kata yang menutup aurat, menjaga pergaulan dan pandangan serta menjaga waktu solat itu sudah mencukupi. Penjimatan, kebersihan, makanan halal dan baik, akhlak peserta dan penyokong serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi juga mesti dititik beratkan kerana Islam itu menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita.

Walau apapun, ia bergantung juga dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak – sama ada penganjur dan juga peserta. Jika salah satu 'degil', sistem ini tidak akan berjaya dibentuk.

Akhir sekali, saya nak kempenkan lagi : JOM MAIN SUKOM 09 DENGAN TUTUP AURAT~

||| FAIR PLAY. COVER YOUR AURAT. ENJOY |||


Bagi yang segan nak mula, jom mula di sini... Lillahi ta'ala.

Moga-moga Allah akan membantu dengan memberikan taufiq dan kekuatan dalam menuju ke arah satu perubahan yang gemilang dalam diri. Insya Allah.




Saturday, November 14

Daripada keGelapan kepada Cahaya Islam...

Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita daripada pelbagai kegelapan serta kesesatan Jahiliyah dan menuju ke arah cahaya Islam yang terang benderang.

Dengan Islam, Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani dan diangkatkan atas semua umat manusia.

Oleh sebab supaya kita ini sentiasa menjadi umat yang seperti itu dan tetap seperti itu, maka kita haruslah memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt kepada kita dan meninggalkan apa sahaja yang dilarangNya.

Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi orang-orang yang bersaudara...” (Ali Imran, 3 : 103)



Jaguh ke...?

"Adoi mak nimang terjatuh terhantuk kepala..." ujar Mak Teh (bukan nama sebenar) selepas kepalanya terhantuk almari.

"...eh kepala terhantuk kat tiang gol...eh tiang gol masok gok kalah satu kosong...&%$##..." sambungnya lagi, dihiasi lagi dengan carut-marut, tidak berkesudahan. Begitulah melatahnya seorang wanita Melayu. Satu sindrom yang hanya wujud di Malaysia.

Namun sindrom ini tidak hanya dihidapi oleh wanita Melayu, bahkan lelaki Melayu juga. Kalau lelaki yang melatah, keadaannya akan menjadi lebih teruk, rasional dan pertimbangan akal hilang.

Maka akan berlakulah kejadian sebegini.


Peristiwa yang panas ini menjadi bualan setiap rakyat Malaysia yang peka dengan isu semasa. Banyak persepsi dan reaksi terhadap berlakunya kejadian sebegini.

Sebagai seorang Melayu, mereka akan melawan dan membantah pembinaan kuil hindu di kawasan Melayu.

Tidak untuk si Muslim. Muslim yang Islam akan menyokong dan tidak sekali-kali akan membantah pembinaan kuil itu. Demonstrasi sebegitu tidak akan dilakukan oleh muslim sejati.

Itulah hakikatnya. Tidak semua Melayu itu Islam.

Mengapa? Sebab tidak semua mereka memahami sebenarnya tuntutan syahadah untuk menyampaikan Islam. Seorang Muslim akan mengambil peluang untuk melakukan dakwah kepada orang Hindu yang datang ke kawasan itu.

Tapi indahnya ilusi dari realiti, tidak semua orang Islam memahami akan keadaan ini.

Pernakah mereka ini yang beraksi seperti jaguhan 'Melayu sejati' memikirkan, apa perasaan mereka, jika sekumpulan orang bukan Islam membawa kepala Babi pula...?

Antara kepala Babi dan Lembu...

Wednesday, November 11

Genap dua bulan di RS...

"Akh, ana sebenarnya dari Malaysia lagi dah rasa-rasa yang ana akan tinggal kat luar"

"Oh ya? Itulah, Allah dah susun untuk kita... Insya Allah banyak hikmahnya"

Alhamdulillah. Hari ini genap dua bulan kami tinggal di sini. Bagi sesiapa yang masih belum menjejak kaki ke sini, amatlah dialu-alukan untuk datang ziarah. Bagi yang dah selalu pula, boleh sahaja datang lagi bila-bila masa untuk sentiasa memeriahkan dan menghidupkannya.

Nama diberi adalah Raudhatul Solihin atau dikenali sebagai RS, yang membawa maksud 'Taman untuk Orang-orang Soleh' atau lebih tepat maksudnya adalah 'taman di mana bila masuk ke dalamnya, kenalah berusaha untuk menjadi Muslim yang soleh'.

Dua bulan itu berlalu begitu sekejap... Saya teringat bagaimana kami telah bertungkus lumus siang dan malam selama 5 hari hendak mencari rumah sehinggakan pelbagai ajen perumahan telah kami gunakan.

Ceritanya bermula apabila kami kena pindah bilik kerana admin hostel mengkhendaki kami mengosongkan bilik itu kerana bilangan pelajar baru yang nak masuk adalah terlalu ramai dan mereka hendak meletakkan 3 pelajar baru di situ.Kami telah diberi pilihan; sama ada tinggal di family room atau tinggal asing-asing di bilik berlainan.

Kami tidak dapat tinggal di family room kerana kami mesti menukarkan dahulu sijil nikah ke bahasa Russian yang saya kira akan mengambil masa yang lama untuk proses. 1st nak tukar to English dahulu, kemudian nak tukar ke Russian pula. Dahla sijil nikah tidak ambil lagi daripada Pej Agama Islam Jhr... So, lambat lagi la. Lagipun, family room adalah begitu kecil saiznya!

Jadi, akibat risaukan akan dikacau lagi oleh admin hostel yang bila-bila boleh halau kami untuk tukar bilik dan selepas membuat SWOT & bersyura, kami berdua akhirnya telah putuskan untuk pindah luar terus, meninggalkan Baitul Hikmah...

Dan ketika itu Rafeeq dan Sikin juga ada masalah untuk tinggal bersama-sama. Jadi, kami berempat pun merancang untuk cari rumah sekali bersama-sama.

Alhamdulillah, dapatlah sebuah rumah yang tidaklah sebesar mana tapi sesuai dengan harganya. Dekat dengan Metro pula tu. Insya Allah, apa pun ia cukup besar untuk muatkan ramai orang.

Hampir setiap minggu RS ini tidak terputus dengan pelbagai aktiviti dan program. Kalau bukan aktiviti daripada kami ber-4, ia adalah aktiviti orang luar yang datang menumpang. Alhamdulillah... Itulah yang kami mahukan. Kami mahukan ia diguna sepenuhnya oleh warga Muslim secara umumnya dan juga ikhwah dan akhwat secara khususnya. Ia khas untuk Dakwah dan Tarbiyah pelajar Malaysia di Moscow ini.

Sebenarnya terasa pelbagai hikmah yang telah kami dapat apabila tinggal di luar hostel ini. Ia sungguh jauh berbeza cara hidupnya, jauh berbeza untuk cara berfikirya dan jauh berbeza waqi' persekitarannya.

Insya Allah, moga-moga RS ini akan terus terisi sepanjang masa dengan program ilmiah, ruhaniah, dan juga jasmaniah...

Tuesday, November 10

Perubahan kita adalah perubahan hati...!

Titik tolak awal kita adalah dari dalam. Luaran hanya pengikut, patuh dan ‘islam’ dengan kehendak dalaman.

Oleh itu mereka yang tidak memahami ‘kaedah’ ini akan terumbang ambing dan terkagum dengan perubahan luaran yang berlaku. Tetapi tiba waktunya akan ter’kejut beruk’ dengan suatu yang tidak disangka-sangka sebaliknya berlaku.

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)


Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Ar-Rasul saw juga telah memaksa kita untuk memahami hal ini.

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ[1]

Ertinya:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.


Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.

___
[1] Sahih al-Bukhari, Jil. 1, hlm. 101, Bab Fadhl man istabra’ lidinihi.

petikah muntalaq