Sudah banyak masjid dan musalla yang saya kadang-kadang ada singgah untuk bersolat. Namun, tabiatnya tetap sama dari satu tempat ke satu tempat.
Semakin besar masjid itu, semakin berjarak seorang demi seorang menyebabkan saf tidak dirapatkan sebaiknya sehingga kadang-kadang boleh memuatkan seorang lagi di celahnya itu.
Sejadah seorang satu pula itu.
Saya rasa alasan "nanti nak duduk tahiyyat akhir susah nak buat...takut terduduk atas kaki jemaah sebelah..."
dan "tak tahan bau badan jemaah sebelah.." adalah tidak patut diterima. Ia adalah alasan semata-mata kerana mementingkan keselesaan peribadi.
Teringat tatkala bersolat di Moscow. Walaupun bersolat di luar masjid kerana masjid penuh, saf-saf di luar masih kemas dan rapat tersusun.
Apakah masalah kita sebenarnya?
Wednesday, September 15
Thursday, September 2
Malam Merdeka
Semalam sempat berkunjung ke Majlis Sambutan Malam Merdeka dan Penghayatan Ramadhan peringkat negeri Selangor bersama isteri.
Majlis yang diadakan ini berlainan daripada kebiasaan majlis sambutan merdeka. Walaupun pada awal petang lepas berbuka puasa kelihatan tidak ramai orang, namun apabila semakin larut malam mendekati 12 tengah malam, kawasan i-City itu semakin sesak dengan kunjungan orang ramai.
Kaum cina, India dan lain-lain turut sama-sama tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan lagi majlis itu.
Teringat dulu-dulu ketika saya dan sepupu pergi meronda Kuala Lumpur pada malam tahun baru kononnya untuk melihat sedikit sebanyak kemeriahan pada malam itu dan meredah ribuan manusia.
Jika pada malam itu (iaitu 10 tahun yang lepas), saya melihat suasananya pun sudah menakutkan, saya tidak dapat bayangkan bagaimana sambutan malam tahun baru dan merdeka pada tahun kebelakangan ini.
Kami pada masa itu meronda sekitar KLCC dan Bukit Bintang. Astagfirullah, rasa takut walau dalam keadaan cuba meng-happykan diri mula menyelubungi saya. Mungkin rasa takut itu tidak sekuat mana kerana kejahiliyyahan diri juga dan suasana biah di sekitar saya pada waktu itu. Tapi saya yakin secebis iman yang ada dalam hati masih membolehkan saya ada perasaan seperti itu. Hidayah dan petunjuk Allah juga menyelamatkan kami dari terjerumus dalam program kemaksiatan pada malam itu.
Rosak remaja dan belia semuanya diperbodohkan. Clubbing, Breakdance, Pesta, Arak, Rokok, Lelaki Perempuan berdua-duaan di mana-mana. Sungguh, sangat-sangat menakutkan suasananya. Kalau sesiapa pernah melihat clip video Harun Yahya tentang 'Kaum yang dibinasakan', seperti itulah yang digambarkan bagaimana maksiat dan jahiliyyah sedang menghanyutkan sesuatu kaum itu.
Saban tahun pada bulan Ogos dan September kita dapati banyak berita pembuangan bayi akan berleluasa. Kajian banyak menunjukkan, ia adalah tidak lain tidak bukan adalah daripada kegiatan seks luar nikah yang berleluasa pada malam krismas dan tahun baru.
Alhamdulillah, sekarang setelah ada kesedaran yang tinggi dalam umat Islam, kita semua semakin bangkit untuk menyelesaikan masalah ini. Program Anda Bijak Jauhi Zina, Jom Jadi Bijak! dan Program Mencegah Zina pada malam merdeka dan malam tahun baru dijalankan bagi memberi kesedaran kepada golongan remaja dan belia agar dapat menghidari dan memahami maksiat ini.
Apapun, peranan parents juga bagi saya sangat penting dalam hal ini. Jika parents pun tidak kisah anak perempuannya (terutamanya) keluar pada malam hari atau dengan lelaki, bagaimana orang lain boleh bertindak dengan lebih kesan.
Hendak mengharapkan pihak koporat yang mengejar untung untuk memberhentikan segala pesta, karnival dan sambutan seperti itu? Tidak mungkin selagi tidak terkena atas hidung sendiri.
Wallahualam
Subscribe to:
Posts (Atom)