Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, January 20

Liatnya...


Liat betul Opekha ni...

Mari kita kunyah betul2...
gigit betul2...
ngap betul2...

sampai hadam betul-betul...

Lapar atau kenyang itu kita sendiri akan rasa nanti...

Friday, January 11

Hijrah Menuju Allah





Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


*lagu yang agak kerap terdgr kat IKIM FM semalam. Best!
Klik kat sebelah itu utk play~...


Wednesday, January 9

1429 H dan Perubahan Kita...

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih saying dan banyak lagi.

Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang ingin dilakukan
dalam masyarakat sekitar anda mulai 1429 ini?


-Andai kita ini seorang yang malas menunaikan solat, tanamlah keazaman untuk melengkapi solat 5 waktu itu.

-Andai kita ini selalu malas solat berjemaah terutamanya di masjid atau surau, ayuh gerakkan kaki kita melangkah ke sana. Ajak kawan-kawan disekeliling anda sekali.

-Andai kita ini seorang pelajar yang malas, lemah dalam studies… yes, inilah masanya untuk melakukan perubahan itu!

-Andai kita ini masih banyak jahil tentang Islam, marilah… banyak majlis-majlis ilmu telah tersedia di hadapan anda. Ada usrah, ada halaqah dan banyak lagi. Hanya yang tidak terasa hausnya sahaja tidak akan nampak majlis-majlis ini.

-Andai kita ini suka banyak merapu, mencarut, mengumpat, mengeji, mengutuk dan berketawa-ketawa, ubahlah dan cantikkanlah akhlak budi pekerti kita itu.

-Andai kita ini masih hanya menutup kepala sahaja, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Andai kita ini masih hanya memakai seluar di atas lutut, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Dan andai kita masih lagi belum menutup aurat, mengapa tidak mulai 1429 H ini kita ingin berubah kepada menutup aurat?

-Andai kita ini masih kurang melakukan sunnah-sunnah Rasulullah, ambillah hijrah ini sebagai masa untuk mula melakukannya dan seterusnya berusahalah untuk menanam kecintaan terhadap baginda.

-Andai kita ini kurang membaca Quran, boleh la start buka-buka Quran itu mulai tahun ini. At least 1 page sehari…

-Andai kita masih lagi excessive layan YM, YouTube, Anime, Korea, Bloggings, Movies, SeriesTv, Bola, Games dan macam-macam lagi, inilah masanya untuk berubah dengan mengurangkannya.

-Andai kita ini mempunyai hubungan dengan pasangan laki/perempuan dalam keadaan yang ‘illegal’, ayuh usahakanlah ke arah untuk merasmikan dan meng-Halal-kan perhubungan itu.

-Andai kita ini masih terasa berada dalam zaman Jahiliyyah, Давай!! Inilah masanya untuk keluar daripada zaman kegelapan kita itu.

Dan yang paling penting,

Jika dahulu hijrah kita adalah kerana harta, pangkat, laki/perempuan dan duniawi…

Marilah betulkan niat itu….

Hijrahkanlah diri kita itu kepada Allah dan Rasul.


Andai kita tanamkan niat dan keazaman PEMBAHARUAN ini…

Dan berusahanya dengan bersungguh-sungguh...

Dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dengan Hijrah ini...

Insya Allah, Dia akan bantu kita…


Usah risau apa orang kata,

Usah malu apa orang tengok kat kita,

Semua tu tak penting,

Malu di hadapan Allah adalah lebih baik,

Daripada terasa malu dihadapan kawan-kawan kita.

Usah juga risau keampunan daripada Allah,

kerana sungguh, Dia itu Maha Pengampun.


Ingat,

Label tak penting, rupa tak peting, dan jasad pun tak penting,

Yang penting adalah hati dan amalan kita.






“Label, walau nampak je buruk, asalkan minum airnya sedap”


Hijrah Rasulullah dan umat Islam atas perintah Allah swt

bermulanya kejayaan dan kegemilangan Islam.

Hijrah kita pun…!!! Insya Allah…

Sunday, January 6

Kerana Syahadah aku Da'ie...

“ duhai sahabat, aku rindukan gerak bibirmu yang basah dengan kalam yang penuh peringatan,

aku rindukan wajahmu yang bersih dan tenang yang mengingatkan aku kepada wajah ahli-ahli syurga,

dan aku mengimpikan agar kita bisa berpimpinan menelusuri jalan dakwah dan tarbiyyah sehinggalah nafas yang terakhir "


EPILOG

“Saf, petang nanti kita ada usrah. Jangan lupa datang ya” pesan saya ketika terserempak Safiya di Café Mahallah.


“erm, tengoklah macam mana…. Saya macam banyak sikit kerja hari ni, apa-apa nanti saya inform kat awak balik.”

Risau juga saya kerana takut-takut Saf tidak datang sekali lagi usrah pada kali ini. Sudah hampir tiga kali dia tidak hadir dan pada setiap kali itu, saya terserempaknya di Café Mahallah duduk-duduk bersembang dengan kawan-kawannya ketika perjalanan saya ke masjid untuk ke usrah.


Saya pujuk-pujuk hati bersangka baik. Mungkin lepas itu dia punya tugasan penting untuk disiapkan kot. Namun sebagai saudara se-usrah, ikatan akidah yang ada ,sedikit sebanyak menjentik hati saya tentang perubahan sahabat ini.

Safiya, bukan orang biasa. Alhamdulillah, latarbelakang agamanya cukup mantap. Pernah diasuh dan terdidik di sebuah sekolah agama yang terkenal dengan melahirkan pelajar-pelajar aktif berdakwah. Apatahlagi dengan penampilannya bertudung litup dan dia jugalah yang mula mengajak saya berusrah. Katanya tarbiyyah ini macam nasi, sehari tak makan tak senang perut. Yes, Betul tu. Saya sudah merasainya sekarang.


Safiya!


Hinggalah suatu hari..


“Iz, saya nak keluarlah dari usrah! ni bukan tempat saya…”

Gemuruh darah saya mendengarnya dan saya berusaha mencari secebis ketenangan agar amarah saya tidak menguasai emosi.


TARBIYYAH DAN FUTUR


Tulisan kali ini adalah berdasarkan catatan pengalaman. Lama juga saya mengambil masa untuk menulis tentang tarbiyyah dan futur ini kerana ingin mencari hikmah yang sesuai bagi menasihati sahabat-sahabat yang sudah tergelincir daripada jalan tabiyyah, futur.

Jika anda pernah berusrah, mungkin anda pernah melalui situasi di atas atau pernah mendengarnya.

Futurkah kita?

AWAS JIKA KITA SUDAH MENGALAMI PETANDA-PETANDA DI BAWAH!


1) Seorang sahabat mengirim mesej mengajak kita ke suatu ceramah agama atau penyampaian tazkirah, namun kita tidak mengendahkannya kerana malas ataupun dirasakan tidak penting. peliknya, kita lebih suka hadiri gathering ataupun perjumpaan yang duduk sembang-sembang,ketawa-ketawa. Lebih-lebih lagi bila berikhtilat lelaki dan perempuan.


2) Kita diajak untuk bersama-sama qiamullail berjemaah di masjid.
Namun kita berasa teramat berat dan memilih untuk bersedap-sedap di atas katil.


3) Kita diajak untuk menyertai usrah dan menghulurkan bantuan dalam aktiviti dakwah, namun kita beralasan dengan banyak komitmen lain seperti study atau ‘bisnes’ yang seakanlebih menguntungkan kita.


4) Seorang sahabat mengajak kita berpuasa esok namun kita beralasan nanti sakit perut dan susah hendak study. Tetapi sebenarnya, hati ini terlalu taksub hendak makan.


5) Jika dahulu kitalah yang mengimarahkan surau dan masjid, tetapi sekarang hendak berdiri dalam satu saf untuk berjemaah sudah terasa liat untuk melakukannya. Apatahlagi suka-suka pula solat dihujung-hujung waktu kerana dapat terus tunggu waktu solat yang seterusnya


6) Jika dahulu dalam sehari kita rajin membaca al-qur’an, paling kurang satu muka. Namun lama-lama kita sudah asyik dengan buku-buku 'sampingan', komik dan main games, itukan lebih menyeronokkan kita daripada menghadap al-qur’an.


7) Apabila orang menasihati kita atau bercakap sikit tentang bab agama, kita sudah berasa mual dan tidak enak. mulanya tidak mahu jadi jumud sangat, biar nampak selamba asalkan perkara yang wajib dalam agama kita masih buat. Sudah yakinkah dengan hanya amalan wajib kita dapat masuk syurga Allah?


8) Kehidupan kita semakin tidak terurus dan menjadi lagha. Terlalu banyak ketawa dan senda gurau yang berlebihan . Jarang sekali kita mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat menasihati sahabat-sahabat.


9) apabila kita dirisik cinta si dia, kita mula menjadi lemah kerana melayan si dia. Tidak kiralah mesej mahupun telefon. Hingga nikmat ukhuwah dengan sahabat sendiri terasa pahit tetapi ukwah dengan si dia kita labelkan inilah ukhwah fillah. Cinta islamik ini saudara!


10) Kita sudah mula berasa malas dan tidak serius dalam pelajaran. Tutorial dan assignment sering diambil remeh dan hati terasa berat untuk mengulangkaji pelajaran.
Kemudian, sudah mula berfikir bagaimana dapat ponteng kelas.


KEMBALILAH SAHABAT..


Kita bukanlah malaikat yang sentiasa tetap level imannya. Saya juga pernah goyah dengan ujian-ujian dunia. Namun, jika kita terus memilih untuk terus futur dan tidak mahu berubah, tiada siapa yang dapat membantu diri kita lagi.

" Ingatlah, selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah kepada kita "

p/s : tidak salah jika kita ingin berdunia-dunia sedikit, namun janganlah kita jauh terus daripada 'berakhirat-akhirat'


(diolah sedikit drpd Nurizz)

Thursday, January 3

Penyaksian Kebenaran



Sebenarnya apabila kita akui Allah itu sebagai Tuhan kita dan Islam itu sebagai deen, kemudian kita pulak dah lafazkan syahadah yang sebenar itu (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Itu Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga mesti juga fikirkan apakah yang kita dapat lakukan untuk menunaikan tugas yang penting dan wajib ini?

Dan jika kita tidak melaksanakannya (kewajipan itu) atau kita tidak rasa berusaha pun untuk melaksanakannya, sebenarnya kita sedang menempah suatu akibat buruk daripada perbuatan kita sendiri dan kita akan mendapati kita termasuk dalam satu golongan yang rugi di dunia mahupun dan di akhirat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,

Apakah sebenarnya tanggungjawab yang dkatakan boleh membawa akibat buruk itu jika kita mengabaikannya?

Suatu yang perlu kita sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan terlaksana dengan hanya kita beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya kita melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak cukup sekadar kita melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai atau pusaka.

Dan kemudian, selepas selesai tiga perkara di atas itu, kita dah boleh rasa untuk berpeluk tubuh dan tidur lena???

Tidak! Bukan sedemikian rupalah saudara/saudari sekalian,

Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu.

Sedarlah semua,

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Kitab suci yang mulia telah mengingatkan kita bahawa Allah Taala telah meletakkan kita sebagai satu ummah perantara (wasato). Malah Allah memilih kita, dan bukan umat-umat yang lain supaya kita melaksanakan segala hak syahadah ini.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan dua cara iaitu melalui perkataan dan juga perbuatan.

Kita perlu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia samaada melalui kata-kata, penulisan, media dan pelbagai lagi jenis perantaraan (blog, email, YM, dll), melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul.

Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat lagi menafikan bahawa dakwah dan seruan para nabi dan juga kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

Allah Taala berfirman:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”

Allah juga mengingatkan kita akan hukuman daripada Nya andai kita menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita semua daripada akibat buruk yang bakal mereka terima di akhirat kelak.

Allah Taala sendiri berfirman:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?”

(Al-Baqarah: 140)

Sebenarnya kaum Yahudi telah pun dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya, ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini, dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat.

Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran.

Justeru itu, mereka layak menerima laknat selama-lamanya dan mereka juga ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri dalam wahyu-wahyu Allah.

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke atas bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita mesti menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita mesti bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah.

Kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah iaitu satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

Jadi, maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) ini yang perlu kita paparkan kepada seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya.

“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Nisa’: 165)

Suatu perkara yang jelas nyata ialah para nabi dan para rasul hanya diutus untuk menyampaikan syahadah ini. Sudah tentu tanggungjawab ini menjadi kewajipan mereka.

Setelah itu, selepas ketiadaan mereka tanggungjawab ini diwajibkan pula kepada orang-orang yang beriman dan akur dengan risalah dan perintah mereka.

Dan….

Pada hari ini tanggungjawab syahadah mesti dipikul pula oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan risalah Muhammad s.a.w..

Tanggungjawab ini kini menjadi tanggungjawab kita semua yang suatu ketika dahulu ia menjadi kewajipan pembawa risalah ini, Nabi Muhammad s.a.w. ketika hayatnya.



Adakah kita ingin terus-menerus menyembunyikannya ???

Sampaikanlah & Buktikanlah

kepada seluruh umat manusia akan Kebenaran Syahadah ini !