Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"
Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Friday, November 20

Alangkah best-nya jika...

Muslim itu bermaksud orang Islam. Islam itu pula bermaksud menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah semata-mata, dengan melaksanakan semua perkara yang disuruhNya dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Jadi, muslim itu bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah sahaja. Dia seorang yang merdeka, bebas dan tidak terikat dengan suruhan dan larangan lain yang bertentang dengan apa yang Allah turunkan.

Itu adalah yang paling basic.

Salah satu tuntutan atau suruhan Allah adalah menutup Aurat. Kaum lelaki - daripada pusat ke lutut. Kaum wanita pula - seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ini wajib ditutup seperti mana yang Allah suruh dalam surah An-Nur. Wajib juga ditutup pada waktu ketika-ketika dan tempat yang telah dinyatakan dalam ayat itu. Termasuklah salah satunya ketika bersukan.

Alangkah manisnya, cantiknya dan sejuk hatinya bilamana dapat melihat muslim itu dapat menutup auratnya ketika beraksi di atas padang atau gelanggang. Tidak ragu, tidak segan dan tidak janggal tatkala di sekelilingnya ramai bukan (atau belum) muslim yang berseluar pendek, bahkan ada yang berseluar tidur pendek atau 'boxer'. Tetapi demi kerana Allah, dia berasa izzah dengan apa yang dilakukannya.

Semangatnya tidak luntur untuk bermain bahkan membara-membara kerana keteguhan dan kekuatan imannya. Sebagaimana dia menutup aurat ketika solat, begitulah juga dia menutupnya ketika bermain futsal. Sebagaimana dia menutup aurat ketika memasuki masjid, begitulah juga dia menutupnya ketika di luar. Sebagaimana dia menutup aurat ketika mengaji Quran, begitulah juga dia menutupnya ketika belajar di kelas.

Tidak ada beza dan tidak disekularkan kehidupannya. Aurat itu ditutup dimana-mana dan bila-bila ia dituntut oleh Islam untuk ditutup.

Alangkah best-nya juga jika SUKOM 2009 anjuran KUMOSC ini dapat menggalakkan para peserta muslim menutup aurat ketika bermain. Mungkin untuk mensyaratkannya, ia belum sampai masanya lagi. Yang boleh adalah sekadar kempen menggalakkan untuk menutup aurat.

Semasa zaman saya dahulu, saya berpendapat tidak cukup kuat lagi untuk mengetengahkan hal ini kerana kefahaman masyarakat muslim Malaysia secara umumnya dengan tuntutan dan kepentingan menutup aurat itu masih belum jelas. Tapi kini, setelah saya nampak semakin ramai yang sudah sedar dengan perkara ini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk menggalakkan dan menyedarkan yang lain dalam masyarakat muslim kita dengan tuntutan ini.

Sebenarnya ia bukanlah masalah tidak tahu dan tidak diberitahu. Tetapi masalah EGO, masalah mahu ikut hati, nafsu sendiri dan masalah suka fikir ikut kepala sendiri.

Tidak perlu tipulah... Saya pernah mengalaminya sendiri di sekolah dulu-dulu, malah sempat juga di sini (Moscow). Masakan tidak tahu aurat itu wajib ditutup, walhal sudah lulus SPM Pendidikan Islam.

Tetapi disebabkan oleh 'degil', ego, ikut hawa sendiri dan merasai yang saya ada hak individu untuk menentukan diri nak pakai apa, akhirnya berseluar pendeklah ketika bermain tanpa segan silunya walaupun hati tahu diri itu sedang bermaksiat kepada Allah swt...

Astagfirullahalaziim... Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas.

Alhamdulillah. Dengan Taufiq dan kehendakNya, saya sudah sedar dan faham ia adalah salah. Kini, saya pula mesti membantu adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak untuk sedar dan faham akan perkara ini.

Saya menasihati untuk mengingatkan. Terasa pelik juga bila mana nak bersolat kita tahu apa aurat kita. Yang berseluar pendek terus ambil kain sarong atau seluar panjang, yang free hair terus ambil tudung atau telekong. Tapi bila di luar solat pula, seolah-olah tiada peraturan itu.

Kesempatan ini diguna untuk saya menketengahkan perkara ini kerana saya yakin jawatankuasa SUKOM ini 100% terdiri daripada muslim.

Jika program atau aktiviti lain, mungkin sukar untuk kita kempenkan perkara-perkara seperti ini kerana biasanya jawatankuasanya akan terdiri daripada bukan Islam. Jadi, sedikit kesukaran jika tidak menjadi majoriti.

InsyaAllah untuk kita as a muslim, sesuatu program atau aktiviti itu kita target ada matlamatnya. Antaranya adalah tidak melanggar batas-batas syarak Islam. Saya tidak kata yang menutup aurat, menjaga pergaulan dan pandangan serta menjaga waktu solat itu sudah mencukupi. Penjimatan, kebersihan, makanan halal dan baik, akhlak peserta dan penyokong serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi juga mesti dititik beratkan kerana Islam itu menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita.

Walau apapun, ia bergantung juga dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak – sama ada penganjur dan juga peserta. Jika salah satu 'degil', sistem ini tidak akan berjaya dibentuk.

Akhir sekali, saya nak kempenkan lagi : JOM MAIN SUKOM 09 DENGAN TUTUP AURAT~

||| FAIR PLAY. COVER YOUR AURAT. ENJOY |||


Bagi yang segan nak mula, jom mula di sini... Lillahi ta'ala.

Moga-moga Allah akan membantu dengan memberikan taufiq dan kekuatan dalam menuju ke arah satu perubahan yang gemilang dalam diri. Insya Allah.




Saturday, November 14

Daripada keGelapan kepada Cahaya Islam...

Sesungguhnya Allah SWT telah mengeluarkan kita daripada pelbagai kegelapan serta kesesatan Jahiliyah dan menuju ke arah cahaya Islam yang terang benderang.

Dengan Islam, Allah SWT telah menjadikan kita sebagai umat yang mulia dan perkasa, yang disegani dan diangkatkan atas semua umat manusia.

Oleh sebab supaya kita ini sentiasa menjadi umat yang seperti itu dan tetap seperti itu, maka kita haruslah memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah swt kepada kita dan meninggalkan apa sahaja yang dilarangNya.

Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaanNya kamu menjadi orang-orang yang bersaudara...” (Ali Imran, 3 : 103)



Monday, November 2

40 Hadith - Animated...





This is very nice and so beautiful...


Islam is a way of life...
=)

Thursday, October 22

Dua tujuan...

Wahai anak-anakku, berapa banyak malam yang kamu hidupkan dengan mengulangkaji ilmu dan membaca buku? Kamu menghalang dirimu daripada tidur. Aku tidak tahu apakah dorongan yang menyebabkan kamu bertindak sedemikian?

Sekiranya kerana tujuan duniawi, mencari saki-bakinya, mendapatkan habuan dunia dan berbangga-bangga terhadap kawan dan taulan, maka celakalah kamu, celakalah kamu!

Sekiranya kamu bertujuan untuk hidupkan syariat Nabi s.a.w., memperelokkan akhlak, mendidik nafsu yang sentiasa menyuruh kepada kejahatan, maka beruntunglah kamu, beruntunglah kamu!

"Mata berjaga kerana selain daripadaMu adalah sia-sia,
Tangisan mereka bukan kerana kehilanganmu tidak bermakna"...

Saturday, May 30

World No Tobacco Day (WNTD 2009)...

“Всемирный День Без Табака”

“World No Tobacco Day”,

“Hari Tanpa Tembakau Sedunia”



Saya sangat menyokong usaha ahli-ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam menganjurkan kempen ini pada 31hb Mei pada setiap tahun. Tema untuk tahun ini adalah "Tobacco Health Warnings". Ia adalah satu gesaan kepada syarikat rokok untuk meletakkan ‘picture warning’ pada kotak rokok sebagai usaha untuk memberi kesedaran kepada orang ramai akan risiko dan kesan buruk merokok dan dalam pada masa yang sama juga adalah untuk mengalakkan mereka 'quit' daripada Merokok.

Banyak negara yang sudah memulakan kempen sebegini. Misalnya negara kita - Malaysia, mulai Januari 2009, telah disyaratkan bahawa setiap pakej kotak mestilah mempunyai amaran kesihatan - 40% di hadapan, 60% di bahagian belakang dan juga di sudut sisi kotak)

Alhamdulillah…

Satu usaha yang sangat bagus. Sepatutnya kempen ini disambut dan diperbesarkan lagi oleh para pelajar dan pengamal perubatan Muslim. Ketidak-hirauan kita terhadap kesedaran ini menyebabkan hal ini tidak dipandang dengan serius dan masalah penyakit yang berpunca daripada rokok ini terus meningkat.

Merokok jelas membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Bukan sahaja kepada si perokok, malah orang di sekitarnya juga – berpeluang untuk menghidap masalah hasil daripada asal rokok itu (sekunder). Bakal doktor-doktor di sini pun tahu dan jelas sangat tentangnya. Di kelas, banyak sangat penyakit yang причина (etiology)–nya adalah disebabkan oleh merokok. Tapi pelik kan, kenapalah masih ada bakal doktor yang nak merokok? Tak terkesan ke dengan melihat organ-organ dan kesan-kesan penyakit hasil daripada tabiat buruk ini? Kalau bakal doktor dan doktor sendiri tak terkesan, apatah lagi masyarakat?

Bagi saya, perokok ini seolah-olah seorang ‘pejuang berani mati’. Mereka sebenranya sudah tahu pun kesan-kesan daripada merokok itu. Tapi malangnya, masih mahu merokok. Bukankah lebih baik kita hantar mereka ini berjuang untuk mempertahankan Palestin… Kan lebih baik mati macam tu… ;p

Kalau kita sedar, perokok ini bukan sahaja merosakkan dan menyusahkan diri sendiri, tapi merosakkan alam dan masyarakat di sekitarnya.

1) Merokok – Merosakkan diri.
2) Asap rokok – Merosakkan orang lain.
3) Suka buang putung rokok merata-rata – Merosakkan alam.
4) Membazir duit untuk beli benda yang just untuk meghisap asap.
5) Bila hisap, selalu tak habis, Alhamdulillah baguslah… but still membazir.

"Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195)

Sabda Rasulullah pula, “Dan janganlah kalian menyia-nyiakan harta kalian dengan boros”.

Sesungguhnya Allah ta’ala mengutus Nabi Muhammad dengan petunjuk-Nya dan agama yang hak, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan membersihkan serta mensucikan hati mereka dari kotoran kekufuran dan kefasikan dan membebaskan mereka dari belenggu penghambaan kepada selain Allah ta’ala.

Dia membersihkan manusia dari kesyirikan dan kehinaan kepada selain Allah dan memerintahkannya untuk beribadah hanya kepada Allah semata dengan merendahkan diri dan mencintai-Nya dan meminta serta memohon kepada-Nya dengan penuh harap dan takut.

Dia juga mensucikan manusia dari setiap kebusukan maksiat dan perbuatan dosa, maka dia melarang manusia atas setiap perbuatan keji dan buruk yang dapat merosakkan hati seorang hamba dan mematikan cahayanya dan agara menghiasinya dengan akhlak mulia dan budi perkerti luhur serta pergaulan yang baik untuk membentuk peribadi muslim yang sempurna. Maka daripada itu. Dia menghalalkan setiap sesuatu yang baik dan mengharamkan setiap yang keji, baik makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan lainnya.

Termasuk yang diharamkan karena dapat menghilangkan kesucian adalah MEROKOK, karena tabiat ini banyak mendatangakn kemudaratan dan kebahayaan kepada diri sendiri dan persekitaran. Sedangkan Islam adalah cara hidup. Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita mengikut apa yang diajarkan dalam Islam bagi menjalankan fungsi dan tanggungjawab kita untuk memnuhi cara hidup itu.

Jadi, kesimpulannya, saya pun nak kempen…. BERHENTILAH MEROKOK, dan serulah kawan-kawan di sekeiling kita juga untuk menhentikan kebiasaan sifat tercela ini.

Andai niat itu betul, matlamat pun jelas, dan stop smoking pun kerana Allah yang hendakkan stop smoking itu (iaitu sebab hendak jauhkan diri daripada kebinasaan), insya Allah akan ada kekuatan yang teguh dari dalaman dan teruslah berdoa semoga terus istiqamah.

Sekurang-kurangnya, kita bermula dengan mengurangkannya….



Tuesday, April 28

Satu, Dua, dan Tiga...

"Mana boleh buat peraturan macam ni!" keluh seorang AJK sebuah persatuan kepada pengarah projek program sukan.


Dia bimbang jika beberapa 'rules' yang bakal diperkenalkan akan mengurangkan minat pelajar-pelajar, apatah lagi pelajar non-muslim yang mesti menganggap program itu adalah untuk Muslim sahaja.


Manakan tidak, galakkan menutup aurat, zon sempadan gelanggang perempuan, berehat untuk solat serta menjaga pergaulan lelaki dan perempuan; semuanya adalah antara peraturan-peraturan yang difikirkannya yang mungkin akan mengurangkan bilangan penyertaan.


"Betul itu! Orang ramai tak dapat terimalah kalau kita buat semua ni..." tambah seorang lagi.


"Yang non-muslim lagilah takkan faham" tegasnya.


"Bertenang... Kita tidak akan kuat-kuasakan pun. Pada peringkat awal ini, kita cuma nak galakkan sahaja" jawab pengarah projek itu dengan ringkas.


"Peserta muslim digalakkan untuk menutup aurat, digalakkan untuk solat pada awal waktunya dan digalakkan agar tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan."


"Simple sahaja kan? Insya Allah, kalau ada yang dah faham, dia akan sentiasa beringat. Kalau yang terlupa, dia akan tersedar dan kalau yang belum faham tu, nanti kita akan bagi kefahaman untuk mereka" jelasnya lagi.


Ajk itu masih tidak berpuas hati. "But, still..........."


Dalam cerita yang lain,


"Ahmed, boleh ke tak aku tak nak pergi ni…?"


"Kenapa? Kenapa ni? Cuba cerita sket kat aku..."


"Ye la, kau tau kan majlis-majlis macam ini, mana boleh..."


"Hurm... Kenapa kau rasa tak boleh?"


"Ala, kalau setakat makan-makan tu, aku rasa tak apa lagi. Tapi, ini siap ada persembahan dan tarian yang pelik-pelik tu. Jauh betul daripada budaya ketimuran kita, apatah lagi dengan Islam.”


“Jadi, kau nak apa sekarang?”


“Itulah yang aku pening tu. Kalau tak pergi nanti, orang kata kita tak ‘supportive’. Tapi, kalau pergi, akulah pulak yang bertentangan dengan Islam… Ish, aku tak faham juga kenapa ramai sangat orang kita nak pergi. Dah jelas benda tu Syubahah kan?”


“Hurm…”


“Dah la projek manager itu classmate aku. Aduih… Macam mana ini Ahmed??? Tolong la aku!...”


“Kau nilai-lah kehendak dan matlamat kau itu dengan Iman yang ada… Insya Allah, ada jalan keluarnya nanti…”


Begitulah kita pada hari ini.

Tersempit dan terperangkap dalam dua situasi akibat ketidak-fahaman.


Tatkala kita menjadi penganjur, kita terpaksa berusaha untuk me-minimumkan ciri-ciri dan sistem-sistem Islam agar dapat memenuhi kepuasan dan kehendak orang ramai. Jika tidak, kita akan rugi.


Tapi, tatkala kita menjadi jemputan, kita sekali lagi terpaksa beralah dengan merelakan diri kita untuk tunduk dengan sistem Jahiliyyah moden yang segala-galanya telah ‘dinampak baikkan’ agar dapat memenuhi matlamat-matlamat yang tidak jelas.


Kita pula cuba menyedapkan hati dengan pelbagai alasan supaya tidak bersalah dengan Allah swt.


Dan dalam kedua-dua hal itu, sampai bila-bila pun Islam yang diiktiraf sebagai cara hidup ini tidak akan dapat diaplikasikan.


Perkara ini tidak langsung ada masalah dalam Islam,

tetapi sebenarnya yang bermasalah adalah dalam Muslim itu sendiri.

Jadi, marilah kita muhasabah untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.


Masih belum terlambat untuk membuat perubahan.


Wallahualam


لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
"Untuk kamu cara hidup kamu,

untuk ku cara hidup aku"


(al-kafiruun : 5)