Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, April 30

Masih ada sisa asabiyyah rupanya...

"Ish ramai la pulak diaorang hari nih..." Tiba-tiba Izwan mengeluh dalam hatinya.

"Manalah datangnya diaorang ni. Tiba-tiba je jadi membiak banyak.... Ni mesti kerja mamat tu nih.." Izwan masih tidak berpuas hati.

Manakan tidak, semenjak dua tiga hari lepas dia lihat semakin ramai orang Islam Rusia yang berketurunan dari sebelah Selatan Russia memenuhi surau kecil di hostelnya itu sehinggakan untuk tiga hari berturut-turut, dia terpaksa bersolat di koridor sahaja. Andai lambat dua minit pun, dia terpaksa melupakan untuk bersolat di dalam surau.

Dia pelik kenapa tiba-tiba semakin ramai yang datang bersolat jemaah ini? Ada yang dulu itu bukan main susah hendak diajak datang bersolat, tapi sekarang boleh datang dengan sendirinya. Dia pula malas nak ambil tahu, banyak lagi perkara lain dia sibuk hendak buat.

Izwan pada hari itu seperti tidak tahan lagi. Dalam keadaan cuaca di luar yang semakin meningkat suhunya menjelang musim panas ini, hati Izwan pun turut sama menjadi tak keruan dan tentu hala.

"Ahmed, habess la kita lepas ni..."

Ahmed tiba-tiba terkejut. "Erh, kenapa Juwe?"

"Tengoklah tu, semakin membiak golongan 'tan-tan' ni kat sini..." ('Tan-tan' adalah gelaran nama yang diberi untuk orang-orang Rusia yang berketurunan atau yang dari Kazaskhtan, Kryzistan, Uzbekistan dan yang berhampiran dengannya)

"Jadi? Kenapa?..." Ahmed semakin bingung.

"Habess la dia conquer surau kita ni... Nanti nak baca hadis kenalah guna bahasa Rusia, khutbah Jumaat pun kena bahasa Rusia... Lepas tu, diaorang bawak pulak cara mazhab diaorang kat sini... Ish, ini tak boleh jadi ni..."

"Ya Allah, Juwe...."
"Kau ni!... Diaorang tu kan juga saudara kita! Saudara Muslim, saudara seAkidah, Sebangsa Islam dengan kita..." Ahmed lantas menjadi geram dengan sikap Juwe itu. Terkejut dia mendengar ayat seperti itu diluahkan dari Juwe.

"Ya, tapi..."

"Tapi apa? Kau ni... Masih ada sisa asabiyyah rupanya dalam diri kau tu Juwe..." tambah Ahmed lagi.

"Bukankah lagi bagus kalau mereka sudah semakin kembali ke jalan ini. Daripada diaorang tak solat, duk minum2, main perempuan sana sini, kan lagi baik mereka berada di sini... Alhamdulillah, aku lebih gembira melihat diaorang sudah semakin sedar. Sepatutnya kitalah yang kena banyak tolong diaorang..."

--------------------------

Sedar atau tidak, mesti ada sedikit perasaan sebegini dalam diri kita. Meskipun mereka adalah saudara KITA, kita selalu terasa tak terikat atau terkait dengan mereka. Kerana apa ye?

Kerana ada satu barrier atau penghalang yang besar dan ikatan lain yang lebih kuat tersimpul iaitu - kenegaraan, perkauman, dan seumpamanya.

Kita ini suka sangat hendak duduk sesama kita sahaja, hendak bercakap sesama kita sahaja, hendak menolong sesama kita sahaja, walhal ada lagi KITA yang lagi besar.

Cuba perhatikan contoh ini;
Ada satu ketika, kawan kita yang belum muslim ini (dari negara kita) jatuh sakit - demam. Ya, demam je... Tapikan, bukan main lagi kita risau, kita lawat, bagi pertolongan, bagi nasihat dan motivasi, dan lagi siap tolong masakkan pula tu... Wah, hebat-hebat!

(dan adalah orang kata dan bagi alasan "erh, ini untuk dakwah mereka juga. Sebagai Muslim kenalah ada sifat bermanfaat kpd orang tidak kira siapa... Mana tau boleh tarik dia masuk Islam satu hari nanti kerana keindahan akhlak Islam itu...". Ok, betul ke untuk dakwah? betul ke itu sikap dan akhlak kita?..)

Tapi,
apabila si Hussin dari Nigeria, Si Ahmed dari Pakistan, Si Sulaiman dari Afghanistan atau si Mohamed dari Dagestan patah kaki dan sedang terlampar di hospital kerana kena pukul dengan skin head atau kena kes apa... kita kata;

"oh ye ke?" (macam buat-buat terkejut kot)
atau...
"oh, kesiannya dia...."
ataupun...
"ooo, betul ke? so..?"
dan mungkin juga...
"oh, bahaya sekarang ni... kita kena beritahu kat budak-budak Malaysia kita".

Aduih,
kita buat tak peduli ni...
Hanya kerana barrier bahasa ke?
Hanya kerana barrier passport ke?
ataupun hanya kerana barrier batang hidung kita yang tak semancung macam depa?

Kenapa tak boleh dibuang barrier ini?
Padahal kita tahu dan faham kan... & dah banyak kali dengar kot dan ntah-ntah kita sendiri yang duk selalu bercakap ---- perpaduan Islam, ikatan akidah islamiyah, ukhwah, dll seumpamanya.

Atas dasar tali apa semua itu terikat?
Ini belum lagi cerita pasal Palestin, Kashmir, Iraq, Pattani yang kita sendiri tak pernah hiraukan...

Jadi,
Marilah kawan-kawan...
Muhasabah balik diri....
Meskipun kita sekarang sedang mengikis karat-karat jahiliyah itu,
dan berkejar ingin kembali kepada fitrah - Islam,
Janganlah lupa juga untuk mengikis sisa asabiyyah yang mungkin masih ada dalam diri kita itu...

Marilah saling bertaaruf, membina hubungan, dan tolong menolong dengan mereka...
kalau sebelum solat atau masa iftar atau makan-makan, mengapa tidak kita duduk sekali dengan mereka dan bertanya sapa sedikit? tanya khabar ke? tanya pasal studies ke, pasal agama ke, dan lain-lain macam kita borak dengan kawan-kawan yang faham bahasa kita....
haa! nama diaorg pun kita tak kenal sangat lagi kan??
erm.., susah nak berbahasa Rusia??? So, masa nilah kita nak belajar kan? dan takkanlah pula kita nak harapkan mereka belajar english.
Insya Allah, kalau kita ready ubah sket sikap kita tu dan buang BARRIER tu, ikatan yang terbina itu adalah adalah tersimpul dengan satu asas yang kukuh. Subhanallah, indahnya~



dan kerana mereka itu adalah saudara KITA juga...

Friday, April 4

Membentuk...

" Adapun Islam ia tetap berjalan dengan lemah-lembut memimpin fitrah manusia, ia menolak di sini dan menahan di sana, dan ia membetul bila menyeleweng, tetapi Ia tidak bertindak memecah atau menghancurkan fitrah manusia. Ia tetap sabar melayaninya, iaitu ia sabar dengan kesabaran seseorang yang arif, bijak dan yakin dengan matlamat yang telah ditetapkan itu. Jika tidak dapat dicapai dalam pusingan pertama diusahakan pula dalam pusingan yang kedua atau ketiga atau ke sepuluh atau ke seratus atau ke seribu. Masa masih lanjut dan matlamat cukup terang dan jalan menuju ke matlamat yang agung itu amat panjang. Jika pokok yang finggi itu tumbuh dan akar-akarnya bertunjang teguh di dalam bumi, dahan-dahannya mencabang panjang dan merimbun tebal, maka begitulah juga Islam, Ia tumbuh dan subur perlahan-lahan, lambat dan tenang dan Ia selama-lamanya mengambil bentuk yang dikehendaki oleh Allah. "

Thursday, April 3

ameen...