Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"
Showing posts with label Wish. Show all posts
Showing posts with label Wish. Show all posts

Thursday, May 20

Sunnah Buruk...

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)

Kadang-kadang ketika memuhasabah diri, terbayang apakah sunnah-sunnah yang buruk atau jahat yang telah dibuat oleh saya sepanjang enam tahun berada di bumi soviet ini?

Dan adakah sunnah-sunnah itu masih diikuti dan dilakukan oleh kawan-kawan dan adik-adik?

Astagfirullahal'aziim...

Kalau ada perkara atau perbuatan atau program atau aktiviti yang pernah dibuat oleh saya itu tidak baik sengaja atau tidak, saya menyeru untuk memberhentikannya dan meninggalkannya sekalipun ia adalah sekecil-kecil perkara.

Takut royalti itu akan tertanggung oleh saya. Mungkin benda-benda itu disebabkan kejahiliyyahan dan kelalaian saya sendiri.

Moga-moga Allah swt akan mengampuni kita semua.

Thursday, December 17

Selamat ber-Hijrah 1431

Tahun demi tahun berlalu. Esok, andai kita masih hidup, kita akan masuk lagi ke tahun baru hijrah. Tahun yang akan memberi harapan untuk mendapat yang lebih baik dan menjadi lebih baik dalam setiap apa perkara dan urusan pun berbanding tahun-tahun yang lepas.

Setiap orang pasti ada azamnya pada tahun baru ini. Jika misi-misi dahulu masih tak tercapai, kita pasti akan diusahakan untuk memenuhinya pada tahun yang baru ini. Dan usaha itu dilakukan dengan melakukan pelbagai perubahan untuk menjadikan misinya dapat dijayakan.

Dan hampir setiap tahun kita lontarkan slogan KEAZAMAN untuk BERUBAH kepada yang lebih baik dan BERUBAH pelbagai cara, medium, pendekatan, strategi demi mencapai apa yang kita cita-citakan.

Tapi berapa banyakkah peratusnya yang sudah tercapai? Adakah lebih daripada 50%? Sekurang-kurangnya 25%...

Apakah penghalangnya jika masih jauh tak bergerak?


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Allah telah menceritakan sunnahNya ini di dalam kitab pedoman kita di jalan ini:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka. (13:11)

Apa yang ada di dalam diri?

Ianya adalah hati, perasaan, sikap, pandangan, tasawwur, diri atau katakanlah apa sahaja. Yang penting ianya bukan tangan, kaki, mulut, hidung, mata atau apa sahaja anggota zahir. Anggota zahir hanya mengikut kehendak hati dan perasaan. Oleh itu bila seseorang manusia telah berjaya mengubah hati manusia, maka ia telah berjaya mengubah manusia itu.

Daripada Rasulullah saw:

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ[1]

Ertinya:

Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah. Apabila ia baik , maka akan baiklah seluruh jasad. Apabila ianya rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah.. ia adalah hati.

Usaha awal ar-Rasul saw telah membuktikan hal ini. Fokus Rasul saw bukan pada meruntuhkan berhala batu dan kayu yang disembah oleh orang Quraisy. Berhala-berhala itu adalah dibina oleh tangan-tangan setelah di’suruh’ oleh hati-hati yang sesat dan tidak mengenali tuhan yang benar. Dan tangan-tangan itu tidak bersalah kerana ia menurut perintah ‘tuannya’.

Oleh itu, jika berhala yang diruntuhkan, manusia-manusia berhati ‘syirik’ itu akan membina berhala-berhala lain samada kayu, batu, besi, wanita, pangkat, duit dan lain-lain.


SELAMAT BERHIJRAH ke TAHUN BARU 1431!

Friday, November 20

Alangkah best-nya jika...

Muslim itu bermaksud orang Islam. Islam itu pula bermaksud menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah semata-mata, dengan melaksanakan semua perkara yang disuruhNya dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Jadi, muslim itu bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah sahaja. Dia seorang yang merdeka, bebas dan tidak terikat dengan suruhan dan larangan lain yang bertentang dengan apa yang Allah turunkan.

Itu adalah yang paling basic.

Salah satu tuntutan atau suruhan Allah adalah menutup Aurat. Kaum lelaki - daripada pusat ke lutut. Kaum wanita pula - seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ini wajib ditutup seperti mana yang Allah suruh dalam surah An-Nur. Wajib juga ditutup pada waktu ketika-ketika dan tempat yang telah dinyatakan dalam ayat itu. Termasuklah salah satunya ketika bersukan.

Alangkah manisnya, cantiknya dan sejuk hatinya bilamana dapat melihat muslim itu dapat menutup auratnya ketika beraksi di atas padang atau gelanggang. Tidak ragu, tidak segan dan tidak janggal tatkala di sekelilingnya ramai bukan (atau belum) muslim yang berseluar pendek, bahkan ada yang berseluar tidur pendek atau 'boxer'. Tetapi demi kerana Allah, dia berasa izzah dengan apa yang dilakukannya.

Semangatnya tidak luntur untuk bermain bahkan membara-membara kerana keteguhan dan kekuatan imannya. Sebagaimana dia menutup aurat ketika solat, begitulah juga dia menutupnya ketika bermain futsal. Sebagaimana dia menutup aurat ketika memasuki masjid, begitulah juga dia menutupnya ketika di luar. Sebagaimana dia menutup aurat ketika mengaji Quran, begitulah juga dia menutupnya ketika belajar di kelas.

Tidak ada beza dan tidak disekularkan kehidupannya. Aurat itu ditutup dimana-mana dan bila-bila ia dituntut oleh Islam untuk ditutup.

Alangkah best-nya juga jika SUKOM 2009 anjuran KUMOSC ini dapat menggalakkan para peserta muslim menutup aurat ketika bermain. Mungkin untuk mensyaratkannya, ia belum sampai masanya lagi. Yang boleh adalah sekadar kempen menggalakkan untuk menutup aurat.

Semasa zaman saya dahulu, saya berpendapat tidak cukup kuat lagi untuk mengetengahkan hal ini kerana kefahaman masyarakat muslim Malaysia secara umumnya dengan tuntutan dan kepentingan menutup aurat itu masih belum jelas. Tapi kini, setelah saya nampak semakin ramai yang sudah sedar dengan perkara ini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk menggalakkan dan menyedarkan yang lain dalam masyarakat muslim kita dengan tuntutan ini.

Sebenarnya ia bukanlah masalah tidak tahu dan tidak diberitahu. Tetapi masalah EGO, masalah mahu ikut hati, nafsu sendiri dan masalah suka fikir ikut kepala sendiri.

Tidak perlu tipulah... Saya pernah mengalaminya sendiri di sekolah dulu-dulu, malah sempat juga di sini (Moscow). Masakan tidak tahu aurat itu wajib ditutup, walhal sudah lulus SPM Pendidikan Islam.

Tetapi disebabkan oleh 'degil', ego, ikut hawa sendiri dan merasai yang saya ada hak individu untuk menentukan diri nak pakai apa, akhirnya berseluar pendeklah ketika bermain tanpa segan silunya walaupun hati tahu diri itu sedang bermaksiat kepada Allah swt...

Astagfirullahalaziim... Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas.

Alhamdulillah. Dengan Taufiq dan kehendakNya, saya sudah sedar dan faham ia adalah salah. Kini, saya pula mesti membantu adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak untuk sedar dan faham akan perkara ini.

Saya menasihati untuk mengingatkan. Terasa pelik juga bila mana nak bersolat kita tahu apa aurat kita. Yang berseluar pendek terus ambil kain sarong atau seluar panjang, yang free hair terus ambil tudung atau telekong. Tapi bila di luar solat pula, seolah-olah tiada peraturan itu.

Kesempatan ini diguna untuk saya menketengahkan perkara ini kerana saya yakin jawatankuasa SUKOM ini 100% terdiri daripada muslim.

Jika program atau aktiviti lain, mungkin sukar untuk kita kempenkan perkara-perkara seperti ini kerana biasanya jawatankuasanya akan terdiri daripada bukan Islam. Jadi, sedikit kesukaran jika tidak menjadi majoriti.

InsyaAllah untuk kita as a muslim, sesuatu program atau aktiviti itu kita target ada matlamatnya. Antaranya adalah tidak melanggar batas-batas syarak Islam. Saya tidak kata yang menutup aurat, menjaga pergaulan dan pandangan serta menjaga waktu solat itu sudah mencukupi. Penjimatan, kebersihan, makanan halal dan baik, akhlak peserta dan penyokong serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi juga mesti dititik beratkan kerana Islam itu menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita.

Walau apapun, ia bergantung juga dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak – sama ada penganjur dan juga peserta. Jika salah satu 'degil', sistem ini tidak akan berjaya dibentuk.

Akhir sekali, saya nak kempenkan lagi : JOM MAIN SUKOM 09 DENGAN TUTUP AURAT~

||| FAIR PLAY. COVER YOUR AURAT. ENJOY |||


Bagi yang segan nak mula, jom mula di sini... Lillahi ta'ala.

Moga-moga Allah akan membantu dengan memberikan taufiq dan kekuatan dalam menuju ke arah satu perubahan yang gemilang dalam diri. Insya Allah.




Wednesday, November 11

Genap dua bulan di RS...

"Akh, ana sebenarnya dari Malaysia lagi dah rasa-rasa yang ana akan tinggal kat luar"

"Oh ya? Itulah, Allah dah susun untuk kita... Insya Allah banyak hikmahnya"

Alhamdulillah. Hari ini genap dua bulan kami tinggal di sini. Bagi sesiapa yang masih belum menjejak kaki ke sini, amatlah dialu-alukan untuk datang ziarah. Bagi yang dah selalu pula, boleh sahaja datang lagi bila-bila masa untuk sentiasa memeriahkan dan menghidupkannya.

Nama diberi adalah Raudhatul Solihin atau dikenali sebagai RS, yang membawa maksud 'Taman untuk Orang-orang Soleh' atau lebih tepat maksudnya adalah 'taman di mana bila masuk ke dalamnya, kenalah berusaha untuk menjadi Muslim yang soleh'.

Dua bulan itu berlalu begitu sekejap... Saya teringat bagaimana kami telah bertungkus lumus siang dan malam selama 5 hari hendak mencari rumah sehinggakan pelbagai ajen perumahan telah kami gunakan.

Ceritanya bermula apabila kami kena pindah bilik kerana admin hostel mengkhendaki kami mengosongkan bilik itu kerana bilangan pelajar baru yang nak masuk adalah terlalu ramai dan mereka hendak meletakkan 3 pelajar baru di situ.Kami telah diberi pilihan; sama ada tinggal di family room atau tinggal asing-asing di bilik berlainan.

Kami tidak dapat tinggal di family room kerana kami mesti menukarkan dahulu sijil nikah ke bahasa Russian yang saya kira akan mengambil masa yang lama untuk proses. 1st nak tukar to English dahulu, kemudian nak tukar ke Russian pula. Dahla sijil nikah tidak ambil lagi daripada Pej Agama Islam Jhr... So, lambat lagi la. Lagipun, family room adalah begitu kecil saiznya!

Jadi, akibat risaukan akan dikacau lagi oleh admin hostel yang bila-bila boleh halau kami untuk tukar bilik dan selepas membuat SWOT & bersyura, kami berdua akhirnya telah putuskan untuk pindah luar terus, meninggalkan Baitul Hikmah...

Dan ketika itu Rafeeq dan Sikin juga ada masalah untuk tinggal bersama-sama. Jadi, kami berempat pun merancang untuk cari rumah sekali bersama-sama.

Alhamdulillah, dapatlah sebuah rumah yang tidaklah sebesar mana tapi sesuai dengan harganya. Dekat dengan Metro pula tu. Insya Allah, apa pun ia cukup besar untuk muatkan ramai orang.

Hampir setiap minggu RS ini tidak terputus dengan pelbagai aktiviti dan program. Kalau bukan aktiviti daripada kami ber-4, ia adalah aktiviti orang luar yang datang menumpang. Alhamdulillah... Itulah yang kami mahukan. Kami mahukan ia diguna sepenuhnya oleh warga Muslim secara umumnya dan juga ikhwah dan akhwat secara khususnya. Ia khas untuk Dakwah dan Tarbiyah pelajar Malaysia di Moscow ini.

Sebenarnya terasa pelbagai hikmah yang telah kami dapat apabila tinggal di luar hostel ini. Ia sungguh jauh berbeza cara hidupnya, jauh berbeza untuk cara berfikirya dan jauh berbeza waqi' persekitarannya.

Insya Allah, moga-moga RS ini akan terus terisi sepanjang masa dengan program ilmiah, ruhaniah, dan juga jasmaniah...

Sunday, July 5

Bulan Rejab Ini...

1)Allah berfirman:
“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan Ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

2)Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyah, Rasulullah aw. Bersabda:
“Puasalah pada bulan-bulan haram (mulya).” Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad.


3)Do’a keberkahan di bulan Rejab. Bila memasuki bulan Rejab, Nabi saw. mengucapkan,
“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana.”

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”

Wednesday, June 10

Tawakkal itu...

Tawakkal itu maksudnya kita bergantung semata-mata hanya kepada Allah selepas kita berusaha... walaupun dengan ikatkan tali unta untuk tinggalkan seketika...

Kita,
lepas revise sungguh2 beberapa hari, berusaha untuk faham & hafal,
kemudian solat hajat, kemudian tanam azam dan tawakkal kepada Allah.

Kemudian kita melangkah ke tempat exam,

ambil variant,

soalan,

dan kemudian jawab orally dengan examiner,

dan habissss...


Semuanya itu mesti bergantung kepada Allah SAHAJA,
bukannya dengan TOYOL, tak kiralah toyol dalam poket ke, toyol PDA ke, toyol 'besar' kat sebelah kita ke,

Sebab semuanya itu membuatkan kita dah tak bergantung dengan ALLAH... Tapi, kita bergantung dengan benda lain yang ianya adalah selain daripada ALLAH...

Astargfirullahalaziim.....!


Sepatutnya setiap langkah kita adalah dalam harapan dan tawakkal, dan semuanya mengharapkan THE BEST daripada Allah...

Result apa pun yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita daripada ALLAH.

Untuk membaiki diri kita,
Untuk mentarbiyyah diri kita,
dan untuk meguji diri kita.

Boleh jadi ia dilihat 'pyat' pada mata kita, dan kita memang merasai ia hadiah daripada hasil usaha kita, tapi ingat ia adalah ujian daripada Allah...

Boleh jadi ia dilihat 'udov' pada mata kita, tapi ia adalah pengajaran untuk kita membaiki diri kita,... juga sebagai ujian daripada Allah...

Allah sebenarnya menilai kita bukan atas natijah apa yang kita dapat, tapi apa yang kita usahakan.

Insya Allah. ALL THE BEST.
Semoga exam kali ini akan lebih membuatkan kita semakin dekat dengan Allah.

Sunday, May 10

Happy Mother's Day



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku

dan kedua ibu bapakku


dan sekalian orang-orang mu'min


pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat)".


(Surah Ibrahim:41)

Wednesday, April 8

My 7 April...



Alhamdulillah.

Segenap umur saya 23 tahun semalam, nikmat Islam dan Iman masih saya kecapi sehingga ke saat ini.


Jazakallah khair kepada semua yang telah mengucapkan salam dan mendoakan untuk saya sempena hari kelahiran saya dalam tahun masihi ini.

Jazakillah juga kepada isteri tersayang!


Selalu saya ingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat, dengan semakin betambahnya umur ini kita sepatutnya semakin bertambah Amal dan Kerja, sebab kita sebenarnya sudah semakin dekat dengan kematian itu.


Dan, Tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut kelahiran setelah melangkah ke anak tangga ke Baitul Muslim. Jadi, sudah tentu tugas dan peranan yang dipikul ini lebih banyak dan bertambah, sudah tentu juga azam dan misi yang ditarget lebih jauh ke hadapan.


Segala-galanya itu memerlukan kekuatan dari Allah swt.

Selagi Harapan dan Pergantungan itu hanya dengan Allah, selagi itulah ruh dan jasad ini akan dapat bekerja untukNya. Insya Allah.


ps: Maaf sebab sudah lama tidak menulis kerana kekangan masa.












Afiq Awe

8 April 2009

Moscow

Saturday, October 4

Sebelum berpuasa 6 di Syawal, check semula puasa anda yang lepas...

SETIAP PEKERJAAN MEMPUNYAI TUJUAN

Dalam setiap pekerjaan pada dasarnya ada dua faktor: yang pertama adalah tujuan pekerjaan itu sendiri dan yang kedua ialah bentuk khusus dari pekerjaan tersebut yang dipilih untuk mencapai tujuan tersebut.

Sebagai contoh, marilah kita ambil pekerjaan makan. Tujuan anda memakan makanan adalah untuk menjaga agar anda tetap hidup dan mempunyai tenaga untuk bekerja. Cara yang anda pilih untuk mencapai tujuan tersebut adalah dengan mengambil sepotong daging, memasukannya ke dalam mulut, mengunyah-ngunyahnya dan menelannya masuk ke dalam kerongkong anda. Cara ini anda lakukan kerana ia adalah cara yang paling efektif dan tepat untuk mencapai tujuan anda.

Tetapi anda tahu bahawa hal yang paling penting adalah tujuan untuk apa makanan itu dimakan, dan bukannya bentuk serta kaedah pekerjaan itu. Apa yang anda akan katakan apabila ada orang yang membuat daging tiruan daripada serbuk gergaji atau abu atau tanah liat, lalu memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya? Anda tentu akan mengatakan bahawa orang itu sudah gila. Mengapa?

Kerana orang seperti ini tidak mengerti tujuan yang sebenarnya dari makan, dan mengira yang dinamakan makan hanyalah semata-mata mengambil sesuatu dengan tangan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya.

Jadi sama halnya, anda juga akan mengatakan pelik bila ada orang yang setelah menelan makanannya lalu memuntahkannya kembali dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya, kemudian mengeluh bahawa ia tidak memperolehi manfaat daripada makanannya itu, tetapi sebaliknya pula setiap hari dia jadi semakin lama semakin kurus kering seperti orang kurang makan. Orang seperti ini menyalahkan makanan pula atas kesalahan yang diperbuatnya sendiri. Ia mengira bahawa tenaga hidup dapat diperolehi dengan hanya memenuhi persyaratan-persyaratan yang tercakup dalam perbuatan makan. Kerananya, ia berfikir, "mengapa saya harus menyimpan makanan dalam perut saya? Mengapa saya tidak memuntahkannya sahaja agar perut saya menjadi ringan? Saya kan sudah memenuhi persyaratan-persyaratan makan".

Begitulah fikirnya. Tentu sahaja ia harus menderita sendiri akibat cara berfikir dan tindakannya yang tidak masuk akal itu. Dia mesti mengetahui bahawa sebelum makanan yang dimakannya tercerna dalam perut dan sarinya terserap dalam darahnya dan disampaikan ke seluruh bahagian tubuh, maka tenaga hidup tidak akan boleh diperolehi. Walaupun pekerjaan-pekerjaan luar juga perlu, kerana tanpa tindakan-tindakan tersebut makanan tidak akan boleh sampai ke dalam perut, namun tujuan makanan tidak dapat dicapai dengan hanya semata-mata melakukan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja.

Pekerjaan-pekerjaan luar itu tidak boleh menimbulkan keajaiban bahawa hanya dengan melaksanakannya sahaja maka darah akan langsung boleh mengalir cepat dalam pembuluh-pembuluhnya. Darah hanya dapat dihasilkan sesuai dengan hukum yang telah digariskan Allah. Apabila anda melanggar hokum tersebut, anda hanya akan membunuh diri anda sahaja.

AKIBAT MENGANGGAP FAKTOR-FAKTOR LUARAN SEBAGAI HAKIKAT AMAL

Apabila anda renungkan contoh yang disebutkan di atas tadi, anda akan mengerti mengapa "ibadat" yang anda lakukan sekarang ini tidak mendatangkan hasil apa-apa. Kesalahan yang terbesar dalam mengerjakan "ibadat" adalah menganggap tindakan solat dan puasa dalam bentuk luarnya sebagai "ibadat" yang sebenarnya, hingga anda terkena ilusi bahawa siapa sahaja yang memenuhi persyaratan-persyaratan tersebut bererti telah melaksanakan ibadat kepada Allah.

Anda sama seperti orang yang mengira bahawa pelaksanaan keempat perbuatan, yakni membuat makanan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya adalah yang dinamakan proses makan, dan siapa sahaja yang mengerjakan keempat-empat perbuatan ini bererti telah memakan makanan dan kerananya dia berhak memperolehi manfaat dari makan, tidak peduli apakah yang dimasaknya itu beras atau tanah, atau apakah ia memuntahkan kembali makanannya itu atau tidak.

Kalau anda mempunyai fikiran sedikit sahaja maka katakanlah bagaimana boleh terjadi bahawa seseorang yang berpuasa, yang sedang melaksanakan "ibadat" kepada Allah dari pagi sampai petang, di tengah-tengah 'ibadatnya itu ia berbuat dusta dan membicarakan atau mengumpat kejelekan orang lain?

Mengapa ia bertengkar kerana soal kecil sahaja dan mengeluarkan kata-kata yang kotor dari mulutnya?

Mengapa masih berkepit tangan lelaki dan perempuannya yang masih belum sah ikatannya itu?

Mengapa masih menonton video movie yang dalamnya terkandung aksi-aksi yang tidak patut ditonton oleh seorang muslim?

Malah mengapa masih tidak cukup solat lima waktunya?

Dan setelah melakukan semua itu, ia masih mengira bahawa ia telah melakukan "ibadat" kepada Allah?

Tidakkah ini sama dengan orang yang memakan tanah liat atau abu dan mengira bahawa hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja bererti ia sudah makan?

BEBAS KEMBALI DARI IKATAN-IKATAN SETELAH RAMADHAN

Selanjutnya katakanla, bagaimana boleh terjadi bahawa setelah anda dibebaskan dari "ibadat" kepada Allah selama bulan Ramadhan, semua pengaruh dari latihan kesalehan ini hilang begitu sahaja apabila bulan Ramadhan selesai?

Setelah Hari raya Aidil Fitri tiba, anda melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang agama lain dalam perayaan-perayaan mereka.

Majlis tari menari yang menghiasi hari raya? Pergaulan tak terbatas lelaki dan perempuan? Pembaziran makanan? Kelalaian menunaikan solat waktu kerana terlalu sibuk memeriahkan hari raya… Astagfirullah…

Setelah bulan Ramadhan berakhir, berapa banyak di antara kita yang tetap memelihra kesan kesalehan dan kebajikan bulan puasa pada hari kedua ‘Aidil Fitri? Hukum Tuhan yang mana yang tidak dilanggar? Berapa bahagian dari waktu anda yang anda pergunakan untuk kebaikan, dan sejauh mana egoisme anda berkurangan?

AKIBAT KELIRU TENTANG "IBADAT"

Fikir dan renungkanlah kenapa semua itu boleh terjadi? Saya yakinkan anda bahawa satu-satunya sebab dari semua itu adalah kerana makna ibadat telah berubah dalam fikiran anda.

Kerana anda mengira bahawa ibadat itu hanya menahan makan dan minum di siang hari selama bulan puasa, maka anda mentaati peraturan puasa itu dengan sangat cermat. Anda takut kepada Allah sehingga anda menghindari setiap hal yang boleh membatalkan puasa, bahkan anda berani mempertaruhkan nyawa demi. puasa anda.

Tetapi anda tidak tahu bahawa dengan hanya semata-mata menahan lapar dan minum bukanlah "ibadat" yang sebenarnya, melainkan hanya salah satu bentuk daripadanya sahaja. Dan tujuan ditetapkannya bentuk ibadat seperti ini adalah untuk menumbuhkan dalam diri anda rasa takut dan cinta kepada Allah, dan dengan itu mengembangkan dalam diri anda kekuatan yang besar, sehingga dengan menekan hawa nafsu anda, anda akan mampu menghindari hal-hal yang nampaknya menguntungkan tetapi yang sebenarnya tidak diredhai Allah.

Di lain pihak, dengan menguasai diri anda, anda akan mampu membuatkan diri anda menyenangi hal-hal yang mungkin membawa risiko dan kerugian tetapi jelas mendatangkan keredhaan Allah. Kekuatan ini hanya boleh dikembangkan kalau anda mengerti tujuan puasa, dan menggunakan latihan yang anda jalani dalam berpuasa itu untuk mengendalikan dorongan-dorongan jasadi kerana takut dan cinta kepada Allah, dan membuatkan dorongan-dorongan tersebut bekerja sesuai dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan Allah.

Tetapi dalam perlaksanaannya, begitu bulan Ramadhan berlalu, anda buang semua hasil-hasil latihan anda itu, seperti orang yang setelah makan lalu memuntahkan makanannya dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya.

Bahkan dalam kenyataannya, sebahagian di antara anda memuntahkan kebajikan-kebajikan yang anda perolehi pada siang hari sebaik sahaja malam tiba. Nah, anda fikirkanlah sendiri, apakah puasa dan bulan Ramadhan itu boleh mendatangkan keajaiban, sehingga hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luaran sahaja, anda dapat memperolehi kekuatan yang hanya boleh diperolehi dengan jalan berpuasa menurut cara yang ditetapkan?

Sebagaimana halnya enersia fizik hanya boleh diperolehi dari makanan setelah makanan tercerna dalam perut dan dibawa oleh darah kepada seluruh urat-urat tubuh; maka demikian pula kekuatan rohani hanya boleh diperolehi dari puasa bila orang yang berpuasa itu mengerti tujuan puasa, dan meresapkan pengertian itu ke dalam hati dan fikirannya, dan membiarkannya menguasai fikiran, motif, niat, dan perbuatannya.

PUASA: SARANAN UNTUK MENUJU TAQWA

Kerana itulah, setelah memerintahkan puasa, Allah mengatakan:

...Ia'allakum tattaqun.
"...agar kamu bertaqwa". (al-Baqarah, 2:183)

Ertinya, puasa diwajibkan kepada anda, dengan harapan mudah-mudahan anda boleh menjadi orang yang saleh dan bertaqwa. Di sini tidak dikatakan bahawa dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang saleh dan bertaqwa, kerana hasil puasa itu sendiri ter-gantung pada pengertian dan niat orang yang bersangkutan.

Barangsiapa yang memahami tujuan itu, dan dengan pemahaman tersebut cuba mencapai tujuan puasa, akan menjadi orang yang saleh dan taqwa. Tetapi, orang yang tidak memahami tujuan puasa itu dan tidak cuba untuk mencapainya, jangan diharap akan boleh memperolehi sesuatu dari puasanya.

**Akhir kata, Selamat Berpuasa 6 di bulan Syawal !


Afiqawe
5 Syawal 1429
Moscow

Wednesday, October 1

Jangan Menangkan Syaitan di Aidil Fitri !


Dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tidak boleh berlebihan sehingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

…….

Allaahu Akbar Allaahu Akbar Allaahu Akbar. Laa ilaa ha illAllaahuallahu akbar. Allaahu Akbar Walillaahilhamd.

Gema takbir berlabuh sudah. Kemeriahan Lebaran sudah pun dirasai. Anak-anak kecil kelihatan dimana-mana sahaja begitu sibuk membelek-belek baju lebaran yang menghiasai mereka.

Kaum Muslimin layak bergembira selepas sebulan penuh dengan suksesnya menempuh ujian kesabaran dari pada Allah (mudah-mudahan). Orang beriman yang telah sebulan berpuasa di siang hari, berdiri menegakkan solat tambahan di malam hari, dan melantunkan ayat-ayat suci Al Qur’an sepanjang hari, maka mereka ini layak disebut sebagai orang-orang yang menang.

Menurut sunnah Nabi saw, memang pada kedua-dua Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dianjurkan untuk memperlihatkan kegembiraan, bahkan diperbolehkan menonton permainan untuk memeriahkan Hari Raya. Itu sebabnya pula, pada hari raya dilarang untuk berpuasa. Berpuasa adalah wujud keprihatinan, sedangkan pada hari raya harus memperlihatkan kegembiraan.

Namun dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tak boleh berlebihan hingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

Banyak di antara perilaku hasil budaya umat Islam dalam merayakan hari raya kini telah tercampur dengan berbagai penyimpangan yang malah mencederai ajaran Islam. Hari Raya seolah-olah kini telah menjadi satu perayaan kebudayaan padahal ia adalah satu perayaan yang besar dalam agama Islam.

Coba kita lihat budaya makan yang berlebihan pada Hari Raya. Seolah-oleh membalas dendam kelaparan selama sebulan, kaum ibu mempersiapkan hidangan hari raya sepenuh ruang makan. Berbagai jenis makanan kecil maupun besar dipaksakan agar para tamu menyantap sepuas-puasnya. Setelah itu, jika kemudian ternyata berlebih, maka makanan penuh gizi tersebut menjadi penghuni tempat sampah. Mubazir. Padahal di dalam Al Qur’an disebutkan bahwa para pelaku mubazir adalah saudaranya syaitan!

Sungguh heran, jika sebulan berpuasa adalah untuk menumbuhkan rasa kebersamaan kita dengan kaum miskin yang papa yang senantiasa kelaparan, maka satu hari sesudahnya kita segera menghapus rasa tersebut dengan makan dan menyediakan makan secara berlebihan. Bagaikan panas setahun dihapus oleh hujan sehari! Tidak heran jika di sebuah negeri yang ada majoriti muslim, yang juga memiliki banyak jutawan dan orang berada, namun senantiasa setiap tahun jumlah orang miskin bertambah dan jurang pemisah semakin dalam dan berbeza. Rupanya ajaran Ramadhan yang begitu dalam dan mulia segera dihapus secara sistematis oleh budaya rakus, mubazir dan saudaranya syaitan.

Masih ada lagi perilaku budaya yang ternyata telah merusak hari fitri kita. Silaturahim, saling berkunjung adalah ajaran Islam. Namun apakah silaturahim dengan kaum kerabat boleh menampilkan perilaku jahiliyah?

Memamerkan kemewahan, berjabat tangan dengan yang bukan mahrom, bahkan sampai cium pipi antara pria dan wanita?

Demi tampil prima dan segak semasa di hari raya, seluruh anggota keluarga mengenakan baju-baju terbaik. Kalaulah cukup sampai di sini, tak masalah. Tampil ceria di hari raya memang sunnah dalam ajaran Islam. Tapi jika anggaran baju satu orang sampai melebihi gaji sebulan, maka di sini sudah berlebihan. Baju yang baik tak mesti mewah dan mahal apalagi bermerek. Bahkan baju terbaik konon berwarna putih, sebagaimana kafan yang kita bawa ke liang lahat! Sama sekali bukan yang berlebihan.

Sesudah berbaju mewah, model baju kaum ibu di hari raya-pun kadang bermasalah. Model baju muslimah memang sedang tren, namun modifikasinya sungguh menyesakkan dada. Sesak dada orang beriman yang berusaha menghindar dari aurat bertebaran yang dipertontonkan, dan sesak dada pria bermata jalang yang tak pernah mengerti makna puasa mata! Baju kebaya dengan sulaman berenda membuat kulit mulus pemakainya mengintip dari balik motif yang indah, membuat yang melihatnya ingin melihat sekali lagi dan sekali lagi.

Pada hari raya kaum ibu memastikan memakai semua perhiasannya, termasuk mempertontonkan perhiasannya yang paling berharga yaitu auratnya! La haula walaa quwwata illa biLLah. Syaitan tertawa melihat si pemakai dan si penonton dicatat malaikat Atid atas kelakuan mereka.

Ke manakah bekas-bekas wudhu dan tarawih yang dilakukan setiap malam? Ke manakah bekas-bekas ’ittikaf dengan tumpahan air mata di atas sejadah? Bukankah saat-saat syahdu tersebut telah membuat kita haru biru memohon petunjuk Allah berkali-kali agar tak tersesat? Namun mengapa ketika sajadah dan Ramadhan sudah jauh kita menjadi lupa menahan diri dari godaan syaitan?

Syaitan pula yang dituduh-dituduh di sini. Syaitan yang merupakan pengikut Iblis dan turunannya adalah makhluk-makhluk Allah SWT yang memang sudah bertekad bulat menyesatkan kita. Syaitan membuat seribu satu tipu daya untuk menyesatkan dan menipu kita. Keburukan dibungkus label seolah kebaikan, sehingga sunnah untuk bergembira di hari raya berubah menjadi pesta pora berlebihan dan penuh kemewahan serta kemubaziran di hari raya. Anjuran memakai baju terbaik di hari raya untuk menunjukkan kegembiraan berubah menjadi ajang jor-joran, pamer perhiasan dan aurat yang sudah jauh dari ajaran Islam.

Syaitan tidak langsung mencegah kita dari kebaikan, salah satu tipuannya yang paling efektif adalah membuat orang yang melakukan kebaikan dengan niat baik dibuat berlebih-lebihan sedikit demi sedikit. Jika setiap yang sedikit berubah kita mulai perturutkan, maka lama kelamaan kita terseret jauh dari kebenaran.

Jika saja semua pelajaran Ramadhan tetap terbawa di hati, tak mungkin perilaku berlebihan ini menjadi kebiasaan yang semakin mengikat hati kita. Jika saja pada setiap hari di luar Ramadhan kita selalu teringat pelajaran-pelajaran Ramadhan, maka niscaya di Ramadhan tahun berikutnya kita menjadi semakin mengerti makna ajaran Allah Yang Maha Mulia ini.

Jika saja semua doa dan harapan yang diucapkan di malam-malam Ramadhan menjadi warna harapan dan motivasi kita di luar Ramadhan, maka niscaya kita tak akan lupa diri sama sekali.

Persoalannya, apakah kita sudah jujur dengan doa-doa yang kita ucapkan? Apakah benar kita memang memohon petunjuk Allah ketika kita membaca surah Al Fatihah? Lantas mengapa kita lupa aturan Allah justru di hari yang seharusnya kita sudah dinyatakan menang?

Ataukah kita ini hanya boneka hidup yang menjadi objek permainan syaitan yang mana selama sebulan Ramadhan mereka terikat sehingga kita seolah-olah soleh, kemudian ketika mereka sudah ”terlepas” di hari pertama Syawal maka otomatiknya kita kembali menjadi pengikut mereka?

Bukankah kita adalah makhluk yang mempunyai kemampuan berfikir dan memilih? Kita sama sekali bukan boneka syaitan. Maka seharusnya kita tetap menghidupkan Ramadhan di sepanjang tahun-tahun hidup kita setiap harinya.

Renungkanlah ucapan yang disunnahkan di hari mulia Aidil Fitri:
”Taqobbalallaahu minna wa minkum, kullu aamnin wa antum bi khoir”
(Semoga Allah Menerima amal kami dan kalian, semoga sepanjang tahun Anda selalu dalam kebaikan).

Ramadhan adalah perbekalan kita setahun ke depan, jangan menangkan syaitan di hari Fitri.

Allahumma ja’alna minal aa idiin wal faidzin. (Ya Allah jadikanlah kami orang yang kembali dan orang yang menang). Amin.

(Diolah daripada eramuslim.com)


** Alhamdulillah, Ramadhan dan Syawal kali ini terasa penuh bermakna untuk saya dan zaujah yang buat pertama kali mengimarahkannya bersama-sama. Satu syawal tahun ini tatkala rakan-rakan lain berpeluang bersolat sunat aidilfitr di kedutaan dan menikmati juadah pagi di sana, kami dan beberapa yang lain terpaksa ke kelas, namun masih tetap menyambut kegembiraan aidilfitr itu bersama-sama.

Satu persoalan; Mengapa telah menjadi satu kepelikan yang amat apabila ada yang tidak memakai ‘baju raya’ pada pagi satu syawal, tetapi tidaklah pula menjadi satu kepelikan langsung apabila ada yang tidak bersolat sunat aidil fitri (meskipun ia adalah sunat) ? Fikir-fikirkanlah….

Apapun,


Taqaballahu Minna wa Minkum!


Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin specially untuk Mak dan Bapak, Along, Arif, Ikah, Mak Long dan CikYah di Shah Alam, dan juga Mak dan Ayah di Simpang Renggam, dan juga semua sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan….


Wassalam wrt

Afiqawe
2 Syawal 1429
Moscow

Friday, August 8

Satu Yang Terbaik


Berdiri di sini
Menatap kembali
Silamku hitam tenggelam

Sinar-Mu angkatku
Tunjukkan arahku
Kembali aku pada-Mu

Pergilah jauh masa gelapku
lembaran baru
ini jalanku

Di setiap langkah kusebut selalu mengingati-Mu
Labuhkan hati raih cinta-Mu
Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku

Hari kulewati
Mengasah pribadi
Mengubur cerita nostalgia

Terkadang kujatuh tak henti kucoba
Bangkit kembali aku pada-Mu

Pergilah jauh masa gelapku
lembaran baru
ini jalanku

Di setiap langkah kusebut selalu mengingati-Mu
(mengingat diri-Mu)

Dikala gundah datang gelisah
Bila hatiku terbelenggu ragu
Nafsu tak menentu
Ya Allah kuatkan aku

Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku

Friday, August 1

Selamat Pengantin Baru

Saya ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan yang akan mendirikan rumahtangga semasa cuti summer ini ;

"BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum
wa jama’a bainakuma fi khair



"Semoga Allah memberkati kalian semua dan melimpahkan berkat kepada kalian dan menghimpunkan kedua kalian di dalam kebaikan"


Sunday, June 15

Happy Father's Day!

Lagu ni walau dah lama... tapi, tetap best~




-------------------------------------------------------

anyway,
untuk Bapak ku...
Happy Father's Day !!!
Moga sentiasa dirahmati dan diberkati...
Moga sentiasa dimurahkan rezeki...
Moga keluarga kita semua sentiasa bahagia dan direhdai Allah...


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku
dan sekalian orang2 mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
(Surah Ibrahim:41)

Saturday, May 24

Takkan kembali !

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)




Sabda Rasulullah SAW.:

"
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu);
Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul),
dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
dan
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".


(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sunday, May 11

Happy Mohter's Day


Mak, Selamat hari ibu.... =)





رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku
dan kedua ibu bapakku
dan sekalian orang-orang mu'min
pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat)".
(Surah Ibrahim:41)

Thursday, April 3

ameen...


Tuesday, March 4

Pesanan.


"Kuatkan hati.
Banyakkan bersabar.
Banyakkan beristighfar.
Banyakkan istikharah dan berdoa.

Insya Allah, akan ada jalan keluar itu."


* mood = kering.... :-|

Saturday, February 23

Happy Men's Day !!!


Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingati Tuhan
tunduk pandangannya penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
hidup matinya kerana tuhan
hidup matinya kerana tuhan

Dialah lelaki acuan Quran
Jadi teladan sepanjang zaman
Jadi teman di perjalanan



AfiqAwe
Moscow @ 23 Feb 2008

***Best wishes to all men, reading my blog. =)

Wednesday, January 9

1429 H dan Perubahan Kita...

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih saying dan banyak lagi.

Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang ingin dilakukan
dalam masyarakat sekitar anda mulai 1429 ini?


-Andai kita ini seorang yang malas menunaikan solat, tanamlah keazaman untuk melengkapi solat 5 waktu itu.

-Andai kita ini selalu malas solat berjemaah terutamanya di masjid atau surau, ayuh gerakkan kaki kita melangkah ke sana. Ajak kawan-kawan disekeliling anda sekali.

-Andai kita ini seorang pelajar yang malas, lemah dalam studies… yes, inilah masanya untuk melakukan perubahan itu!

-Andai kita ini masih banyak jahil tentang Islam, marilah… banyak majlis-majlis ilmu telah tersedia di hadapan anda. Ada usrah, ada halaqah dan banyak lagi. Hanya yang tidak terasa hausnya sahaja tidak akan nampak majlis-majlis ini.

-Andai kita ini suka banyak merapu, mencarut, mengumpat, mengeji, mengutuk dan berketawa-ketawa, ubahlah dan cantikkanlah akhlak budi pekerti kita itu.

-Andai kita ini masih hanya menutup kepala sahaja, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Andai kita ini masih hanya memakai seluar di atas lutut, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Dan andai kita masih lagi belum menutup aurat, mengapa tidak mulai 1429 H ini kita ingin berubah kepada menutup aurat?

-Andai kita ini masih kurang melakukan sunnah-sunnah Rasulullah, ambillah hijrah ini sebagai masa untuk mula melakukannya dan seterusnya berusahalah untuk menanam kecintaan terhadap baginda.

-Andai kita ini kurang membaca Quran, boleh la start buka-buka Quran itu mulai tahun ini. At least 1 page sehari…

-Andai kita masih lagi excessive layan YM, YouTube, Anime, Korea, Bloggings, Movies, SeriesTv, Bola, Games dan macam-macam lagi, inilah masanya untuk berubah dengan mengurangkannya.

-Andai kita ini mempunyai hubungan dengan pasangan laki/perempuan dalam keadaan yang ‘illegal’, ayuh usahakanlah ke arah untuk merasmikan dan meng-Halal-kan perhubungan itu.

-Andai kita ini masih terasa berada dalam zaman Jahiliyyah, Давай!! Inilah masanya untuk keluar daripada zaman kegelapan kita itu.

Dan yang paling penting,

Jika dahulu hijrah kita adalah kerana harta, pangkat, laki/perempuan dan duniawi…

Marilah betulkan niat itu….

Hijrahkanlah diri kita itu kepada Allah dan Rasul.


Andai kita tanamkan niat dan keazaman PEMBAHARUAN ini…

Dan berusahanya dengan bersungguh-sungguh...

Dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dengan Hijrah ini...

Insya Allah, Dia akan bantu kita…


Usah risau apa orang kata,

Usah malu apa orang tengok kat kita,

Semua tu tak penting,

Malu di hadapan Allah adalah lebih baik,

Daripada terasa malu dihadapan kawan-kawan kita.

Usah juga risau keampunan daripada Allah,

kerana sungguh, Dia itu Maha Pengampun.


Ingat,

Label tak penting, rupa tak peting, dan jasad pun tak penting,

Yang penting adalah hati dan amalan kita.






“Label, walau nampak je buruk, asalkan minum airnya sedap”


Hijrah Rasulullah dan umat Islam atas perintah Allah swt

bermulanya kejayaan dan kegemilangan Islam.

Hijrah kita pun…!!! Insya Allah…

Tuesday, January 16

Selamat Mengembara

saya kirimkan khas posting ini untuk rakan-rakan yang mahu pergi mengembara, melancong, berjalan-jalan atau apa-apa saja yang ada kaitan dengannya..... tak kiralah samada ke UK, Cezch, Egypt, Italy, Spain, Turkey atau juga Malaysia...

erm, pengembaraan kita sebagai para mukmin adalah pengembaraan yang melibatkan pemikiran, hati dan perasaan dengan melihat makhluk dan kejadian ciptaan Allah samada di langit dan di bumi... pengembaraan kita juga adalah untuk menuntut ilmu dan menyebarkan Islam...~

perlunya para mukmin kepada pengembaraan adalah untuk menjelajah alam semesta yang luas terbentang ini, meneroka angkasa lepas dan galaksi bintang-bintang yang memperlihatkan betapa besar dan agungnya kekuasaan Allah swt, kerana dengan ini tentunya ia akan dapat mendorong diri kita untuk lebih mentaati Allah dan beribadah kepadaNya..

dalam mengembara, kita juga dapat meneliti dan membezakan apa yang hak dan apa yang batil terutamanya dalam bukti sejarah umat yang terdahulu dengan mengambil contoh jelas bagaimana kemegahan para taghut, para pemerintah yang zalim dan perancangan musuh-musuh Islam dulu telah lenyap pupus dan hancur berderai. ini pasti membuatkan kita insaf bahawa satu pemerintahan yang diasaskan atas kebatilan serta kezaliman, tidak akan kekal selama-lamanya sedangkan kuasa yang dibina atas asas kebenaran pegangan akidah, ianya kekal hingga ke hari qiamat.

keagungan dan kebesaran Allah juga kita dapat lihat melalui penelitian kejadian diri, kejadian alam, kehidupan sekeliling pada air, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan juga pada manusia itu perbezaan bahasa-bahasa, warna kulit, rupa paras, keiginan dan lain-lain. insya Allah, ini dapat mengukuhkan lagi keimanan serta menanamkan rasa takut dan cintakan Allah.

Al-Quran menggesa supaya kita melakukan penjelajahan, pengembaraan, bertafakkur dan bertadabbur iaitu mengambil iktibar dan pengajaran kerana besar manfaatnya hasil daripada satu aktiviti yang sebegini...

oleh itu, janganlah kita pergi mengembara semata-mata kerana enjoy, kerana bercuti, kerana tidak pernah pergi atau kerana ada peluang untuk pergi... tapi pergilah mengembara dengan kerana satu niat (lillahita'ala) . Insya Allah, ia akan membawa hikmah dan kesan kepada diri.

Ambillah... INILAH HADIAH YANG SAYA KIRIM BERSAMA KORANG SEMUA...

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Ar-Rom:9)

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya." (An-Nahl : 36)

"Maka tidakkah mereka merantau di muka bumi; melihat bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan Rasul) dan sesungguhnya kampung Akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memikirkannya." (Yusuf:109)

"Maka tidakkah mereka menjelajah dunia sehingga terbentuk hati yang sedari dengan itu mereka dapat memahami erti hidup atau mereka benar-benar mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya buta yang sebenar bukanlah buta di mata tetapi ialah yang ada di dada" (Al-Hajj:46)

"Maka apakah mereka tidak mengembara di dunia dan memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Manusia-manusia yang sebelum mereka itu lebih hebat keutamaannya dan (lebih banyak) kesan-kesan peninggalan mereka di dunia ini namun apa yang mereka usahakan itu tidak sedikitpun dapat menolong mereka." (Al-Mu'min:82)

"Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi sehingga mereka dapat memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka: Allah telah menimpakan kebinasaan atas mereka dan orang-orang kafir akan menerima (akibat-akibat) seperti itu." (Muhammad:10)

"Katakanlah: "Berjalanlah kamu di bumi merantau, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa. Dan janganlah kamu berduka cita terhadap mereka dan janganlah (dadamu) merasa sempit terhadap tipu daya mereka." (Al-Naml:69-70)

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah." (Ghafir:21)

"Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun." (Ghafir : 82)

Masya Allah, banyaknya dalam Al-Quran ayat-ayat sebegini kan ? berulang-ulang pula peringatan itu..

Baiklah, apa pun SELAMAT BERCUTI, SELAMAT MELANCONG, SELAMAT MENGEMBARA!!!

(yang stay di Moscow tu, ambillah peluang mengembara di dalam bandar ini, atau bandar-bandar Rusia lain memandangkan winter kali ini kurang sejuknya kan...=)

dan kepada yang masih menghadapi final exam untuk semseter ini, GOOD LUCK yer!!!!



*tips : search "berjalan mengembara" at searctruth.com