Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Friday, November 20

Alangkah best-nya jika...

Muslim itu bermaksud orang Islam. Islam itu pula bermaksud menyerah diri. Menyerah diri kepada Allah semata-mata, dengan melaksanakan semua perkara yang disuruhNya dan meninggalkan semua perkara yang dilarangNya. Jadi, muslim itu bermaksud orang yang menyerahkan diri kepada Allah sahaja. Dia seorang yang merdeka, bebas dan tidak terikat dengan suruhan dan larangan lain yang bertentang dengan apa yang Allah turunkan.

Itu adalah yang paling basic.

Salah satu tuntutan atau suruhan Allah adalah menutup Aurat. Kaum lelaki - daripada pusat ke lutut. Kaum wanita pula - seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat ini wajib ditutup seperti mana yang Allah suruh dalam surah An-Nur. Wajib juga ditutup pada waktu ketika-ketika dan tempat yang telah dinyatakan dalam ayat itu. Termasuklah salah satunya ketika bersukan.

Alangkah manisnya, cantiknya dan sejuk hatinya bilamana dapat melihat muslim itu dapat menutup auratnya ketika beraksi di atas padang atau gelanggang. Tidak ragu, tidak segan dan tidak janggal tatkala di sekelilingnya ramai bukan (atau belum) muslim yang berseluar pendek, bahkan ada yang berseluar tidur pendek atau 'boxer'. Tetapi demi kerana Allah, dia berasa izzah dengan apa yang dilakukannya.

Semangatnya tidak luntur untuk bermain bahkan membara-membara kerana keteguhan dan kekuatan imannya. Sebagaimana dia menutup aurat ketika solat, begitulah juga dia menutupnya ketika bermain futsal. Sebagaimana dia menutup aurat ketika memasuki masjid, begitulah juga dia menutupnya ketika di luar. Sebagaimana dia menutup aurat ketika mengaji Quran, begitulah juga dia menutupnya ketika belajar di kelas.

Tidak ada beza dan tidak disekularkan kehidupannya. Aurat itu ditutup dimana-mana dan bila-bila ia dituntut oleh Islam untuk ditutup.

Alangkah best-nya juga jika SUKOM 2009 anjuran KUMOSC ini dapat menggalakkan para peserta muslim menutup aurat ketika bermain. Mungkin untuk mensyaratkannya, ia belum sampai masanya lagi. Yang boleh adalah sekadar kempen menggalakkan untuk menutup aurat.

Semasa zaman saya dahulu, saya berpendapat tidak cukup kuat lagi untuk mengetengahkan hal ini kerana kefahaman masyarakat muslim Malaysia secara umumnya dengan tuntutan dan kepentingan menutup aurat itu masih belum jelas. Tapi kini, setelah saya nampak semakin ramai yang sudah sedar dengan perkara ini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk menggalakkan dan menyedarkan yang lain dalam masyarakat muslim kita dengan tuntutan ini.

Sebenarnya ia bukanlah masalah tidak tahu dan tidak diberitahu. Tetapi masalah EGO, masalah mahu ikut hati, nafsu sendiri dan masalah suka fikir ikut kepala sendiri.

Tidak perlu tipulah... Saya pernah mengalaminya sendiri di sekolah dulu-dulu, malah sempat juga di sini (Moscow). Masakan tidak tahu aurat itu wajib ditutup, walhal sudah lulus SPM Pendidikan Islam.

Tetapi disebabkan oleh 'degil', ego, ikut hawa sendiri dan merasai yang saya ada hak individu untuk menentukan diri nak pakai apa, akhirnya berseluar pendeklah ketika bermain tanpa segan silunya walaupun hati tahu diri itu sedang bermaksiat kepada Allah swt...

Astagfirullahalaziim... Moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang lepas.

Alhamdulillah. Dengan Taufiq dan kehendakNya, saya sudah sedar dan faham ia adalah salah. Kini, saya pula mesti membantu adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak untuk sedar dan faham akan perkara ini.

Saya menasihati untuk mengingatkan. Terasa pelik juga bila mana nak bersolat kita tahu apa aurat kita. Yang berseluar pendek terus ambil kain sarong atau seluar panjang, yang free hair terus ambil tudung atau telekong. Tapi bila di luar solat pula, seolah-olah tiada peraturan itu.

Kesempatan ini diguna untuk saya menketengahkan perkara ini kerana saya yakin jawatankuasa SUKOM ini 100% terdiri daripada muslim.

Jika program atau aktiviti lain, mungkin sukar untuk kita kempenkan perkara-perkara seperti ini kerana biasanya jawatankuasanya akan terdiri daripada bukan Islam. Jadi, sedikit kesukaran jika tidak menjadi majoriti.

InsyaAllah untuk kita as a muslim, sesuatu program atau aktiviti itu kita target ada matlamatnya. Antaranya adalah tidak melanggar batas-batas syarak Islam. Saya tidak kata yang menutup aurat, menjaga pergaulan dan pandangan serta menjaga waktu solat itu sudah mencukupi. Penjimatan, kebersihan, makanan halal dan baik, akhlak peserta dan penyokong serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi juga mesti dititik beratkan kerana Islam itu menyeluruh dan merangkumi semua aspek kehidupan kita.

Walau apapun, ia bergantung juga dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak – sama ada penganjur dan juga peserta. Jika salah satu 'degil', sistem ini tidak akan berjaya dibentuk.

Akhir sekali, saya nak kempenkan lagi : JOM MAIN SUKOM 09 DENGAN TUTUP AURAT~

||| FAIR PLAY. COVER YOUR AURAT. ENJOY |||


Bagi yang segan nak mula, jom mula di sini... Lillahi ta'ala.

Moga-moga Allah akan membantu dengan memberikan taufiq dan kekuatan dalam menuju ke arah satu perubahan yang gemilang dalam diri. Insya Allah.




1 comment:

Fathi Baik said...

Best nye Moscow banyak games..
InsyaALLAH kalau slow talk ramai yang
x pakai short.