"Abg Afiq, Abg Afiq. Abg Afiq gewe bilo lagi denge Kak Dayah?"
Ya Allah. Terkejut saya mendengar soalan sebegitu daripada adik-adik saudara yang umurnya dalam lingkungan 6-10 tahun.
Dimanakah mereka tahu istilah berGewe ini? (bahasa moden: couple)
"Oghe zame lo ni dok main duh gewe-gewe ni..." jawab saya ringkas melayan mereka. Nasib baik mereka itu comel-comel, kalau tak tentu dah kena cubit!
"Dah tu, guano bulih nikoh kalu dok gewe?" Mereka tanya lagi.
"Oghe nikoh dulu baru gewe... Zame lo ni, takdok doh oghe gewe-gewe. Oghe nikoh dulu, pahtu baru la berGewe" terang saya pada mereka.
"Dok, Gewe dulu baru nikoh!" Mereka tidak berpuas hati.
"Dok la, nikoh dulu baru berGewe. Kalu dok cayo, acu tera tanyo Kak Dayah tu"
No comments:
Post a Comment