Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Thursday, June 28

Sejuta Harapan...

Sejuta Harapan
Album :
Munsyid : Dai Nada
http://liriknasyid.com

F Am Dm Am  Bb G  C  F
La la la
F Am Dm
Sejuta harapan
Bb G C
Yang aku sandarkan
F Am Dm
Seberkas cahayaMu
Bb C
Untuk terangi jalanku

Dm
Tanpa rahmat ampunMu
Am
Tanpa kasih sayangMu
Bb C
Hampa terasa hidupku
Dm
Ku ingin bersamaMu
Am
Dekat selalu denganMu
Bb C
Bahagia bersamaMu

F Am
Ya Allah
Bb C
Terangilah gelap hitam hatiku
F Am
Ya Allah
Bb C
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Jika Antum sekalian mau request chord gitar
lagu-lagu nasyid bisa via email di :
ibnu_bismillah@yahoo.co.id
Ibnu Watashiwa

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan chord nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, June 16

Pancaindera ku....


Moga-moga nanti...

~ mataku (apa yang aku nampak),
~ telingaku (apa yang aku dengar),
~ lidahku (apa yang aku katakan),
~ akalku (apa yang aku fikir),
~ hatiku (apa yang aku fahami),

adalah daripada sudut Islam......

bukannya al-hawa dan bukannya jahiliyyah...

Insya Allah...

Tuesday, June 12

Untungnya orang mukmin yang berilmu..

***2 posts yang di'cilop' dari blog Effy.. Thanks akh..


Menjadi orang yang beriman pun sudah cukup untung.. apatah lagi jika menjadi orang beriman yang berilmu.. lagilaaah untung..


Allah telah berjanji untuk mengangkat darjat orang2 yg beriman dan juga orang2 yang berilmu beberapa darjat sepertimana yang telah disebutkan di dlm surah Mumtahinah ayat 11..

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 pula disebutkan bahawa barangsiapa yg diberikan ilmu pengetahuan, sebenarnya dia telah diberikan kebaikan yang saaangat banyak..

Tidak rugi menjadi orang yang berilmu di dalam Islam.. Anjing yang berilmu (dilatih) pun turut diangkat darjatnya oleh Allah.. Sehinggakan Allah menghalalkan daging binatang buruan yang ditangkap oleh anjing buruan yang terlatih.. Apatah lagi jika manusia yg berilmu..

Di dlm kisah Nabi Sulaiman a.s. dgn jin ifrit yg disebutkan dlm surah An-Naml ayat 39 hingga 40, jin ifrit berjanji akan membawa mahligai Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau bangun dari tempat duduk beliau.. Namun seorang lelaki yang dikatakan mempunyai ILMU tentang kitab dapat berbuat lebih dari itu.. Beliau menjanjikan mahligai tersebut sebelum Nabi Sulaiman mengelipkan mata beliau.. Begitulah kelebihan orang yang berilmu..

Namun orang mukmin yang beriman perlulah sentiasa menyedari bahawa ada Zat lain yang mempunyai ilmu yg jauh lebih banyak daripada mereka.. Ini disebutkan dengan jelas di dalam surah Yusuf ayat 76. Orang mukmin yang mempunyai nilai ini sudah pasti tidak akan berasa sombong dan bongkak dengan ilmu yang dimilikinya.. Mereka tidak akan kedekut dgn ilmu yang mereka miliki.. Malah mereka akan terus memberi dan memberi, kerana mereka yakin Allah pasti akan melipatgandakan ilmu yg sedia ada yang diajarkan..

Ilmu bermanfaat yang disebarkan merupakan harta kita yg paling berharga di akhirat kelak.. Ia merupakan antara 3 perkara yang akan berterusan pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia selain sedekah jariah yg berterusan manfaatnya serta anak soleh yg mendoakan kita..

Maka, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.. Semoga bermanfaat.. Wassalam

Ruginya golongan Kristian yang berilmu..

Alangkah ruginya golongan Kristian yang berilmu.. Agama Kristian tidak menghargai langsung individu yang berilmu.. Di dalam bab yang bernama Ecclesiastes 1:18 ada disebutkan, "Because in much wisdom is much grief, and increase of knowledge is increase of sorrow." Ianya bermaksud, "Kerana dalam banyaknya ilmu terdapat banyak kesedihan.. Dan peningkatan dalam ilmu pengetahuan bermakna meningkatnya kesedihan."

Disebut juga di dalam Ecclesiastes 2:15 ‘... As it comes to the foolish man, so will it come to me; so what then do I gain by being wise? Then I said in my heart: This again is to no purpose.’ Ianya bermaksud, "Apa yg menimpa orang yang bodoh juga akan ditimpakan kepada aku.. Maka apa kelebihan yang aku dpt jika aku berilmu?? Kemudian aku berkata di dlm hati: Perkara ini langsung tidak ada tujuan."

Islam amat menghargai umatnya yang berilmu.. Tidak kiralah ilmu duniawi atau ukhrawi.. Saintis Islam yang berilmu sebenarnya lebih mulia daripada saintis yang bukan Islam di sisi Allah..

Semoga Allah menjadikan kita orang Islam yang beriman dan berilmu.. Semoga bermanfaat..

Wednesday, June 6

4 Exam's Habits of Highly Effective Muslim

Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai empat sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja.

(Pre-Exam to Exam)

Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal.

Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal? Itu sudah salah konsep.

Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).

Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya.

Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah...

"Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)

Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usaha yang tak seberapa itu.

Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke?

Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?....

“Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....”

(Post-Exam)

Kemudian, yang ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur.

Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya.

Rasulullah bersabda,

"Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)

Kita sering merungut pabila kita tidak dapat score markah yang yang baik dalam exam tu.

"Russian ni.. suka sgt 'bias'... tak aci!"

"Soalan ni tak pernah dengar pun...!!"

"Susah giler soalan tadi..!!"

"Kalau la aku study banyak sket semalam..."

Itulah antara ayat-ayat yang terpacul daripada mulut kita selepas sesuatu exam.

Ada pula...

"Laa.. takdela susah sangat.."

"Wah... sebijik apa yang aku hafal semalam.."

"Cikgu tu baiklah..."

"Nasib baik aku tak kena soalan bab tu..."

Sabar boleh dibahagikan kepada 3; pertamanya dalam menghadapi musibah, misalnya dengan tidak meratap dan berkeluh kesah. Kedua, sabar dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah s.w.t dan akhir sekali, adalah sabar dalam menjauhi kemaksiatan. Manakala, syukur pula bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan hamdallah sahaja, namun dengan mengunakan jiwa raga dan nikmat-nikmat untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah s.w.t. Satu musibah itu mestilah disyukuri juga, sebab asasnya musibah diturunkan itu adalah sebagai ujian terhadap seorang hamba atau sebagai hukuman yang disegerakan di dunia.

Mengapa Allah kita selalu persalahkan?

"Aku dah Usaha, Aku dah tawakkal... tapi, still tak dpt 'pyat'... huh..," inilah kadang-kadang perasaan menegeluh yang tercetus dalam hati kita. Walaupun tak diluahkan, tapi mesti ada juga sedikit kan rasa ketiadakpuasan hati itu...?

Ujian kita tak dapat markah penuh 'pyat' ni adalah antara test-test yang Allah berikan kepada kita. Allah menguji kerana cintakan hambaNya. Sesiapa yang redha, ia akan mendapat redha dari Allah pula. Boleh jadi, ia juga sebagai hukuman segera di dunia ini atas kesalahan kita lakukan iaitu sebagai penghapus dosa-dosa dan pengurang seksaan di akhirat nanti.

Sebenarnya, hal ini membawa diri kita berfikir balik, adakah betul kita dah berusaha habis-habisan dan bertawakkal kepadaNya? Mungkin ada sedikit sahaja bahagian lagi yang kita tak 'complete'kan untuk membolehkan kita dapat 'pyat' tu. Mungkin dengan ujian ini, kita dapat renung dan kaji balik mana-mana yang silap dan mesti diperbetulkan untuk masa hadapan. Kalau asyik dapat perfect je, kita kadang-kadang tu takkan tahu di mana titik kelemahan kita, dimana kesilapan kita. Secara tak langsung, ia dapat mentarbiyahkan diri kita menjadi seorang yang tidak mudah takbur dan berbesar diri hingga boleh lupa akan nikmat kurniaanNya.

Oleh sebab itu lah, ketika nikmat datang, seorang hamba juga seharusnya bersabar, berwaspada dan bersyukurlah! Bersabarlah untuk tidak mudah mabuk dan alpa dalam kesenangan itu kerana nikmat yang diberikan juga boleh menyebabkan kita terseleweng dari jalan yang benar.

Usaha, Tawakkal, Sabar dan Syukur serta Ikhlas dan Husnudhan merupakan kata kunci yang insya Allah akan menghantar kita untuk mencapai ridha-Nya, amiin.

Saturday, June 2

Cinta

Seperti biasa pada Jumaat malam kami bertadarus... Ia dah minggu ke-10 dah rasanya kerana setiap minggu kami akan baca satu juzuk, dan semalam bacaan kami adalah juzuk yang ke -10. Biasanya tidaklah terlalu ramai, dalam 10-12 orang sehingga boleh membentuk 3-4 kumpulan kecil. Biasanya selepas tadarus tu, saya akan membaca sedikit terjemahan untuk sama-sama bertadabbur.

Semalam saya tertarik dengan satu ayat yang kami baca iaitu ayat ke-24 daripada surah At-taubah.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"

Saya terus bertanya, apa kesimpulan yang dapat dibuat...?


Salah seorang daripada kami menjawab, "Lebih Cintakan Allah dan Rasul daripada Cinta Duniawi"

Semua mengangguk bersetuju. Simple je actually...


Dan ada pula yang menambah, "Kita bukan setakat kata je kita cintakan Allah dan Rasul, tapi kenalah amalkannya (buktikannya)"




Apakah maksud CINTA sebenarnya?

Saya petik dari Wikipedia; "Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi."

Saya bukannya nak membincangkan kepada siapa kita bercinta dan hukum halal-haramnya...
tetapi saya lebih fokus kepada bagaimana kita faham apa bila kita kata kita bercinta...

Dalam maksud yang diberi oleh wikipedia itu, ada tertulis yang orang yang sedang dilamun cinta itu sanggup berkorban dan menyerahkan apa sahaja kepada yang dicintainya itu kerana kita tahu dia sedang hanyut di alamnya itu. Sikap ini akan ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi serta sikapnya. Sikap ini akan mempengaruhi bagaimana hubungan percintaan antara mereka berdua.

Tanda-tandanya adalah seperti kita dapat lihat seorang Suami atau Isteri yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan masing-masing yang dicintainya itu. Begitu juga antara hubungan antara Mak dan Anak, Ayah dan Anak malah antara hubungan sepasang kekasih pun.

Namun, bagaimana cinta kita terhadap Tuan Pencipta kita?

Dalam ayat tadi jelas menyatakan bahwa cinta kepada Allah dan Rasulnya serta cinta kepada yang dicintai Allah wajib didahulukan di atas segala-galanya...
Segala apa yang mendahului cinta Allah dan Rasul mesti ditolak tepi. Tahukah kita yang cinta ni ada
cinta terhad dan ada cinta mutlak? Kepada siapa kita perlu letakkan cinta terhad dan kepada siapa kita perlu berikan cinta mutlak tak perlulah dihuraikan lagi kerana saya rasa semua dah tahu dan fahamkan?...
Cuba kita lihat diri kita balik, betul ke kita kata kita Cinta ALLAH dan RASUL?

Sedangkan lif tak bergerak pun kita malas nak turun untuk solat jemaah di Surau, bagaimana kita nak buktikan kita cinta kepadaNYA?

Sunnah Rasul pun kita tak amalkan, apa bukti cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w?

Adakah betul kita tak mencintai DUNIAWI?
Adakah kita tak melebihi cinta kepada yang TERHAD?
'Tepuk dada tanyalah iman'...


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Imran, 31)

Marilah kawan-kawan... cintailah kepada Cinta yang Mutlak.

Buktikanlah... sebagaimana seorang sahabat kita tu kata ,
"bukan sahaja cakap, tapi amalkan, iaitu buktikan.."

Ingatlah

“Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya karena Allah; dan tidak mau kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia tidak mau kalau dicampakkan ke dalam api.”


*editted sebab tak pasti sumber kata Yusuf Qardawi itu