Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Tuesday, February 24

Senyum Sokmo =)))



Inilah hadiahnya...=)

Saturday, February 21

Jom tutup aurat ~...


Kedengaran bunyi-bunyi teriakan dan sorakan pada pagi hari menceriakan dan memeriahkan gelanggang futsal itu. Anak-anak muda kelihatan penuh bersemangat mengejar dan merebut bola untuk menyumbatnya ke arah gol.


Nampak indahnya lagi apabila masing-masing kemas berseluar panjang dan menutup aurat. Semuanya dilakukan semata-mata kerana mahu memenuhi tuntutan ibadah bersukan. Sebagaimana mereka menjaga aurat sewaktu solat lima waktu mereka, begitulah juga ketika waktu beriadah mereka. Tiada perbezaan pun.


Ketaatan kepada Allah swt dan sayangnya mereka dengan Rasulullah saw membuatkan mereka merasai bahawa mereka adalah hamba kepada Yang Maha Pencipta dan pengikut risalah Nabi Muhammad s.a.w. Dan segala apapun yang diperintah oleh Allah swt diikuti dengan hati yang rela dan ikhlas meskipun ia bertentangan dengan kehendak diri. Kerana apa? Kerana diri tahu pertentangan itu adalah kehendak daripada nafsu diri dan bisikan jahat syaitan.


Sebagai seorang muslim, Riadah mereka, Bermain futsal meraka dan bermain apa pun bagi mereka adalah juga ibadah jika semuat itu diniatkan kerana Allah dan mengikut cara yang disyariatkan Islam. Mereka itu ter-triggered untuk memenuhi sifat tubuh badan yang sihat kerana mereka yakin yang Allah itu akan lebih menyanyangi seseorang yang kuat tubuh badannya.

Insya Allah.

Jom tutup Aurat!


Friday, February 13

Jaulah Syitawiyah Berlin 2009




"Dan berpeang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya."
(Alimran-103)

Wednesday, February 11

Kejar Dunia tapi Benci Dunia !

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.”


Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?”


Nabi saw, menjawab, “Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”


Seorang sahabat bertanya, “Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’


Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”


(Hr Abu Dawud dan Ahmad)


Tuesday, February 10

Jiwa Beriman yang Semangat !

Selepas melihat umat dibantai teruk oleh Zionis dan sekutunya kebelakangan ini, darah muda para belia Islam kini meronta-ronta bersemangat mahukan perubahan. Keazaman ini bukanlah sekadar omong-omongan kosong, tetapi mereka akan berani untuk membuktikan dengan kenyataan. Perubahan yang bertitik tolak daripada kesedaran bahawa umat ini sedang jauh ketinggalan akan menyaksikan ianya akan berlaku secara besar-besaran dan menyeluruh, bukan lagi ‘part-part’ atau sebahagian yang tertentu sahaja.


Para pemuda pemudi yang berizzah dengan Islam ini amat merindui fitrah asal mereka. Mereka kini telah kenal tujuan mereka diciptakan oleh Maha Pencipta Itu. Mereka tahu apa matlamat mereka dan mereka kini sedang berjihad (berusaha bersungguh-sungguh) untuk mencapainya. Mereka sudah bangkit dari zaman kegelapan mereka. Apa jua halangan dan mehnah yang ada di hadapan, mereka akan tempuhi dan harungi tanpa ada rasa gentar dan takut.


"Dunia mesti kembali kepada Islam !"


Begitulah antara teriakan yang membuak-buak dalam jiwa mereka yang kini sudah sedar setelah mendapat pencerahan baru.


Perubahan yang bertunjangkan kerana Allah dan Rasul ini mereka lakukan dalam diri mereka sendiri dahulu. Apa yang mereka lakukan adalah peningkatan iman dalam diri, kefahaman tuntutan Islam sebagai cara hidup, tegas dalam amal makruf nahi mungkar dan perlaksanaan tanggungjawab sebagai individu muslim.


Mereka yakin sukarnya masyarakat Muslim terbentuk jika mereka sendiri tidak mula membentuk diri mereka untuk menjadi sel-sel atau batu-bata kecil individu muslim yang berkualiti untuk menjadi asas kepada masyarakat itu.

Malah, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk dikongsi bersama. Mereka mula mengajak saudara-saudara mereka yang terdekat dan sahabat-sahabat di sekeliling untuk sedar tentang hakikat diri, realiti umat Islam kini dan berazam untuk terus mengerakkan semuanya itu untuk bangun daripada lamunan duniawi.


Susah atau senang? Berat atau ringan? Lama atau sekejap?


Soalan-soalan seperti itu sepatutnya tidak lagi menjadi tanda tanya dalam diri mereka pada ketika ini. Niat untuk berubah yang telah tertanam dalam hati itu akan dibuktikan dengan sebenar-benarnya melalui lisan dan perbuatan tingkah laku mereka.


Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap mahluknya. Dia tahu apa dan bagaimana perubahan yang mahu pemuda pemudi Islam ini ingin lakukan. Penghijrahan yang bagaimana yang akan dilaksanakan? Adakah ia Maknawi? Makani? Hak atau batil? Tahu atau jahil?


Sungguh, dalam misi ini sudah tentu terdapat pelbagai halangan yang perlu ditempuhi. Halangan daripada yang nyata atau ghaib, syaitan atau manusia. Si Syaitan nirajjim ini akan berusaha untuk menggoda, melalaikan malah menyesatkan manusia sesuai dengan tabiatnya. Malah mereka tahu siapa yang lemah, lagi-lagi insan yang baru sahaja berusaha untuk berhijrah daripada zaman jahiliyahnya.


Kekuatan yang Allah swt berikan begitu mudah untuk dihayati – bergantunglah kepada Allah. Mohonlah kekuatan daripadaNya. Berdoalah kepadaNya. Moga-moga hidayah Allah itu bersinar terus menerus ke dalam diri itu.


Ingat!


Apabila bangun pagi-pagi, cuba tanya kawan sebelah, tak pun tanya diri sendiri…


“Islam dah memerintah dunia ke?” “Islam dah menang ke?” “Israel dah kalah ke?”


Kalau belum, cepat-cepatlah bangun !!! TERUS BEKERJA !!!!!


Monday, February 9

Bingkai Kehidupan

Mengharungi samudera kehidupan, kita adalah ibarat para pengembara,

Hidup ini adalah perjuangan, tiada masa lagi untuk kita berpangku tangan,

Setiap tetes peluh dan darah, tak akan sirna ditelan masa

Segores luka di jalan Allah, akan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi