Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, December 30

Tak serupa bikin?

Malam tadi, duk tengah surf, tiba-tiba terserempak ayat yang famous nieh...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff : 2-3)

zafff!!
aduih, kena sebijik!!!

"Saya/Dia/Sesiapa sahaja suka suruh orang lain buat baik, padahal diri sendiri tak buat...

Saya/Dia/Sesiapa sahaja suka larang orang lain buat jahat, padahal diri sendiri pulak buat.... "

huih.. kabur gak yang ni...

Saturday, December 23

Kayu mana?

Al kisah seorang pemuda,
menuju ke arah destinasinya,
yang jauh tak diketahui jaraknya,
tapi tetap yakin akan hasilnya..

Satu syarat baginya,
mesti mencari HANYA SATU ranting kayu terbaik untuknya,
agar dibawa bersama-samanya...

Perjalanan itu amatlah mencabar,
setiap langkah ke hadapan terjumpa yang baru,
ada yang lagi bersih, ada yang lagi cantik,
ada yang lagi kuat, ada yang lagi bercorak...

Setiap kali itulah ditinggalkan kayu yang lama,
berjalan bersama kayu yang berkenan...

Sambil berjalan, tiba terkenang,
alangkah baiknya yang pertama dulu,
hati mula sesal,
bila membimbing yang tak berkenan,
mengharap yang lagi baik menjelma semula...

Moscow 231206


*Nasihat : Bersyukurlah..

Wednesday, December 13

Ruqaya

Bahrain's Ruqaya Al-Ghasara competes in the women's 200m race heats at the 15th Asian Games in Doha December 10, 2006. [Reuters].jpg


Bahrain's Ruqaya Al Ghasara celebrates after winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha, Qatar, Monday Dec. 11, 2006. (AP Photo).jpg


Bahrain's Ruqaya Al Ghasara bows down on the track in celebration after winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha, Qatar, Monday Dec. 11, 2006. (AP Photo).jpg

Ruqaya buktikan memakai tudung bukan masalah untuk berjaya dalam sukan

PADA zaman wanita Muslim kian mendapat perhatian kerana memakai tudung penutup kepala, pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara membuktikan hijab bukan penghalang untuk memecut di trek.

Ruqaya yang memenangi gangsa acara 100m Sabtu lalu selepas melakukan pelepasan semula, memastikan emas Sukan Asia acara 200m kelmarin, mencipta larian hebat di 10 meter terakhir bagi menamatkan saingan dengan catatan 23.19 saat.

Penonton di Stadium Al-Khalifa bergema ketika Ruqaya bergerak ke garisan, kepala terhangguk-hangguk ketika dia memerah setiap inci kudratnya daripada berat badan 65kg untuk memenangi perlumbaan berkenaan.

Sebagai seorang Muslim yang patuh, dia segera sujud di trek selepas melepasi garisan dan menyentuh bibirnya sebelum kembali ke trek, memakai hijab putih yang menjadi tanda kehadirannya – menampakkan tanda jenama barangan sukan Amerika Syarikat – yang diikat kukuh dengan pin dibawah dagunya bagi perlumbaan itu.

Kaki dan tangannya juga ditutup sepenuhnya dengan pakaian berwarna merah dan putih Bahrain selain singlet di bahagian atas badannya.

“Syukur kepada Allah saya menang,” kata pelajar berusia 24 tahun itu, yang tidak seperti atlit import lain dalam pasukan olahraga Bahrain yang sebenarnya berasal dari Negara Teluk yang lain.

“Saya memang berhak menang emas acara 200m. Saya adalah yang terkuat dan terbaik,” kata Ruqaya sambil menambah dia tidak bermasalah memakai penutup kepala.

“Saya memiliki keinginan hebat untuk menunjukkan tiada masalah apabila memakai pakaian seperti ini,” katanya.

“Saya mahu katakan saya amat bertuah kerana menjadi seorang Muslim – ia satu rahmat. Memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Memakai hijab membuktikan wanita Muslim tidak berdepan halangan dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan.

“Ini adalah kemenangan buat semua wanita Muslim.

“Saya menasihatkan semua wanita Muslim untuk menyertai sukan. Ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda.”

Ruqaya yang dilatih oleh jurulatih Algeria, Nooruddin Tajin, berkata emas Sukan Asia miliknya adalah kemenangan terbesar sepanjang kariernya.

Dia memenangi tiga perak dalam acara 60m, 200m dan 400m Kejohanan Dalam Dewan Asia di Tehran pada 2004, dan berlari dalam dua acara pada Kejohanan Pan-Arab di Amman setahun sebelumnya.

“Harap-harap saya akan dapat memenangi sesuatu pada Kejohanan Dunia di Osaka, tahun depan,” katanya. – AFP

Friday, December 1

Lesen.....

Salam wbt,

erm, nak tanya nie....

Kenapa bila kita nak bawa kereta di jalan raya perlu ada lesen?
kalau takde lesen kiranya kita melanggar undang-undang lah kan?
dan kita akan disaman dan dihukum?
>tapi kita tak bawa laju-laju, bawa dengan cermat, selamat...
>kenapa perlu nak saman saya?? kenapa perlu ditangkap saya??


bagaimana pula kalau kita bawa anak dara orang keluar jalan-jalan...?
tak perlu lesen nikah ke?
tak langgar larangan Tuhan ke?
>tapi kita tak pegang tangan, kita tak sentuh2, kita jaga dengan cermat, selamat...
>kenapa nak marah saya?? kenapa nak larang saya??


erm... :-?

*tiada kaitan hidup & mati.. hanya utk renungan diri sahaja

Wednesday, November 29

" Do you pray? "

When young Muslims meet others for the first time and find out that they are Muslim, often one of the very first questions they ask each other is, "Do you pray?" It's as if this is their touchstone to see if the person they have met is a real Muslim or not. Calling yourself Muslim is one thing, being a Muslim is something else. We all know deep down, don't we, that praying five times a day is at the heart of Islam? It is one of the things that distinguishes a Muslim from everyone else in the world; that all the activities of life can be made significant by the cycle of prayer and praise which we offer to Almighty Allah. So why, then, do we have such a problem being faithful to prayer?

Monday, November 27

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

(Al-Baqarah : 286)

Sunday, November 26

" KITA ADA MISI "

Seminggu berlalu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2006 di PWTC, Kuala Lumpur. Selaku pengerusi Kelab UMNO Moscow, saya telah dijemput pulang ke tanah air bagi menghadiri persidangan perhimpunan tersebut.

Pada mulanya agak keberatan untuk pulang kerana terpaksa meninggalkan kelas selama 5 hari, namun saya merasakan mesti ada sesuatu yang penting dan manfaatnya, serta kelebihannya apabila menghadiri PAU itu. Oleh itu, saya decide untuk pulang juga walau apa pun berlaku.

Sudah lali situasi di Rusia ini. Sehari sebelum balik, saya masih belum mendapat passport+visa baru daripada universiti selepas mendaftar pada bulan september lepas. tahun ini proses di dekanat terlalu lembab, semua benda lembab.. nak register pun lembab, nak dpt semula passport dan visa pun lembab... Alhamdulillah, kerana ada juga lubang2 yang saya jumpa utk cepatkan proses itu. tapi terpaksalah keluarkan sedikit wang utk mengupah thru agents yang tak rasmi tu... dapat je passport & visa tu hari jumaat, terus ke alamin (agent tiket), beli tiket utk keesokannya itu... penat lelah ulang alik ke dekanat serta dicemuh & dimarahi di Pusat Imegresen & visa akhirnya membuahkan hasil juga... huh..

Alhamdulillah, balik Malaysia walaupun selama lebih kurang 5 hari tu sempat jugalah singgah ke rumah berjumpa dgn keluarga... sempat juga join Open House rumah sendiri, kebetulan pula pada hari yang sama ketibaan di Malaysia tu.. hehehe :)

5 hari di PWTC - memang bermakna. Kali ini, bukan sahaja dapat melihat depan mata bagaimana menteri2 dan MT serta Jawatankuasa Tertinggi UMNO menyampaikan ucapan, malah berjumpa dengan mereka sendiri serta berbincang perkara-perkara hal penting masa depan generasi kami nanti terutamanya..

Kini saya berasa jelas & faham apa itu RMK, Misi Nasional, Wawasan 2020 dan juga Islam Hadhari.... kini pelbagai langkah bersesuaian diambil kerajaan dalam RMK-9 itu. Di antaranya mengikuti Misi Nasional, yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu:

Teras pertama: Kerajaan akan menyediakan insentif khusus untuk menarik pelaburan termasuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) berkualiti bagi aktiviti sektor pembuatan yang digalakkan bagi meningkatkatn nilai ditambah dalam ekonomi negara.

Teras kedua: Lebih banyak peluang pendidikan pada peringkat prasekolah, pendidikan rendah dan pendidikan menengah yang dilengkapkan kemudahan lebih baik akan disediakan dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan inovasi bagi membina satu masyarakat yang mempunyai "Minda Kelas Pertama".

Teras ketiga: Kerajaan akan memberi penekanan semula kepada usaha menangani keadaan ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif, kerana mereka sedar bahawa sasaran yang ditetapkan masih belum tercapai sepenuhnya lagi.

Teras Keempat: Kerajaan akan terus memastikan seluruh warga mendapat manfaat daripada program pembangunan dan hasil kemakmuran negara. Bahawa pembangunan akan menjadi lebih bermakna jika kita berjaya melakukan agihan kemakmuran secara saksama hingga dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat."

Teras Kelima: Kerajaan akan mengambil langkah penambahbaikan dari segi struktur organisasi; dari segi kemudahan dan persekitaran kerja; dari segi mutu tenaga pekerja; dan dari segi rangka peraturan dan undang-undang dalam mengukuhakan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.

Sementara itu, satu pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah, saya secara positif dan minda terbukanya (tidak menyebelahi fahaman mana-mana pihak) merasakan ia satu pendekatan terbaik dalam situasi dunia hari ini untuk mengembalikan semula umat Islam ke arah sebenar dalam memahami Islam itu sendiri. Sejak kejatuhan zaman kegemilangan Khalifah dahulu, Islam kini dipandang hina oleh masyarakat barat secara amnya. Islam kini dilabel sebagai satu ajaran yang mengalakkan keganasan. Walhal, Islam itu sendiri bermaksud selamat, sejahtera dan damai. Jadi, pendekatan ini saya fikir akan dapat mengembalikan semula fahaman kita terhadap Islam itu, yang bukan sahaja perkara-perkaranya menyentuh kewajipan rukun Islam dan Rukun Imam yang paling utama itu, tetapi hal-hal perkara lain dalam kehidupan kita. Semuanya mesti berlandaksan Islam.

Ya, saya akur inilah Islam yang diamalkan dari dahulu sampai sekarang dan Islam secara inilah yang menaikkan Islam satu masa dahulu. tetapi disebabkan zaman berubah dan umat Islam semakin lupa akan sejarah itu, umat Islam sendiri kini telah dipengaruh imperialis Barat, gerakan Zionis Yahudi dan gerakan Nasrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan serangan dalam bentuk pemikiran dan kebudayaan terutamnya dalam menghancurkan Umat Islam. pihak barat tahu bagaimana sekarang untuk menghancurkan kita dengan tanpa menggunakan penyelesaian peperangan...

Namun pendekatan Islam Hadhari ini bukanlah satu mazhab baru atau agama baru atau ideologi baru, tapi satu pendekatan yang terbaik untuk umat Islam sendiri dalam memahami tuntutan yang disyariatkan olehNYA itu. Orang bukan Islam juga akan difahami juga apa sebenarnya terkandung dalam Islam itu yang bukannya hanya amalan ibadah di masjid, berpuasa di bulan Ramadhan, haji di Mekah etc, tapi juga terkandung dalam kegiatan/kerja harian kita ini. Mereka selalu menentang kita, kerana mereka tak faham.. itu je rasanya..

Saya bersyukur kerana ada juga usaha untuk memartabatkan dan mengembalikan semula Islam ke zaman kegemilangannya. Terus terang saya katakan, jika tidak kerana memperjuangkan Islam, saya tidak akan sokong langsung mereka. Jadi, jika semua orang faham dan berusaha untuk merealisasikannya, Insya Allah satu Negara Islam serta satu Tamadun Islam dapat dibentuk bermula daripada Malaysia ini.

Saya merasakan, sebagai pelajar yang kini berada di luar negara, perlu saya menyahut seruan ini dan memberi sokongan kepada negara untuk merealisasikan hasrat yang besar ini. Peranan sebagai pelajar adalah antara aset terbesar negara sebagai pelapis bagi generasi yang akan datang yang bakal mendukung cita-cita negara ini.

Saya yakin, Malaysia 14 tahun lagi (tahun 2020) akan mecapai status negara Maju dan dari situlah jika Islam terus dijadikan teras dalam kemajuan negara ini, Insya Allah kita bersama negara-negara Islam lain akan membentuk semula Tamdun Islam kita itu.. Insya Allah... Semoga Allah akan sentiasa merahmati & memberkati kita semua... ameen..

Thursday, October 12

Tips : 30 days khatam Al-Quran

Do u want to finish reading the Holy Quran this Ramadhan?

ALL YOU HAVE TO DO IS TO READ AROUND 4.5 PAGES AFTER EACH PRAYERS

CHECK THIS OUT:~
  • PAGES = 45
  • PRAYERS = 5 TIMES
  • DAYS IN RAMADHAN = 30

SO, 4.5 X 5 X 30 = 675

WHILE IN THE QURAN (PUBLISHED BY KINGDOM OF SAUDI ARABIA),
THERE ARE ONLY 604 PAGES.

WOW! I NEVER KNEW IT WAS THAT EASY TO READ THE WHOLE QURAN EVERY MONTH, BY SPENDING A FEW MINUTES AFTER EACH PRAYER .

WHAT AN INVESTMENT!!!!!
If you are in real hurry, you can finish it once in 2 months by reading just 2 pages everytime after prayers!

And remember, each letter you read in Quran counts 10 pahala......
Then, how about a word, a line, a surah????
HOW ABOUT THE WHOLE QURAN????
Masya Allah...


*however, the quality we read & understanding the Quran are much more important...

Friday, September 29

5 ISME YANG MENYERANG UMMAT ISLAM MUTA'AKHIR INI

SEKULARISME
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama. Asalnya, bertujuan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah. Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka.
Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia. Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya, lantas melihat dunia ini terbahagi dua. Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain. Sedangkan Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN. Islam adalah sistem yang syumul.
GLOBALISME
Bertujuan untuk menyebarluaskan fahaman2 songsang agar mudah masuk ke dalam setiap kotak pemikiran ummat manusia, terutamanya ummat Islam. Dengan Globalisme, idea2 seperti sekularisme, nasionalisme, hedonisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara ummat Islam.
Sasaran serangan ialah negara2 ummat Islam.
HEDONISME
Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini. Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan. Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri. Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll.
Sasaran serangan ialah remaja2 muslim. Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa.
LIBERALISME
Bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam di kalangan ummat Islam moden. Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuatkan manusia, khususnya ummat Islam berfikir hanya menggunakan lojik akal. Sedangkan di dalam Islam, ia bukan terdiri dari elemen zahir semata2, malah ghaib juga. Maka, akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan lojiknya sesuatu suruhan dan larangan agama. Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal loji semata2 dan hadith2 Rasulullah mahu diketepikan oleh mereka.
Sasaran serangan ialah para intelektual dan profesional muslim. Disebabkan kecerdikan dan kecanggihan pemikiran, maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelojikan, fakta2 dan pembuktian sains.
PLURALISME
Bertujuan untuk menyamakan sekalian ummat manusia dari sudut agama dan kepercayaan. "Semua agama sama" ialah frasa yang sering mereka canangkan. Sedangkan agama di sisi Allah hanya sanyalah Islam. Inna addina 'indaAllahi lIslam. Islam ya'lu wala yu'la 'alaih (Islam itu tinggi, dan tiada yg lebih tinggi darinya). Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai di kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain, sedangkan Islam melarangnya.
Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerintah ummat Islam.
========================================

Sesungguhnya kita ummat Islam sentiasa harus berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas. Malah, banyak lagi sebenarnya di luar sana.
Berhati2lah dengan perancangan halus mereka. Dan kita harus bersatu menentangnya. Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan, mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun ia batil.

Berpeganglah kepada Islam ini sungguh2 umpama kuatnya gigitan geraham yang kuat.
waAllahu ta'ala a'lam...

(Diilhamkan dari ucapan Mufti Perak semasa Perhimpunan Ummat Islam Menentang Isu Murtad di Masjid Wilayah Persekutuan, KL) - sini

Wednesday, September 20

"BIG SALE"

Jangan lewatkan kesempatan "big sale"
Obral besar-besaran pahala tiada tandingan
Diskon ampunan dipotong sampai 99%
Ramadhan telah datang
Selama satu bulan penuh rahmah dan berkah
Siapkan doa sekarang juga
Jangan ketinggalan shalat malam dan baca Al Quran
Kumpulkan point amalan anda.
Sunnah disamakan dengan wajib.
Point untuk yang wajib berlipat ganda.
Juga nantikan bonus tak terduga di akhir bulan
Siapa tahu anda berhak mendapatkan door-prize:
Lailatul Qadar
Ayo kita beramai-ramai menghidupkan Ramadhan

Sunday, August 27

Selamat Pengantin Baru~

Abg Dir & Kak Yani (kelantan - 11/08/06)














Abg Nasir & Cik Na (Kedah-19/08/06)



















Abg Kamal & Kak Ja (Kuala Lumpur-26/08/06)














Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
( سورة النور , An-Noor, Ayat 32)

Narrated 'Abdullah: We were with the Prophet while we were young and had no wealth whatever. So Allah's Apostle said, "O young people! Whoever among you can marry, should marry, because it helps him lower his gaze and guard his modesty (i.e. his private parts from committing illegal sexual intercourse etc.), and whoever is not able to marry, should fast, as fasting diminishes his sexual power."
(Book #62, Hadith #4)

huh. ketiga-tiga akak saudara tu semua dah kahwin ni.
walaupun beza umur kami tak lah jauh mana, tapi nampak mereka tu memang sudah matang dan bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

malu rasanya diri ni yang tak matang2 lagi. aduih. bila la nak berubah ni...
3-4 tahun lagi pun nak kawen, rasa mcm sama je...

anyway, Selamat Pengantin Baru buat kalian semua. COngratulations!
Moga-moga kekal bahagia hingga hujung hayat dan dikurniakan generasi yang soleh & solehah. insya Allah...

Thursday, August 17

What Merdeka Means to Me?

Falsafah Kemerdekaan.

Merdeka dari aspek sosiologi atau kenegaraan bermaksud bebas daripada cengkaman pentadbiran kuasa luar. Sesebuah negara yang berdaulat diperintah dan ditadbir oleh penduduk asal sesebuah negara. Manakala merdeka dalam aspek kerohanian bermaksud bebas melaksanakan tuntutan agama tanpa rasa curiga atau takut.

Alhamdulillah, secara fizikalnya memang negara kita telah pun 49 tahun mencapai kemerdekaan. Namun, saya merasakan bahawa pemikiran kita masih lagi dijajah. Banyak anasir-anasir dan pengaruh luar yang menjajah minda kita melalui pelbagai saluran terutamanya media massa. Lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat kita sekarang ini terutamanya golongan muda-mudi yang masih lagi duk berkhayal dengan DADAH, LUMBA HARAM, HIBURAN sepanjang masa termasuklah REALITY SHOW progams dan banyak lagi....

Sepatutnya maksud kemerdekaan itu perlulah dihayati dengan sepenuhnya agar kita boleh membawa diri kita ke arah untuk berusaha terus-menerus dalam memburu matlamat demi mencapai aspirasi negara- Wawasan 2020.

Insya Allah, jika panduan Al-quran dan Sunnah Rasulullah saw dijadikan pegangan utama kehidupan, kita akan mampu mempertahankan kemerdekaan ini bukan sahaja daripada segi fizikal malah juga rohani dan pemikiran.

Sabda Nabi Muhammd S.A.W.:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, dan jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu al-Quran dan Sunnahku"
(Maksud Hadith)

* p/s: perjuangan kita masih belum selesai dalam mengisi kemedekaan negara ini...

Tuesday, August 15

Program kita bermula pada hari ini....

"Assalamualaikum" -"Waalaikumussalam"
"Apa Khabar?" -"Baik..."
"Sihat?" -"Sihat..."
"Boleh teruskan program?" -"Boleh..."
"PROGRAM KITA BELUM BERMULA...."

Assalamualaikum wbt.
i just came back from PPIM summer camp 06 at rebutia camp, gombak. i was expecting the summercamp would be like typical camping. but it was really worth lagi luarbiasa... mmg lain drpd yg lain....

WE now have the same vision, mission, matlamat to be in one fikrah untuk membangunkan ummah. knowledge, experience, mission, faith, spirit, ukhuwah & kasih sayang among of us insyaAllah akan membawa kami kepada usaha untuk menyiapkan diri untuk menjadi seorang Muslim yang berkerja sebagai seorang doktor dan membina satu jemaah yang kuat dalam mengembalikan semula Kegemilangan Tamadun Islam...

From there, i really got 2 things:
1st-- Ukhuwah. we were together all the times. all the actvties telah membuatkan saya lebih mengenali semua org dengan lebih rapat. gelak tawa, suka duka, susah senang kita telah harungi bersama-sama. tak tau macam mana nak explain, tapi saya dapat rasakan bahawa pentingnya semangat ukhuwah dalam kehidupan kita ini. this semangat ukhuwah was one of the elements yang masih lemah dalam diri saya ini. insya Allah, this element is built in me now to be the great Muslim in future....

2nd -- Mantapkan lagi matlamat hidup saya. i'd been in many islamic programs before, but i was still in blurr & not clear what should i do to become 'Seorang Muslim' yang sebenar dalam berkerja sebagai seorang doktor nanti. theorically, i've learnt alots. but from rebutia camp, that matlamat is now really built in my heart & my mind after doing some activites that really had motivated me to obtain that matlamat. so, i've done practically. & now clearly i know what should to be done & what i really want to achieve... insya Allah.
__________________________________________________________________

Doctor's position is very special in this world even much more higher than seorang presiden sesebuah negara. still remember when Dr Latiff told us one example that seorang pengarah syarikat boleh mengarah apa-apa sahaja pekerjanya untuk membuat sesuatu, walaubagaimanapun apabila berdepan dengan doktor, doktor pula boleh mengarahnya untuk membuat apa-apa sahaja..

Another example is Doctor has one more power than the others. Dr Latiff again told us that when he was in pakistan-afghanistan border during the 1st week of US Invasion, his team (together with MERCY i think), was the only yang dibenarkan untuk keluar masuk di situ. The reporters, cameraman, journalist, even the embassy's staff pun were not allowed to enter the border. Tengoklah, begitu besarnya kuasa yang diberikan kepada seorang doktor. but, i'm not talking about the kuasa yang boleh membuatkan kita untuk melakukan apa-apa sahaja. tapi, satu pengajaran di sini yang boleh diambil adalah dimana semua orang seolah-olah akan mendengar apa sahaja Doktor kata. Ingat tak ada one survey in newspaper that the most trusted person in the world is a Doctor. (the politicians are the last.. hehehe :P).

Here, as a Muslim works as Doctor nanti, I think we really have a big chance untuk sebarkan dakwah kepada semua orang. Teringat akan perbandingan seorang ustaz dan doktor dimana seorang doktor itu adalah lebih hebat jika dapat menyampaikan dakwah dalam perkerjaannya berbanding seorang ustaz kerana itu sudah menjadi tugasnya untuk berdakwah. Bukan niat untuk merendahkan seseorang ustaz, tapi bagi menyemarakan semangat supaya doktor juga boleh menjadi seorang pendakwah. malah bukan sahaja doktor, kita sendiri sebagai seorang pelajar sekarang pun ini wajib memainkan peranan ini sebagai khalifah yang diutuskan oleh Allah di atas muka bumi ini.

Firman Allah:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
(Al-Baqarah, ayat 30)


Insya Allah, jika kita berniat belajar ini ikhlas kerana untuk mendapatkan keredhaanNya, ia akan dikira sebagai ibadat dan begitu juga nanti pabila menjadi seorang doktor....

Firman Allah dalam surah Ad-Dhariyat ayat ke 56:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu"
____________________________________________________________________________________

Thanks to POK NIK, 'abang2 & kakak2' facilitator, Project Manager, Ajk PPIM-Msc & friends for making this events not only successful but very meaningful for us. It was done not like other typical campings, but it really built us to be the great individual muslim in future. insya Allah...

At the end of the camping yesterday, POK NIK stated that......


"Program kita akan bermula pada hari esok, Selasa, pada pukul 5.21 pagi
"




Monday, August 7

Hospital Mesra Ibadah

Konsep Mesra Ibadah di Hospital kini telah dicadangkan di seluruh negara. Salah satu hospital yang giat melaksanakan konsep ini adalah Hospital USM (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Hospital tersebut dalam proses menjadikannya sebuah Hospital Mesra Ibadah (HMI). Konsep ini bukan sahaja mementingkan soal ibadah para pesakit, malah juga ingin mewujudkan sebuah hospital yang mesra dalam pelbagai aspek mengikut cara Islam.

Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI adalah:
i. Pengamal Perubatan
ii. Latihan-latihan
iii. Persekitaran
iv. Perkakasan untuk membantu pesakit
v. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit)
vi. Keperluan yang istimewa
vii. Latihan berterusan

Beberapa konsep dan corak Interaksi & Komunikasi juga ditekankan dalam HMI ini. Ini bagi memastikan satu bentuk kemuliaan diri, kesucian rezeki dan keluruhan kehidupan dapat dibentuk. Teras interaksi yang utama adalah IMAN + ILMU + SENI + ADAB.

Projek-projek perlaksanaan HMI yang telah dirancang:
- Kelengkapan tanda arah kiblat di setiap wad
- Poket buku panduan pada katil pesakit
- Menaik taraf surau wad dan kemudahan
- Kelengkapan Poster panduan solat bergambar pesakit
- Bengkel Imbasan HMI
- Panduan dan adab ziarah/pengurusan pesakit
- Amalan & Doa ketika sakit
- Kit tayammum dan kemudahan wudu (Botol spray or Mobile siknks)
- Ziarah bimbingan keagamaan kepada pesakit
- Kelengkapan ukiran ayat Quran

*afiqawe : bersyukur jika dapat wujudkan sebuah Islamic hospital seperti di Amman, Jordan.
Dalam pada kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Islam, saya merasakan yg kami di peringkat kesihatan & perubatan ini juga perlu bersama-sama mengiatkan usaha murni ini untuk bagi mencapai mesej Islam itu sebuah agama yang syumul (menyeluruh).

Holistic Approach to Patients

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."
( سورة البقرة , Al-Baqara, Ayat 43)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu), yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
( سورة النساء , An-Nisa, Ayat 43)

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur"
( سورة المائدة , Al-Maeda, Ayat 6)

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ayat pertama di atas jelas akan tuntutan kewajipan bersolat kepada kita sebagai hamba kepadaNya. Manakala dua ayat berikutnya, jelas menunjukkan bahawa ibadat solat adalah fardhu bagi setiap orang yang mukallaf walau apa pun keadaannya, selagi ia masih hidup dan waras fikirannya.

Bayangkan jika pesakit tidak menunaikan solat fardhu atas alasan jahil dan tidak faham bagaimana caranya berwuduk atau bertanyammun dan menunaikan solat orang sakit, siapakah yang hendak dipersalahkan? Sanggupkah kita sebagai seorang muslim doktor membiarkan mereka menemui Allah tanpa menunaikan solat? Mereka adalah saudara seagama kita, jadi saya rasa menjadi kewajipan bagi kita untuk mengajar mereka dalam hal ini selain daripada merawat penyakitnya.

Saranan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) supaya kerajaan mewujudkan jawatan pegawai agama di hospital adalah begitu tepat dengan situasi ini. Presidennya, Prof Dr Abdul Latiff Mohamed, berkata walaupun beberapa hospital telah mewujudkan konsep mesra ibadah tetapi usaha itu masih belum mencukupi. Kempen supaya peruntukan bagi menyediakan pegawai agama bagi membantu pesakit Islam menunaikan ibadah akan diadakan. [petikan berita harian 3/7/06]

Mengikut kajian oleh Dr Azwani Y.N dan pembantunya, sebanyak 96% pesakit tahu akan kewajipan bersolat walaupun dalam keadaan sakit. Namun sebanyak manakah pula pesakit yang bersolat ketika admitted di wad? Keadaan ini amat menyedihkan kerana kebanyakan mereka memberi alasan tidak ada panduan untuk menunaikan ibadah tersebut lantaran terus meninggalkannya dan beranggapan boleh diqada selepas sihat semula nanti. Sebanyak 6.7% daripada 45 responden mengatakan mereka tidak tahu bertayamum, 13.3% pula menyatakan mereka tidak ditolong & lebih 31.1% pula beranggapan mereka tak boleh bersuci.

Pesakit-pesakit ini sebenarnya mempunyai niat untuk bersolat namun perasaan malu (yg tak bertempat) jauh di sudut hati itu telah menyebabkan mereka malu untuk bertanya. Mungkin mereka tidak mahu menganggu para jururawat & doktor yang sibuk bertugas. Jadi, saya merasakan pesakit perlu digalakkan dan juga didedahkan supaya menunaikan kaedah ibadah dalam sakit biarpun ia sesuatu tidak familiar bagi mereka. Ini hanya boleh dilakukan oleh jururawat yang telah diberi lathan teori dan amali berhubung dengan ibadah pesakit.


*afiqawe: Insya Allah, rawatan rohani ini akan membantu lebih cepat terhadap rawatan fizikal pesakit tersebut.



Monday, July 31

Weblogs (or Blogs) in Malaysia are not viewed as credible sources of information??

This was the findings of a Weekend Mail survey that saw 66 per cent of the 100 respondents interviewed questioning the credibility of blogs as a source of information.

The survey also revealed that 57 per cent of the respondents wanted bloggers to be made accountable by imposing certain regulations to deter irresponsible bloggers from posting sensitive, inaccurate and false information.

Those who called for bloggers to be monitored said blogs should only be used to share useful information, and not be an avenue to post exaggerated articles, or a place to blow your own trumpet...........

read more...

*cemero: i do agree if the government wants to amend a law to monitor the blogs. eventhough we practice a freedom of speech in malaysia but there are many sensitive topics yg kena dijaga.....

Sunday, July 23

BOYCOTT ISRAEL ! ! !


-Keep an eye on the goods bar code: Israel's country prefix is 729:


+



Thursday, July 13

Bismillahirrahmanirrahiim







Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Welcome! Ahlan wa Sahlan.
This is my 5th new blog. I've decided to move here from friendster's blog because of certain things that cannot be avoided.

Simple reason : "If I post here, TAK RAMAI yang akan membacanya.. hehehe..." Only those ppl yang tahu this blog's address je yang mugkin akan baca. But, if in friendster, the blog entries will come out at the 1st page of all of my friends there. So, to avoid that I think it's better to blogging here.... heh :)

Actually, it is not because i dont want to everyone read my blog, but I always feel that my post entries have hurt some ppl eventhough I've never thought to do so.

Maybe, cara penyampaian saya itu tak sampai kepada cara pendekatan yang berhikmah dalam berdakwah ini. So, if anyone can help me in this I really appreaciate it.

Firman Allah dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksud : “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan ) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka (yang endkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya tuhan mu Dia lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lebih mengetahui siapa yang mendapat hidayah petunjuk.”

Insya Allah, I will continue to type & type [sampai keyboard ni rosak.. haha]
May Allah always guide us to the right path..
Moga-moga juga perjuangan ini sentiasa mendapat keredhaanNya.

Jazakkalahukhairan..
Thanks.
Wassalam.