Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Thursday, January 3

Penyaksian Kebenaran



Sebenarnya apabila kita akui Allah itu sebagai Tuhan kita dan Islam itu sebagai deen, kemudian kita pulak dah lafazkan syahadah yang sebenar itu (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Itu Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga mesti juga fikirkan apakah yang kita dapat lakukan untuk menunaikan tugas yang penting dan wajib ini?

Dan jika kita tidak melaksanakannya (kewajipan itu) atau kita tidak rasa berusaha pun untuk melaksanakannya, sebenarnya kita sedang menempah suatu akibat buruk daripada perbuatan kita sendiri dan kita akan mendapati kita termasuk dalam satu golongan yang rugi di dunia mahupun dan di akhirat.

Mungkin ada yang tertanya-tanya,

Apakah sebenarnya tanggungjawab yang dkatakan boleh membawa akibat buruk itu jika kita mengabaikannya?

Suatu yang perlu kita sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan terlaksana dengan hanya kita beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya kita melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak cukup sekadar kita melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai atau pusaka.

Dan kemudian, selepas selesai tiga perkara di atas itu, kita dah boleh rasa untuk berpeluk tubuh dan tidur lena???

Tidak! Bukan sedemikian rupalah saudara/saudari sekalian,

Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu.

Sedarlah semua,

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.

Kitab suci yang mulia telah mengingatkan kita bahawa Allah Taala telah meletakkan kita sebagai satu ummah perantara (wasato). Malah Allah memilih kita, dan bukan umat-umat yang lain supaya kita melaksanakan segala hak syahadah ini.

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan dua cara iaitu melalui perkataan dan juga perbuatan.

Kita perlu menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia samaada melalui kata-kata, penulisan, media dan pelbagai lagi jenis perantaraan (blog, email, YM, dll), melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul.

Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat lagi menafikan bahawa dakwah dan seruan para nabi dan juga kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka.

Allah Taala berfirman:

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu”

Allah juga mengingatkan kita akan hukuman daripada Nya andai kita menyembunyikan syahadah ini ketika di dunia. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita semua daripada akibat buruk yang bakal mereka terima di akhirat kelak.

Allah Taala sendiri berfirman:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?”

(Al-Baqarah: 140)

Sebenarnya kaum Yahudi telah pun dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya, ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini, dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat.

Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran.

Justeru itu, mereka layak menerima laknat selama-lamanya dan mereka juga ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri dalam wahyu-wahyu Allah.

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke atas bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita mesti menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita mesti bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah.

Kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah iaitu satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

Jadi, maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) ini yang perlu kita paparkan kepada seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya.

“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Nisa’: 165)

Suatu perkara yang jelas nyata ialah para nabi dan para rasul hanya diutus untuk menyampaikan syahadah ini. Sudah tentu tanggungjawab ini menjadi kewajipan mereka.

Setelah itu, selepas ketiadaan mereka tanggungjawab ini diwajibkan pula kepada orang-orang yang beriman dan akur dengan risalah dan perintah mereka.

Dan….

Pada hari ini tanggungjawab syahadah mesti dipikul pula oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan risalah Muhammad s.a.w..

Tanggungjawab ini kini menjadi tanggungjawab kita semua yang suatu ketika dahulu ia menjadi kewajipan pembawa risalah ini, Nabi Muhammad s.a.w. ketika hayatnya.



Adakah kita ingin terus-menerus menyembunyikannya ???

Sampaikanlah & Buktikanlah

kepada seluruh umat manusia akan Kebenaran Syahadah ini !

4 comments:

AmiE said...

Salam.

Baru dapat bahan ini pagi semalam ;)
dan kebenaran itu, akan tetap menjalar...

dan entah kenapa, ada sdkt terasa hendak tekan jarum penghenti masa sejenak, spy dpt berfikir seketika dan mengatur hidup yg sdkt terasa kucar kacir..

atau mgkn sndiri takut menggalas tggjwb ini? *sigh*

syuqaira said...

salam wrt,

ami,
tak lengkap puisi tu..huhu

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar
tanpa dibaja
kan tetap mekar
tanpa udara pun
kan tetap segar.
-A. Samad Said


kitalah saksi kebenaran itu..

But will we be strong enough to live the truth we find?

Dan untuk hari ini,
sejauh manakah hak syahadah yg telah kita tunaikan?

untuk MENJADI seorang muslim, seseorang perlu MELAFAZKAN syahadah,
tetapi untuk HIDUP sbg muslim, seseorang perlu MENUNAIKAN HAK syahadah.

wallahu a'alam~

afiqawe said...

Amie- Pastikan ia terus menjalar. Butang pause itu hanya seketika akibat nafsu-nafsi duniawi yg indah di hadapan mata.

Tak, muntalaq akan menggerakkan ami semula utk terus menggalasnya!

Syuqaira - Best kata2 yg last tu. Besar dan luasnya tanggungjawab seorang Muslim.

Anonymous said...

影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室