Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, May 26

More Than Words…

By : Dan_Is

“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”

Astaghfirullahalazim..aku beristighfar panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas, sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku ketika jaga..

Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..

Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran.. Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir setahun lepas..

“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je.. kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang macam tula..” Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku ia hanyalah satu tugas…..

“Kau bertugas untuk siapa??!!”

Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugas tersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat menjadi ‘pioneer’ atau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya, maka terpilihlah.. Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..

Tika itu, pada fikiranku, tiada yang tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, Cina dan India.. Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri, iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat asalku..

“Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!”

Aku tersentak.. suara itulah yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku, menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis itu berlangsung..

“Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di surau ya?”.”Ada hal penting ke?” soalku..” “Iya,sangat penting”lantas berlalu meninggalkanku. Dialah Ummu, salah seorang dari ‘naqibah’ di tempat belajarku.. Memang sudahku duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah.. diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi jika bertikam lidah…..

Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan pengetahuan yang serba-serbi jahil..

“Kalau boleh.. korang cubela stop atau tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu” Paling kurang pon, terhadkan pesertanya dari kalangan lelaki sahaja” pinta Ummu dgn harapan tiada rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian.. “Bukannya tak boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan” pantas sahaja lidahku menjawab. ”Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini soal maruah agama kita.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, tidak dibolehkan untuk wanita menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat, sedang sesama perempuan pun ada batasnya apatah lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana maruah Islam??” Ummu semakin keras mempertahankan hujahnya.. ”Alaa..kitorang dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon dah fikir pasal benda-benda macam tu” sekali lagi kejahilanku terserlah.. “Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan.. kami takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..” Dia terus cuba memujuk “Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang, ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuai” pantas ku membuat kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..

wajah Ummu merah, muram penuh kekecewaan..

“Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??”

Astaghfirullah! aku tersentak.. panas makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidak kan ada lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan wajib..(“Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih” 31:7..) Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku..

Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah lagi beban dosa seberat gunung di bahuku… “Wei Dani..ko ade dengar citer tak.. dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau”….. kelu….. lidahku yang begitu lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. ”Ey Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok” ujar Rahim bagaikan mengerti isi hatiku..

Persoalannya.. benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu? Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan semula untuk tahun berikutnya?………

“Tidak terasa beratkah dosa yang kau pikul??!!”

Aku pasrah.. tunduk dan mengakui kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal, kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan.. kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihat dan niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang kupikul ini.. Semoga..

Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu’ ku siram dengan air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang terasa sangat kotor.. Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku menjadi tenteraMu.. Amin..

“Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka) “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung “

“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, “Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.” (Kepada mereka) dikatakan, “Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya(untukmu).” Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab”

“Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama kamu?” mereka(org2 mukmin) menjawab, “Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah…..” 57:12-13

22 comments:

Anonymous said...

thanx for sharing al-akh awe..

al-Hajj : 16 - Dan demikianlah Kami menurunkan alQuran itu sbg ayat keterangan yang jelas dan nyata,dan sesungguhnya Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinYa(menurut peraturan dan undang-undangNya)

jangan pernah berputus asa dlm dakwah..dan jangan putuskan doa kepada semua..rakan-rakan dan keluarga khususnya..semoga Allah memilih mereka dalam golongan yg diberi hidayah dan petunjuk =)

afiqawe said...

thanks akhi..

ana ambil cerita ni dari Dakwah.info (latest post)...

Saje paste sini..
Ingat nk tulis gak satu, utk exam nye entry.. tp tak de masa lagi..

bukan takde masa, tp sibuk dgn kerja yg tak faedah.. huuhu..

Anonymous said...

speechless..~

ish3 awe..dh tau xde faedah tu......

Anonymous said...

best2..ade smbgn x?

Anonymous said...

huhu hmmm.. insaflah kite semua... m2 ni mcm dh mencipta bad tradition je.. n sronok pulak kite ni menyokong...nauzubillah...

ummukhadijah38 said...

let's break the tradition~
perubahan yang nampaknya ramai orang ingin2 kan...
dengan syarat semua orang mesti bergerak..
tidak kira sesiapa..sbb nih namanya tanggungjawab muslim..
hmmm...siapa muslim tu..?
kita ni la yg sibuk mengaku muslim...
bukan setakat mengaku..tapi kene melakukan atau bertindak...
tidak boleh bercakap dan duduk diam..
tidak boleh harap kan satu pihak sahaja..
cerpen ni pun mmg kene dgn tempat kita...
sama ada org alert atau x...
xpe slow n steady..
jom berkerjasama kak lina.

afiqawe said...

erm. hiramie...
saya pernah ckp dulu masa jamuan KUMOSC kan...

masa tu saya bukan nak marah pada MEREKA yang buat benda mcm tu waktu event sebegitu. tp, point saya masa tu, mengapa bukan kita yang nak ambil alih...kita, org islam melayu kita yg fhm ni tak nak masuk dlm tu, & do something...
sebaliknya, kita biarkan Mereka bermaharajalalela, buat benda camtu yg jelas bukan sahaja bertentangan dgn agama kita, malah adat Ketimuran...

benda ni kalau kita tgk lagi jauh boleh reflect balik pd negara pd zmn akan dtg nnt..
selagi kita tak nak melangkah satu anak tangga, selagi tu la kita sendiri akan ditindas, dipermaikan, diperkotak-katikkan...

takkan la nak mengharapkan (eg: saya) je...

then, bagi saya.. tugas kita pula adalah utk cari org-org yg dpt gerakkan supaya benda2 mcm ni berjalan pada arah yang sepatutnya.....
dan sekurang-kurangnya, kita fahamkan kpd mereka yang tak faham, apa yg patut mereka fhm, dan apa yg patut mereka buat...

:).. thanks anyway!

Anonymous said...

huhu jenuh betul dgn bende2 gini..setuju! pakat ramai2..dgn adenye suara & bantuan drp k.Lina & kwn2,sure lbh kuatnye..kuasa veto kt akk2 n abg2 skrg..so,skrg bleh slow2 start2 pikir dah position mn yg kite nk 'chup' nnt bg memastikn misi ni tercapai..^_^ "misson POSSIBLE" huhu..

Anonymous said...

eh,silap eja "MISSION POSSIBLE!!" ---> bg tulisan besar sket :p

Anonymous said...

bg aku r, event2 kat m2 ni actually penting r... ye r, kalau xde activiti ni, busan gak hidup ni...

tapi aku mmg stuju giler r yang kalau nak betulkan balik situasi ni, semua kena bertindak...

boikot tidak perlu... sebab bagi aku r, akan memberi imej negatif kat agama kita... nnt akan timbul isu kita ni extrimist r, islamic giler r, itu ng ini r...

yang sebaeknyer, join tapi amik tindakan r (mcm ko ckp r tu awe) senang cite... kalau ade show jerk, biar yg pegang tu tahu selok belok agama (bukan nak target sesaper r)...

biar yang laen faham mengapa yang ini sebaiknyer x "molek" dilakukan (cth: belly dancing)..

aku arap r junior yang arif dlm agama ni, kalau ade show akan datang, libatkan diri...jgn boikot...kater "uishhh.. x elok gi show2 ni, ade pergaualan laki perempuan"... abis, xkan nak biar mereka hanyut cmtu jerk??

at least, kalau libatkan diri, bley r betulkan balik apa yang patut... korang faham r ape yang aku maksudkan...huhu

Anonymous said...

alhamdulillah..makin ramai yang faham situasi yang sebenarnya..sangat-sangat setuju dengan awe dan raimi..

"isolation has no power"..boikot bukanlah satu pilihan untuk kita..kenapa? Sebabnya..kita mendukung agama yang kuat,agama yang unggul..dan kita ada byk persatuan dekat sini..PPIM,UMNO..jadi mengapa perlu undur diri?mengapa perlu jauhkan diri?mengapa memilih jalan "play safe"?

jangan takut..jangan gundah..ramai yang akan menyokong..ramai yang sudah terbuka hatinya..ramai yang masih sayangkan Islam..ramai yang sakit mata melihat "mereka" berleluasa..

next mission : cultural night,massad 08..Sama-sama menguatkan diri ok

afiqawe said...

Salam.

Penyokong setia > Wah, sejak bila lak ni.. Moga terus menyokong ye... Bukan menyokong saya semata-mata, tp menyokong untuk menegakkan agama Allah swt.

hadoken> yup, betul. apa fungsi akal kalau kita tak pandai nak guna bila nak berinteraksi, bertoleransi dan memahami yang bukan Muslim kan?

Bila buat something, kena lah guna both Iman & Akal...

Saifudin > Insya Allah. Sama-samalah kita ye.

Tapikan, sy nak tanya sket... Kumpulan mana yang dulu mulakan porgram ni ye?

Bagi saya, rasanya lagi baik jika kumpulan pencetus itu yang perbetulkan semula niat dan matlamat program itu kan.. =)

Anonymous said...

hurm..betul jugak tu..

kalau massad..mungkin boleh diambil kira..sebab antara matlamatnya untuk majlis graduasi pelajar2 senior..

tapi cultural night..macam xde yg bermanfaat..tapi,pd saya..disebabkan nanti mesti akan ada juga saudara-saudara kita yang akan pergi,jadi kita juz try yg terbaik bagi mereka yg pergi tu tak dihidangkang dgn benda2 yg lagha..sebab kalau nak halang drpd pergi,itu bukan hak kita..

kalau ada yg salah,sila betulkan yea..jzkk :p

Anonymous said...

just my 2 cents -

hmm adelah lebih afdal jike mereka2 yg memulakan budaya n traditions sebegini yg cube memetulkan semula ape yg tak betul tu... ala2 menebus dosa sendiri gitu ;p nak tak nak kenalah kite terima = wanita tak bole menyanyi di khalayak ramai di depan yg bukan muhrim, wanita tidak bole membuat pergerakan2 yang menarik perhatian yang bukan muhrim, di depan perempuan sendiri pon ade batasnye, pakaian lelaki perempuan harslah menutup aurat, nasib la, xtutup aurat kalo mestih aa haram kan, yg tgk pon kalau tgk fr d 2nd sight pon berdosa, pergaulan bebas adalah haram di sisi Islam, majlis yang mempunyai unsur2 haram adalah haram dihadiri... ( walaupon saye ni bukannnye seorang yg perfect n akan ade org ckp 'elley mcm bags tapi kner ckp yg betul jugak )... biarlah org nak kata kite ni extreme.. kenapa kite nak takut.. kenapa bila langgar hukum agama ada saja alasan, ada saje nk cari excuse... kenapa bila wanita islam menutup aurat, pakai tudung labuh org kate kolot, org islam sendiri nk pandang mcm tu... kenapa tak ade siapa yg nak kate org kristian dengan rantai n subang salib nye, org hindu dengan tanda di dahinya itu kolot? mereka bukan extremist, kenape kite extremist? banyak lg hiburan dalam islam ni adik2 kakak2 abg2 kawan2 n pentingnya wahai diri sendiri....

bg saye, tindakan setengah2 budak 2d yr sendiri yg tak pegi massad yg dianjurkan oleh batch sendiri tu sebenanye tak salah.. sbb kenapa awe boikot mcD awe? sbb mcD tu israel punye kan awe? kalau lah mereka itu ajk, tapi diorang lepas tangan barulah salah diorang... kalaulah awe president america, mmg salah awe kalau awe still melabur duit kat israel, tapi awe as a american's citizen xsalah boikot mcD sbb awe tak ada kuasa nk halang pengaliran duit tu... mcm tu jugak kes massad ni, kalau kite pergi, agak2nye bole ke mase tu kite nak halang apa yg derg dh rancang n susun.. kite nk berdiri menentang masa tu? that's y la pemilihan pemimpin tu penting.. mcm awe ckp mase mesorat kelab umno arituh (mcm le saye ahli ;p ) n mmg dh cakap dlm islam.. pemimpin itu mestilah islam dan adil... (saya pon dh penah buat sesuatu yg xbest - pi cultural nyte).. masad ke cultural nyte ke, jamuan raye ke, ape2 lah.. kalau ade unsur haram tetap haram... niat tak menghalalkan cara...

kuasa veto kakak2 n abg2? hehe kitorg tak pernah ade kuase veto... tak pernah sekalipon wahai adik2... nk cop position lagi lah tak bole.. cop je la.. dpt nye tak tentu...

ok lah saje bg pendapat, biar lah diri sendiri tak perfect skali pon kan.. kalau org tak perfect tak bole bg nasihat, maka tiadalah nasihat di muka bumi ini... wallahualam...

Anonymous said...

xpernah menyalahkan sesiapa..

n kak lina..rasanya matlamat asal penulis tu menulis..tak lain tak bukan atas dasar rasa kesal yg sgt tebal..n ingin mencuba mengubah..

mengajak diri sendiri dan rakan-rakan supaya menjadi lebih kuat..sama-sama support dan bantu each other k..jalan dan matlamat dah betul..skrg kita bina ukhuwwah plak ^_^


p/s : kena plak dgn status awe harini - Moga terus kuat

Anonymous said...

maksudnye = bukn pnulis tu sorg yg anjurkn massad kn.. dun get me wrong

muhammad ibnu hamid said...

your blog is very inspiring.

afiqawe said...

k lina > thanks...sumbangan idea korg pun memang diperlukan... selok belok & pengalaman berada kat sini mesti dah boleh hasilkan cadangan2 yg lebih bernas...

saifuddin > betul, iAllah.. sekurang-kurangnya ada penulis yg tampil untuk luahkan kekesalannya itu.. Moga Allah sentiasa guide kita di jalan yg di RedhaiNya..

ibnu hamid > thanks... dtg la lawat lagi...

Anonymous said...

salam sedare afiq awe..aku bukan budak russia tapi aku tau laa jugak sesket cite2 korang neh..

btw aku tak ingat sangat camne hadis neh tapi lebih kurang camnih la..barangsiapa melakukan satu sunnah yg baik maka ada yg mengikuti maka dia akan mendapat pahala si pelaku tanpa dikurangi sedikitpun dan demikian lah sebalik nya(au kama Qaal)..wallahua'lam

dont give up the fight..you will be all right~

".... Bila melakukan persiapan untuk mempertahankan diri itu disebut teroris... maka kami adalah teroris.... Bila upaya untuk melindungi agama yg dicintai itu disebut ekstrimis... maka kami adalah ekstrimis... Dan bila jihad di jalan Allah memerangi musuh itu disebut fundamentalis. .. maka kamilah fundamentalis ..... "

nice blog anyway

Anonymous said...

huhuhu..
ika br prasan menda2 nieh..
kt skola every event ade tarian trdisional+moden..
aritue pon ika almost nk join tp tak jd nk msk;p..
nice one afiq!;))

afiqawe said...

haikadove...

itulah, dari sekolah dah pupuk duk menari je..
bila besar pun nak menari je la kejenya..
baik suruh mengaji ke...

daripada join AF tu, baik join AQ..
heh.. =P

~nurzhizn~ said...

salam afiq:) sekian lama cerpen ni di post, baru hari ni akak sempat nak baca semua...suka sangat cerpen ni, betulla memang terkena kat tempat kite kadang2 tu..kat sini pun ade gak tarian2 ehem2 tu...ape2 pon, akak sokong semua yang awak buat...teruskan jihad dan jadilah pejuang Allah yg setia tak kisah kat mane pun awak semua berada...:)