Seringkali kita mendengar ucapan “Semoga panjang umur”.
Tapi apa erti hidup kita yang bertambah sehari?
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu."
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w menyatakan bahawa tiada guna bagi dirinya jika memasuki satu hari di mana dalam hari itu Baginda s.a.w tidak dapat menambah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
HURAIAN :
1) Tak guna hidup panjang jika hidup menderhakai Allah s.w.t.
2) Falsafah hidup seorang Muslim ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pengertian sehari bertambah umur adalah untuk menjadikan diri lebih hampir, disayangi, diredhai & dicintai oleh Allah s.w.t.
3) Cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui Ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui zat & sifat Allah s.w.t.
4) Hidup seorang muslim adalah kehidupan dalam erti keredhaan Allah s.w.t bukan kehidupan dalam redha manusia dll. Bukan satu kehidupan yang sia-sia yang hanya berkisar dengan MAKAN, DOTA, CS, ANIME, MOVIES, AWEKS, HARTA, PANGKAT, DUIT, dan semua material duniawi lain.
KESIMPULAN
Sebagai setiap muslim, kita perlu meneliti apa yang kita lakukan pada setiap hari. Adakah dalam hari itu, bertambah amal kita? Adakah kita bertambah hampir kepada Allah s.w.t? @ Kita dilekakan dengan pelbagai permainan duniawi yang mana kita sendiri menyedarinya tetapi enggan merubahnya. Siapa lagi yang akan mengubah diri kita, jika bukan kita sendiri?
"AYUH, BERSAMA-SAMA KITA MEMAKNAKAN LAGI HIDUP KITA PADA HARI INI !"
sumber : http://zulhusni07.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment