Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, January 25

Cuti dan apabila cuti kesemuanya...

Hurm... Bila dah start cuti, 'kesemuanya' menjadi cuti juga....

Kalau dulu, nak waktu exam;
-Bangun sebelum subuh, tahajud dan hajat, doa2 moga Allah memberikan mudah faham, ingat apa yang diulang kaji dan seterusnya mendapat kejayaan dalam peperiksaan...

-Selepas subuh, baca mathurat...

-Dan ada juga yang tak terlepas solat Dhuha... mohon moga2 Allah memurahkan lagi rezekinya...

-Bacaan Quran tak pernah miss sehari...

-Solat pula, bukan sahaja sebaik masuk waktunya, bahkan juga memang hampir2 selalunya khusyuk dan sempurna...

-Puasa lagi isnin khamis...

Alhamdulillah, baik sungguh semuanya...
Semuanya dibuat semata-mata kerana mahu keberkatan & keredhaan Allah dan dengan demikian Allah akan berikan kejayaan kepadanya dalam peperiksaan.

Ini kalau Naqib/Naqibah tanya untuk check mutabaah amal, confirm 100% dapat buat.... huhuhu~...

Bukan nak kritik, bukan nak kutuk...
Baguslah itu semua... And Yes, at least dia sedar yang akhirnya Allah jua tempat dia bergantung dan mencari pertolongan.
Tapi...
come onlah...
faham kan???


"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Yunus: 12)

So, Istiqamahlah.
Allah itu Maha Adil.

Saturday, January 24

Gaza Kita dan Kita


Alhamdulillah.

Israel (Baca: Jahanam Israel dan ulang 3x) sudah hentikan serangan.

Apa yang berlaku dan berapa ramai yang terkorban umum sudah ketahui.

Dah dapat macam-macam berita, cerita dan gambar dari pelbagai sumber, blog dan website.

Seluruh dunia sudah melihatnya! Gaza ditinggalkan seperti padang jarak padang terkukur, hancur segala-galanya. Bukan sahaja harta, malah juga kehidupan.


Demostrasi di seluruh dunia mengecam Zionis itu!

Kempen Kesedaran banyak diadakan.

Kempen Derma wujud di sana-sini.

Kempen Boikot pun di merata-rata.

Kempen untuk doakan juga.

Setiap hari dapat sahaja forwarded YM msg tetang hal ini (walaupun tak tahu dari mana sumbernya).


Semuanya prihatin dan simpati. Semuanya sibuk Palestin… Alhamdulillah.


Tapi kita bagaimana?


Pernah tak kita berfikir yang kita mesti lakukan sesuatu yang bukan setakat boikot dan derma?

Iaitu sesuatu yang kita buat bukan sama sekali directly untuk mereka, tetapi untuk diri kita sendiri!


Diri kita yang beria mengangkat sepanduk ini..

bagaimanakah hubungan kita dengan Allah?

bagaimanakah kesediaan kita untuk berjihad?

bagaimanakah kita telah berubah setelah berlakunya episod pembantaian Palestin ini?


Yes, Alhamdulillah kita sedar kita kena hulurkan bantuan,

Kita kena boikot mereka,

Kita mesti bersatu padu,


Tetapi kita masih-masih kurang sedar yang kita juga mesti berubah!

iaitu berubah dan keluar daripada dunia Hedonisme kita!


Dalam kita sibuk bersorak mempertahankan Palestin,

masih terlalu ramai lagi yang tak solat,

yang masih berdangdut berdisko,

yang masih dalam kealpaan yang nyata,

Excessive layan TV, Movies , Games, Hiburan, Bola sepak masih menjadi matlamat utama...


Jiwa-jiwa manusia mesti dihidupkan semula!

Jiwa-jiwa manusia yang suci ini mesti dikembalikan semula!

Jiwa-jiwa manusia yang fitrah ini mesti dipersiapkan segera!


Boleh jadu bumi Malaysia kita tercinta akan menjadi seperti Palestin sana…

(memandangkan base tentera israel ada di Singapura)


Dan pabila keadaan itu berlaku, sudahkah kita bersedia?

Mengangkat senjata dan akhirnya berani mati memperjuangkan kalimah Allah?


Kita asyik menyalahkan bangsa Arab kerana tidak membantu Palestin,

Tetapi, sudahkah kita bersedia, apabila keadaan yang sama (JIKA) berlaku di daerah nusantara ini,

adakah kita akan menjadi saff pertama mujahid membantu mereka?


Dan jika kita mengalami nasib yang sama,

cukup kentalkah kita mempertahankan agama Allah ini?


Isu palestin bukanlah semata-mata isu simpati dan semangat.

Isu palestin adalah ISU DIRI KITA!

dan sepatutnya memutik daerah sedar dalam hati kita!


Kesedaran bahawa : adakah kita seorang hamba

yang mendapat hidayah akibat makar yang besar ini?