Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, January 25

Cuti dan apabila cuti kesemuanya...

Hurm... Bila dah start cuti, 'kesemuanya' menjadi cuti juga....

Kalau dulu, nak waktu exam;
-Bangun sebelum subuh, tahajud dan hajat, doa2 moga Allah memberikan mudah faham, ingat apa yang diulang kaji dan seterusnya mendapat kejayaan dalam peperiksaan...

-Selepas subuh, baca mathurat...

-Dan ada juga yang tak terlepas solat Dhuha... mohon moga2 Allah memurahkan lagi rezekinya...

-Bacaan Quran tak pernah miss sehari...

-Solat pula, bukan sahaja sebaik masuk waktunya, bahkan juga memang hampir2 selalunya khusyuk dan sempurna...

-Puasa lagi isnin khamis...

Alhamdulillah, baik sungguh semuanya...
Semuanya dibuat semata-mata kerana mahu keberkatan & keredhaan Allah dan dengan demikian Allah akan berikan kejayaan kepadanya dalam peperiksaan.

Ini kalau Naqib/Naqibah tanya untuk check mutabaah amal, confirm 100% dapat buat.... huhuhu~...

Bukan nak kritik, bukan nak kutuk...
Baguslah itu semua... And Yes, at least dia sedar yang akhirnya Allah jua tempat dia bergantung dan mencari pertolongan.
Tapi...
come onlah...
faham kan???


"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami Kami (dalam segala keadaan), samada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana dia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Yunus: 12)

So, Istiqamahlah.
Allah itu Maha Adil.

No comments: