Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, March 28

Ada apa pada Melayu jika bukan kerana...




Apa yang ada pada Melayu jika bukan kerana Islam yang ada padanya?

Tapi Islam itu tidak akan effect apa-apa pun jika Melayu itu tidak ada padanya.


"Allah menciptakan manusia itu dengan pelbagai bangsa dan rupa, dan yang paling mulia disisiNya adalah yang paling bertakwa." Bukanlah yang paling Melayu jati dirinya.

Allah yang menciptakan diri kita jadi Melayu. Bukan kita yang minta, bukan kita yang nak jadi Melayu. Tapi, Allah yang ciptakan. Takkan kita nak tukar diri kita jadi Ruski, Turki, Mat Saleh pula muka dan rupa ni...

Kalaulah kerana menjadi Melayu itu boleh dapat tiket express masuk ke syurga, bagaimana pula orang Ruski? Orang Arab? Orang India? Orang Cina? Dll... Tidak adil-lah kan!

Tapi, Allah itu Maha Adil. Allah tidak sezalim itu.

Allah cipta kita menjadi Melayu dan memberi kita pilihan; nak jadi orang Muslim atau tidak? (Walaupun hakikat sebenar kita kena jadi Muslim).

Nak jadi orang yang ikut perintah Allah or suka buat larangan Allah?

Kalau nak jadi Muslim (walaupun cina, india, melayu, arab, british, french, ruski), kenalah ikut perintah Allah dan ikut apa yang Rasulullah tunjukkan.

......................

Sedih apabila melihat 'pendekar Melayu' yang katanya memperjuangkan Islam,

tetapi solatnya tidak pernah dijaga.


Bukankah solat itu amalan pertama yang dihisab nanti?

Bagaimana mungkin Islam dapat diperjuangkan oleh orang yang tidak solat?

Bagaimana ia dapat diperjuangkan oleh orang yang suka bergelumang dengan maksiat?


Hurm, Musykil...

Itu baru bab Solat~...

......................

Harus kita FAHAM apa yang kita ingin tegakkan!

......................

*** Terkenang kisah pengalaman ini di Malaysia beberapa tahun lepas.

3 comments:

hazreen hensem said...

salam.

awe anta korek2 lagi video ustaz asri ni skali tu dia pernah komen pasal org yang berarak maulidur rasul tapi pagi tu bukan sembahyang subuh pun.

smua tu contoh2 org yg larut semangat. apa yg ada dengan semangat melayu?

melayu oh melayu. :D

ooooooooo said...

nice.

samanosuke_04 said...

salam ziarah awe... bilo nok mari sininyoh? lawe fifa 2 nok?