Sudah banyak masjid dan musalla yang saya kadang-kadang ada singgah untuk bersolat. Namun, tabiatnya tetap sama dari satu tempat ke satu tempat.
Semakin besar masjid itu, semakin berjarak seorang demi seorang menyebabkan saf tidak dirapatkan sebaiknya sehingga kadang-kadang boleh memuatkan seorang lagi di celahnya itu.
Sejadah seorang satu pula itu.
Saya rasa alasan "nanti nak duduk tahiyyat akhir susah nak buat...takut terduduk atas kaki jemaah sebelah..."
dan "tak tahan bau badan jemaah sebelah.." adalah tidak patut diterima. Ia adalah alasan semata-mata kerana mementingkan keselesaan peribadi.
Teringat tatkala bersolat di Moscow. Walaupun bersolat di luar masjid kerana masjid penuh, saf-saf di luar masih kemas dan rapat tersusun.
Apakah masalah kita sebenarnya?
1 comment:
masalah : tak penah rasa hidup kat tempat masjid sikit.. tak penah rasa jadik minoriti.. ramai sgt Islam keliling kita, sampai tak appreciate pun walo jumpa hari2..
Post a Comment