Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, July 7

Maaf 'Tuk Berpisah



Kau tahu tentang hati ku
yang tak pernah bisa melupakan mu
Kau tahu tentang diri ku
yang selalu mengenang mu selamanya

Kini ku sedari bahwa semua itu
adalah salah dan juga keliru...
Akan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati
telah membawa mu ke dalam jalan yang melupakan Tuhan

Kita memang harus berpisah
Untuk menjaga diri
Untuk kembali harungi hidup dalam redhai Ilahi

Ku tahu bahwa diri mu
mendambakan kasih suci yang sejati
Ku yakin bahwa diri mu
merindukan kasih sayang yang hakiki

Kini ku sedari bahwa semua itu
adalah salah dan juga keliru...
Akan membuat hati menjadi ternodai


Dan bila takdirnya kita bersama...
Pastilah Allah yang menyatukan kita....

..............................................................................

cerpen from iluvislam.com

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~…
-Amin, UK-"

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku…

Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!."

"Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk.

"Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi.

Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah!

"Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati.

Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar.

"Esok free tak? Boleh kita chatting?"

"Boleh... Saya free je." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.

"Ok.Tq..." balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online.

'Tuk. Tuk. Tuk..' Amin has signed in.

Oh, tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam…

Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah... sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week...

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit...

Wani: wah, rajinnya... baguslah!

Amin: hurm...

Amin: study macam mana?

Wani: ok je... new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic...

Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya…

Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

…..

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la - antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb……

Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru…

Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya…

Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…

Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi…

Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa…

Cinta hakiki hanyalah pada Allah…

Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu.

Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam.

Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu.

“Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

“Ya bang, Wani turun…”

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta.

Thursday, June 28

Sejuta Harapan...

Sejuta Harapan
Album :
Munsyid : Dai Nada
http://liriknasyid.com

F Am Dm Am  Bb G  C  F
La la la
F Am Dm
Sejuta harapan
Bb G C
Yang aku sandarkan
F Am Dm
Seberkas cahayaMu
Bb C
Untuk terangi jalanku

Dm
Tanpa rahmat ampunMu
Am
Tanpa kasih sayangMu
Bb C
Hampa terasa hidupku
Dm
Ku ingin bersamaMu
Am
Dekat selalu denganMu
Bb C
Bahagia bersamaMu

F Am
Ya Allah
Bb C
Terangilah gelap hitam hatiku
F Am
Ya Allah
Bb C
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Jika Antum sekalian mau request chord gitar
lagu-lagu nasyid bisa via email di :
ibnu_bismillah@yahoo.co.id
Ibnu Watashiwa

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan chord nasyid di http://liriknasyid.com
eXpresi PENYEGARAN diri
------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, June 16

Pancaindera ku....


Moga-moga nanti...

~ mataku (apa yang aku nampak),
~ telingaku (apa yang aku dengar),
~ lidahku (apa yang aku katakan),
~ akalku (apa yang aku fikir),
~ hatiku (apa yang aku fahami),

adalah daripada sudut Islam......

bukannya al-hawa dan bukannya jahiliyyah...

Insya Allah...

Tuesday, June 12

Untungnya orang mukmin yang berilmu..

***2 posts yang di'cilop' dari blog Effy.. Thanks akh..


Menjadi orang yang beriman pun sudah cukup untung.. apatah lagi jika menjadi orang beriman yang berilmu.. lagilaaah untung..


Allah telah berjanji untuk mengangkat darjat orang2 yg beriman dan juga orang2 yang berilmu beberapa darjat sepertimana yang telah disebutkan di dlm surah Mumtahinah ayat 11..

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 269 pula disebutkan bahawa barangsiapa yg diberikan ilmu pengetahuan, sebenarnya dia telah diberikan kebaikan yang saaangat banyak..

Tidak rugi menjadi orang yang berilmu di dalam Islam.. Anjing yang berilmu (dilatih) pun turut diangkat darjatnya oleh Allah.. Sehinggakan Allah menghalalkan daging binatang buruan yang ditangkap oleh anjing buruan yang terlatih.. Apatah lagi jika manusia yg berilmu..

Di dlm kisah Nabi Sulaiman a.s. dgn jin ifrit yg disebutkan dlm surah An-Naml ayat 39 hingga 40, jin ifrit berjanji akan membawa mahligai Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum beliau bangun dari tempat duduk beliau.. Namun seorang lelaki yang dikatakan mempunyai ILMU tentang kitab dapat berbuat lebih dari itu.. Beliau menjanjikan mahligai tersebut sebelum Nabi Sulaiman mengelipkan mata beliau.. Begitulah kelebihan orang yang berilmu..

Namun orang mukmin yang beriman perlulah sentiasa menyedari bahawa ada Zat lain yang mempunyai ilmu yg jauh lebih banyak daripada mereka.. Ini disebutkan dengan jelas di dalam surah Yusuf ayat 76. Orang mukmin yang mempunyai nilai ini sudah pasti tidak akan berasa sombong dan bongkak dengan ilmu yang dimilikinya.. Mereka tidak akan kedekut dgn ilmu yang mereka miliki.. Malah mereka akan terus memberi dan memberi, kerana mereka yakin Allah pasti akan melipatgandakan ilmu yg sedia ada yang diajarkan..

Ilmu bermanfaat yang disebarkan merupakan harta kita yg paling berharga di akhirat kelak.. Ia merupakan antara 3 perkara yang akan berterusan pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia selain sedekah jariah yg berterusan manfaatnya serta anak soleh yg mendoakan kita..

Maka, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.. Semoga bermanfaat.. Wassalam

Ruginya golongan Kristian yang berilmu..

Alangkah ruginya golongan Kristian yang berilmu.. Agama Kristian tidak menghargai langsung individu yang berilmu.. Di dalam bab yang bernama Ecclesiastes 1:18 ada disebutkan, "Because in much wisdom is much grief, and increase of knowledge is increase of sorrow." Ianya bermaksud, "Kerana dalam banyaknya ilmu terdapat banyak kesedihan.. Dan peningkatan dalam ilmu pengetahuan bermakna meningkatnya kesedihan."

Disebut juga di dalam Ecclesiastes 2:15 ‘... As it comes to the foolish man, so will it come to me; so what then do I gain by being wise? Then I said in my heart: This again is to no purpose.’ Ianya bermaksud, "Apa yg menimpa orang yang bodoh juga akan ditimpakan kepada aku.. Maka apa kelebihan yang aku dpt jika aku berilmu?? Kemudian aku berkata di dlm hati: Perkara ini langsung tidak ada tujuan."

Islam amat menghargai umatnya yang berilmu.. Tidak kiralah ilmu duniawi atau ukhrawi.. Saintis Islam yang berilmu sebenarnya lebih mulia daripada saintis yang bukan Islam di sisi Allah..

Semoga Allah menjadikan kita orang Islam yang beriman dan berilmu.. Semoga bermanfaat..

Wednesday, June 6

4 Exam's Habits of Highly Effective Muslim

Cuba renung-renung balik, exams yang kita hadapi sekarang ini sebenarnya menuntut kita supaya mempunyai empat sikap utama ketika melakukan pelbagai perkara atau kerja.

(Pre-Exam to Exam)

Pertamanya adalah berikhtiar atau berusaha yang bersungguh-sungguh dan keduanya iaitu selepas itu, adalah bertawakkal.

Islam tidak mengajar umatnya hanya dengan duduk diam tidak berusaha apapun dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Tak bolehlah kalau kita tak study sungguh-sungguh, faham dan hafal sampai terhadam sebaik-baiknya kemudian melangkah ke tempat exam nak bertawakkal? Itu sudah salah konsep.

Usahalah dulu bersungguh-sungguh, doa banyak-banyak kemudian, barulah bertawakkal kepadaNya iaitu menyerahkan segala kesudahan itu kepada ALLAH SWT. Sikap yang kita lakukan ini akan dapat mengusir prasangka buruk terhadap apa yang bakal kita temui nanti. Sesuatu yang buruk berlaku itu tak semestinya tak baik untuk kita, dan sesuatu yang baik itu tak semestinya baik untuk kita. Fikirkanlah... kerana hanya Allah lah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya” (At-thalaq:3).

Maka, hati orang yang bertawakkal kepada Allah ini insya Allah akan kuat. Ia tidak dapat dipengaruhi bermacam prasangka buruk, dan juga tidak dapat digoncang oleh pelbagai peristiwa yang terjadi. Apa-apa yang berlaku dia redha dan terima. Dia yakin Allah akan menjamin sepenuhnya orang yang telah bertawwakal kepada-Nya dan yakin akan janji-Nya.

Dengan sikap ini akan hilanglah kegusaran dan kegelisahan. Sesuatu kesulitan berubah menjadi kemudahan, yang berasa takut akan menjadi aman dan yang kesedihan menjadi kegembiraan. Insya Allah...

"Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (Al-Insyrah: 5-6)

Namun, saya berpendapat USAHA yang SUNGGUH-SUNGGUH dulu adalah penting sebelum kita mahu bertawakkal menyerahkan penentuan kepada Allah. Tanpa usaha itu, janganlah nak mengharap Allah akan menentukan kejayaan kepada kita hasil usaha yang tak seberapa itu.

Kadang-kadang kita kata kita dah usaha betul-betul tapi masih tak dapat markah yang baik. Betul ke? Cuba cermin balik diri tu, betul ke kita dah berusaha? Dah faham & hafal betul-betul ke? Dah hadam dengan baik-baik ke?

Kalau betul-betul dah, kenapa masih mahu meragui tawakkal kita padaNya?....

“Jangan sampai ujian yang beberapa hari ini saja akan menghapus syukur kita atas nikmat Allah selama ini, itu sebuah kesalahan besar, perbanyak istighfar, mudah-mudahan Allah memaafkan dan memberi jalan keluar kepada kamu....”

(Post-Exam)

Kemudian, yang ketiga dan keempat adalah sabar dan syukur.

Inilah senjata utama setiap muslim dalam hidupnya. Sebahagian hidupnya mestilah diisi dengan rasa sabar terhadap pelbagai dugaan, cabaran dan masalah yang menimpanya dan selebihnya diisi dengan rasa syukur apabila datang nikmat daripada-Nya.

Rasulullah bersabda,

"Sungguh luar biasa urusan seorang mukmin itu, sesungguhnya setiap urusannya itu akan mendatangkan kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan kesenangan, dia bersyukur dan itu adalah kebaikan untuknya. Bila ia mendapatkan musibah, dia bersabar dan itu adalah kebaikan untuknya. Hal itu tidak diberikan untuk sesiapa pun kecuali untuk seorang mukmin.” (Muslim)

Kita sering merungut pabila kita tidak dapat score markah yang yang baik dalam exam tu.

"Russian ni.. suka sgt 'bias'... tak aci!"

"Soalan ni tak pernah dengar pun...!!"

"Susah giler soalan tadi..!!"

"Kalau la aku study banyak sket semalam..."

Itulah antara ayat-ayat yang terpacul daripada mulut kita selepas sesuatu exam.

Ada pula...

"Laa.. takdela susah sangat.."

"Wah... sebijik apa yang aku hafal semalam.."

"Cikgu tu baiklah..."

"Nasib baik aku tak kena soalan bab tu..."

Sabar boleh dibahagikan kepada 3; pertamanya dalam menghadapi musibah, misalnya dengan tidak meratap dan berkeluh kesah. Kedua, sabar dalam menjalankan ketaatan terhadap Allah s.w.t dan akhir sekali, adalah sabar dalam menjauhi kemaksiatan. Manakala, syukur pula bukanlah dengan hanya dengan mengucapkan hamdallah sahaja, namun dengan mengunakan jiwa raga dan nikmat-nikmat untuk mewujudkan ketaatan kepada Allah s.w.t. Satu musibah itu mestilah disyukuri juga, sebab asasnya musibah diturunkan itu adalah sebagai ujian terhadap seorang hamba atau sebagai hukuman yang disegerakan di dunia.

Mengapa Allah kita selalu persalahkan?

"Aku dah Usaha, Aku dah tawakkal... tapi, still tak dpt 'pyat'... huh..," inilah kadang-kadang perasaan menegeluh yang tercetus dalam hati kita. Walaupun tak diluahkan, tapi mesti ada juga sedikit kan rasa ketiadakpuasan hati itu...?

Ujian kita tak dapat markah penuh 'pyat' ni adalah antara test-test yang Allah berikan kepada kita. Allah menguji kerana cintakan hambaNya. Sesiapa yang redha, ia akan mendapat redha dari Allah pula. Boleh jadi, ia juga sebagai hukuman segera di dunia ini atas kesalahan kita lakukan iaitu sebagai penghapus dosa-dosa dan pengurang seksaan di akhirat nanti.

Sebenarnya, hal ini membawa diri kita berfikir balik, adakah betul kita dah berusaha habis-habisan dan bertawakkal kepadaNya? Mungkin ada sedikit sahaja bahagian lagi yang kita tak 'complete'kan untuk membolehkan kita dapat 'pyat' tu. Mungkin dengan ujian ini, kita dapat renung dan kaji balik mana-mana yang silap dan mesti diperbetulkan untuk masa hadapan. Kalau asyik dapat perfect je, kita kadang-kadang tu takkan tahu di mana titik kelemahan kita, dimana kesilapan kita. Secara tak langsung, ia dapat mentarbiyahkan diri kita menjadi seorang yang tidak mudah takbur dan berbesar diri hingga boleh lupa akan nikmat kurniaanNya.

Oleh sebab itu lah, ketika nikmat datang, seorang hamba juga seharusnya bersabar, berwaspada dan bersyukurlah! Bersabarlah untuk tidak mudah mabuk dan alpa dalam kesenangan itu kerana nikmat yang diberikan juga boleh menyebabkan kita terseleweng dari jalan yang benar.

Usaha, Tawakkal, Sabar dan Syukur serta Ikhlas dan Husnudhan merupakan kata kunci yang insya Allah akan menghantar kita untuk mencapai ridha-Nya, amiin.

Saturday, June 2

Cinta

Seperti biasa pada Jumaat malam kami bertadarus... Ia dah minggu ke-10 dah rasanya kerana setiap minggu kami akan baca satu juzuk, dan semalam bacaan kami adalah juzuk yang ke -10. Biasanya tidaklah terlalu ramai, dalam 10-12 orang sehingga boleh membentuk 3-4 kumpulan kecil. Biasanya selepas tadarus tu, saya akan membaca sedikit terjemahan untuk sama-sama bertadabbur.

Semalam saya tertarik dengan satu ayat yang kami baca iaitu ayat ke-24 daripada surah At-taubah.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"

Saya terus bertanya, apa kesimpulan yang dapat dibuat...?


Salah seorang daripada kami menjawab, "Lebih Cintakan Allah dan Rasul daripada Cinta Duniawi"

Semua mengangguk bersetuju. Simple je actually...


Dan ada pula yang menambah, "Kita bukan setakat kata je kita cintakan Allah dan Rasul, tapi kenalah amalkannya (buktikannya)"




Apakah maksud CINTA sebenarnya?

Saya petik dari Wikipedia; "Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi."

Saya bukannya nak membincangkan kepada siapa kita bercinta dan hukum halal-haramnya...
tetapi saya lebih fokus kepada bagaimana kita faham apa bila kita kata kita bercinta...

Dalam maksud yang diberi oleh wikipedia itu, ada tertulis yang orang yang sedang dilamun cinta itu sanggup berkorban dan menyerahkan apa sahaja kepada yang dicintainya itu kerana kita tahu dia sedang hanyut di alamnya itu. Sikap ini akan ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi serta sikapnya. Sikap ini akan mempengaruhi bagaimana hubungan percintaan antara mereka berdua.

Tanda-tandanya adalah seperti kita dapat lihat seorang Suami atau Isteri yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan masing-masing yang dicintainya itu. Begitu juga antara hubungan antara Mak dan Anak, Ayah dan Anak malah antara hubungan sepasang kekasih pun.

Namun, bagaimana cinta kita terhadap Tuan Pencipta kita?

Dalam ayat tadi jelas menyatakan bahwa cinta kepada Allah dan Rasulnya serta cinta kepada yang dicintai Allah wajib didahulukan di atas segala-galanya...
Segala apa yang mendahului cinta Allah dan Rasul mesti ditolak tepi. Tahukah kita yang cinta ni ada
cinta terhad dan ada cinta mutlak? Kepada siapa kita perlu letakkan cinta terhad dan kepada siapa kita perlu berikan cinta mutlak tak perlulah dihuraikan lagi kerana saya rasa semua dah tahu dan fahamkan?...
Cuba kita lihat diri kita balik, betul ke kita kata kita Cinta ALLAH dan RASUL?

Sedangkan lif tak bergerak pun kita malas nak turun untuk solat jemaah di Surau, bagaimana kita nak buktikan kita cinta kepadaNYA?

Sunnah Rasul pun kita tak amalkan, apa bukti cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w?

Adakah betul kita tak mencintai DUNIAWI?
Adakah kita tak melebihi cinta kepada yang TERHAD?
'Tepuk dada tanyalah iman'...


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Imran, 31)

Marilah kawan-kawan... cintailah kepada Cinta yang Mutlak.

Buktikanlah... sebagaimana seorang sahabat kita tu kata ,
"bukan sahaja cakap, tapi amalkan, iaitu buktikan.."

Ingatlah

“Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya karena Allah; dan tidak mau kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia tidak mau kalau dicampakkan ke dalam api.”


*editted sebab tak pasti sumber kata Yusuf Qardawi itu

Thursday, May 31

CERPEN : NAJWA

Salam... lagi cerpen untuk tatapan semua... sekali lagi terima kasih kepada Dan_Is... saya amat menghargainya, menitis air mata membacanya =)... saya nasihatkan anda semua bacalah dengan hati... Insya Allah, mungkin saya pula perlu mula bercerpen... hehe =)

...........................................................


“Naju, tu ade parcel untuk kau..aku ambil dari office tadi”..Parcel? Siapa pula yang hantar parcel untuk aku.. Penat berjalan pulang dari kelas dirasakan hilang tiba-tiba bila melihat parcel yang dibalut kemas diatas meja.. Timbul tanda tanya dihatiku, takkan mama yang hantar..baru sebulan lepas dikirim sekotak parcel berisi makanan dan sedikit buku untukku..


Buat Kak Najwa di Moscow ^_^

Love and Hugs from ur cute sis =P

-sUhA-



Owh..dari Nasuha rupanya..Dialah adikku..kini belajar di Leicester,United Kingdom.. Bibirku menguntum senyum, terasa rindu pula dihati terkenangkan adik yang merangkap kawan bMikku itu..Memang kami rapat,dialah kawan,dialah teman..dialah juga musuh ketika zaman kanak-kanak..masing-masing berebutkan patung Barbie Doll tercantik pemberian papa.. Ah..indahnya mengenangkan zaman kanak-kanak bersama Suha!


Aku membuka balutan kotak tersebut..Ia tidaklah sebesar mana,hanya sebesar naskhah atlas anatomy.. Hatiku cuba meneka-neka pemberian tersebut..mungkin buku..erm,taklah..ni mesti cakera padat terbaru artis-artis yang kami sama-sama minati..erm,tak pun..mesti set alat make-up Dior favouriteku..wah! seronoknya!


Namun,segala telahanku meleset..tanganku menggapai sehelai kain ungu bersulam emas..dengan manik-manik yang diuntai kemas..cukup cantik sekali buatannya..Owh..tudung rupanya..Jauh sekali menyimpang segala telahanku,namun tidak ku nafikan..hatiku bagai terpaut dengan kecantikan dan kemasan tudung tersebut..Dibawahnya terselit sekeping gambar..Gambar Nasuha dan rakan-rakannya di Leicester..


Assalamualaikum Kak Najwa..Ni Suha ada hadiah untuk akak..yerla,akak

kan dapat result gempak untuk test pathphys..maafla..hadiah tak seberapa..tapi Suha tahu akak suka purple..so harap akak suka kay..

p/s: ni gamba Suha masa pergi rehlah usrah Suha..best! =)



Aku meneliti semula gambar kiriman Suha tadi..wah,ayunya melihat adikku itu kini bertudung..cukup manis,lebih manis dari dulu..Dan aku..masih lagi belum terbuka pintu hatiku untuk menyarung tudung dikepala..Bukan tidak ku sedar hukumnya..Cuma..Cuma..Ahhh..Terlalu banyak lagi yang perlu kufikir..bagaimana harus ku tukar cara berpakaianku untuk dipadankan dengan tudung..dimana harusku tukar hala tuju tempat kegemaran ku untuk shopping..bagaimana dengan ZARA?bagaimana dengan MNG? Marks & Spencer?dan Topshop? Ahhh!..tidak! tidak mungkin..


“Hello?..Suha..ni akak ni..dengar jelas tak kat sana?”


“Kak Wa!!..waaa..rindunya kat akak..hehehe..lame dah tak cakap dengan akak..akak sihat?”


“Huhu..akak sihat jer..Cuma tula..agak sibuk disini..selalu aje ada test..maafla dik..akak dah lama tak call awak..nak online YM pon malas”


“Isy,takpe kak..saya faham je..tapi memang rindula dekat akak..Nasib baik dekat sini ramai akak-akak yang best..Tapi akak still the best tau! Hehe..”


“Amboi-amboi budak ni..sempat pulak nak bodek akak ye..Anyway Suha..Thanx tau untuk kain tudung tu..cantikla, dahla warna purple!”


“Sama-sama kak..Maafla kalau tak seberapa..saya sebenarnya nak tolong akak”


Tolong? Aisy..budak ni nak dakwah aku suruh pakai tudung pulak ke??


“Err..apa maksud Suha nak tolong akak ni”


“Yerla Kak Wa..haritu kan akak ade cakap kat Suha..akak taktau nak pakai baju apa untuk annual student dinner kat tempat akak tu..So,Suha hadiahkanla kain tudung tu.. kalau pakai dengan baju kurung yang kita sama-sama tempah masa kat Malaysia tu kan cantik..warna pun matching!”


Owh..tolong tu rupanya..Masih ingat rupanya Suha dengan kerisauan yang aku luahkan kepadanya beberapa minggu lepas..Masakan tidak risau, annual dinner hanya tinggal seminggu.. tapi aku masih buntu untuk memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada majlis tersebut.. Fikirku, berhajat untuk bergaya sakan.. maklumla,setahun sekali.. tapi risau pula jikalau serupa dengan fesyen pelajar-pelajar lain.. Jatuhla class!



Errr..ooo..baju kurung ungu tu..Err..ooo yeala..padan sangat dengan tudung ni..Tapi akak tak taula akak nak pakai atau tidak untuk dinner nanti sebab rasanya takde orang akan pakai baju camtu” ujarku, sekadar menjaga hati, risau pula jika Suha terasa..


“Haaa..macam tula bagus kak..biarla akak jadi trend setter.. Nanti sure orang terpegun dengan imej baru akak..hehe”


“Isy Suha ni..Suha bukan tak tahu..akak tak ready lagila nak pakai tudung.. Bukanke kita pernah bincang dulu-dulu..selagi belum kahwin lagi,free hair la dulu..nanti bila dah kahwin..kita pakaila tudung”


“Oo..Suha ingat lagi kak kita cakap pasal tu.. Tapi..Suha tak sampai hatila kak..”


“Hurm?? Apa yang Suha tak sampai hati pulak ni?”


“Erm..yela kak..semenjak Suha selalu ikut usrah kat tempat Suha ni.. Suha selalu fikir pasal benda-benda yang tak berapa patut ni”


Hurm..sudah ku duga..Pasti perubahan Suha yang kini memilih untuk bertudung berkait dengan penglibatannya dengan usrah ditempatnya.. Hakikatnya,di tempatku juga ada aktiviti sebegitu.. Cuma, kadang kala..terasa sangat jauh diri ini jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka itu.. aku dengan minatku terhadap dunia fesyen.. Tak masuk langsung!



“Apa maksud Suha tak sampai hati ni?” soalku penuh tanda tanya.. Entah mengapa,terbit satu perasaan ingin tahu mengapa Suha yang dahulunya juga sepertiku, malah lebih nekad dan berpendirian tiba-tiba memilih untuk bertudung.


“Yerla kak..kan kita kata nak pakai tudung lepas kahwin.. Suha kadang-kadang terfikir.. Sebelum kahwin,kita di bawah jagaan papa & mama..tapi selepas kahwin nanti, dibawah jagaan suami pula.. Jadi,Suha rasa kasihan la dekat papa & mama”


“Kasihan? Apa yang kasihannya..maksud akak,bukannya kita menyusahkan mereka pun dengan tak bertudung,, papa & mama pon selama ni tak kisah kan”


“Pada zahirnya memangla tidak Kak Wa.. tapi cuba akak fikir.. Papa & Mama menanggung dosa kak selagi kita dibawah jagaan dia, tapi kita tak bertudung.. Tapi, dengan suami kita nanti.. kita senang-senang aje lepaskan suami dari dosa ni sebab kita memilih untuk bertudung selepas kahwin..”


“Adeke.. mana ada orang lain tanggung dosa orang lain pula Suha..” Balasku, teringat hujah Ustazah di sekolah menengah dulu ketika mengajar bab “Allah Maha Adil”. Jahil-jahil aku pun tahu juga pahala dan dosa, masing-masing buat masing-masing tanggung.


“Memangla Papa & Mama tak tanggung dosa-dosa perbuatan kita kak, tapi mereka berdosa, kerana tak suruh kita bertudung.. Dan selama kita tak bertudung tula mereka akan menanggung dosa tu.. Suha tak sanggup kak.. Akak pun mesti tak tergamak membiarkan Papa & Mama terus menaggung dosa ni, sedangkan kita boleh tamatkannya..kan..? ”


Aku tersentak!.. Terasa meremang bulu romaku mendengar ucapan adikku itu.. Sungguh tidak ku duga begitu teliti sekali fikiran Suha..Tak pernah terfikir dek akalku yang waras tentang ini. Dan kali ini, hatiku memang tidak dapat menolak hujahnya.. Kelu..


“Maafla kak..Suha tak bermaksud nak menyinggung akak..tu semua apa yang Suha rasa.. selama ni pon akak ajela tempat Suha luahkan apa yang Suha rasa.. Suha sayang sangat dekat akak”


Hatiku bagai cair mendengar kata-kata Suha itu.. bagaikan ada satu angin yang meresap ke dalam jiwaku.. terasa begitu lapang sekali..


“Akak pun sayangkan Suha gak..Suha belajar rajin-rajin yea..Selalula doakan akak kat sini..kita sambung nanti ye?”


Lantas ku tekan butang merah di telefon untuk menamatkan perbualan..bukan sengaja mahu mematikan perbualan itu..tetapi hatiku bagai merasa satu kesayuan..hiba..juga terbit rasa kecewa..hampa..hampa dengan diri dan akal ini..Akal yang begitu bijak dikurniakan oleh Tuhan..tapi tidak mampu memikirkan hujah sebernas Suha tadi..Saat itu aku teringatkan Papa dan mama..memang benar,mereka tidak pernah melarang..jauh sekali memarahi apa sahaja pakaianku dan Suha.. tapi,ibarat kata Suha, tergamakkah aku meneruskan mereka menanggung segala apa yang aku lakukan kerana hanya ingin menurut pilihanku.. hanya kerana ingin mengikut arus dunia fesyen yang tidak pernah berhenti?


Ahh! Aku perlu tamatkan semua ni!! Aku sayangkan mereka.. aku sayang papa dan mama.. dan aku sangat kasihkan Nasuha.. satu-satunya adikku.. dan kini Nasuha memilih untuk menurut satu jalan baru.. jalan yang sudah dinyatakan kebenarannya oleh Allah yang Maha Agung.. Hatiku berdetik lagi.. apakah gunanya aku bersolat lima kali sehari , niatnya mahu mengabdikan diri kepada Tuhan.. tapi aku tidak mengikuti peraturan yang diciptaNya.. Apa diterimakah segala amal ibadatku.. Apa diterimakah doa yang ku pohon? Apa akan dikabulkah doaku untuk kesejahteraan papa, mama..dan juga Nasuha?.............


“Suha, ni ada parcel untuk awak..dari Moscow rasanya” Wah! Ini mesti dari Kak Wa.. Bestnya..Pantas tanganku merobek balutan pembalut kotak tersebut..



Cantiknya!! Mataku terpaku melihat sebongkah kristal yang terukir diatasnya tulisan seni khat Allah dan Muhammad.. Lebih menambah kesayuan.. sekeping gambar yang disertakan bersama di dalam kotak tersebut.. bagaikan terpaku melihat seorang gadis persis bidadari menggayakan pakaian tradisional melayu dengan lilitan tudung yang sangat sempurna dan indah..Tanpaku sedar..air mataku berlinangan..


Assalamualaikum Suha..adik akak yang akak sangat-sangat sayang ni..

Ni ada hadiah untuk Suha..

sedikit buah tangan..akak beli di Pasar Kristal Vladimir..Femes tau tempat ni! ^_^

Ni nak share dengan Suha gambar akak masa annual dinner hari tu..

Alhamdulillah, ramai yang suka dengan gaya baru akak ni..

Kawan-lawan ramai nak tiru untuk dinner akan datang =P

Belajar rajin-rajin yea dik….

Saturday, May 26

More Than Words…

By : Dan_Is

“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”

Astaghfirullahalazim..aku beristighfar panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas, sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku ketika jaga..

Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..

Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran.. Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir setahun lepas..

“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je.. kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang macam tula..” Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku ia hanyalah satu tugas…..

“Kau bertugas untuk siapa??!!”

Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugas tersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat menjadi ‘pioneer’ atau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya, maka terpilihlah.. Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..

Tika itu, pada fikiranku, tiada yang tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu, Cina dan India.. Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri, iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat asalku..

“Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!”

Aku tersentak.. suara itulah yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku, menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis itu berlangsung..

“Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di surau ya?”.”Ada hal penting ke?” soalku..” “Iya,sangat penting”lantas berlalu meninggalkanku. Dialah Ummu, salah seorang dari ‘naqibah’ di tempat belajarku.. Memang sudahku duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah.. diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi jika bertikam lidah…..

Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan pengetahuan yang serba-serbi jahil..

“Kalau boleh.. korang cubela stop atau tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu” Paling kurang pon, terhadkan pesertanya dari kalangan lelaki sahaja” pinta Ummu dgn harapan tiada rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian.. “Bukannya tak boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan” pantas sahaja lidahku menjawab. ”Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini soal maruah agama kita.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, tidak dibolehkan untuk wanita menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat, sedang sesama perempuan pun ada batasnya apatah lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana maruah Islam??” Ummu semakin keras mempertahankan hujahnya.. ”Alaa..kitorang dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon dah fikir pasal benda-benda macam tu” sekali lagi kejahilanku terserlah.. “Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan.. kami takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..” Dia terus cuba memujuk “Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang, ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuai” pantas ku membuat kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..

wajah Ummu merah, muram penuh kekecewaan..

“Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??”

Astaghfirullah! aku tersentak.. panas makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidak kan ada lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan wajib..(“Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih” 31:7..) Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku..

Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah lagi beban dosa seberat gunung di bahuku… “Wei Dani..ko ade dengar citer tak.. dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau”….. kelu….. lidahku yang begitu lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. ”Ey Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok” ujar Rahim bagaikan mengerti isi hatiku..

Persoalannya.. benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu? Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan semula untuk tahun berikutnya?………

“Tidak terasa beratkah dosa yang kau pikul??!!”

Aku pasrah.. tunduk dan mengakui kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal, kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan.. kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihat dan niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang kupikul ini.. Semoga..

Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu’ ku siram dengan air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang terasa sangat kotor.. Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku menjadi tenteraMu.. Amin..

“Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka) “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung “

“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman, “Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.” (Kepada mereka) dikatakan, “Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri cahaya(untukmu).” Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab”

“Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama kamu?” mereka(org2 mukmin) menjawab, “Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah…..” 57:12-13

Friday, April 13

------ <@

Ya Allah,
Berikanlah ku kekuatan...
.........................................................................................................................................................................

Ada yang berkata "mungkin aku perlu berehat..."

Argh..!
Mengapa mesti berehat kalau maksiat masih bermaharajalela di depan mata...
Mengapa mesti berehat kalau masyarakat sekeliling yang Islam ini masih hidup dalam Jahiliyah pada zaman moden ini...
Mengapa mesti berehat kalau Islam sedang dihina oleh penganutnya sendiri...

Huh...!
Aku terduduk sebentar...

Oh...
Rupa-rupanya ada hikmahnya....

Rupa-rupanya....
Engkau mahu aku duduk kembali bermuhasabah,
Engkau mahu aku datang memohon ampun daripada Mu,
membersihkan diri yang masih kotor ini,
membuang anasir-anasir jahiliyah,
membuang mana-mana yang tak Islam.

Ya Allah, ampunkanlah aku...

Aku selalu cepat lupa pada MU...
Waktu kau beri ku sihat lepas sakit, aku cepat je lupa pada MU...

Ya Allah, ampunkanlah aku...

Berilah aku kekuatan...

Kuatkanlah aku dalam mengahdapi sekecil-kecil dugaan ini...

Sihatkanlah, Pulihkanlah dan Sembuhkanlah aku...

Aku akan terus berjuang...