Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Friday, April 13

------ <@

Ya Allah,
Berikanlah ku kekuatan...
.........................................................................................................................................................................

Ada yang berkata "mungkin aku perlu berehat..."

Argh..!
Mengapa mesti berehat kalau maksiat masih bermaharajalela di depan mata...
Mengapa mesti berehat kalau masyarakat sekeliling yang Islam ini masih hidup dalam Jahiliyah pada zaman moden ini...
Mengapa mesti berehat kalau Islam sedang dihina oleh penganutnya sendiri...

Huh...!
Aku terduduk sebentar...

Oh...
Rupa-rupanya ada hikmahnya....

Rupa-rupanya....
Engkau mahu aku duduk kembali bermuhasabah,
Engkau mahu aku datang memohon ampun daripada Mu,
membersihkan diri yang masih kotor ini,
membuang anasir-anasir jahiliyah,
membuang mana-mana yang tak Islam.

Ya Allah, ampunkanlah aku...

Aku selalu cepat lupa pada MU...
Waktu kau beri ku sihat lepas sakit, aku cepat je lupa pada MU...

Ya Allah, ampunkanlah aku...

Berilah aku kekuatan...

Kuatkanlah aku dalam mengahdapi sekecil-kecil dugaan ini...

Sihatkanlah, Pulihkanlah dan Sembuhkanlah aku...

Aku akan terus berjuang...

2 comments:

fadly khairie said...

Yang manis itu munkin racun seperti yang mana yang pahit itu mungkin jadi penawar.

Hikmah itu kadang-kadang tak tercapai oleh akal kita.

Jaga makan, jaga tidur, jaga emosi, jaga iman dan amal. Semuanya perlu dalam keadaan seimbang.

Kalau terlampau banyak tekanan seimbangkan dengan ketenangan jiwa...
Kalau penat seimbangkan dengan rehat...
Kalau makan seimbangkan dengan bekerja...

Kerapkan makan walau dalam kuantiti sedikit. Banyakkan variasi dalam jenis makanan. Banyak student Malaysia jatuh sakit sebb tak dpt nutrient yg secukupnya. Kita ambil kurang vitaminC (sayur-sayur, buah), antioxidant (green tea, vit E) mostly sbb tak dpt adapt lagi dgn mknn russia. Semua kita belajar hygiene tapi tak ramai yang amalkan diet betul (hehe saya pun sekali)

Philosophy Islam, mengatakan bahawa kesederhanaan itu penting. Dalam perubatan Islam, penyakit merupakan tanda ada ganguaan pada kesederhaan (makanan, stress, gaya hidup etc)

Sebab itu dugaan yang datang daripada Allah dikatakan sebagai lambang kasih sayang Nya. Allah mahu kita sihat dan teruskan perjalanan dan perjuangan kita. Allah mahu kita temui apa yang kita cari. Anjuran untuk muhasabah adalah untuk kita mencari dimana berlaku ketidakseimbangan dan ketidaksederhanaan.

Apapun, semoga afiq cepat sembuh. Makan Ubat, jaga Kesihatan dan senyum selalu :)

Anonymous said...

Assalamualaykum wbt,


jazakallah dropping by,

sakitkah? Subhanallah, moga Allah sentiasa kuatkan diri dan hatimu sahabat untuk sentiasa berjuang di jalanNya, ameen.

Bukankah kesakitan itu penghapus dosa2 kita yang lalu...apalagi merapatkan diri dengan Allah bila menyedari nikmat sihat ni selalu je kita abaikan... yes, bersyukur utk setiap ketika kerana Allah masih menyayangi lantas mengujimu sahabat =) Mogakan ketemu penawar geringmu dan terus bangkit untuk meneruskan perjuangan di medan dakwah dan ilmu kedoktoran ni ya, insyaAllah...

Allah bersama2 dengan orang yang sabar...

Wsalam..