Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, June 2

Cinta

Seperti biasa pada Jumaat malam kami bertadarus... Ia dah minggu ke-10 dah rasanya kerana setiap minggu kami akan baca satu juzuk, dan semalam bacaan kami adalah juzuk yang ke -10. Biasanya tidaklah terlalu ramai, dalam 10-12 orang sehingga boleh membentuk 3-4 kumpulan kecil. Biasanya selepas tadarus tu, saya akan membaca sedikit terjemahan untuk sama-sama bertadabbur.

Semalam saya tertarik dengan satu ayat yang kami baca iaitu ayat ke-24 daripada surah At-taubah.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)"

Saya terus bertanya, apa kesimpulan yang dapat dibuat...?


Salah seorang daripada kami menjawab, "Lebih Cintakan Allah dan Rasul daripada Cinta Duniawi"

Semua mengangguk bersetuju. Simple je actually...


Dan ada pula yang menambah, "Kita bukan setakat kata je kita cintakan Allah dan Rasul, tapi kenalah amalkannya (buktikannya)"




Apakah maksud CINTA sebenarnya?

Saya petik dari Wikipedia; "Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri. Beberapa bahasa, termasuk bahasa Melayu apabila dibandingkan dengan beberapa bahasa mutakhir di Eropah, terlihat lebih banyak kosa katanya dalam mengungkapkan konsep ini. Antaranya ialah kasih, sayang, rindu, dan berahi."

Saya bukannya nak membincangkan kepada siapa kita bercinta dan hukum halal-haramnya...
tetapi saya lebih fokus kepada bagaimana kita faham apa bila kita kata kita bercinta...

Dalam maksud yang diberi oleh wikipedia itu, ada tertulis yang orang yang sedang dilamun cinta itu sanggup berkorban dan menyerahkan apa sahaja kepada yang dicintainya itu kerana kita tahu dia sedang hanyut di alamnya itu. Sikap ini akan ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi serta sikapnya. Sikap ini akan mempengaruhi bagaimana hubungan percintaan antara mereka berdua.

Tanda-tandanya adalah seperti kita dapat lihat seorang Suami atau Isteri yang sanggup berkorban apa sahaja untuk pasangan masing-masing yang dicintainya itu. Begitu juga antara hubungan antara Mak dan Anak, Ayah dan Anak malah antara hubungan sepasang kekasih pun.

Namun, bagaimana cinta kita terhadap Tuan Pencipta kita?

Dalam ayat tadi jelas menyatakan bahwa cinta kepada Allah dan Rasulnya serta cinta kepada yang dicintai Allah wajib didahulukan di atas segala-galanya...
Segala apa yang mendahului cinta Allah dan Rasul mesti ditolak tepi. Tahukah kita yang cinta ni ada
cinta terhad dan ada cinta mutlak? Kepada siapa kita perlu letakkan cinta terhad dan kepada siapa kita perlu berikan cinta mutlak tak perlulah dihuraikan lagi kerana saya rasa semua dah tahu dan fahamkan?...
Cuba kita lihat diri kita balik, betul ke kita kata kita Cinta ALLAH dan RASUL?

Sedangkan lif tak bergerak pun kita malas nak turun untuk solat jemaah di Surau, bagaimana kita nak buktikan kita cinta kepadaNYA?

Sunnah Rasul pun kita tak amalkan, apa bukti cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w?

Adakah betul kita tak mencintai DUNIAWI?
Adakah kita tak melebihi cinta kepada yang TERHAD?
'Tepuk dada tanyalah iman'...


"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (Al-Imran, 31)

Marilah kawan-kawan... cintailah kepada Cinta yang Mutlak.

Buktikanlah... sebagaimana seorang sahabat kita tu kata ,
"bukan sahaja cakap, tapi amalkan, iaitu buktikan.."

Ingatlah

“Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya karena Allah; dan tidak mau kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah darinya sebagaimana dia tidak mau kalau dicampakkan ke dalam api.”


*editted sebab tak pasti sumber kata Yusuf Qardawi itu

14 comments:

ummukhadijah38 said...

mencintai seorang sahabat kerana akidahnya akan membuatkan kita x bosan berdampingan dengan dia...
kita menerima seadanya sifat luaran dia kerana apa yang kita kenal adalah akidahnya yang bermanfaat untuk kita di akhirat kelak..
biarpun org x serasi dengan cara dia..tapi kita selesa dengan imannya~
hari-hari tgk dia bz..bz mendekatkan diri dengan Allah..
kita tahu setiap apa yang dia bt pasti kerana Allah, inilah yang akan mendorong kita bersama untuk melaksanakan setiap amalan itu dengan niat beribadah kerana Allah~
kita jaga dia, dia jaga kita..bukan jaga tepi kain kita tapi menjaga setiap amalan kita agar x terkeluar dari batasan syaraknya....

inilah.."Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata."- tapi ini contoh untuk bersahabat..

kadang malu juge..mengaku cinta Allah cinta Rasul..
tp semua yg ada dalam al-quran dan sunnah x sampai 50% dapat laksanakan dengan seikhlasnya..
tapi bila cinta manusia...seboleh-boleh mahu 100% terbaik untuknya..
xpe...slow2 kan..terus je cuba untuk gandakan % tu dari sehari ke sehari~iAllah :)

Anonymous said...

penah terdengar sekali .. dulu..
'' cinta kepada rasul hendaklah melebihi cinta ibu bapa...''

perumpamaan yg diberi :-
'' sebuah kereta sedang memecut laju dan menuju ke arah rasulullah dan ibu anda yang ketika itu dalam perjalanan ke masjid... dalam saat yg genting itu, siapakah yang akan anda utamakan untuk diselamatkan dari kemalangan??.....

huhuhuhu.... payah juga nak jawab... :(

Anonymous said...

salam..herm,pernah dgr jgk org bckp ttg perkara spt yg dikatakan oleh pers313..memang bunyi agk hindustan kan,tp mmg logik..tp perkara tu sbnrnye hanya kite umat2 zaman skrg je yg duk blurr..sedang umat2 zaman dulu yg hidup dizaman Rasulullah mmg 'no doubt' dah ttg ni..bezanya dtg dgn sejauh mana seseorang itu 'kenal' & 'cinta' akan Rasul s.a.w tu sendiri..herm,berbalik dgn umat zaman skrg,nak cinta mcmane la, bile ngn Rasul s.a.w pun nak 'berkire'..maunye tak,bile setiap kali org sebut name Rasul s.a.w,mulut tu masih berat utk turut berselawat....herm......~

syuqaira said...

Salam,
Cinta..
topik yang sgt dekat dg hati, andai hati tiada rasa cinta..bagaimana mahu rasa manisnya kehidupan..=)

Namun, cinta pd Allah dan rasul sememangnya perlu melebihi segala-galanya.. lebih drpd cinta kepada ibu bapa, keluarga.. apatah lg sahabat..
Ah..mudah sungguh bibir menutur kata.. bila pantulkan pd diri sendiri.. sukarnya!
Semoga Allah lorongkan hati kita pd cintaNya..(amiin, insyaAllah..)

"...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah..." 2:165

andai ada sesuatu yang kita lebih cinta berbanding Dia.. dimana nilai iman kita? (T_T).Sedangkan orang yang beriman itu lebih cintakan Allah.. {tgk frenster dulu or solat dulu?} ampuni kami Ya Rabb..

Buat Hiramie,
Semua manusia ini berbeza, tetapi yang dicari adalah titik persamaan.Kerana titik persamaan ini yng akan menyatukan hati2 yang berbeza. Indahnya nilai persahabatan yang dilorongkan oleh cinta kepadaNya.. MasyaAllah..titik persamaan yang di kejar adalah dibawah panji2 aqidah yang sejahtera.

Cinta boleh diibaratkan punya 2 paksi; mencancang dan melintang,
paksi mencancang itu cinta padaNya, paksi melintang itu cinta pd yang lain2nya..
andai paksi mencancang itu pincang mana mungkin paksi yang melintang itu akan kukuh...

Ah..panjang pula komen yang sy titipkan...:D,
maaf atas segala kekurangan dan kesalahan.

jzkk,

wassalam

Anonymous said...

pandai adik2 ku beranalogi & menyusun kata dgn indah sekali..boleh la start2 join 'kelab menulis' ye lepas exam nnt!

AmiE said...

Salam..

ngee..cik syuqaira kte sudah pandai berbahasa..x sia2 saya mengajar..=p..

Semua pun macam dah faham istilah cinta, tapi nk praktikkan cinta kerana ALLAH itu, terpulang pada individu memilih jalannya..

tertarik untuk membawa sudut pandangan cinta dari hati seorang bukan islam.Menurut seorang shbt bukan islam, love is for sumone who deserved it, who couldn't have all the love in the world..Siapa ye agknya org dimaksudkan?

org2 cacat, dan kurang upaya.Orang2 yang dilahirkan kurang sempurna akal dan zahiriyahnya..

Sayu hati mendgr shbt itu bercerita ttg pengalamannyamelawat pusat kurang upaya..

Mungkin kita sibuk bercinta atau bercerita ttg cinta antara kita..tapi di luar sana, ada org yg lebih berhak mendpt cinta kita..

Aih..t'ingin menjadi Mother Theresa versi Islam pula..iALLAH..

afiqawe said...

Salam..

thanks for the comments.. Macam semua perempuan je yg comment.. (kecuali pers313 tu, lelaki kot)..

adakah perempuan je yg lebih faham ttg cinta?? hehe..

Bagi saya la...
bukannya kita tak mencintai ibu, ayah, dan anak malah harta sekalipun. tapi, cinta apa yang kita LEBIH letak 'priority'nya.

Cinta pada yang lain tu hanyalah cinta terhad, ada batasannya, ada limitation nya...

Tapi cinta padaNya adalah cinta Mutlak, hakiki...

Kita bukannya tak boleh cinta harta (dll), tp kita mesti sayang benda2 tu...

ada beza tu!

kalau kita tak sayang, habissla benda tu sekelip mata kan...
samada org ambik kita buat tak kesah, kita belanja boros pun kita tak kesah dan sebagainya...


ok..

p/s; moga ku temui yang mencintai Mu...

syuqaira said...

e'eh cik ami.. tak sangka ya sy juga boleh berbahasa..
terima kasih atas tunjuk ajar cik ami ya.. =)
sebenarnya, terlalu banyak yang terbuku di hati,
tp, sy belum ada kesempatan untuk berkongsi dgn yang lain.. =)

kalau dah cinta Dia, kita mesti jaga yang lain tu elok2.. for the sake of the Love..

Dia yang bg semua..mestilah kena jaga pemberian-Nya, untuk kita gunakan di jalan-Nya juga =)

InsyaAllah.

Anonymous said...

ape2 pn,kite ckp pjg2 pn,spt yg dh diulang2 oleh Rasul s.a.w,kemudian oleh sahabat2,perawi2 hadith,ulama2,utz ustzh,sampaila abg idham pn ulang jgk br ni..semuanya berbalik ke hati kite jgk.."at-taqwa ha huna..wa yushiru ila sodhrihi.." hadith 35..sentiasa ltk parameter kt diri sdiri,itu yg utama iA..^_^

amnah my. said...

salam..

wah.. makin banyak cerpen menarik di sini.. bila la pulak cerpen dari tuan punya blog ni akan di post.. teringin jugak nak membacanya.. jangan sia-siakan bakat yang ada.. hehe.

Anonymous said...

gell... ramai perempuan komen...

bagus2..

Anonymous said...

[aku g mbesi takdi... awe soh komen iye nye post... hehe.. >:)]
lantak la awe weiyh....!!!
hah... amik!!!!.... (tenang ye)


kate cinta dan sayang kat allah..
tp ''dating'' lima waktu on the time pon tak tepati waktu (oh!)

kate cinta dan sayang kat nabi..
tp org kapir kutuk nabi, kite dok marah dalam 'hati'. itu je. (oh!)

kate cinta dan sayang kat ma ayah..
tp doa kat depa pas solat pon, tak penah besungguh (tak khusyu')
tau ke dak maksud doa arab tuh(oh!)

kate cinta dan sayang kat bini/laki..
tp kes perceraian still 'top' ten dalam carta masalah umat.

kate cinta dan sayang kat diri..
tp soh smayang malas, soh blaja malas.. sok ko nak mkn ape dah tue!!! (e'eh!)


::::mende aku merepek nih??!, argh!! aku tgh pening nak exam,lantok ler.. aku doakan koreng sume succes in exam.. assalam:::: (hehe:p)

afiqawe said...

hehe.. pembangkang tak setia,

thanks..

sebenarnya rindu ni dah terubat bila jumpa enta tadi...
baru semangat sket nak belajar ni..
=)

good luck utk enta!
doakan ana sukses gak..

iAllah sama-sama berjaya...

Anonymous said...

tap..
kt luar tue.. lagu pasal ibu..
sayu sungguh ku dengari..

( nak slamatkan mak ke tak??!!.. [dalam dilema] :(( )