Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, March 9

Perjuangan kita masih belum selesai...


إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْح-1
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا-2
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاب-3ا
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (سورة النصر )
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Aku nampak akan perubahan itu.
Ya, memang ada perubahan di sana...


Tapi, di sini?
Adakah bersedia juga untuk berubah?
Adakah bersedia juga untuk mengubah?
Mengapa tidak bermula daripada diri kamu sendiri?

Ya, kamu!
Mengapa tidak daripada kamu sendiri?
Masih menunggu apa? Menunggu siapa?

Tidakkah Daulah Islamiyah itu mesti ditegakkan dalam diri kamu juga dahulu...?

-----

Marilah...
Perjuangan kita ini masih belum selesai!
Jalan ini tidak mudah,
jalan ini memang panjang,
jalan ini sungguh berliku dan penuh cabarannya...

Perjuangan ini tidak berakhir dengan kemenangan itu.
Kemenangan itu adalah anugerah dan amanah daripada Allah,
dan mungkin juga sebagai ujian daripadaNya.

Perjuangan ini masih belum selesai,
Selagi mana seluruh umat manusia tidak tunduk kepada Islam,
Dakwah dan tarbiyyah wajib diteruskan, malah lebih agresif dan meluas lagi,
Dan setiap daripada kita mesti meneruskan pengislahan ini, berterusan dan terus menerus...
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan." (Al-Anfal 8;39)

"Wa La Ghalibu Illa Allah"
(There is no conqueror other than God)
-Penegak Al-Haq-

2 comments:

AmiE said...

Salam.

Perubahan..bukan semua org boleh melakukan, dan bukan semua org boleh menerima dgn senang..

kerana nak berubah kena ada keyakinan mantap, dari bermacam segi.

saya sendiri, bila ditanya tentang perubahan, bukan mahu menolak, cuma mungkin belum bersedia, kerana sendiri tertanya, mampukah yang mahu diubah itu berpanjangan..akan berkekalankah?..

huhu..masih naif lagi rupanya *malu*

tapi dunia berevolusi, manusia juga berevolusi, perubahan itu pasti terjadi...
cuma mungkin bukan hari ini...(iALLAH)

tapi suka bait ini,

"Perjuangan ini tidak berakhir dengan kemenangan itu.
Kemenangan itu adalah anugerah dan amanah daripada Allah,
dan mungkin juga sebagai ujian daripadaNya."

Siapa tahu cerita esok, yang penting berusaha hari ini ;)

dr muthiah said...

manifestasi semangat dakwah yg sungguh subjektif tapi cukup untuk difahami afiq=)

anyway, i wish u all the best,moga istiqamah selalu...

sememangnya jalan ini tak semudah yg disangka..ia punya ranjaunya yg tersendiri..bisa buat diri jatuh,rebah dan kadangkala menitis air mata...erm,ape pun hubungan dgn sang rabbi jambatan segala kemudahan..insya allah

47:7 moga dirimu sentiasa dlm lindunganNya