Reply sket daripada blog Pok We berkenaan surau kita...
Malanglah di antara kita orang-orang yang meringan-ringankan solat berjemaah di masjid. Sedangkan Nabi SAW sendiri sangat memberatkan solat fardhu berjemaah di masjid hinggakan ketika Baginda SAW sakit tenat sekalipun, Baginda SAW dipapah oleh Sahabat RA untuk mengerjakannya. Ini menunjukkan betapa berat dan besarnya Baginda SAW ingin menyatakan kepada ummatnya bahawa solat fardhu itu memang dilakukan secara berjemaah dan di masjid.
Selain mengikut Sunnah Nabi SAW, ia juga memberi syiar kepada orang bukan Islam bahawa Ummat ini bersatu! Tentu mereka berasa gerun apabila tatkala masuk sahaja waktu solat yang
Teringat semasa saya bercuti di
Berbanding kita pada hari ini...
Kita patut berasa sedih melihat keadaan surau dan masjid di seluruh alam kosong. Sesetengah masjid dibina begitu lawa dan besar, tapi malangnya hanya menjadi 'muzium' untuk orang (terutamanya yang belum Islam) datang melawat. Ya, masjid yang lawa, berseni, dan besar adalah satu cara untuk penyebarkan syiar Islam, tetapi kita disarankan untuk membangunkan surau atau masjid ini dengan manusia. Memenuhkannya dengan manusia.
Apakah akan berlaku jika surau/masjid-masjid ini tidak di-imarahkan? tidak di-bangunkan?
Mungkin kita dapat lihat apa yang berlaku kepada gereja-gereja di negara-negara Eropah atau
Dan sebenarnya, hal ini boleh juga berlaku pada masjid kita. Andai surau atau masjid itu tidak dibangunkan oleh umat Islam sendiri, Allah boleh saje untuk tarik semula nikmat yang Dia berikan itu. Caranya; ada berbagai-bagai. Tengok kita sendiri la
Saya tidak mengatakan surau kita itu terpaksa ditutup semata-mata disebabkan oleh salah kita sendiri yang tidak meng-imarahkannya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain (cth; sebab nak buat kitchen dll) Tapi apa pun, kita tahu semua yang berlaku ini adalah daripada Allah juga. Cara Allah nak tarik satu nikmat itu ada pelbagai cara dan hikmah penutupan surau ini juga hanya Allah sahaja yang lebih tahu. Bagi kita, ada pengajarannya yang mesti diambil.
Sementara itu, kalau kita lihat pada hari ini ramai yang berfikir bahawa solat fardhu berjemaah bersama keluarga dan isteri adalah lebih baik, sedangkan ia tidak pun ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jika ada sekalipun, Nabi SAW berjemaah dengan isterinya, hanyalah dengan solat-solat sunat sahaja. Yang dimaksudkan dengan jangan dibiarkan rumah-rumah kita menjadi kubur ialah dengan mengerjakan solat-solat sunat di rumah, bukannya solat yang fardhu.
Kemudian, timbulah pula persoalan, "Adakah 27 gandaan pahala hanya dapat kepada si suami?" Sudah tentu tidak! Allah SWT itu Maha Adil. Segala pahala suami akan dapat pada isteri juga selagi mana si isteri taat kepada si suami (selagi bukan maksiat). Sebab itu, mana-mana isteri yang faham, maka dialah pula akan menyuruh atau menggalakkan si suami itu mengerjakan solat secara fardhu di masjid kerana bahagian kepadanya pun akan dapat.
Beberapa Dalil-Dalil Bukti Solat Berjemaah & Solat Di Masjid - Implikasi dan Aplikasinya
Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq, sebagaimana firman-Nya:-
"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Al-Baqarah; 238)
Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-
"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.”(Al-Baqarah: 43)
Ayat di atas secara tegas menjelaskan kewajipan melakukan solat dengan berjemaah dan menyertai solat orang-orang yang solat; dan sekiranya yang dimaksud oleh ayat tersebut hanya menegakkannya saja, maka tidak jelaslah hubungan maksud pada hujung ayat ,"...dan rukuklah kamu bersama-sama orang-orang yang rukuk", kerana Allah telah memerintahkan agar menegakkannya pada awal ayat.
Dan aplikasi serta implikasi sewaktu Jihad / Qital pun Allah SWT juga berfirman:
"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata.” (An-Nisa: 102).
Pada ayat di atas Allah TETAP mewajibkan solat berjemaah dalam situasi perang dan penuh ketakutan. Apatah lagi sewaktu keadaan damai
Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."
Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)
"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."
Di dalam Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah".
Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)
"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".
Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)
"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."
Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"
Maka Rasulullah SAW menjawab:
Dan juga sebagai akhirnya, hadith sahih sabda Rasulullah SAW: (mafhum)
Demikianlah kepentingan solat berjemaah dari beberapa nas-nas Al-Qur'an dan hadith.
Jadi, apakah dorongan atau motivasi yang diperlukan lagi untuk bersolat jemaah di surau atau masjid? Kalau kerana lif tidak berfungsi atau banyak nak baca buku atau lain-lain sudah menjadi alasan untuk tidak turun berjemaah, adakah jawapan-jawapan itu mampu untuk dijadikan hujah di hadapan Allah swt dan Rasulullah. saw. Banyak ayat dan surah diturunkan yang bukan sahaja untuk dijadikan sebagai galakan malah ada kepentingannya.
Sekurang-kurangnya, rancanglah dan bincanglah untuk mengadakan solat berjemaah di bilik masing-masing bersama rakan se-rumah. Wallahu’alam.
4 comments:
salam alaikum..
wah..pnjg sgt..
ni xsanggup bace lame2..
sbb pnjam komp org..huhu..
btw..iA kita same2 mngimarahkan surau..dgn solat jmaah n mcm2 bende lg..
Gerakkan sunnah,bangkitkan daulah! :D
hey.. nice entry.. salam dari Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog org.. :)
salam..pada pndapat saudara,apakah implikasi bg mereka yang mengabaikan kepentingan solat berjemaah?
Post a Comment