Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Thursday, October 11

Apa bukti kita sayang ibu bapa kita?


Ada satu hari semasa saya bekerja di Yellow Zone (Zon Separa Kecemasan), boleh saya katakan enam daripada 10 pesakit yang datang adalah dijaga oleh nurse di nursing home atau maid di rumah.

Separuh daripadanya datang tanpa bersama anak masing-masing. Dan menyedihkan mereka anak-anak ini tidak tahu menahu penyakit dan ubat yang diambil oleh ibu bapa mereka.

Ada seorang itu hanya menunjukkan kertas 'discharge summary' sambil berkata, "Nah, doktor. Semua rekod ada dalam kertas ini..."

Dan yang paling saya geram, selepas saya mengambil chief complaint dan history (itu pun daripada maid mereka), salah seorang anak pesakit itu berkata "Doktor nak tahu apa lagi ya? Saya nak pergi kenduri sekejap. Kat dalam UM, belakang ini sahaja..."


sumber sentuhankasihsuci.blogspot.com

“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita ini akibat kesibukan bekerja terpaksa meninggalkan kebajikan ibu dan bapa mereka kepada maid dan juga nursing home. Semua hal tentang penyakit dan jenis ubat tidak diambil tahu langsung meskipun ibu dan ayahnya itu sudah beberapa kali keluar masuk ward.

Tak cukup bukti yang kita sayangi mereka dengan hanya kita memberi duit bulanan dan menziarahi mereka sekali sebulan.

Jika kita menelefon mereka itu, tanyalah juga kesihatannya macam mana, ubat makan ke tak, follow up pergi ke tak. Kalau boleh, ambilah cuti untuk bawa mereka pergi follow up di klinik.

Sepertimana, ibu dan ayah kita ambil cuti semasa nak hantar kita pergi injection vaksin semasa kita kecil, mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama?

Sepertimana mereka memaksa kita menelan syrup paracetamol masa kita demam dulu, mengapa kita tidak memaksa mereka untuk ambil ubatan mereka?

Saya memang directly akan menegur jenis anak-anak yang tidak tahu menahu tentang masalah ibu dan ayahnya. Sangat memalukan! Turun depan hospital dengan kereta BMW, tapi tak tahu apa-apa tentang 'pesakit' yang dibawanya.

Jadi kalau anda seperti golongan di atas, cepat-cepatlah pergi ambil tahu apa masalah kesihatan ibu dan bapa anda. Jangan sampai ibu bapa dah meninggal, apabila saudara mara tanya, tak tahu apa-apa....



Dr Afiq

Wednesday, September 26

Tidak peduli...

"Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )
Satu hari dalam bulan lepas, ada seorang staff nurse offer saya sejenis junk food, Mr Potato. Saya menolaknya dengan mengatakan saya tak makan sangat makanan itu, lagipun perut masih kenyang lagi.

Seorang lagi staff nurse yang teringatkan saya tak makan McDonald juga (sebab boikot Israel) semasa mereka membuat delivery order minggu sebelumnya, menjerit...

"Dr Afiq tak makanlah benda macam ni. Dia tak makan juga McD. Dia boikot McD !!!!!"

..sehingga terpandang semua orang (termasuk kawan sekerja, MA, PPK malah juga pesakit yang sedang dirawat) ke arah saya.

Saya lihat reaksi mereka, terpinga-pinga dan tertanya-tanya kepelikan kenapa tak makan? Kenapa boikot?
Apa kaitan Israel?

Insiden yang berlaku beberapa minit itu berlalu dengan masing-masing kembali melakukan kerja masing-masing.

Kalau anda nampak sticker ini di cermin belakang kereta Alza warna putih,
itulah kereta saya.  Ya, saya menyeru anda memboikot restoran ini. Terima kasih,

Tetapi, ia tetap meninggalkan jawapan kepada saya bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ummah yang sedang dilamun dan dibuai dengan jahiliyyah-jahiliyyah di sekeliling mereka ini.


Wednesday, August 29

Fokus kerja kita...


sumber phc.org.au





Cuba bayangkan bagaimana doktor itu yang mengambil darah daripada seorang pesakit tidak fokus dengan prosedur yang sedang dilakukannya. Dia sibuk memikirkan balik kerja ni nak buat apa, nak makan apa, nak masak apa, gaji dah masuk belum, email tak check lagi, sms kawan tak reply lagi dan macam-macam lagi. 

Dia dengan secara unconsiousnya melakukan prosedur itu sehingga habis tanpa menyedarinya. Dia tidak meniliti dan memahami apa-apa pun setiap apa yang dilakukannya kerana sudah menjadi kebiasaannya setiap hari. 

Boleh jadi ada technique yang dia miss sebab tak fokus. Boleh jadi prosedur itu tak sterile sebab kelalaiannya dan akhirnya boleh memberi komplikasi kepada pesakit. Boleh jadi, dia tersilap masukkan darah ke tube yang tidak diperlukan. Lagi teruk, dia tersilap patient. 

Itu baru sekecil-kecil prosedur. Kalau buat operation? 

 ------------------- 

Bagaimanapula dengan solat lima waktu seharian kita? 

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukiminun; 1-2).

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat yang utama (subuh,asar) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk" (Al-Baqarah, 238). 

Solat adalah ibadah yang utama akan dihisab di akhirat berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya ia sempurna, maka barulah akan dihitung amalan-amalan lain. 

Kita solat 5 kali sehari dan kita boleh menjadi macam seorang doktor itu dengan unconsciousnya dalam lima minit solat kita sudah selesai. Baru tadi rasa angkat takbir, erh tiba-tiba dah bagi salam. 

Jika kita boleh fokus dengan kerja-kerja kita yang lain, kenapa kita tidak boleh fokus dalam solat kita? Kenapa kita tidak berusaha memahami apa yang kita baca, menghayati segala pergerakan kita dan juga merasa Ihsan ketika dalam solat. 

Doktor tadi mungkin akan menjadi lebih fokus bila bossnya (Specialist) sedang melihat prosedur yang sedang dilakukannya dan dia akan sungguh-sungguh melaksanakannya dengan teliti dan sempurna, penuh dengan 'taqwa'. 

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya" (Al-Maun, 4-5).

Anda boleh google tips-tips khusyuk solat di pelbagai blog dan website. Tak perlulah untuk saya hurai dengan lebih panjang.


*Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengurniakan saya seorang isteri yang selalu mengingatkan suaminya supaya fokus dalam kerja-kerja yang dilakukan.

Dr Afiq

Thursday, August 23

Resusitasi...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Setelah hampir dua tahun terlantar akibat renjatan housemanship, semangat untuk blogging ini kembali dipulihkan.

Allah swt masih memberi peluang kepada saya untuk menulis dan berkongsi cerita, artikel serta pengalaman hidup melalui wadah ini juga.

Sebulan ditempatkan di unit rawatan terapi (ICU) ramadhan, keeping nil by mouth (NBM) pada siang hari, dibasahkan dengan pints-pints Al-Quran sebagai daily maintainance dan kadang-kadang perlu di 'run fast' serta oncall pada malam-malam terakhir untuk bermunajat dengan si Khaliq, telah memberikan kekuatan untuk menulis semula.

Segala pressure sore yang develop dalam blog ini juga akibat terlantar terlalu lama akan di'dressing' kan dengan sebaik-baiknya sehingga pulih.

Insya Allah, saya akan cuba manfaatkan masa-masa yang 'yang dulu' tidak diurus dengan baik untuk berblogging.

Seluruh ilmu yang ada di bumi dan langit itu milik Allah swt yang Maha Mengetahui.

Salam Aidilfitri untuk semua!
Taqabb Allahuminna Waminkum bi khair.

Dr Afiq