Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, August 29

Fokus kerja kita...


sumber phc.org.au





Cuba bayangkan bagaimana doktor itu yang mengambil darah daripada seorang pesakit tidak fokus dengan prosedur yang sedang dilakukannya. Dia sibuk memikirkan balik kerja ni nak buat apa, nak makan apa, nak masak apa, gaji dah masuk belum, email tak check lagi, sms kawan tak reply lagi dan macam-macam lagi. 

Dia dengan secara unconsiousnya melakukan prosedur itu sehingga habis tanpa menyedarinya. Dia tidak meniliti dan memahami apa-apa pun setiap apa yang dilakukannya kerana sudah menjadi kebiasaannya setiap hari. 

Boleh jadi ada technique yang dia miss sebab tak fokus. Boleh jadi prosedur itu tak sterile sebab kelalaiannya dan akhirnya boleh memberi komplikasi kepada pesakit. Boleh jadi, dia tersilap masukkan darah ke tube yang tidak diperlukan. Lagi teruk, dia tersilap patient. 

Itu baru sekecil-kecil prosedur. Kalau buat operation? 

 ------------------- 

Bagaimanapula dengan solat lima waktu seharian kita? 

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

"Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (Surah Al-Mukiminun; 1-2).

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

"Peliharalah segala solatmu dan peliharalah solat yang utama (subuh,asar) dan berdirilah untuk Allah dengan khusyuk" (Al-Baqarah, 238). 

Solat adalah ibadah yang utama akan dihisab di akhirat berbanding amalan-amalan lain. Sekiranya ia sempurna, maka barulah akan dihitung amalan-amalan lain. 

Kita solat 5 kali sehari dan kita boleh menjadi macam seorang doktor itu dengan unconsciousnya dalam lima minit solat kita sudah selesai. Baru tadi rasa angkat takbir, erh tiba-tiba dah bagi salam. 

Jika kita boleh fokus dengan kerja-kerja kita yang lain, kenapa kita tidak boleh fokus dalam solat kita? Kenapa kita tidak berusaha memahami apa yang kita baca, menghayati segala pergerakan kita dan juga merasa Ihsan ketika dalam solat. 

Doktor tadi mungkin akan menjadi lebih fokus bila bossnya (Specialist) sedang melihat prosedur yang sedang dilakukannya dan dia akan sungguh-sungguh melaksanakannya dengan teliti dan sempurna, penuh dengan 'taqwa'. 

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya" (Al-Maun, 4-5).

Anda boleh google tips-tips khusyuk solat di pelbagai blog dan website. Tak perlulah untuk saya hurai dengan lebih panjang.


*Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang mengurniakan saya seorang isteri yang selalu mengingatkan suaminya supaya fokus dalam kerja-kerja yang dilakukan.

Dr Afiq

No comments: