"Sesiapa yang tidak mengambil berat akan urusan kaum muslimin maka dia bukanlah termasuk dalam kalangan mereka". ( Riwayat Baihaqi )Satu hari dalam bulan lepas, ada seorang staff nurse offer saya sejenis junk food, Mr Potato. Saya menolaknya dengan mengatakan saya tak makan sangat makanan itu, lagipun perut masih kenyang lagi.
Seorang lagi staff nurse yang teringatkan saya tak makan McDonald juga (sebab boikot Israel) semasa mereka membuat delivery order minggu sebelumnya, menjerit...
"Dr Afiq tak makanlah benda macam ni. Dia tak makan juga McD. Dia boikot McD !!!!!"
..sehingga terpandang semua orang (termasuk kawan sekerja, MA, PPK malah juga pesakit yang sedang dirawat) ke arah saya.
Saya lihat reaksi mereka, terpinga-pinga dan tertanya-tanya kepelikan kenapa tak makan? Kenapa boikot?
Apa kaitan Israel?
Insiden yang berlaku beberapa minit itu berlalu dengan masing-masing kembali melakukan kerja masing-masing.
Kalau anda nampak sticker ini di cermin belakang kereta Alza warna putih, itulah kereta saya. Ya, saya menyeru anda memboikot restoran ini. Terima kasih, |
Tetapi, ia tetap meninggalkan jawapan kepada saya bahawa masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada ummah yang sedang dilamun dan dibuai dengan jahiliyyah-jahiliyyah di sekeliling mereka ini.
No comments:
Post a Comment