Ada satu hari semasa saya bekerja di Yellow Zone (Zon Separa Kecemasan), boleh saya katakan enam daripada 10 pesakit yang datang adalah dijaga oleh nurse di nursing home atau maid di rumah.
Separuh daripadanya datang tanpa bersama anak masing-masing. Dan menyedihkan mereka anak-anak ini tidak tahu menahu penyakit dan ubat yang diambil oleh ibu bapa mereka.
Ada seorang itu hanya menunjukkan kertas 'discharge summary' sambil berkata, "Nah, doktor. Semua rekod ada dalam kertas ini..."
Dan yang paling saya geram, selepas saya mengambil chief complaint dan history (itu pun daripada maid mereka), salah seorang anak pesakit itu berkata "Doktor nak tahu apa lagi ya? Saya nak pergi kenduri sekejap. Kat dalam UM, belakang ini sahaja..."
sumber sentuhankasihsuci.blogspot.com |
“Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)
Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita ini akibat kesibukan bekerja terpaksa meninggalkan kebajikan ibu dan bapa mereka kepada maid dan juga nursing home. Semua hal tentang penyakit dan jenis ubat tidak diambil tahu langsung meskipun ibu dan ayahnya itu sudah beberapa kali keluar masuk ward.
Tak cukup bukti yang kita sayangi mereka dengan hanya kita memberi duit bulanan dan menziarahi mereka sekali sebulan.
Jika kita menelefon mereka itu, tanyalah juga kesihatannya macam mana, ubat makan ke tak, follow up pergi ke tak. Kalau boleh, ambilah cuti untuk bawa mereka pergi follow up di klinik.
Sepertimana, ibu dan ayah kita ambil cuti semasa nak hantar kita pergi injection vaksin semasa kita kecil, mengapa kita tidak boleh buat perkara yang sama?
Sepertimana mereka memaksa kita menelan syrup paracetamol masa kita demam dulu, mengapa kita tidak memaksa mereka untuk ambil ubatan mereka?
Saya memang directly akan menegur jenis anak-anak yang tidak tahu menahu tentang masalah ibu dan ayahnya. Sangat memalukan! Turun depan hospital dengan kereta BMW, tapi tak tahu apa-apa tentang 'pesakit' yang dibawanya.
Jadi kalau anda seperti golongan di atas, cepat-cepatlah pergi ambil tahu apa masalah kesihatan ibu dan bapa anda. Jangan sampai ibu bapa dah meninggal, apabila saudara mara tanya, tak tahu apa-apa....
Dr Afiq
4 comments:
Membaca post ni, mengingatkan ana situasi di Rusia. Jangan haraplah nak nampak kelibat anak2 dtg..malah ibu bapa yg sudah terlantar sakit dan nazak sekalipun dibiarkan begitu shj mengakhiri hidupnya. Mungkin tamadun mereka begitu. Tapi parahnya kalau ini berlaku pd umat Islam.
J'ai toujours eu internet explorer et je n'ai jamais utilisé autre chose. Que peut-google chrome et firefox internet explorer cela ne peux pas?.
top [url=http://www.xgambling.org/]online casinos[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]casino bonus[/url] manumitted no deposit hand-out at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casino
[/url].
sya sokong kenyataan dr afiq.
Post a Comment