Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Monday, August 7

Hospital Mesra Ibadah

Konsep Mesra Ibadah di Hospital kini telah dicadangkan di seluruh negara. Salah satu hospital yang giat melaksanakan konsep ini adalah Hospital USM (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan. Hospital tersebut dalam proses menjadikannya sebuah Hospital Mesra Ibadah (HMI). Konsep ini bukan sahaja mementingkan soal ibadah para pesakit, malah juga ingin mewujudkan sebuah hospital yang mesra dalam pelbagai aspek mengikut cara Islam.

Antara elemen-elemen penting yang perlu ada pada HMI adalah:
i. Pengamal Perubatan
ii. Latihan-latihan
iii. Persekitaran
iv. Perkakasan untuk membantu pesakit
v. Hak Pesakit dan Persendirian (sulit)
vi. Keperluan yang istimewa
vii. Latihan berterusan

Beberapa konsep dan corak Interaksi & Komunikasi juga ditekankan dalam HMI ini. Ini bagi memastikan satu bentuk kemuliaan diri, kesucian rezeki dan keluruhan kehidupan dapat dibentuk. Teras interaksi yang utama adalah IMAN + ILMU + SENI + ADAB.

Projek-projek perlaksanaan HMI yang telah dirancang:
- Kelengkapan tanda arah kiblat di setiap wad
- Poket buku panduan pada katil pesakit
- Menaik taraf surau wad dan kemudahan
- Kelengkapan Poster panduan solat bergambar pesakit
- Bengkel Imbasan HMI
- Panduan dan adab ziarah/pengurusan pesakit
- Amalan & Doa ketika sakit
- Kit tayammum dan kemudahan wudu (Botol spray or Mobile siknks)
- Ziarah bimbingan keagamaan kepada pesakit
- Kelengkapan ukiran ayat Quran

*afiqawe : bersyukur jika dapat wujudkan sebuah Islamic hospital seperti di Amman, Jordan.
Dalam pada kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Islam, saya merasakan yg kami di peringkat kesihatan & perubatan ini juga perlu bersama-sama mengiatkan usaha murni ini untuk bagi mencapai mesej Islam itu sebuah agama yang syumul (menyeluruh).

2 comments:

Anonymous said...

Wah mesti best kalau ada HMI ni. Tengah sakit-sakit pun tak gelisah and tenang je, Insya-Allah. Awe jadilah orang yang pioneer to this type of hospital in Malaysia. with the other russia lots. mesti best.

ps: ckp pasal HMI teringat Hiburan Minggu Ini. Ada lagi ke that show? LOL.

afiqawe said...

hahaha... tah, takde dah kot.