Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, December 30

Tak serupa bikin?

Malam tadi, duk tengah surf, tiba-tiba terserempak ayat yang famous nieh...

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff : 2-3)

zafff!!
aduih, kena sebijik!!!

"Saya/Dia/Sesiapa sahaja suka suruh orang lain buat baik, padahal diri sendiri tak buat...

Saya/Dia/Sesiapa sahaja suka larang orang lain buat jahat, padahal diri sendiri pulak buat.... "

huih.. kabur gak yang ni...

Saturday, December 23

Kayu mana?

Al kisah seorang pemuda,
menuju ke arah destinasinya,
yang jauh tak diketahui jaraknya,
tapi tetap yakin akan hasilnya..

Satu syarat baginya,
mesti mencari HANYA SATU ranting kayu terbaik untuknya,
agar dibawa bersama-samanya...

Perjalanan itu amatlah mencabar,
setiap langkah ke hadapan terjumpa yang baru,
ada yang lagi bersih, ada yang lagi cantik,
ada yang lagi kuat, ada yang lagi bercorak...

Setiap kali itulah ditinggalkan kayu yang lama,
berjalan bersama kayu yang berkenan...

Sambil berjalan, tiba terkenang,
alangkah baiknya yang pertama dulu,
hati mula sesal,
bila membimbing yang tak berkenan,
mengharap yang lagi baik menjelma semula...

Moscow 231206


*Nasihat : Bersyukurlah..

Wednesday, December 13

Ruqaya

Bahrain's Ruqaya Al-Ghasara competes in the women's 200m race heats at the 15th Asian Games in Doha December 10, 2006. [Reuters].jpg


Bahrain's Ruqaya Al Ghasara celebrates after winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha, Qatar, Monday Dec. 11, 2006. (AP Photo).jpg


Bahrain's Ruqaya Al Ghasara bows down on the track in celebration after winning the gold medal in the final of the Women's 200m at the Asian Games in Doha, Qatar, Monday Dec. 11, 2006. (AP Photo).jpg

Ruqaya buktikan memakai tudung bukan masalah untuk berjaya dalam sukan

PADA zaman wanita Muslim kian mendapat perhatian kerana memakai tudung penutup kepala, pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara membuktikan hijab bukan penghalang untuk memecut di trek.

Ruqaya yang memenangi gangsa acara 100m Sabtu lalu selepas melakukan pelepasan semula, memastikan emas Sukan Asia acara 200m kelmarin, mencipta larian hebat di 10 meter terakhir bagi menamatkan saingan dengan catatan 23.19 saat.

Penonton di Stadium Al-Khalifa bergema ketika Ruqaya bergerak ke garisan, kepala terhangguk-hangguk ketika dia memerah setiap inci kudratnya daripada berat badan 65kg untuk memenangi perlumbaan berkenaan.

Sebagai seorang Muslim yang patuh, dia segera sujud di trek selepas melepasi garisan dan menyentuh bibirnya sebelum kembali ke trek, memakai hijab putih yang menjadi tanda kehadirannya – menampakkan tanda jenama barangan sukan Amerika Syarikat – yang diikat kukuh dengan pin dibawah dagunya bagi perlumbaan itu.

Kaki dan tangannya juga ditutup sepenuhnya dengan pakaian berwarna merah dan putih Bahrain selain singlet di bahagian atas badannya.

“Syukur kepada Allah saya menang,” kata pelajar berusia 24 tahun itu, yang tidak seperti atlit import lain dalam pasukan olahraga Bahrain yang sebenarnya berasal dari Negara Teluk yang lain.

“Saya memang berhak menang emas acara 200m. Saya adalah yang terkuat dan terbaik,” kata Ruqaya sambil menambah dia tidak bermasalah memakai penutup kepala.

“Saya memiliki keinginan hebat untuk menunjukkan tiada masalah apabila memakai pakaian seperti ini,” katanya.

“Saya mahu katakan saya amat bertuah kerana menjadi seorang Muslim – ia satu rahmat. Memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Memakai hijab membuktikan wanita Muslim tidak berdepan halangan dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan.

“Ini adalah kemenangan buat semua wanita Muslim.

“Saya menasihatkan semua wanita Muslim untuk menyertai sukan. Ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda.”

Ruqaya yang dilatih oleh jurulatih Algeria, Nooruddin Tajin, berkata emas Sukan Asia miliknya adalah kemenangan terbesar sepanjang kariernya.

Dia memenangi tiga perak dalam acara 60m, 200m dan 400m Kejohanan Dalam Dewan Asia di Tehran pada 2004, dan berlari dalam dua acara pada Kejohanan Pan-Arab di Amman setahun sebelumnya.

“Harap-harap saya akan dapat memenangi sesuatu pada Kejohanan Dunia di Osaka, tahun depan,” katanya. – AFP

Friday, December 1

Lesen.....

Salam wbt,

erm, nak tanya nie....

Kenapa bila kita nak bawa kereta di jalan raya perlu ada lesen?
kalau takde lesen kiranya kita melanggar undang-undang lah kan?
dan kita akan disaman dan dihukum?
>tapi kita tak bawa laju-laju, bawa dengan cermat, selamat...
>kenapa perlu nak saman saya?? kenapa perlu ditangkap saya??


bagaimana pula kalau kita bawa anak dara orang keluar jalan-jalan...?
tak perlu lesen nikah ke?
tak langgar larangan Tuhan ke?
>tapi kita tak pegang tangan, kita tak sentuh2, kita jaga dengan cermat, selamat...
>kenapa nak marah saya?? kenapa nak larang saya??


erm... :-?

*tiada kaitan hidup & mati.. hanya utk renungan diri sahaja