Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Monday, January 29

salahkah aku memboikot ?

"Awe, nak tanya sket.... Kau tak makan McD ke?" Tiba-tiba ada satu soalan ditanyakan pada aku.

Aku tergamam sekejap. Ops, nak jawab apa ya? Kalau jawab memang aku boikot, nanti nampak ekstrem. Tapi, kalau jawab tak, nanti nak kena makan pulak. Huh. Aku pening seketika...

Aku cuba tenangkan hati, cuba untuk menjawab dengan cara terbaik.

"Yes, aku ban McD.... Tapi, kalau kau orang nak makan, makanlah... Aku tak halang. Aku boleh makan kat kedai lain,"

----oooo00000ooooo00000oooooo----

"Awe... nak tanya sket lagi... Kalau kau tak makan McD kat sini, kat Malaysia pun kau tak makan ke? Rugi la camtu..."

Erk. Sekali lagi ada orang tanya...

"Erm, tak gak la... Ala, kat Malaysia kan lagi banyak kedai makan.. restoran melayu ada, restoran kepunyaan orang Islam ada, restoran makanan laut ada, mapley mamak muslim ada.. macam-macam ada... actually, since last summer lagi dah nekad ni... hehe.."

"Ala, lain rasanya.. kat sini McD, KFC takleh makan... kat Malaysia boleh makan.. Baik lepas geram kat Malaysia.." balas dia pula.

"Oh, mcm tu ke.. Ala ayam goreng lain banyak lagi. Burger2 lain pun camtu... Tiada beza sangat pun rasanya... Sekejap je merasa kat lidah tu, kat perut kenyang juga.."

Alamak. Dia tergamam... Ada yang salah ke ayat aku tadi?

"Erm, ada sekali tu je makan masa kat Malaysia hari tu... tu pun sebab dah tak dapat nak elak, sebab orang dah orderkan. Nak tak nak, kena makan je la.. tapi, kalau ada orang ajak, aku selalu elak bagi alasan nak makan nasi or makanan Malaysia..." Aku cuba tenangkan hatinya. Risau juga dia rasa terlalu bersalah. Tapi, nak rasa bersalah apa kan selagi ia Halal.

----oooo00000ooooo00000oooooo----

"Erh, kau betul-betul ban ke benda-benda camni?" Ada lagi yang bertanya.

"Ala, awe tu main-main je. Dia makan jugak sebenarnya..." Ada pula yang berkata demikian.

"Yup, aku memang ban," jawab ku ringkas.
"Salah ke aku nak ban?" Aku pula nak tanya.


"Erh, tak salah.. itukan salah-satu Jihad Nafsu."

Alhamdulillah. Nice answer for me.... Terima kasih :)


4 comments:

hadoken said...

ade jual badge McShit x? heheheheh

HiramiE said...

hurmmm..do it urself~
ahakss
buat la pa yang termampu...

afiqawe7 said...

Erm, seriously....
tiada beza pun kalau tak makan McD, minum Coke & the gang...

Kalau kat Moscow ni, banyak juga pilihan lain yang boleh makan. (lagi best makan kat bilik )
Tapi, kalau kat Malaysia tu, lagi la byk... mcm2 kedai ada.

Mereka tu brand nama je lebih...
Burgernya rasa lebih kurang sama je. Ala burger, macam rasa burger juga la kan?

Kalaula nak minum coke sgt pulak, kenapa tak cari Mecca Cola? Mungkin di Moscow tiada. Tapi di Malaysia? dah banyak dah kan..

Apa pun, terpulanglah nak makan/minum apa, saya tak pernah halang. Itu hak masing2 kan.
Cuma saya nak menyeru & mengajak kawan-kawan, carilah alternatif lain untuk makan...

deeha said...

salam.alamak terase;)
well..we dun hav mcD down here in volgo.. haritu transit moscow pon x pg.. but suddenly smpi spain, one day tu x jumpe langsung fud halal tpt lain. so kitorang mkn aje. next day berusaha cari halal restaurant, alhamdulillah ade kedai indian.. sgt sedap.. ade tpt solat lagi;)

hrm..kire-tgk keadaan la. bt awe's right..baek xyah mkn..hrm..