Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, October 24

Usah menunggu wahai kawan-kawan...

Ada yang berkata "Banyak sekatan la sana sini.. Takleh buat apa-apa.. Bila dah dapat kerajaan Islam, baru boleh kawal masalah-masalah ini... Baru boleh amal makruf nahi mungkar... Baru boleh ajak semua orang kepada Islam..."

Ada pula yang selalu bising "teruk lah ****.... buat itu ini.. habis negara.... bla, bla, bla.."



Banyak sekatan??? Apa Rasulullah dulu tak banyak halangan dan dugaan ke? Lagi hebat daripada kita... Kita ni apalah sangat kena uji? Orang jeling sket sebab cakap pasal Islam pun dah nak rasa malu ke?

Then, Sampai bila kita nak tunggu? Nak tunggu sampai daulah islamiah tertegak? Kalau semua orang bermentaliti menunggu, melihat, dan terus menunggu dan melihat, maka daulah Islamiah yang diidamkan hanya tinggal
IMPIAN.

Bukan susah pun. Kita sendiri yang perlu bertindak. Mulalah mengubah diri dan mengajak orang lain untuk mengubah diri. Sedarkan adik, abang, kakak, kawan2 semua. Sedarkan mereka bagaimana keadaan umat sekarang...


Then, sentiasa hidupkanlah Islam. Tak perlu tunggu dapat kuasa, dapat jawatan, dapat negara, baru kita hendak menjalankan hukum Islam.


Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :


"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)."

(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:


"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al-Maidah,Surah 5, ayat 54)

Imam Hassan Al-Hudhaibi, Mursyidul Amr Ikhwanul Muslimin pernah berkata,
"Tegakkan daulah Islamiyah di dalam dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu."

Maksudnya, kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya
, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam.

Mulakan dengan diri setiap kita. Setiap indivitu perlu bertekad mengubah diri mereka menjadi MUSLIM yang sebenar.
MUSLIM yang BERIMAN. Bukan muslim yang hanya beramal untuk mendapatkan jawatan, mendapatkan pangkat, lalu menegakkan hukum, tetapi apabila tiada pangkat, usaha membina Iman tidak dijalankan.

Jadi sedarlah wahai Remaja-remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!??



Masih hendak menunggu ke?

10 comments:

fairuzanuar said...

dalam quran pn allah dah cakap:

"sesungguhnya kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan sekali-kali tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah"...

jangan risau dan jangan terus menunggu "player-player" sekalian, siapa manusia yang dapat challange kehebatan Allah? Siapa lagi samseng? Allah ke makhluk dia?

Teruskan berdakwah.

haidir yusof said...

Allah promised victory for Islam. This victory of islam is going to happen, with or without you... Now, you have a choice: to be the person who is part of it, or to be the person who simply watch it happen...
To be a person who strives for Akhirah, or to be seorang yang lalai dengan keduniaan. harta dan hiburan....

haidir yusof said...

hhmm...nampak mcm extreme sgt ler ayat nih...huhu...

ok playerz semua...mari ajak semua sahabat2...naik keretapi kita ramai2...jgn biarkan diorang semua terlepas naik keretapi ni...keretapi ni dah nak kene gerak...tak bleh tunggu lagik sesaper yg lambat naik...

syuqaira said...

Salam wrt,
entry yang berkobar2,
Alhamdulillah..moga semangat ini terus memandu awk dan memberi impak bg yg disekitar awk, amiin insyaAllah.

5:154

"...Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.."

a sister once told me;
pernah tak kite terfikir.. semue yang kita dpat ni..nikmat2 semua ni.. kite dapat sebab Allah syg pd kite or sebab mmg sifatnya Yang Maha Pemurah?
kalaulah sebab sifat Allah Yang Maha Pemurah, apa beza kita dgn mereka yang tidak/belum dapat nikmat Islam (yg bukan/belum Islam)?
Sebab Allah janji Dia akan beri kurnia kepada semua makhluk-Nya setimpal dgn apa yg diusahakan.
Indahnya terasa kalau apa yg dikurniakan pd kita adalah kerana Dia mencintai kita..

Siapa orang yang Dia cinta?

"..yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berJIHAD di jalan Allah, dan yang TIDAK TAKUT kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."

Wallahu a'lam~

Moga kita tergolong dalam golongan yang Dia cintai..

Moga Dia beri kekuatan untuk kita menegakkan Islam dalam diri..

(T_T)

AYUH, usah menunggu lagi !

semutar said...

nak tegak DAULAH ISLAMIYAH..
kena lah tegak ISLAM dlm DIRI..

nak tegak ISLAM dalam diri..
kene lah kenal ISLAM dan tahu PERANAN MUSLIM..

nak kenal ISLAM dan nak tahu PERANAN MUSLIM..
kena lah join AUTUMN RETREAT MOSCOW 07..

hehe.. tenkiyu abe awe ku comey!!

syuqaira said...

5:54*

afiqawe7 said...

Salam.

insya Allah bon. sama-sama kita ye...

betuk haidir, dah lama panaskan enjin ni, kena gerak dah skrg...

thanks syuqaira.. Moga Allah bantu kita semua...

en semutar pun... jgn dtg lmbt ye nnt... tolong ana sekali..

AmiE said...

Salam.

Entry yang sangat berkobar2.huhu..
Semoga saya akan dapat mendpt sedikit semangat awe tu.iALLAH

=)

Muhammad As-Sahili said...

Salam...

Bukanlah sifat seorang mukmin merendahkan saudara seaqidahnya biarpun perbuatan saudaranya itu tidak berkenan dihatinya.

Terutamanya sebagai da'i, berlapang dada terhadap da'i lain yang berbeza wajihahnya sangatlah perlu supaya sifat kasih sayang di antara orang-orang yang mengikuti jejak langkah Muhammad SAW dapat disemai. Dan terhadap mereka sepatutnya lebih dekat dan lebih kita cintai daripada orang-orang yang jelas maksiatnya terhadap Allah Jalla wa 'Ala.

Mohon maaf sekiranya menyinggung sesiapa. Hanya melontarkan pandangan yang kecil daripada diri yang dho'if ini berkenaan dengan reaksi yang lebih tepat untuk dipamerkan oleh orang yang menggelarkan dirinya da'i.

Akhukum Fillah,

Ashabul Asfar As-Sahili
Darul Iman

afiqawe7 said...

jzkk.

* afwan, agak terkasar...

kadang2 terpaksa mengetuk gendang juga apabila ada yg mencucuh api...