Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, November 17

Ahmad oh Ahmad...

(Ahmad, bukan nama sebenar)

Ahmad : Awe, aku suka la sangat kat dia tu...

Awe : Dahtu... Gi la masuk kawen!

Ahmad : Ada hasrat gak. Tapi, tak mampu la... Ish, Takkan nak main 'chop-chop' pulak (couple). Dosa!

Awe : Dah tau tak mampu, puasa la... Tahan nafsu tu!

Ahmad : Dah puasa pun... Tapi, rasa nak jugak la... Dia tu kan, dengan agamanya, akhlaknya, pandainya dan cantik pun bleh tahan..

Awe : Lorgh.. Kau ni...

Awe : Haa'.. Tundukkan pandangan tu! Dah.. Takyah ngade-ngade lagi nak 'usha' anak dara orang... Yang ni lagi dosa bila tak jaga mata... Free-free je kena panah dengan setan.

Ahmad : Aduh, terkena la plak...

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
(An-Nur, 24:30-31)

Nabi s.a.w. bersabda: “Pandangan mata itu (laksana) anak panah
beracun dari berbagai macam anak panah Iblis.”
(Riwayat Ahmad)

“Dan janganlah kamu dekati zina.
Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”

(Al-Israk: 32)

7 comments:

hadoken said...

suh ahmad jadi "gay"...

konfem x pandang perempuan...

bile nak kawin...jadi r normal balek....

huahuahua

syuqaira said...

"Adapun Islam itu berjalan dgn lemah lembut memimpin fitrah manusia, ia menolak di sini, menahan disana, dan ia membetul bila menyeleweng, tetapi ia tidak betindak memecah atau menghancurkan fitrah manusia.."

setuju,
puasa, bila mampu kahwinlah~

wallahu'alam~

p/s: glamer betul nama Ahmad~ :D

Mohd Hazreen Rashid said...

Raimi, kalau jadi gay Ahmad usha ko plak nanti...ko plak yang tak kawin nanti...huhu...

erhh awe, betul ke chup2 pun berdosa gak? Tapi aku rasa ada perbezaan antara naluri seksual dgn naluri berkasih sayang. Berpuasa mungkin boleh menghindarkan syahwat, tapi perasaan kasih dan sayang tu, aku tak sure la. Kadang-kadang orang yang teringin benda2 mcm nie bukanlah nak companionship atau layanan seks sgt pun, tapi cuma curiosity yang timbul tentang jantina lawan, the rush you usually feel when you have a crush on someone, and the thoughts of spending time with that particular person.

I don't think it's quite fair to quickly convict those who succumb to such temptation as sinners. It's only human nature and as long as it doesn't go beyond what the syarak has permitted (which again is quite ambiguous and can be interpreted in gazillion ways by gazillion scholars), one needs only conform to the norms accepted by society.
aku tak support couple2 nie, in fact aku pun menyampah gak tengok excessive PDAs. Tapi I guess when you come down so hard on these people, your blog readers in particulars, mungkin ada yang akan terasa lebih jauh hati dan berhenti membaca.

Maaf awe. Ini bebelan orang yang jahil agama. kalau salah tolong maafkan.

afiqawe7 said...

hehe. thanks

Raimi- Tak perlu complicated sgt sehingga nak jadi gay. Allah dah bagi tips-tips yang senang, mudah, logikal dan memang sesuai dengan fitrah kita. Insya Allah, kalau kita ikut, terpandu lah pada jalanNya.

Syuqaira-Yes, Islam datang bukan untuk mengHARAM-kan semua benda. Itu Haram, ini Haram. Itu tak boleh dan ini tak boleh. Banyak lagi perkara Halal dan perkara yang perlu dan boleh dibuat. The Producer of Manual of Conduct kita lebih tahu apa yang kita perlu dan apa yang kita tak perlu.

Hazreen - The conversation berlaku btwn the one yang sudah 'faham'. Aku rasa si Ahmad sendiri faham yang couple itu tak boleh & dia sendiri yang cakap Dosa.
Sbb... maybe banyak sebabnya kot...

Berkasih sayang pun ada caranya kan & kenapa la nak berkasih sayang dengan bukan Halal way? Kita boleh berkasih sayang dengan mak, ayah, keluarga, sahabat dll...
Dan kasih sayang tu tak semestinya kena ada berpasangan (couple) kan?
Aku rasa sbb barat or maybe 'dunia hari ini' dah men'cantik'kan yang couple2 itu adalah satu keperluan dan mesti buat bila dah sampai usia remaja. Siapa tak buat, seolah2 ketinggalan.


And yes, it's a human nature.. Manusia dicipta berpasangan oleh-Nya and u said as long as it doesn't go beyond what the syarak has permitted.. betul la tu.
tapi betul ke kita hari ini tak melintas garisan syarak itu?
boleh kawal diri? tak sesenang itu, syaitan dicipta untuk uji kita...

so,
that's why la si Ahmad ini diperingatkan. sebab aku rasa dia dah faham, tapi maybe tengah terlalai atau tersasar sket...

Aku bukanlah penghukum dosa~...
Mana la layak.
Cuma saje je untuk peringtkan, juga untuk kawan2 yang lain. Ada benda kita buat ini kita tak sedar dan boleh jadi ia akan datangkan kermukaan Allah dan membawa dosa kpd kita.

So, kena la saling bertazkirah, & saling tegur.
Dan ia juga sebagai tarbiyah untuk membentuk diri yang lemah ini...

AmiE said...

Salam..

kepada en ahmad.Sabar-sabarlah ye.Nanti sebelum kahwin, dh x sabar nak.esok lusa ble dh kahwin tinggal2kan pulak..

Lelaki, selagi belum dpt..

haha..

*teremo diblog awe*.sorry..=)

mr.identity said...

ahha ko ni raimi x kan laa nak suruh ahmad jadi gay siot..lagi haram dowh

Fakhrullah Annuar said...

namaku ahmad..isk3...sedih..
tidaakk...aku difitnah...
muhahahaha!!!!!