Sembahyang yang dilakukan pada zaman ini lebih banyak mendatangkan kegembiraan kerana setelah manusia hari ini menghadapi pelbagai kecanggihan, mereka merasa jemu, bosan dan boring. Sembahyang yang dilakukan dapat menyingkatkan kehidupan mereka yang membosankan itu menjadi beberapa jam sahaja dengan memberikan mereka kehidupan yang tenang dan fikiran yang lapang. Jika teori Einstein berkenaan kerelatifan atau kenisbahan waktu adalah benar, maka di dalam sembahyang mungkin teorinya benar;
"Betapa besar hikmat kenapa sembahyang difardukan kepada kita antara beberapa tempoh waktu yang tertentu. Agar ruh kita sentiasa selama-lamanya berhubung atau bersedia untuk berhubung dengan tuhannya. Orang yang paling lemah ruh agamanya sekalipun akan mampu untuk mengawal dirinya kerana selepas menunaikan sesuatu sembahyang fardu, dia akan merasakan bahawa dia akan mengadap tuhannya sekali lagi pada sembahyang fardu berikutnya.....
Oleh itu, dia merasa takut untuk berdiri di hadapan tuhannya dalam keadaan bersalah atau berdosa. Kemudian jika dia berjaya mengawal dirinya selepas menunaikan sembahyang fardu itu, maka dia akan mengingati bahawa selepas itu terdapat sembahyang fardu yang lain lagi yang akan tiba masanya hanya beberapa ketika sahaja lagi.....
Oleh itu, seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan jiwa yang mempunyai azam yang tinggi dan kesucian sepanjang umurnya dalam keadaan dan bentuk yang sama, tidak berubah sama sekali, seolah-olah meskipun umurnya yang panjang, namun sembahyang fardu yang ditunaikannya hanya seperti amalan dalam tempoh beberapa jam sahaja."
Panjang kehidupan adalah sesuatu yang relatif.
Ia amat panjang, gelap dan menggerunkan… bagi seorang yang jahil.
Ia adalah pendek, mudah dan bercahaya… bagi seorang yang bersembahyang.
Kehidupan seorang jahil: Kebekuan yang berterusan.
Kehidupan seorang yang bersembahyang: Pergerakan yang menambahkan kebenaran, atau memperbetulkan kebengkokan.
Ia adalah seruan Allahu Akbar yang menamatkan kebekuan tersebut dan merintiskan satu pergerakan.
Allahu Akbar!
3 comments:
alhamdulillah awe.. =)
keep it up...:) keep ur blog posted with good entries... :)
jaga diri dan iman...
salam'alaika
p/s: isk... nk kne word verification gak ke utk komen??? huhuhu...
pelembut hati ar-raqaiq... betul tak??? :-)
k azi > thanks... lawatilah selalu =)
haidir > yes... makin byk kena betulkan diri lagi rupanya..
Post a Comment