Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, November 25

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Abu Hurairah ra berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Semua ummatku selamat, kecuali yang terang-terangan berbuat dosa (Al Mujahirin). Dan termasuk dari mujaharah yaitu seorang berbuat dosa di waktu malam gelap, mendadak pagi-pagi diceritakan pada lain orang, padahal semalam itu Allah telah menutupinya, tetapi pagi-pagi lagi ia membuka apa yang ditutupi Allah itu.”( HR. Bukhari, Muslim.)

Al Mujahirin adalah orang yang secara terang-terangan membuka aibnya sendiri dengan tanpa rasa segan dan malu, walaupun Allah swt telah menutupinya (yakni orang lain tidak mengetahuinya). Orang inilah yang tidak akan selamat daripada azab Allah. (Nauzubillah min zalik)

Jika dilihat, golongan ini berada di mana-mana sahaja. Samada saya, kamu, atau dia... Semua daripada kita berpotensi untuk menjadi mujahirin dalam sedar ataupun tidak, mahu atau pun tidak, sengaja ataupun tidak..

“Semalam aku tgk drama *tuuut*.., wah.. panas dowh.. ” - membuka pekung di dada tanpa segan silu. Ditambah lagi dengan;

“Aku rasa ko pun patut layan jugak dowh..”

Mungkin juga, tanpa segan silu mengajak untuk membuat dosa beramai2..

“Aku bukan nak mengata, tapi kan, Minah X tu kan, @#%$&*,,”

“a’ah… bukan tu je.. die tu !#$%&*… lepas tu @#%$* dan pulak tu...”

Dan banyak lagi contoh yang lain...

Membuka aib diri ini terjadi apabila kita rasa amat berbangga dan suka setelah melakukan sesuatu perkara maksiat itu. Maksiat itu dirasakan indah, terhias dan bersinar-sinar bergermilapan, walhal ia terang-terangan bertentang dgn Islam. Dan andainya diri tak dapat menceritakan 'cerita best' masing-masing, seolah-olah ada perasaan yg membuak terpendam di hati kerana tidak dpt meluahkannya. Hati akan menjadi begitu gusar dan gundah-gulana akibat masih tidak ada sesiapa lagi yg tahu maksiat apa yg telah dibuatnya.

Begitulah sekiranya al-Islam dan al-Jahilyyah tak dpt kita bezakan. Maksiat dan dosa akan dianggap sbg perbuatan yg manis lagi menguntungkan sehingga tak ada rasa segan dan malu dihadapan org ramai. Kita juga mudah terpujuk dengan pujukan yang amat kuat, sehingga dengan serta merta melakukan perbuatan memalukan itu tanpa berfikir panjang.

Wahai saudaraku, malu adalah sifat yang perlu dipelihara, malu kepada Allah, malu daripada berbuat jahat, malu daripada berbuat fahsya’ dan mungkar. Malu bila namanya tercemar akibat berbuat kejahatan. Sifat yang sangat mulia ini sebenarnya telah ada dalam diri manusia sejak dilahirkan. Namun kadang-kadang sifat yang demikian terkikis dan hilang setelah manusia lupa kepada Allah dan lebih cenderung kepada merebutkan kelazatan dunia.

Bagaimanakah cara memupuk rasa malu itu? Allah dah mengajarkan kita supaya kenal kembali fitrah tujuan Allah menciptakan kita dan seluruh Alam Raya ini. Tunduk, patuh dan berserah dirilah kepada Allah swt. Banyakkanlah MemujiNya, MembesarkanNya dan MengagungkanNya agar diri dapat kembali mengenal Tuan Penciptanya dan seterusnya mengenal tujuan dan matlamat penciptaan dirinya.

Andai kita bersungguh-sungguh ingat kepada Allah, selalu shalat, bertasbih kepada Allah, mengikuti jalan hidup Rasulullah, Muhammad SAW yakni sunnahnya, Insya Allah hati nurani kita akan sentiasa hidup, sehingga sentiasa terjagalah rasa malunya. Ibadah-ibadah khusus yang diajarkan Rasulullah juga adalah sesuatu yang digalakkan dilakukan secara disiplin walau sangat-sangat sibuk sekalipun. Ibadah-ibadah itulah yang dapat menjadi energi yakni kekuatan bagi kita untuk selalu memiliki rasa malu kepada Allah dan seterusnya dapat mempertahankan kemuliaan, sebagai suatu nafas ruhani yang sangat segar.

Ingatlah, terbakar oleh lilin dan penunu bunsen pun tak termampu untuk kita tahan, apatah lagi bakaran api neraka yang marak menyala.. Oh Tuhan, peliharalah kami daripada azab- Mu yang amat pedih. Tutupilah aib kami dan hindarkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, baik terang-tarangan mahupun yang tersembunyi. Sungguh Kau Maha Melihat lagi Mengetahui.

Ayuh, masih belum terlewat untuk kita membuat penghijrahan dan perubahan untuk menjadi yang lebih baik (menjadi muhajirin) !!!

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Marilah sama2 kita renungkan..

-------------------------

DOA PILIHAN:

..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

Al-kahf, 18:24


***Sumber : NowWhy2
V 2.0.3 :15-21 Zulqaedah1428 H PPIM MSC - RSMU

No comments: