Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Monday, October 20

Apa erti hidup bertambah sehari?


Seringkali kita mendengar ucapan “Semoga panjang umur”.

Tapi apa erti hidup kita yang bertambah sehari?

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu."

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w menyatakan bahawa tiada guna bagi dirinya jika memasuki satu hari di mana dalam hari itu Baginda s.a.w tidak dapat menambah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


HURAIAN :
1) Tak guna hidup panjang jika hidup menderhakai Allah s.w.t.

2) Falsafah hidup seorang Muslim ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pengertian sehari bertambah umur adalah untuk menjadikan diri lebih hampir, disayangi, diredhai & dicintai oleh Allah s.w.t.

3) Cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui Ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui zat & sifat Allah s.w.t.

4) Hidup seorang muslim adalah kehidupan dalam erti keredhaan Allah s.w.t bukan kehidupan dalam redha manusia dll. Bukan satu kehidupan yang sia-sia yang hanya berkisar dengan MAKAN, DOTA, CS, ANIME, MOVIES, AWEKS, HARTA, PANGKAT, DUIT, dan semua material duniawi lain.


KESIMPULAN

Sebagai setiap muslim, kita perlu meneliti apa yang kita lakukan pada setiap hari. Adakah dalam hari itu, bertambah amal kita? Adakah kita bertambah hampir kepada Allah s.w.t? @ Kita dilekakan dengan pelbagai permainan duniawi yang mana kita sendiri menyedarinya tetapi enggan merubahnya. Siapa lagi yang akan mengubah diri kita, jika bukan kita sendiri?



"AYUH, BERSAMA-SAMA KITA MEMAKNAKAN LAGI HIDUP KITA PADA HARI INI !"




sumber : http://zulhusni07.wordpress.com/

Sunday, October 19

The Miracle of Human Creation


The human body is the most complicated machine in the world. We see with it, hear with it, breathe with it, walk and run with it, and sense pleasure with it. Its bones, muscles, arteries, veins and internal organs are organized with marvellous design, and when we examine this design in detail we find even more amazing facts. Every part of the body, though each may seem to be so different from another, is made up of the same material: cells.


Cells, each of which is one thousandth of a millimetre, are the structural units that form our body and everything in it. Some of these cells unite to form bones, others to form nerves, the liver, the inner layer of the stomach, the skin or the cornea of the eyeball. Each has the size and shape that exactly meet the requirement of that part of the body.

How and when did cells, which have such varied functions, come into being?

The answer to this question will take us into a process whose every moment is filled with mystery. All the approximately 100 trillion cells that make up your body today came from the division of one single cell. That single cell which had the same structure as all the cells in your body now, came from the union of your mother's egg cell and your father's sperm cell.

In the Qur'an, God sometimes refers to the wonders of the earth and the sky, and sometimes to the mysteries of the creation of living things as various signs of His existence. One of the most important of these signs is His wondrous creation of human beings.

We created you, so why do you not confirm the truth? Have you thought about the sperm that you ejaculate? Is it you who create it or are We the Creator? (Qur'an, 56: 57-59)


Saturday, October 4

Sebelum berpuasa 6 di Syawal, check semula puasa anda yang lepas...

SETIAP PEKERJAAN MEMPUNYAI TUJUAN

Dalam setiap pekerjaan pada dasarnya ada dua faktor: yang pertama adalah tujuan pekerjaan itu sendiri dan yang kedua ialah bentuk khusus dari pekerjaan tersebut yang dipilih untuk mencapai tujuan tersebut.

Sebagai contoh, marilah kita ambil pekerjaan makan. Tujuan anda memakan makanan adalah untuk menjaga agar anda tetap hidup dan mempunyai tenaga untuk bekerja. Cara yang anda pilih untuk mencapai tujuan tersebut adalah dengan mengambil sepotong daging, memasukannya ke dalam mulut, mengunyah-ngunyahnya dan menelannya masuk ke dalam kerongkong anda. Cara ini anda lakukan kerana ia adalah cara yang paling efektif dan tepat untuk mencapai tujuan anda.

Tetapi anda tahu bahawa hal yang paling penting adalah tujuan untuk apa makanan itu dimakan, dan bukannya bentuk serta kaedah pekerjaan itu. Apa yang anda akan katakan apabila ada orang yang membuat daging tiruan daripada serbuk gergaji atau abu atau tanah liat, lalu memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya? Anda tentu akan mengatakan bahawa orang itu sudah gila. Mengapa?

Kerana orang seperti ini tidak mengerti tujuan yang sebenarnya dari makan, dan mengira yang dinamakan makan hanyalah semata-mata mengambil sesuatu dengan tangan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya.

Jadi sama halnya, anda juga akan mengatakan pelik bila ada orang yang setelah menelan makanannya lalu memuntahkannya kembali dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya, kemudian mengeluh bahawa ia tidak memperolehi manfaat daripada makanannya itu, tetapi sebaliknya pula setiap hari dia jadi semakin lama semakin kurus kering seperti orang kurang makan. Orang seperti ini menyalahkan makanan pula atas kesalahan yang diperbuatnya sendiri. Ia mengira bahawa tenaga hidup dapat diperolehi dengan hanya memenuhi persyaratan-persyaratan yang tercakup dalam perbuatan makan. Kerananya, ia berfikir, "mengapa saya harus menyimpan makanan dalam perut saya? Mengapa saya tidak memuntahkannya sahaja agar perut saya menjadi ringan? Saya kan sudah memenuhi persyaratan-persyaratan makan".

Begitulah fikirnya. Tentu sahaja ia harus menderita sendiri akibat cara berfikir dan tindakannya yang tidak masuk akal itu. Dia mesti mengetahui bahawa sebelum makanan yang dimakannya tercerna dalam perut dan sarinya terserap dalam darahnya dan disampaikan ke seluruh bahagian tubuh, maka tenaga hidup tidak akan boleh diperolehi. Walaupun pekerjaan-pekerjaan luar juga perlu, kerana tanpa tindakan-tindakan tersebut makanan tidak akan boleh sampai ke dalam perut, namun tujuan makanan tidak dapat dicapai dengan hanya semata-mata melakukan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja.

Pekerjaan-pekerjaan luar itu tidak boleh menimbulkan keajaiban bahawa hanya dengan melaksanakannya sahaja maka darah akan langsung boleh mengalir cepat dalam pembuluh-pembuluhnya. Darah hanya dapat dihasilkan sesuai dengan hukum yang telah digariskan Allah. Apabila anda melanggar hokum tersebut, anda hanya akan membunuh diri anda sahaja.

AKIBAT MENGANGGAP FAKTOR-FAKTOR LUARAN SEBAGAI HAKIKAT AMAL

Apabila anda renungkan contoh yang disebutkan di atas tadi, anda akan mengerti mengapa "ibadat" yang anda lakukan sekarang ini tidak mendatangkan hasil apa-apa. Kesalahan yang terbesar dalam mengerjakan "ibadat" adalah menganggap tindakan solat dan puasa dalam bentuk luarnya sebagai "ibadat" yang sebenarnya, hingga anda terkena ilusi bahawa siapa sahaja yang memenuhi persyaratan-persyaratan tersebut bererti telah melaksanakan ibadat kepada Allah.

Anda sama seperti orang yang mengira bahawa pelaksanaan keempat perbuatan, yakni membuat makanan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya adalah yang dinamakan proses makan, dan siapa sahaja yang mengerjakan keempat-empat perbuatan ini bererti telah memakan makanan dan kerananya dia berhak memperolehi manfaat dari makan, tidak peduli apakah yang dimasaknya itu beras atau tanah, atau apakah ia memuntahkan kembali makanannya itu atau tidak.

Kalau anda mempunyai fikiran sedikit sahaja maka katakanlah bagaimana boleh terjadi bahawa seseorang yang berpuasa, yang sedang melaksanakan "ibadat" kepada Allah dari pagi sampai petang, di tengah-tengah 'ibadatnya itu ia berbuat dusta dan membicarakan atau mengumpat kejelekan orang lain?

Mengapa ia bertengkar kerana soal kecil sahaja dan mengeluarkan kata-kata yang kotor dari mulutnya?

Mengapa masih berkepit tangan lelaki dan perempuannya yang masih belum sah ikatannya itu?

Mengapa masih menonton video movie yang dalamnya terkandung aksi-aksi yang tidak patut ditonton oleh seorang muslim?

Malah mengapa masih tidak cukup solat lima waktunya?

Dan setelah melakukan semua itu, ia masih mengira bahawa ia telah melakukan "ibadat" kepada Allah?

Tidakkah ini sama dengan orang yang memakan tanah liat atau abu dan mengira bahawa hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja bererti ia sudah makan?

BEBAS KEMBALI DARI IKATAN-IKATAN SETELAH RAMADHAN

Selanjutnya katakanla, bagaimana boleh terjadi bahawa setelah anda dibebaskan dari "ibadat" kepada Allah selama bulan Ramadhan, semua pengaruh dari latihan kesalehan ini hilang begitu sahaja apabila bulan Ramadhan selesai?

Setelah Hari raya Aidil Fitri tiba, anda melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang agama lain dalam perayaan-perayaan mereka.

Majlis tari menari yang menghiasi hari raya? Pergaulan tak terbatas lelaki dan perempuan? Pembaziran makanan? Kelalaian menunaikan solat waktu kerana terlalu sibuk memeriahkan hari raya… Astagfirullah…

Setelah bulan Ramadhan berakhir, berapa banyak di antara kita yang tetap memelihra kesan kesalehan dan kebajikan bulan puasa pada hari kedua ‘Aidil Fitri? Hukum Tuhan yang mana yang tidak dilanggar? Berapa bahagian dari waktu anda yang anda pergunakan untuk kebaikan, dan sejauh mana egoisme anda berkurangan?

AKIBAT KELIRU TENTANG "IBADAT"

Fikir dan renungkanlah kenapa semua itu boleh terjadi? Saya yakinkan anda bahawa satu-satunya sebab dari semua itu adalah kerana makna ibadat telah berubah dalam fikiran anda.

Kerana anda mengira bahawa ibadat itu hanya menahan makan dan minum di siang hari selama bulan puasa, maka anda mentaati peraturan puasa itu dengan sangat cermat. Anda takut kepada Allah sehingga anda menghindari setiap hal yang boleh membatalkan puasa, bahkan anda berani mempertaruhkan nyawa demi. puasa anda.

Tetapi anda tidak tahu bahawa dengan hanya semata-mata menahan lapar dan minum bukanlah "ibadat" yang sebenarnya, melainkan hanya salah satu bentuk daripadanya sahaja. Dan tujuan ditetapkannya bentuk ibadat seperti ini adalah untuk menumbuhkan dalam diri anda rasa takut dan cinta kepada Allah, dan dengan itu mengembangkan dalam diri anda kekuatan yang besar, sehingga dengan menekan hawa nafsu anda, anda akan mampu menghindari hal-hal yang nampaknya menguntungkan tetapi yang sebenarnya tidak diredhai Allah.

Di lain pihak, dengan menguasai diri anda, anda akan mampu membuatkan diri anda menyenangi hal-hal yang mungkin membawa risiko dan kerugian tetapi jelas mendatangkan keredhaan Allah. Kekuatan ini hanya boleh dikembangkan kalau anda mengerti tujuan puasa, dan menggunakan latihan yang anda jalani dalam berpuasa itu untuk mengendalikan dorongan-dorongan jasadi kerana takut dan cinta kepada Allah, dan membuatkan dorongan-dorongan tersebut bekerja sesuai dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan Allah.

Tetapi dalam perlaksanaannya, begitu bulan Ramadhan berlalu, anda buang semua hasil-hasil latihan anda itu, seperti orang yang setelah makan lalu memuntahkan makanannya dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya.

Bahkan dalam kenyataannya, sebahagian di antara anda memuntahkan kebajikan-kebajikan yang anda perolehi pada siang hari sebaik sahaja malam tiba. Nah, anda fikirkanlah sendiri, apakah puasa dan bulan Ramadhan itu boleh mendatangkan keajaiban, sehingga hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luaran sahaja, anda dapat memperolehi kekuatan yang hanya boleh diperolehi dengan jalan berpuasa menurut cara yang ditetapkan?

Sebagaimana halnya enersia fizik hanya boleh diperolehi dari makanan setelah makanan tercerna dalam perut dan dibawa oleh darah kepada seluruh urat-urat tubuh; maka demikian pula kekuatan rohani hanya boleh diperolehi dari puasa bila orang yang berpuasa itu mengerti tujuan puasa, dan meresapkan pengertian itu ke dalam hati dan fikirannya, dan membiarkannya menguasai fikiran, motif, niat, dan perbuatannya.

PUASA: SARANAN UNTUK MENUJU TAQWA

Kerana itulah, setelah memerintahkan puasa, Allah mengatakan:

...Ia'allakum tattaqun.
"...agar kamu bertaqwa". (al-Baqarah, 2:183)

Ertinya, puasa diwajibkan kepada anda, dengan harapan mudah-mudahan anda boleh menjadi orang yang saleh dan bertaqwa. Di sini tidak dikatakan bahawa dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang saleh dan bertaqwa, kerana hasil puasa itu sendiri ter-gantung pada pengertian dan niat orang yang bersangkutan.

Barangsiapa yang memahami tujuan itu, dan dengan pemahaman tersebut cuba mencapai tujuan puasa, akan menjadi orang yang saleh dan taqwa. Tetapi, orang yang tidak memahami tujuan puasa itu dan tidak cuba untuk mencapainya, jangan diharap akan boleh memperolehi sesuatu dari puasanya.

**Akhir kata, Selamat Berpuasa 6 di bulan Syawal !


Afiqawe
5 Syawal 1429
Moscow

Wednesday, October 1

Jangan Menangkan Syaitan di Aidil Fitri !


Dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tidak boleh berlebihan sehingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

…….

Allaahu Akbar Allaahu Akbar Allaahu Akbar. Laa ilaa ha illAllaahuallahu akbar. Allaahu Akbar Walillaahilhamd.

Gema takbir berlabuh sudah. Kemeriahan Lebaran sudah pun dirasai. Anak-anak kecil kelihatan dimana-mana sahaja begitu sibuk membelek-belek baju lebaran yang menghiasai mereka.

Kaum Muslimin layak bergembira selepas sebulan penuh dengan suksesnya menempuh ujian kesabaran dari pada Allah (mudah-mudahan). Orang beriman yang telah sebulan berpuasa di siang hari, berdiri menegakkan solat tambahan di malam hari, dan melantunkan ayat-ayat suci Al Qur’an sepanjang hari, maka mereka ini layak disebut sebagai orang-orang yang menang.

Menurut sunnah Nabi saw, memang pada kedua-dua Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dianjurkan untuk memperlihatkan kegembiraan, bahkan diperbolehkan menonton permainan untuk memeriahkan Hari Raya. Itu sebabnya pula, pada hari raya dilarang untuk berpuasa. Berpuasa adalah wujud keprihatinan, sedangkan pada hari raya harus memperlihatkan kegembiraan.

Namun dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tak boleh berlebihan hingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

Banyak di antara perilaku hasil budaya umat Islam dalam merayakan hari raya kini telah tercampur dengan berbagai penyimpangan yang malah mencederai ajaran Islam. Hari Raya seolah-olah kini telah menjadi satu perayaan kebudayaan padahal ia adalah satu perayaan yang besar dalam agama Islam.

Coba kita lihat budaya makan yang berlebihan pada Hari Raya. Seolah-oleh membalas dendam kelaparan selama sebulan, kaum ibu mempersiapkan hidangan hari raya sepenuh ruang makan. Berbagai jenis makanan kecil maupun besar dipaksakan agar para tamu menyantap sepuas-puasnya. Setelah itu, jika kemudian ternyata berlebih, maka makanan penuh gizi tersebut menjadi penghuni tempat sampah. Mubazir. Padahal di dalam Al Qur’an disebutkan bahwa para pelaku mubazir adalah saudaranya syaitan!

Sungguh heran, jika sebulan berpuasa adalah untuk menumbuhkan rasa kebersamaan kita dengan kaum miskin yang papa yang senantiasa kelaparan, maka satu hari sesudahnya kita segera menghapus rasa tersebut dengan makan dan menyediakan makan secara berlebihan. Bagaikan panas setahun dihapus oleh hujan sehari! Tidak heran jika di sebuah negeri yang ada majoriti muslim, yang juga memiliki banyak jutawan dan orang berada, namun senantiasa setiap tahun jumlah orang miskin bertambah dan jurang pemisah semakin dalam dan berbeza. Rupanya ajaran Ramadhan yang begitu dalam dan mulia segera dihapus secara sistematis oleh budaya rakus, mubazir dan saudaranya syaitan.

Masih ada lagi perilaku budaya yang ternyata telah merusak hari fitri kita. Silaturahim, saling berkunjung adalah ajaran Islam. Namun apakah silaturahim dengan kaum kerabat boleh menampilkan perilaku jahiliyah?

Memamerkan kemewahan, berjabat tangan dengan yang bukan mahrom, bahkan sampai cium pipi antara pria dan wanita?

Demi tampil prima dan segak semasa di hari raya, seluruh anggota keluarga mengenakan baju-baju terbaik. Kalaulah cukup sampai di sini, tak masalah. Tampil ceria di hari raya memang sunnah dalam ajaran Islam. Tapi jika anggaran baju satu orang sampai melebihi gaji sebulan, maka di sini sudah berlebihan. Baju yang baik tak mesti mewah dan mahal apalagi bermerek. Bahkan baju terbaik konon berwarna putih, sebagaimana kafan yang kita bawa ke liang lahat! Sama sekali bukan yang berlebihan.

Sesudah berbaju mewah, model baju kaum ibu di hari raya-pun kadang bermasalah. Model baju muslimah memang sedang tren, namun modifikasinya sungguh menyesakkan dada. Sesak dada orang beriman yang berusaha menghindar dari aurat bertebaran yang dipertontonkan, dan sesak dada pria bermata jalang yang tak pernah mengerti makna puasa mata! Baju kebaya dengan sulaman berenda membuat kulit mulus pemakainya mengintip dari balik motif yang indah, membuat yang melihatnya ingin melihat sekali lagi dan sekali lagi.

Pada hari raya kaum ibu memastikan memakai semua perhiasannya, termasuk mempertontonkan perhiasannya yang paling berharga yaitu auratnya! La haula walaa quwwata illa biLLah. Syaitan tertawa melihat si pemakai dan si penonton dicatat malaikat Atid atas kelakuan mereka.

Ke manakah bekas-bekas wudhu dan tarawih yang dilakukan setiap malam? Ke manakah bekas-bekas ’ittikaf dengan tumpahan air mata di atas sejadah? Bukankah saat-saat syahdu tersebut telah membuat kita haru biru memohon petunjuk Allah berkali-kali agar tak tersesat? Namun mengapa ketika sajadah dan Ramadhan sudah jauh kita menjadi lupa menahan diri dari godaan syaitan?

Syaitan pula yang dituduh-dituduh di sini. Syaitan yang merupakan pengikut Iblis dan turunannya adalah makhluk-makhluk Allah SWT yang memang sudah bertekad bulat menyesatkan kita. Syaitan membuat seribu satu tipu daya untuk menyesatkan dan menipu kita. Keburukan dibungkus label seolah kebaikan, sehingga sunnah untuk bergembira di hari raya berubah menjadi pesta pora berlebihan dan penuh kemewahan serta kemubaziran di hari raya. Anjuran memakai baju terbaik di hari raya untuk menunjukkan kegembiraan berubah menjadi ajang jor-joran, pamer perhiasan dan aurat yang sudah jauh dari ajaran Islam.

Syaitan tidak langsung mencegah kita dari kebaikan, salah satu tipuannya yang paling efektif adalah membuat orang yang melakukan kebaikan dengan niat baik dibuat berlebih-lebihan sedikit demi sedikit. Jika setiap yang sedikit berubah kita mulai perturutkan, maka lama kelamaan kita terseret jauh dari kebenaran.

Jika saja semua pelajaran Ramadhan tetap terbawa di hati, tak mungkin perilaku berlebihan ini menjadi kebiasaan yang semakin mengikat hati kita. Jika saja pada setiap hari di luar Ramadhan kita selalu teringat pelajaran-pelajaran Ramadhan, maka niscaya di Ramadhan tahun berikutnya kita menjadi semakin mengerti makna ajaran Allah Yang Maha Mulia ini.

Jika saja semua doa dan harapan yang diucapkan di malam-malam Ramadhan menjadi warna harapan dan motivasi kita di luar Ramadhan, maka niscaya kita tak akan lupa diri sama sekali.

Persoalannya, apakah kita sudah jujur dengan doa-doa yang kita ucapkan? Apakah benar kita memang memohon petunjuk Allah ketika kita membaca surah Al Fatihah? Lantas mengapa kita lupa aturan Allah justru di hari yang seharusnya kita sudah dinyatakan menang?

Ataukah kita ini hanya boneka hidup yang menjadi objek permainan syaitan yang mana selama sebulan Ramadhan mereka terikat sehingga kita seolah-olah soleh, kemudian ketika mereka sudah ”terlepas” di hari pertama Syawal maka otomatiknya kita kembali menjadi pengikut mereka?

Bukankah kita adalah makhluk yang mempunyai kemampuan berfikir dan memilih? Kita sama sekali bukan boneka syaitan. Maka seharusnya kita tetap menghidupkan Ramadhan di sepanjang tahun-tahun hidup kita setiap harinya.

Renungkanlah ucapan yang disunnahkan di hari mulia Aidil Fitri:
”Taqobbalallaahu minna wa minkum, kullu aamnin wa antum bi khoir”
(Semoga Allah Menerima amal kami dan kalian, semoga sepanjang tahun Anda selalu dalam kebaikan).

Ramadhan adalah perbekalan kita setahun ke depan, jangan menangkan syaitan di hari Fitri.

Allahumma ja’alna minal aa idiin wal faidzin. (Ya Allah jadikanlah kami orang yang kembali dan orang yang menang). Amin.

(Diolah daripada eramuslim.com)


** Alhamdulillah, Ramadhan dan Syawal kali ini terasa penuh bermakna untuk saya dan zaujah yang buat pertama kali mengimarahkannya bersama-sama. Satu syawal tahun ini tatkala rakan-rakan lain berpeluang bersolat sunat aidilfitr di kedutaan dan menikmati juadah pagi di sana, kami dan beberapa yang lain terpaksa ke kelas, namun masih tetap menyambut kegembiraan aidilfitr itu bersama-sama.

Satu persoalan; Mengapa telah menjadi satu kepelikan yang amat apabila ada yang tidak memakai ‘baju raya’ pada pagi satu syawal, tetapi tidaklah pula menjadi satu kepelikan langsung apabila ada yang tidak bersolat sunat aidil fitri (meskipun ia adalah sunat) ? Fikir-fikirkanlah….

Apapun,


Taqaballahu Minna wa Minkum!


Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin specially untuk Mak dan Bapak, Along, Arif, Ikah, Mak Long dan CikYah di Shah Alam, dan juga Mak dan Ayah di Simpang Renggam, dan juga semua sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan….


Wassalam wrt

Afiqawe
2 Syawal 1429
Moscow