Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Sunday, July 4

Sekeping Diplom

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tiada kalimah lain yang lebih layak diungkapkan atas kurniaan yang Allah telah berikan kepada saya.

Syukur kepada Allah swt dengan nikmat Iman dan nikmat Islam yang dikecapi sehingga saat ini. Saat dimana jari-jemari ini dapat menaip perkataan-perkataan untuk posting kali ini setelah sekian lama tergendala.

Jika dua nikmat ini tidak dirasai lagi atau ditarik balik, tidak dapat untuk saya bayangkan bagaimana gelapnya dunia ini tanpa cahaya petunjuk Allah swt itu. Nauzubillah, moga dijauhkan daripada kegelapan jahiliyyah sedemikian.

Enam tahun telah berlalu di bumi soviet ini. Sekarang ini sekejap sangat rasanya masa-masa itu. Sekeping Diplom yang meluluskan saya dan isteri untuk masuk berkhidmat, bekerja dalam dunia perubatan dan kesihatan telah pun dicapai.

Hari terakhir sekolah
 Penat bergambar selepas majlis graduasi
Berkelah di Red Square

Saya akui yang saya ini tidaklah secemerlang untuk mencapai Krasni, tapi saya sentiasa memohon dengan Allah swt agar segala ilmu dan usaha kami untuk mencapai kejayaan dunia ini diberkati dan diredhai olehNya. Moga-moga juga segala dosa atau maksiat dalam menuntut ilmu ini, yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan oleh kami, lagi-lagi waktu zaman-zaman jahiliyyah dulu diampuni oleh Allah swt.

Enam tahun itu pun banyak kenangan dan pengalaman pahit manis dan suka duka dilalui. Insya Allah andai ada kesempatan dan ruang, akan saya share untuk semua. Mana yang baik dan buruk itu bolehlah diambil sebagai panduan dan tauladan.

Jazakumullah khairan kepada semua yang telah banyak membantu kami dalam apa jua perkara sepanjang hidup di sini. Jazakumullah khairan juga kepada semua yang sudi membaca tulisan-tulisan di blog ini.

Insya Allah, saya akan cuba terus menulis untuk berkongsi ilmu dan pengalaman.

Wassalam.

Moscow, 4 July 2010
Dr Mohd Afiq

1 comment:

Nazri Wafi- nadkangkong@gmail.com said...

Congrats2!All d best...! Nnt kalo da start keje jgn lupa share pengalaman. Smoga Allah sentiasa cucuri rahmat n bahagia slalu k ;)