Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Friday, November 30

Zikir....



Berzikirlah...
Berzikirlah pada waktu pagi dan petang...


Berzikirlah...
Sesungguhnya, mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang...

Berzikirlah...
Pujilah Dia, Agungkanlah Dia, dan Besarkanlah Dia...

Berzikirlah...
Daripada mulutmu yg tak henti drpd kejian, umpatan dan ngarutan,
Baik basahi bibirmu itu dengan kata-kata yang mulia...

Berzikirlah...
Bukan hanya di dalam solat dan selepas solat,
Tapi pada sepanjang waktu...
Dikala duduk, baring, terlentang, mahupun berjalan...

Berzikirlah...
Sungguh senang utk mengatakannya...
Tinggal nak atau tidak sahaja lagi...

dan Berzikirlah...
Kerana semut pun berzikir...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...


Tuesday, November 27

Kejutkan Mereka.....!!!



"...Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar.

Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur itu supaya setiap satunya bangun dan mereka mesti menyedarkan manusia itu akan keadaan
masing-masing untuk menjauhkan diri daripada api.


Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur daripada bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga daripada tidur.

Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur.

Jadi, mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu, dan kemudian barulah diberikan peringatan dan kesedaran..."

---------------------------------------------


Hai orang yang berkemul (berselimut),

bangunlah, lalu berilah peringatan!

dan Tuhanmu agungkanlah,

dan pakaianmu bersihkanlah,

dan perbuatan dosa tinggalkanlah.


Sunday, November 25

Takziah akh Idham...

Takziah akhi..
Sabarlah dan berdoalah banyak2...
Ada hikmah atas ujian sebesar ini...

Ana pun terkejut dan turut sedih bersimpati...
Macam baru je bertemu dgn arwah masa perhimpunan umno last year & masa sunathon...
Tak sempat sgt nak mengenali arwah yg memang seorang berjiwa, bersemangat besar dan byk sumbangannya ini...

Subhanallah.

Sungguh, segala-galanya teratur rapi atas kehendak dan kekuasaanNya...
Buat jadi pengajaran kpd kita semua dalam menghadapi sesuatu yg sudah pasti...
Moga arwah termasuk di kalangan yg beriman...
Amiin...

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Abu Hurairah ra berkata, “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Semua ummatku selamat, kecuali yang terang-terangan berbuat dosa (Al Mujahirin). Dan termasuk dari mujaharah yaitu seorang berbuat dosa di waktu malam gelap, mendadak pagi-pagi diceritakan pada lain orang, padahal semalam itu Allah telah menutupinya, tetapi pagi-pagi lagi ia membuka apa yang ditutupi Allah itu.”( HR. Bukhari, Muslim.)

Al Mujahirin adalah orang yang secara terang-terangan membuka aibnya sendiri dengan tanpa rasa segan dan malu, walaupun Allah swt telah menutupinya (yakni orang lain tidak mengetahuinya). Orang inilah yang tidak akan selamat daripada azab Allah. (Nauzubillah min zalik)

Jika dilihat, golongan ini berada di mana-mana sahaja. Samada saya, kamu, atau dia... Semua daripada kita berpotensi untuk menjadi mujahirin dalam sedar ataupun tidak, mahu atau pun tidak, sengaja ataupun tidak..

“Semalam aku tgk drama *tuuut*.., wah.. panas dowh.. ” - membuka pekung di dada tanpa segan silu. Ditambah lagi dengan;

“Aku rasa ko pun patut layan jugak dowh..”

Mungkin juga, tanpa segan silu mengajak untuk membuat dosa beramai2..

“Aku bukan nak mengata, tapi kan, Minah X tu kan, @#%$&*,,”

“a’ah… bukan tu je.. die tu !#$%&*… lepas tu @#%$* dan pulak tu...”

Dan banyak lagi contoh yang lain...

Membuka aib diri ini terjadi apabila kita rasa amat berbangga dan suka setelah melakukan sesuatu perkara maksiat itu. Maksiat itu dirasakan indah, terhias dan bersinar-sinar bergermilapan, walhal ia terang-terangan bertentang dgn Islam. Dan andainya diri tak dapat menceritakan 'cerita best' masing-masing, seolah-olah ada perasaan yg membuak terpendam di hati kerana tidak dpt meluahkannya. Hati akan menjadi begitu gusar dan gundah-gulana akibat masih tidak ada sesiapa lagi yg tahu maksiat apa yg telah dibuatnya.

Begitulah sekiranya al-Islam dan al-Jahilyyah tak dpt kita bezakan. Maksiat dan dosa akan dianggap sbg perbuatan yg manis lagi menguntungkan sehingga tak ada rasa segan dan malu dihadapan org ramai. Kita juga mudah terpujuk dengan pujukan yang amat kuat, sehingga dengan serta merta melakukan perbuatan memalukan itu tanpa berfikir panjang.

Wahai saudaraku, malu adalah sifat yang perlu dipelihara, malu kepada Allah, malu daripada berbuat jahat, malu daripada berbuat fahsya’ dan mungkar. Malu bila namanya tercemar akibat berbuat kejahatan. Sifat yang sangat mulia ini sebenarnya telah ada dalam diri manusia sejak dilahirkan. Namun kadang-kadang sifat yang demikian terkikis dan hilang setelah manusia lupa kepada Allah dan lebih cenderung kepada merebutkan kelazatan dunia.

Bagaimanakah cara memupuk rasa malu itu? Allah dah mengajarkan kita supaya kenal kembali fitrah tujuan Allah menciptakan kita dan seluruh Alam Raya ini. Tunduk, patuh dan berserah dirilah kepada Allah swt. Banyakkanlah MemujiNya, MembesarkanNya dan MengagungkanNya agar diri dapat kembali mengenal Tuan Penciptanya dan seterusnya mengenal tujuan dan matlamat penciptaan dirinya.

Andai kita bersungguh-sungguh ingat kepada Allah, selalu shalat, bertasbih kepada Allah, mengikuti jalan hidup Rasulullah, Muhammad SAW yakni sunnahnya, Insya Allah hati nurani kita akan sentiasa hidup, sehingga sentiasa terjagalah rasa malunya. Ibadah-ibadah khusus yang diajarkan Rasulullah juga adalah sesuatu yang digalakkan dilakukan secara disiplin walau sangat-sangat sibuk sekalipun. Ibadah-ibadah itulah yang dapat menjadi energi yakni kekuatan bagi kita untuk selalu memiliki rasa malu kepada Allah dan seterusnya dapat mempertahankan kemuliaan, sebagai suatu nafas ruhani yang sangat segar.

Ingatlah, terbakar oleh lilin dan penunu bunsen pun tak termampu untuk kita tahan, apatah lagi bakaran api neraka yang marak menyala.. Oh Tuhan, peliharalah kami daripada azab- Mu yang amat pedih. Tutupilah aib kami dan hindarkanlah kami dari melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, baik terang-tarangan mahupun yang tersembunyi. Sungguh Kau Maha Melihat lagi Mengetahui.

Ayuh, masih belum terlewat untuk kita membuat penghijrahan dan perubahan untuk menjadi yang lebih baik (menjadi muhajirin) !!!

MUHAJIRIN atau MUJAHIRIN?

Marilah sama2 kita renungkan..

-------------------------

DOA PILIHAN:

..dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

Al-kahf, 18:24


***Sumber : NowWhy2
V 2.0.3 :15-21 Zulqaedah1428 H PPIM MSC - RSMU

Tuesday, November 20

Solat dan kegembiraannya...

Sembahyang yang dilakukan pada zaman ini lebih banyak mendatangkan kegembiraan kerana setelah manusia hari ini menghadapi pelbagai kecanggihan, mereka merasa jemu, bosan dan boring. Sembahyang yang dilakukan dapat menyingkatkan kehidupan mereka yang membosankan itu menjadi beberapa jam sahaja dengan memberikan mereka kehidupan yang tenang dan fikiran yang lapang. Jika teori Einstein berkenaan kerelatifan atau kenisbahan waktu adalah benar, maka di dalam sembahyang mungkin teorinya benar;

"Betapa besar hikmat kenapa sembahyang difardukan kepada kita antara beberapa tempoh waktu yang tertentu. Agar ruh kita sentiasa selama-lamanya berhubung atau bersedia untuk berhubung dengan tuhannya. Orang yang paling lemah ruh agamanya sekalipun akan mampu untuk mengawal dirinya kerana selepas menunaikan sesuatu sembahyang fardu, dia akan merasakan bahawa dia akan mengadap tuhannya sekali lagi pada sembahyang fardu berikutnya.....

Oleh itu, dia merasa takut untuk berdiri di hadapan tuhannya dalam keadaan bersalah atau berdosa. Kemudian jika dia berjaya mengawal dirinya selepas menunaikan sembahyang fardu itu, maka dia akan mengingati bahawa selepas itu terdapat sembahyang fardu yang lain lagi yang akan tiba masanya hanya beberapa ketika sahaja lagi.....

Oleh itu, seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan jiwa yang mempunyai azam yang tinggi dan kesucian sepanjang umurnya dalam keadaan dan bentuk yang sama, tidak berubah sama sekali, seolah-olah meskipun umurnya yang panjang, namun sembahyang fardu yang ditunaikannya hanya seperti amalan dalam tempoh beberapa jam sahaja."

Panjang kehidupan adalah sesuatu yang relatif.

Ia amat panjang, gelap dan menggerunkan… bagi seorang yang jahil.

Ia adalah pendek, mudah dan bercahaya… bagi seorang yang bersembahyang.

Kehidupan seorang jahil: Kebekuan yang berterusan.

Kehidupan seorang yang bersembahyang: Pergerakan yang menambahkan kebenaran, atau memperbetulkan kebengkokan.

Ia adalah seruan Allahu Akbar yang menamatkan kebekuan tersebut dan merintiskan satu pergerakan.

Allahu Akbar!

Saturday, November 17

Ahmad oh Ahmad...

(Ahmad, bukan nama sebenar)

Ahmad : Awe, aku suka la sangat kat dia tu...

Awe : Dahtu... Gi la masuk kawen!

Ahmad : Ada hasrat gak. Tapi, tak mampu la... Ish, Takkan nak main 'chop-chop' pulak (couple). Dosa!

Awe : Dah tau tak mampu, puasa la... Tahan nafsu tu!

Ahmad : Dah puasa pun... Tapi, rasa nak jugak la... Dia tu kan, dengan agamanya, akhlaknya, pandainya dan cantik pun bleh tahan..

Awe : Lorgh.. Kau ni...

Awe : Haa'.. Tundukkan pandangan tu! Dah.. Takyah ngade-ngade lagi nak 'usha' anak dara orang... Yang ni lagi dosa bila tak jaga mata... Free-free je kena panah dengan setan.

Ahmad : Aduh, terkena la plak...

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
(An-Nur, 24:30-31)

Nabi s.a.w. bersabda: “Pandangan mata itu (laksana) anak panah
beracun dari berbagai macam anak panah Iblis.”
(Riwayat Ahmad)

“Dan janganlah kamu dekati zina.
Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.”

(Al-Israk: 32)

Thursday, November 15

Aku Heroes Dota...


Bacalah kisah di bawah ini. Ada seorang sahabat bagi & suruh saya postkan pada blog.... Moga-moga luahan keinsafan dan semangat ingin berubah dia akan memberi pengajaran dan tempias juga kepada kita semua. Insya Allah saya akan bantu dia...

dan kita pula bagaimana?
----------------------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah.. Baru kali ini aku benar-benar dapat melihat kebesaran Mu ya Tuhan...

Sungguh tak disangka-sangka, pelawaan classmate aku yang pada asalnya memang aku tolak awal-awal dan kemudian hanya 'terpaksa' mengisi borang akibat terikat dengan janji kerana dia ada tolong membelikan barang, rupa-rupanya ada muslihat yang cuba Tuhan selitkan.

||| Autumn Retreat 2007 - Moscow |||

Di sinilah hati ini disentuh oleh tuan penciptanya. Hati yang tidak pernah beriman barangkali. Hati yang buta. Hati yang penuh dengan kejahiliyyahan walaupun pada zahirnya - muka dan paras rupaku, aku adalah seorang Muslim. Kesedaran yang datang itu aku terasa seolah-olah ada satu cahaya nur telah disulurkan pada hati yang gelap ini.

Pada asalnya, niat aku datang ke situ adalah untuk bersantai sahaja. Ya lah kan, datang pun sebab dah terikat janji untuk datang. Jadi, tiadalah mengharapkan apa-apa sangat. Disamping itu, boleh la juga aku berkenalan dengan member-member baru dari uni-uni yang lain.

Pada permulaan sesi program hari itu, aku memang agak blur.... Apakah yang diaorang cuba sampaikan dalam program nih? Aku masih tidak jelas... Namun, lama-kelamaan, sedikit demi sedikit aku tersentuh. Tergaman, terkejut... dan juga rasa semakin tersebak di dada....

Aku semakin terasa jelas akan matlamat program itu. Dari situlah aku mula sedar yang kita hidup ini bukanlah saja-saja je hidup. tapi... Ada Tujuan dan Ada Matlamatnya. Tuhan Maha pencipta dah letakkan segala-galanya untuk mengapa kita dijadikan olehNya di atas muka bumi.

Macam la juga main Dota; Heroes dicipta bukanlah sekadar perhiasan, tetapi perlu meng'attack' dan pandai merancang strategi untuk tawan yang bukan sekadar towers sahaja, tetapi keseluruhan kawasan musuh.


Sedangkan game 'cikai' macam itu yang dicipta oleh manusia itu ada tujuannya, inikan pula manusia yg dicipta oleh Allah, pencipta yang lagi maha Agung. Masya Allah...

Astaghfirullah...
Baru hari ini aku sedar yang aku ni dah lama 'lupa' tujuan aku dicipta.

Kalaulah aku ini part of the Heroes dalam Dota, confirmnya-lah aku tak terpilih untuk dimainkan oleh mereka (gamers) tu.
Sebab apa? Sebab aku tidak melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberi. Baik 'delete' sahaja daripada menjadi karakter hero, buat menyemak je....


Ya Allah... Syukur pada Mu... syukur yang aku masih lagi tidak di 'delete' kan oleh Mu ya Allah. Kini, aku sedar yang aku masih lagi berperanan dalam karakter Hero walaupun tidak bertugas seperti Hero.

Terima kasih ya tuhan... Kau masih memberi ku peluang. Aku berjanji peluang kali ini untuk menjadi Hero takkan aku persia-siakan...

Ampunilah dosa-dosaku kerana sering melupai Mu ya Tuhan. Berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah di jalan ini dan Sinarilah hatiku dengan cahaya nur hidayahMu.. moga aku juga terus kuat dan tabah...

Aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua atas kejayaan dalam menjalankan program sebegini yang cukup hebat. Terima kasih juga kerana telah memandu kami ke arah ini...

Pengisian macam ini telah membuka minda, mencelikkan hati dan membuatkan aku dan kami semua berfikir sejenak - Siapakah sebenarnya kami ini? Apakah peranan kami? dan Apakah realiti yang berlaku kepada Umat Islam ini sekarang.? Yah! Akan aku cuba sampaikan apa yang aku dapat pada hari itu kepada member-member yang lain juga.

Tidak pernah seumur hidup aku untuk meluangkan masa untuk berfikir ke arah itu. Aku telah banyak membuang masa denga Dota ku itu... 24 jam ku dulu adalah Dota, Dota dan Dota.... Dah jadi jaguh Dota beberapa kali pun entah dapat apa tah? Dulu.... apabila rakan mengajak solat berjemaah, selalu sahaja aku menolak.. Apatah lagi bila azan islamic finder di komputer berkumandang... Solatku tu selalu saja aku jamakkan, bagi mudah sket aku nak main Dota... kadang-kadang srazu 3 terus bila subuh dah tak bangun...

Aduih, sungguh tertipunya aku... Mudahnya taghut, jahiliyyah, al-hawa dan barat menghancurkan aku... Setan hantar 'tentera' Dota je untuk kalahkan aku? Waarghh... malu nya!!!!

Kawan-kawan... Meh la kita berhenti main Dota !!!... Main Dota tu tak dapat menambahkan walau sedikit pun Keimanan kita kepada Allah... Tapi, lagi melalaikan kita semua pulak adalah...
lalai daripada study, tanggungjawab kita kepada umat dan paling penting lalai daripada tanggungjawab kita kepada Allah swt, Rasulullah saw, dan ibu bapa kita...


Tak payah la lagi nak guna sebab -- boleh menajamkan fikiran, boleh develop fikiran yang kreatif, boleh merapatkan 'ukhuwwah', pandai memanfaatkan masa dll.... semua tu KONON & ALASAN kita je untuk bermain..

Jom! Banyak lagi perkara yang kita dah lama tinggal - Baca Quran, Solat Jemaah, Usrah (ini lagi lama!!!) dan belajar in group....

Jom! Kita bangkit semula...! Bina balik kegemilangan Ummah ini...!

*edited from original version.