Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, April 29

Masih ada masa...


Sedikit demi sedikit MEREKA menarik KITA ke arah jalan mereka, cara hidup mereka dan sosial, budaya serta pemikiran mereka. Mereka akan berusaha walaupun sampai ke lubang biawak supaya kita akhirnya mengikut kegemaran dan kelaziman mereka.

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ya, anda mampu mengatakan TIDAK!
Anda mampu melaungkan TAK NAK!
Dan Hati anda mampu menolaknya!

Cepat, masih ada masa untuk mengubahnya!


Wallahualam.

Baca juga :
http://afiqawe.blogspot.com/2007/12/sedikit-demi-sedikit.html

Tuesday, April 28

Satu, Dua, dan Tiga...

"Mana boleh buat peraturan macam ni!" keluh seorang AJK sebuah persatuan kepada pengarah projek program sukan.


Dia bimbang jika beberapa 'rules' yang bakal diperkenalkan akan mengurangkan minat pelajar-pelajar, apatah lagi pelajar non-muslim yang mesti menganggap program itu adalah untuk Muslim sahaja.


Manakan tidak, galakkan menutup aurat, zon sempadan gelanggang perempuan, berehat untuk solat serta menjaga pergaulan lelaki dan perempuan; semuanya adalah antara peraturan-peraturan yang difikirkannya yang mungkin akan mengurangkan bilangan penyertaan.


"Betul itu! Orang ramai tak dapat terimalah kalau kita buat semua ni..." tambah seorang lagi.


"Yang non-muslim lagilah takkan faham" tegasnya.


"Bertenang... Kita tidak akan kuat-kuasakan pun. Pada peringkat awal ini, kita cuma nak galakkan sahaja" jawab pengarah projek itu dengan ringkas.


"Peserta muslim digalakkan untuk menutup aurat, digalakkan untuk solat pada awal waktunya dan digalakkan agar tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan."


"Simple sahaja kan? Insya Allah, kalau ada yang dah faham, dia akan sentiasa beringat. Kalau yang terlupa, dia akan tersedar dan kalau yang belum faham tu, nanti kita akan bagi kefahaman untuk mereka" jelasnya lagi.


Ajk itu masih tidak berpuas hati. "But, still..........."


Dalam cerita yang lain,


"Ahmed, boleh ke tak aku tak nak pergi ni…?"


"Kenapa? Kenapa ni? Cuba cerita sket kat aku..."


"Ye la, kau tau kan majlis-majlis macam ini, mana boleh..."


"Hurm... Kenapa kau rasa tak boleh?"


"Ala, kalau setakat makan-makan tu, aku rasa tak apa lagi. Tapi, ini siap ada persembahan dan tarian yang pelik-pelik tu. Jauh betul daripada budaya ketimuran kita, apatah lagi dengan Islam.”


“Jadi, kau nak apa sekarang?”


“Itulah yang aku pening tu. Kalau tak pergi nanti, orang kata kita tak ‘supportive’. Tapi, kalau pergi, akulah pulak yang bertentangan dengan Islam… Ish, aku tak faham juga kenapa ramai sangat orang kita nak pergi. Dah jelas benda tu Syubahah kan?”


“Hurm…”


“Dah la projek manager itu classmate aku. Aduih… Macam mana ini Ahmed??? Tolong la aku!...”


“Kau nilai-lah kehendak dan matlamat kau itu dengan Iman yang ada… Insya Allah, ada jalan keluarnya nanti…”


Begitulah kita pada hari ini.

Tersempit dan terperangkap dalam dua situasi akibat ketidak-fahaman.


Tatkala kita menjadi penganjur, kita terpaksa berusaha untuk me-minimumkan ciri-ciri dan sistem-sistem Islam agar dapat memenuhi kepuasan dan kehendak orang ramai. Jika tidak, kita akan rugi.


Tapi, tatkala kita menjadi jemputan, kita sekali lagi terpaksa beralah dengan merelakan diri kita untuk tunduk dengan sistem Jahiliyyah moden yang segala-galanya telah ‘dinampak baikkan’ agar dapat memenuhi matlamat-matlamat yang tidak jelas.


Kita pula cuba menyedapkan hati dengan pelbagai alasan supaya tidak bersalah dengan Allah swt.


Dan dalam kedua-dua hal itu, sampai bila-bila pun Islam yang diiktiraf sebagai cara hidup ini tidak akan dapat diaplikasikan.


Perkara ini tidak langsung ada masalah dalam Islam,

tetapi sebenarnya yang bermasalah adalah dalam Muslim itu sendiri.

Jadi, marilah kita muhasabah untuk kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.


Masih belum terlambat untuk membuat perubahan.


Wallahualam


Ù„َÙƒُÙ…ْ دِينُÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„ِÙŠَ دِينِ
"Untuk kamu cara hidup kamu,

untuk ku cara hidup aku"


(al-kafiruun : 5)


Saturday, April 25

Bila tak terasa...

orang yg TERASA dahaga akan mencari-cari air…

orang yg TERASA lapar akan mencari-cari makanan…

orang yg TERASA tak cukup pandai akan mencari-cari ilmu…

dan

hanya orang yg TERASA diri tak baik sahaja yg akan cuba memperbaiki dirinya…

hanya orang yg TERASA kering hatinya sahaja yg akan mencari-cari pengisian untuk hatinya…

hanya orang yg TERASA Islam berada di bawah sahaja yg akan berusaha untuk menaikkannya semula…

dan

hanya orang yg TAK TERASA APA-APA SAHAJA yg akan DUDUK BERGOYANG KAKI, MENONTON FILEM DRAMA serta BOLA, BERMAIN GAMES dan MENGHABISKAN MASA TERLUANGNYA seharian…