Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, December 10

Tentang Solat Berjemaah...


Reply sket daripada blog Pok We berkenaan surau kita...


Malanglah di antara kita orang-orang yang meringan-ringankan solat berjemaah di masjid. Sedangkan Nabi SAW sendiri sangat memberatkan solat fardhu berjemaah di masjid hinggakan ketika Baginda SAW sakit tenat sekalipun, Baginda SAW dipapah oleh Sahabat RA untuk mengerjakannya. Ini menunjukkan betapa berat dan besarnya Baginda SAW ingin menyatakan kepada ummatnya bahawa solat fardhu itu memang dilakukan secara berjemaah dan di masjid.


Selain mengikut Sunnah Nabi SAW, ia juga memberi syiar kepada orang bukan Islam bahawa Ummat ini bersatu! Tentu mereka berasa gerun apabila tatkala masuk sahaja waktu solat yang lima, maka penuhlah surau dan masjid! Seorang General Yahudi yang tersohor bernama Moshe Dayan juga pernah berkata... "Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan Yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat Jumaat".


Teringat semasa saya bercuti di Istanbul, Turki pada 2 tahun lepas. Di situ, dapat dilihat begitu banyak masjid di seluruh bandar itu. Masjid-masjid itu hampir kebanyakannya telah dibina sejak zaman khalifah dahulu. Bukan sahaja banyak, malah berdekatan antara satu sama lain. Apabila masuknya waktu solat, azan yang berkumandang akan dapat didengari dari pelbagai sudut dan arah, hinggakan tidak putus-putus selama 5 hingga 7 minit. Masjid yang dibina begitu banyak pada masa itu, pada anggapan saya (tak belek pun buku sejarah), adalah kerana jemaah muslimin yang begitu ramai hendak mengerjakan solat berjemaah di masjid.


Berbanding kita pada hari ini...


Kita patut berasa sedih melihat keadaan surau dan masjid di seluruh alam kosong. Sesetengah masjid dibina begitu lawa dan besar, tapi malangnya hanya menjadi 'muzium' untuk orang (terutamanya yang belum Islam) datang melawat. Ya, masjid yang lawa, berseni, dan besar adalah satu cara untuk penyebarkan syiar Islam, tetapi kita disarankan untuk membangunkan surau atau masjid ini dengan manusia. Memenuhkannya dengan manusia.


Apakah akan berlaku jika surau/masjid-masjid ini tidak di-imarahkan? tidak di-bangunkan?


Mungkin kita dapat lihat apa yang berlaku kepada gereja-gereja di negara-negara Eropah atau Moscow ini sendiri, bagaimana keadaannya. Semasa saya ke UK pada cuti tahun lepas, salah satu tempat pengisian adalah di sebuah Masjid atau Islamic Center. Pada awalnya, saya agak pelik, kerana pusat itu tidak mempunyai reka bentuk sebuah masjid langsung. Malah, ia menyerupai bentuk sebuah gereja dan tanggapan saya betul yang masjid itu rupa-rupanya terletak dalam sebuah bekas gereja. Gereja dahulu itu telah terpaksa dijual kerana tidak digunakan dan dalam pada masa yang sama ada 'demand' yang tinggi daripada orang muslim untuk bersolat jemaah di satu tempat.


Dan sebenarnya, hal ini boleh juga berlaku pada masjid kita. Andai surau atau masjid itu tidak dibangunkan oleh umat Islam sendiri, Allah boleh saje untuk tarik semula nikmat yang Dia berikan itu. Caranya; ada berbagai-bagai. Tengok kita sendiri la kan… kalau sesuatu benda itu diberi ‘pinjam’ tapi kita buat macam nak-tak nak je, tentulah tuan barang itu akan ambil atau tarik semula barang dia itu kan?....


Saya tidak mengatakan surau kita itu terpaksa ditutup semata-mata disebabkan oleh salah kita sendiri yang tidak meng-imarahkannya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain (cth; sebab nak buat kitchen dll) Tapi apa pun, kita tahu semua yang berlaku ini adalah daripada Allah juga. Cara Allah nak tarik satu nikmat itu ada pelbagai cara dan hikmah penutupan surau ini juga hanya Allah sahaja yang lebih tahu. Bagi kita, ada pengajarannya yang mesti diambil.


Sementara itu, kalau kita lihat pada hari ini ramai yang berfikir bahawa solat fardhu berjemaah bersama keluarga dan isteri adalah lebih baik, sedangkan ia tidak pun ditunjukkan oleh Nabi SAW. Jika ada sekalipun, Nabi SAW berjemaah dengan isterinya, hanyalah dengan solat-solat sunat sahaja. Yang dimaksudkan dengan jangan dibiarkan rumah-rumah kita menjadi kubur ialah dengan mengerjakan solat-solat sunat di rumah, bukannya solat yang fardhu.


Kemudian, timbulah pula persoalan, "Adakah 27 gandaan pahala hanya dapat kepada si suami?" Sudah tentu tidak! Allah SWT itu Maha Adil. Segala pahala suami akan dapat pada isteri juga selagi mana si isteri taat kepada si suami (selagi bukan maksiat). Sebab itu, mana-mana isteri yang faham, maka dialah pula akan menyuruh atau menggalakkan si suami itu mengerjakan solat secara fardhu di masjid kerana bahagian kepadanya pun akan dapat.


Beberapa Dalil-Dalil Bukti Solat Berjemaah & Solat Di Masjid - Implikasi dan Aplikasinya


Berulang kali Allah SWT menyebut Solat di dalam Al-Quran. Allah SWT meninggikan kedudukannya, Allah SWT memerintahkan agar memelihara dan melaksanakannya dengan berjemaah. Dan Allah SWT peringatkan bahawa meremehkan dan bermalas-malasan dalam melakukan solat berjemaah merupakan ciri orang-orang munafiq, sebagaimana firman-Nya:-


"Peliharalah segala solat(mu) dan peliharalah solat Wustha (yang ditengah-tengah yakni Asar). Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk". (Al-Baqarah; 238)


Dan bagaimanakah kita ingin mengetahui sama ada kita memelihara solat ataupun tidak? Padahal kita telah meninggalkan solat berjemaah bersama-sama suadara-saudara lain dan menganggap remeh kedudukannya. Sedangkan Allah SWT telah berfirman:-


"Dan dirikanlah solat, tunaikan zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk.”(Al-Baqarah: 43)


Ayat di atas secara tegas menjelaskan kewajipan melakukan solat dengan berjemaah dan menyertai solat orang-orang yang solat; dan sekiranya yang dimaksud oleh ayat tersebut hanya menegakkannya saja, maka tidak jelaslah hubungan maksud pada hujung ayat ,"...dan rukuklah kamu bersama-sama orang-orang yang rukuk", kerana Allah telah memerintahkan agar menegakkannya pada awal ayat.


Dan aplikasi serta implikasi sewaktu Jihad / Qital pun Allah SWT juga berfirman:

"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) beserta mu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan serakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka denganmu, dan hendaklah mereka bersiap-siap dan menyandang senjata.” (An-Nisa: 102).


Pada ayat di atas Allah TETAP mewajibkan solat berjemaah dalam situasi perang dan penuh ketakutan. Apatah lagi sewaktu keadaan damai kan? Kalau sekiranya seseorang itu dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, nescaya para tentera yang berbaris menghadang musuh dan orang-orang yang terancam serangan musuh itu lebih berhak untuk meninggalkan solat berjemaah. Oleh kerana hal itu memang tidak dibolehkan meninggalkan solat berjemaah, dan dapat kita ketahui bahawa solat berjemaah itu termasuk kewajipan yang sangat penting, dan tidak diperbolehkan bagi seorang pun meninggalkannya.


Dan di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim terdapat hadith dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (mafhum):


"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu bakar menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


Di dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: (mafhum)

"Kalau sekiranya tidak kerana isteri-isteri dan anak-anak berada di dalam rumah mereka, nescaya aku bakar rumah mereka."


Di dalam Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud RA meriwayatkan: (mafhum)


"Sesungguhnya kami telah menyaksikan, bahawa tidak ada yang meninggalkan solat berjemaah (pada zaman kami) kecuali orang munafiq yang telah jelas kemunafikannya, atau orang sakit. Padahal ada di antara yang sakit berjalan dengan diapit oleh dua orang untuk mendatangi solat berjemaah".


Dan Abdullah bin Mas'ud RA juga meriwayatkan: (mafhum)

"Sesungguhnya Rasulullah SAW. telah mengajari kami sunnah-sunnah agama, dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah solat di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya".


Dan di dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud berkata: (mafhum)

"Barangsiapa yang ingin berjumpa Allah di kemudian hari dalam keadaan Muslim, maka hendaklah ia memelihara solat lima waktu ini dengan melakukannya di mana adanya seruan azan, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan (mensyari'atkan) jalan-jalan menuju hidayah, dan sesungguhnya melakukan solat lima waktu dengan berjemaah adalah termasuk jalan-jalan menuju hidayah. Maka sekiranya kamu solat di rumah-rumah kamu sebagaimana orang yang lalai melakukannya di rumah, maka bererti kamu telah meninggalkan sunnah (ajaran) nabi kamu, dan jika kamu meninggalkan sunnah nabi kalian, nescaya kamu sesat."


Dalam Sahih Muslim juga diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawasanya ada seorang buta yang berkata:

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya tidak ada orang yang memimpinku ke masjid, apakah ada keringanan bagiku untuk solat di rumahku?"


Maka Rasulullah SAW menjawab:


"Apakah kamu mendengar seruan azan?"


Orang itu menjawab: "Ya".


Maka Nabi bersabda: "Kalau begitu penuhi seruan itu."


Dan juga sebagai akhirnya, hadith sahih sabda Rasulullah SAW: (mafhum)

"Barangsiapa yang mendengar seruan azan, lalu ia tidak datang (memenuhi seruan solat berjemaah itu), maka tidak sah solatnya, kecuali kerana uzur".


Demikianlah kepentingan solat berjemaah dari beberapa nas-nas Al-Qur'an dan hadith.


Jadi, apakah dorongan atau motivasi yang diperlukan lagi untuk bersolat jemaah di surau atau masjid? Kalau kerana lif tidak berfungsi atau banyak nak baca buku atau lain-lain sudah menjadi alasan untuk tidak turun berjemaah, adakah jawapan-jawapan itu mampu untuk dijadikan hujah di hadapan Allah swt dan Rasulullah. saw. Banyak ayat dan surah diturunkan yang bukan sahaja untuk dijadikan sebagai galakan malah ada kepentingannya.


Sekurang-kurangnya, rancanglah dan bincanglah untuk mengadakan solat berjemaah di bilik masing-masing bersama rakan se-rumah. Wallahu’alam.



rujukan

Saturday, December 6

Bukan macam SIM Card...


Bila rasa nak pakai, pakai...
Bila rasa tak sesuai, cabut kejap... pakai SIM Card Al-hawa....

Mungkin sbb tawaran yg lebih sesuai dgn hati kot,
padahal bukan sbb sesuai dgn hati,
tapi sebab hati yang dah tak bersih...

Yang hitam dinampak putih,
Yang putih dinampak hitam...

Bukankah Islam itu ad-deen?
Islam bukanlah hanya ruang lingkup agama
(ibadah solat, puasa, zakat dll) semata-mata,
tetapi lebih daripada itu...

Belajar, Bekerja, Makan, Minum, Tidur,
Bersukan, Berjual-beli,
dll

Seluruh cara hidup kita mestilah Islam,
24-7-365,
drpd celik - pejam mata,
dan seterus-terusnya....

So, Kenapa nak cabut ???

Wednesday, December 3

Lagu-lagu...

<

Friday, November 14

10 Ciri-ciri Muslim...

Monday, October 20

Apa erti hidup bertambah sehari?


Seringkali kita mendengar ucapan “Semoga panjang umur”.

Tapi apa erti hidup kita yang bertambah sehari?

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu."

Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w menyatakan bahawa tiada guna bagi dirinya jika memasuki satu hari di mana dalam hari itu Baginda s.a.w tidak dapat menambah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


HURAIAN :
1) Tak guna hidup panjang jika hidup menderhakai Allah s.w.t.

2) Falsafah hidup seorang Muslim ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pengertian sehari bertambah umur adalah untuk menjadikan diri lebih hampir, disayangi, diredhai & dicintai oleh Allah s.w.t.

3) Cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui Ilmu pengetahuan kerana dengan ilmu kita dapat mengetahui zat & sifat Allah s.w.t.

4) Hidup seorang muslim adalah kehidupan dalam erti keredhaan Allah s.w.t bukan kehidupan dalam redha manusia dll. Bukan satu kehidupan yang sia-sia yang hanya berkisar dengan MAKAN, DOTA, CS, ANIME, MOVIES, AWEKS, HARTA, PANGKAT, DUIT, dan semua material duniawi lain.


KESIMPULAN

Sebagai setiap muslim, kita perlu meneliti apa yang kita lakukan pada setiap hari. Adakah dalam hari itu, bertambah amal kita? Adakah kita bertambah hampir kepada Allah s.w.t? @ Kita dilekakan dengan pelbagai permainan duniawi yang mana kita sendiri menyedarinya tetapi enggan merubahnya. Siapa lagi yang akan mengubah diri kita, jika bukan kita sendiri?



"AYUH, BERSAMA-SAMA KITA MEMAKNAKAN LAGI HIDUP KITA PADA HARI INI !"




sumber : http://zulhusni07.wordpress.com/

Sunday, October 19

The Miracle of Human Creation


The human body is the most complicated machine in the world. We see with it, hear with it, breathe with it, walk and run with it, and sense pleasure with it. Its bones, muscles, arteries, veins and internal organs are organized with marvellous design, and when we examine this design in detail we find even more amazing facts. Every part of the body, though each may seem to be so different from another, is made up of the same material: cells.


Cells, each of which is one thousandth of a millimetre, are the structural units that form our body and everything in it. Some of these cells unite to form bones, others to form nerves, the liver, the inner layer of the stomach, the skin or the cornea of the eyeball. Each has the size and shape that exactly meet the requirement of that part of the body.

How and when did cells, which have such varied functions, come into being?

The answer to this question will take us into a process whose every moment is filled with mystery. All the approximately 100 trillion cells that make up your body today came from the division of one single cell. That single cell which had the same structure as all the cells in your body now, came from the union of your mother's egg cell and your father's sperm cell.

In the Qur'an, God sometimes refers to the wonders of the earth and the sky, and sometimes to the mysteries of the creation of living things as various signs of His existence. One of the most important of these signs is His wondrous creation of human beings.

We created you, so why do you not confirm the truth? Have you thought about the sperm that you ejaculate? Is it you who create it or are We the Creator? (Qur'an, 56: 57-59)


Saturday, October 4

Sebelum berpuasa 6 di Syawal, check semula puasa anda yang lepas...

SETIAP PEKERJAAN MEMPUNYAI TUJUAN

Dalam setiap pekerjaan pada dasarnya ada dua faktor: yang pertama adalah tujuan pekerjaan itu sendiri dan yang kedua ialah bentuk khusus dari pekerjaan tersebut yang dipilih untuk mencapai tujuan tersebut.

Sebagai contoh, marilah kita ambil pekerjaan makan. Tujuan anda memakan makanan adalah untuk menjaga agar anda tetap hidup dan mempunyai tenaga untuk bekerja. Cara yang anda pilih untuk mencapai tujuan tersebut adalah dengan mengambil sepotong daging, memasukannya ke dalam mulut, mengunyah-ngunyahnya dan menelannya masuk ke dalam kerongkong anda. Cara ini anda lakukan kerana ia adalah cara yang paling efektif dan tepat untuk mencapai tujuan anda.

Tetapi anda tahu bahawa hal yang paling penting adalah tujuan untuk apa makanan itu dimakan, dan bukannya bentuk serta kaedah pekerjaan itu. Apa yang anda akan katakan apabila ada orang yang membuat daging tiruan daripada serbuk gergaji atau abu atau tanah liat, lalu memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya? Anda tentu akan mengatakan bahawa orang itu sudah gila. Mengapa?

Kerana orang seperti ini tidak mengerti tujuan yang sebenarnya dari makan, dan mengira yang dinamakan makan hanyalah semata-mata mengambil sesuatu dengan tangan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya.

Jadi sama halnya, anda juga akan mengatakan pelik bila ada orang yang setelah menelan makanannya lalu memuntahkannya kembali dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya, kemudian mengeluh bahawa ia tidak memperolehi manfaat daripada makanannya itu, tetapi sebaliknya pula setiap hari dia jadi semakin lama semakin kurus kering seperti orang kurang makan. Orang seperti ini menyalahkan makanan pula atas kesalahan yang diperbuatnya sendiri. Ia mengira bahawa tenaga hidup dapat diperolehi dengan hanya memenuhi persyaratan-persyaratan yang tercakup dalam perbuatan makan. Kerananya, ia berfikir, "mengapa saya harus menyimpan makanan dalam perut saya? Mengapa saya tidak memuntahkannya sahaja agar perut saya menjadi ringan? Saya kan sudah memenuhi persyaratan-persyaratan makan".

Begitulah fikirnya. Tentu sahaja ia harus menderita sendiri akibat cara berfikir dan tindakannya yang tidak masuk akal itu. Dia mesti mengetahui bahawa sebelum makanan yang dimakannya tercerna dalam perut dan sarinya terserap dalam darahnya dan disampaikan ke seluruh bahagian tubuh, maka tenaga hidup tidak akan boleh diperolehi. Walaupun pekerjaan-pekerjaan luar juga perlu, kerana tanpa tindakan-tindakan tersebut makanan tidak akan boleh sampai ke dalam perut, namun tujuan makanan tidak dapat dicapai dengan hanya semata-mata melakukan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja.

Pekerjaan-pekerjaan luar itu tidak boleh menimbulkan keajaiban bahawa hanya dengan melaksanakannya sahaja maka darah akan langsung boleh mengalir cepat dalam pembuluh-pembuluhnya. Darah hanya dapat dihasilkan sesuai dengan hukum yang telah digariskan Allah. Apabila anda melanggar hokum tersebut, anda hanya akan membunuh diri anda sahaja.

AKIBAT MENGANGGAP FAKTOR-FAKTOR LUARAN SEBAGAI HAKIKAT AMAL

Apabila anda renungkan contoh yang disebutkan di atas tadi, anda akan mengerti mengapa "ibadat" yang anda lakukan sekarang ini tidak mendatangkan hasil apa-apa. Kesalahan yang terbesar dalam mengerjakan "ibadat" adalah menganggap tindakan solat dan puasa dalam bentuk luarnya sebagai "ibadat" yang sebenarnya, hingga anda terkena ilusi bahawa siapa sahaja yang memenuhi persyaratan-persyaratan tersebut bererti telah melaksanakan ibadat kepada Allah.

Anda sama seperti orang yang mengira bahawa pelaksanaan keempat perbuatan, yakni membuat makanan, memasukkannya ke dalam mulut, mengunyahnya dan menelannya adalah yang dinamakan proses makan, dan siapa sahaja yang mengerjakan keempat-empat perbuatan ini bererti telah memakan makanan dan kerananya dia berhak memperolehi manfaat dari makan, tidak peduli apakah yang dimasaknya itu beras atau tanah, atau apakah ia memuntahkan kembali makanannya itu atau tidak.

Kalau anda mempunyai fikiran sedikit sahaja maka katakanlah bagaimana boleh terjadi bahawa seseorang yang berpuasa, yang sedang melaksanakan "ibadat" kepada Allah dari pagi sampai petang, di tengah-tengah 'ibadatnya itu ia berbuat dusta dan membicarakan atau mengumpat kejelekan orang lain?

Mengapa ia bertengkar kerana soal kecil sahaja dan mengeluarkan kata-kata yang kotor dari mulutnya?

Mengapa masih berkepit tangan lelaki dan perempuannya yang masih belum sah ikatannya itu?

Mengapa masih menonton video movie yang dalamnya terkandung aksi-aksi yang tidak patut ditonton oleh seorang muslim?

Malah mengapa masih tidak cukup solat lima waktunya?

Dan setelah melakukan semua itu, ia masih mengira bahawa ia telah melakukan "ibadat" kepada Allah?

Tidakkah ini sama dengan orang yang memakan tanah liat atau abu dan mengira bahawa hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luar sahaja bererti ia sudah makan?

BEBAS KEMBALI DARI IKATAN-IKATAN SETELAH RAMADHAN

Selanjutnya katakanla, bagaimana boleh terjadi bahawa setelah anda dibebaskan dari "ibadat" kepada Allah selama bulan Ramadhan, semua pengaruh dari latihan kesalehan ini hilang begitu sahaja apabila bulan Ramadhan selesai?

Setelah Hari raya Aidil Fitri tiba, anda melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti yang dilakukan oleh orang-orang agama lain dalam perayaan-perayaan mereka.

Majlis tari menari yang menghiasi hari raya? Pergaulan tak terbatas lelaki dan perempuan? Pembaziran makanan? Kelalaian menunaikan solat waktu kerana terlalu sibuk memeriahkan hari raya… Astagfirullah…

Setelah bulan Ramadhan berakhir, berapa banyak di antara kita yang tetap memelihra kesan kesalehan dan kebajikan bulan puasa pada hari kedua ‘Aidil Fitri? Hukum Tuhan yang mana yang tidak dilanggar? Berapa bahagian dari waktu anda yang anda pergunakan untuk kebaikan, dan sejauh mana egoisme anda berkurangan?

AKIBAT KELIRU TENTANG "IBADAT"

Fikir dan renungkanlah kenapa semua itu boleh terjadi? Saya yakinkan anda bahawa satu-satunya sebab dari semua itu adalah kerana makna ibadat telah berubah dalam fikiran anda.

Kerana anda mengira bahawa ibadat itu hanya menahan makan dan minum di siang hari selama bulan puasa, maka anda mentaati peraturan puasa itu dengan sangat cermat. Anda takut kepada Allah sehingga anda menghindari setiap hal yang boleh membatalkan puasa, bahkan anda berani mempertaruhkan nyawa demi. puasa anda.

Tetapi anda tidak tahu bahawa dengan hanya semata-mata menahan lapar dan minum bukanlah "ibadat" yang sebenarnya, melainkan hanya salah satu bentuk daripadanya sahaja. Dan tujuan ditetapkannya bentuk ibadat seperti ini adalah untuk menumbuhkan dalam diri anda rasa takut dan cinta kepada Allah, dan dengan itu mengembangkan dalam diri anda kekuatan yang besar, sehingga dengan menekan hawa nafsu anda, anda akan mampu menghindari hal-hal yang nampaknya menguntungkan tetapi yang sebenarnya tidak diredhai Allah.

Di lain pihak, dengan menguasai diri anda, anda akan mampu membuatkan diri anda menyenangi hal-hal yang mungkin membawa risiko dan kerugian tetapi jelas mendatangkan keredhaan Allah. Kekuatan ini hanya boleh dikembangkan kalau anda mengerti tujuan puasa, dan menggunakan latihan yang anda jalani dalam berpuasa itu untuk mengendalikan dorongan-dorongan jasadi kerana takut dan cinta kepada Allah, dan membuatkan dorongan-dorongan tersebut bekerja sesuai dengan aturan-aturan yang telah ditetapkan Allah.

Tetapi dalam perlaksanaannya, begitu bulan Ramadhan berlalu, anda buang semua hasil-hasil latihan anda itu, seperti orang yang setelah makan lalu memuntahkan makanannya dengan mengorek-ngorekkan jarinya ke dalam mulutnya.

Bahkan dalam kenyataannya, sebahagian di antara anda memuntahkan kebajikan-kebajikan yang anda perolehi pada siang hari sebaik sahaja malam tiba. Nah, anda fikirkanlah sendiri, apakah puasa dan bulan Ramadhan itu boleh mendatangkan keajaiban, sehingga hanya dengan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan luaran sahaja, anda dapat memperolehi kekuatan yang hanya boleh diperolehi dengan jalan berpuasa menurut cara yang ditetapkan?

Sebagaimana halnya enersia fizik hanya boleh diperolehi dari makanan setelah makanan tercerna dalam perut dan dibawa oleh darah kepada seluruh urat-urat tubuh; maka demikian pula kekuatan rohani hanya boleh diperolehi dari puasa bila orang yang berpuasa itu mengerti tujuan puasa, dan meresapkan pengertian itu ke dalam hati dan fikirannya, dan membiarkannya menguasai fikiran, motif, niat, dan perbuatannya.

PUASA: SARANAN UNTUK MENUJU TAQWA

Kerana itulah, setelah memerintahkan puasa, Allah mengatakan:

...Ia'allakum tattaqun.
"...agar kamu bertaqwa". (al-Baqarah, 2:183)

Ertinya, puasa diwajibkan kepada anda, dengan harapan mudah-mudahan anda boleh menjadi orang yang saleh dan bertaqwa. Di sini tidak dikatakan bahawa dengan berpuasa anda pasti menjadi orang yang saleh dan bertaqwa, kerana hasil puasa itu sendiri ter-gantung pada pengertian dan niat orang yang bersangkutan.

Barangsiapa yang memahami tujuan itu, dan dengan pemahaman tersebut cuba mencapai tujuan puasa, akan menjadi orang yang saleh dan taqwa. Tetapi, orang yang tidak memahami tujuan puasa itu dan tidak cuba untuk mencapainya, jangan diharap akan boleh memperolehi sesuatu dari puasanya.

**Akhir kata, Selamat Berpuasa 6 di bulan Syawal !


Afiqawe
5 Syawal 1429
Moscow

Wednesday, October 1

Jangan Menangkan Syaitan di Aidil Fitri !


Dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tidak boleh berlebihan sehingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

…….

Allaahu Akbar Allaahu Akbar Allaahu Akbar. Laa ilaa ha illAllaahuallahu akbar. Allaahu Akbar Walillaahilhamd.

Gema takbir berlabuh sudah. Kemeriahan Lebaran sudah pun dirasai. Anak-anak kecil kelihatan dimana-mana sahaja begitu sibuk membelek-belek baju lebaran yang menghiasai mereka.

Kaum Muslimin layak bergembira selepas sebulan penuh dengan suksesnya menempuh ujian kesabaran dari pada Allah (mudah-mudahan). Orang beriman yang telah sebulan berpuasa di siang hari, berdiri menegakkan solat tambahan di malam hari, dan melantunkan ayat-ayat suci Al Qur’an sepanjang hari, maka mereka ini layak disebut sebagai orang-orang yang menang.

Menurut sunnah Nabi saw, memang pada kedua-dua Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dianjurkan untuk memperlihatkan kegembiraan, bahkan diperbolehkan menonton permainan untuk memeriahkan Hari Raya. Itu sebabnya pula, pada hari raya dilarang untuk berpuasa. Berpuasa adalah wujud keprihatinan, sedangkan pada hari raya harus memperlihatkan kegembiraan.

Namun dalam ajaran Islam yang mulia ini, walau sebab apapun kita bergembira, tetap kita tak boleh berlebihan hingga melupakan ajaran Islam itu sendiri.

Banyak di antara perilaku hasil budaya umat Islam dalam merayakan hari raya kini telah tercampur dengan berbagai penyimpangan yang malah mencederai ajaran Islam. Hari Raya seolah-olah kini telah menjadi satu perayaan kebudayaan padahal ia adalah satu perayaan yang besar dalam agama Islam.

Coba kita lihat budaya makan yang berlebihan pada Hari Raya. Seolah-oleh membalas dendam kelaparan selama sebulan, kaum ibu mempersiapkan hidangan hari raya sepenuh ruang makan. Berbagai jenis makanan kecil maupun besar dipaksakan agar para tamu menyantap sepuas-puasnya. Setelah itu, jika kemudian ternyata berlebih, maka makanan penuh gizi tersebut menjadi penghuni tempat sampah. Mubazir. Padahal di dalam Al Qur’an disebutkan bahwa para pelaku mubazir adalah saudaranya syaitan!

Sungguh heran, jika sebulan berpuasa adalah untuk menumbuhkan rasa kebersamaan kita dengan kaum miskin yang papa yang senantiasa kelaparan, maka satu hari sesudahnya kita segera menghapus rasa tersebut dengan makan dan menyediakan makan secara berlebihan. Bagaikan panas setahun dihapus oleh hujan sehari! Tidak heran jika di sebuah negeri yang ada majoriti muslim, yang juga memiliki banyak jutawan dan orang berada, namun senantiasa setiap tahun jumlah orang miskin bertambah dan jurang pemisah semakin dalam dan berbeza. Rupanya ajaran Ramadhan yang begitu dalam dan mulia segera dihapus secara sistematis oleh budaya rakus, mubazir dan saudaranya syaitan.

Masih ada lagi perilaku budaya yang ternyata telah merusak hari fitri kita. Silaturahim, saling berkunjung adalah ajaran Islam. Namun apakah silaturahim dengan kaum kerabat boleh menampilkan perilaku jahiliyah?

Memamerkan kemewahan, berjabat tangan dengan yang bukan mahrom, bahkan sampai cium pipi antara pria dan wanita?

Demi tampil prima dan segak semasa di hari raya, seluruh anggota keluarga mengenakan baju-baju terbaik. Kalaulah cukup sampai di sini, tak masalah. Tampil ceria di hari raya memang sunnah dalam ajaran Islam. Tapi jika anggaran baju satu orang sampai melebihi gaji sebulan, maka di sini sudah berlebihan. Baju yang baik tak mesti mewah dan mahal apalagi bermerek. Bahkan baju terbaik konon berwarna putih, sebagaimana kafan yang kita bawa ke liang lahat! Sama sekali bukan yang berlebihan.

Sesudah berbaju mewah, model baju kaum ibu di hari raya-pun kadang bermasalah. Model baju muslimah memang sedang tren, namun modifikasinya sungguh menyesakkan dada. Sesak dada orang beriman yang berusaha menghindar dari aurat bertebaran yang dipertontonkan, dan sesak dada pria bermata jalang yang tak pernah mengerti makna puasa mata! Baju kebaya dengan sulaman berenda membuat kulit mulus pemakainya mengintip dari balik motif yang indah, membuat yang melihatnya ingin melihat sekali lagi dan sekali lagi.

Pada hari raya kaum ibu memastikan memakai semua perhiasannya, termasuk mempertontonkan perhiasannya yang paling berharga yaitu auratnya! La haula walaa quwwata illa biLLah. Syaitan tertawa melihat si pemakai dan si penonton dicatat malaikat Atid atas kelakuan mereka.

Ke manakah bekas-bekas wudhu dan tarawih yang dilakukan setiap malam? Ke manakah bekas-bekas ’ittikaf dengan tumpahan air mata di atas sejadah? Bukankah saat-saat syahdu tersebut telah membuat kita haru biru memohon petunjuk Allah berkali-kali agar tak tersesat? Namun mengapa ketika sajadah dan Ramadhan sudah jauh kita menjadi lupa menahan diri dari godaan syaitan?

Syaitan pula yang dituduh-dituduh di sini. Syaitan yang merupakan pengikut Iblis dan turunannya adalah makhluk-makhluk Allah SWT yang memang sudah bertekad bulat menyesatkan kita. Syaitan membuat seribu satu tipu daya untuk menyesatkan dan menipu kita. Keburukan dibungkus label seolah kebaikan, sehingga sunnah untuk bergembira di hari raya berubah menjadi pesta pora berlebihan dan penuh kemewahan serta kemubaziran di hari raya. Anjuran memakai baju terbaik di hari raya untuk menunjukkan kegembiraan berubah menjadi ajang jor-joran, pamer perhiasan dan aurat yang sudah jauh dari ajaran Islam.

Syaitan tidak langsung mencegah kita dari kebaikan, salah satu tipuannya yang paling efektif adalah membuat orang yang melakukan kebaikan dengan niat baik dibuat berlebih-lebihan sedikit demi sedikit. Jika setiap yang sedikit berubah kita mulai perturutkan, maka lama kelamaan kita terseret jauh dari kebenaran.

Jika saja semua pelajaran Ramadhan tetap terbawa di hati, tak mungkin perilaku berlebihan ini menjadi kebiasaan yang semakin mengikat hati kita. Jika saja pada setiap hari di luar Ramadhan kita selalu teringat pelajaran-pelajaran Ramadhan, maka niscaya di Ramadhan tahun berikutnya kita menjadi semakin mengerti makna ajaran Allah Yang Maha Mulia ini.

Jika saja semua doa dan harapan yang diucapkan di malam-malam Ramadhan menjadi warna harapan dan motivasi kita di luar Ramadhan, maka niscaya kita tak akan lupa diri sama sekali.

Persoalannya, apakah kita sudah jujur dengan doa-doa yang kita ucapkan? Apakah benar kita memang memohon petunjuk Allah ketika kita membaca surah Al Fatihah? Lantas mengapa kita lupa aturan Allah justru di hari yang seharusnya kita sudah dinyatakan menang?

Ataukah kita ini hanya boneka hidup yang menjadi objek permainan syaitan yang mana selama sebulan Ramadhan mereka terikat sehingga kita seolah-olah soleh, kemudian ketika mereka sudah ”terlepas” di hari pertama Syawal maka otomatiknya kita kembali menjadi pengikut mereka?

Bukankah kita adalah makhluk yang mempunyai kemampuan berfikir dan memilih? Kita sama sekali bukan boneka syaitan. Maka seharusnya kita tetap menghidupkan Ramadhan di sepanjang tahun-tahun hidup kita setiap harinya.

Renungkanlah ucapan yang disunnahkan di hari mulia Aidil Fitri:
”Taqobbalallaahu minna wa minkum, kullu aamnin wa antum bi khoir”
(Semoga Allah Menerima amal kami dan kalian, semoga sepanjang tahun Anda selalu dalam kebaikan).

Ramadhan adalah perbekalan kita setahun ke depan, jangan menangkan syaitan di hari Fitri.

Allahumma ja’alna minal aa idiin wal faidzin. (Ya Allah jadikanlah kami orang yang kembali dan orang yang menang). Amin.

(Diolah daripada eramuslim.com)


** Alhamdulillah, Ramadhan dan Syawal kali ini terasa penuh bermakna untuk saya dan zaujah yang buat pertama kali mengimarahkannya bersama-sama. Satu syawal tahun ini tatkala rakan-rakan lain berpeluang bersolat sunat aidilfitr di kedutaan dan menikmati juadah pagi di sana, kami dan beberapa yang lain terpaksa ke kelas, namun masih tetap menyambut kegembiraan aidilfitr itu bersama-sama.

Satu persoalan; Mengapa telah menjadi satu kepelikan yang amat apabila ada yang tidak memakai ‘baju raya’ pada pagi satu syawal, tetapi tidaklah pula menjadi satu kepelikan langsung apabila ada yang tidak bersolat sunat aidil fitri (meskipun ia adalah sunat) ? Fikir-fikirkanlah….

Apapun,


Taqaballahu Minna wa Minkum!


Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin specially untuk Mak dan Bapak, Along, Arif, Ikah, Mak Long dan CikYah di Shah Alam, dan juga Mak dan Ayah di Simpang Renggam, dan juga semua sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan….


Wassalam wrt

Afiqawe
2 Syawal 1429
Moscow

Friday, August 8

Satu Yang Terbaik


Berdiri di sini
Menatap kembali
Silamku hitam tenggelam

Sinar-Mu angkatku
Tunjukkan arahku
Kembali aku pada-Mu

Pergilah jauh masa gelapku
lembaran baru
ini jalanku

Di setiap langkah kusebut selalu mengingati-Mu
Labuhkan hati raih cinta-Mu
Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku

Hari kulewati
Mengasah pribadi
Mengubur cerita nostalgia

Terkadang kujatuh tak henti kucoba
Bangkit kembali aku pada-Mu

Pergilah jauh masa gelapku
lembaran baru
ini jalanku

Di setiap langkah kusebut selalu mengingati-Mu
(mengingat diri-Mu)

Dikala gundah datang gelisah
Bila hatiku terbelenggu ragu
Nafsu tak menentu
Ya Allah kuatkan aku

Kan kucoba yang terbaik untuk-Mu karena Engkau
Adalah yang terbaik untukku
Allah Satu selalu berikan yang terbaik untukku

Friday, August 1

Selamat Pengantin Baru

Saya ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan-kawan yang akan mendirikan rumahtangga semasa cuti summer ini ;

"BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikum
wa jama’a bainakuma fi khair



"Semoga Allah memberkati kalian semua dan melimpahkan berkat kepada kalian dan menghimpunkan kedua kalian di dalam kebaikan"


Sunday, July 6

A young girl's letter to Arsenal FC

she never received a reply...



ps: pening kepala dgn politik tanah air... ramainya MK!

Sunday, June 29

Children See Children Do




Bapak borek, anak rintik.
Lagi teruk apabila...
Bapak kencing berdiri, anak kencing berlari.

Thursday, June 19

Intentions


Waking up in the morning, gotta make my prayer
Am I really gonna' make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid (mosque), even when it's tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
Gonna' get me the knowledge, gonna study Islam
Am I going just to build my ego? so they call me "the Man"?

Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
When I know anytime He can take me, without one real du'a (prayer)
Does it matter if they say I'm a big shot?
when I get no reward for my deeds

And I'm dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please
Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely

Are my Intentions alright? am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside, do I have the right niyyah?

Wearing thoubs with a kufi, kufi
Miswaks leather socks like the old days
Am I trying to follow the Prophet? or am I seeking praise?
Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an

Am I speaking so they like how I'm speaking? and they say I'm "the Bomb"
Donating to Islamic centers, giving money so the Deen can grow
Am I giving for the sake of Allah? or is it for show?

Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me

And I forget that without my niyyah, I'm just wasting my time
My intentions cannot bring the reward, when they're out of line
So I pray to Allah to help me, to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely

Yah Allah, accept this niyyah
Coming from young Muslims striving to be believers
So on the day, our deeds You'll measure. Know we only did this strictly for Your pleasure, Your pleasure
Your mercy, Your ajur (reward), Your Jannah (heaven), forever and ever and ever
And reward us for those who listen
Heeded to the message, changing their condition
And know that everything up until this point I've ever written

I submit as my repentance
And if its blessings You're sending my way
I beg You hold them to the judgement day
so maybe in Jannah you can look back and say...it was a lovely day, a lovely, a lovely day, yes a lovely day

Are my intentions, alright, am I doing for Allah
When I am looking deep deep down inside, do I have the right niyyah (intention)?


Sunday, June 15

Happy Father's Day!

Lagu ni walau dah lama... tapi, tetap best~




-------------------------------------------------------

anyway,
untuk Bapak ku...
Happy Father's Day !!!
Moga sentiasa dirahmati dan diberkati...
Moga sentiasa dimurahkan rezeki...
Moga keluarga kita semua sentiasa bahagia dan direhdai Allah...


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku
dan sekalian orang2 mu'min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".
(Surah Ibrahim:41)

Saturday, May 24

Takkan kembali !

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.

(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)




Sabda Rasulullah SAW.:

"
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu);
Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul),
dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah,
dan
dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".


(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sunday, May 11

Happy Mohter's Day


Mak, Selamat hari ibu.... =)





رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku
dan kedua ibu bapakku
dan sekalian orang-orang mu'min
pada hari terjadinya hisab ( hari kiamat)".
(Surah Ibrahim:41)

Friday, May 2

Tafakur Alam

Celikkan hati... Segarkan minda....
Tafakur Alam


...berfikir akan keagunganNya drpd penciptaan langit dan bumi~



*** Alhamdulillah, bestnya semalam dapat kumpul ramai2, bertafakur alam, bersantai-santai, berkelah, makan minum, gelak tawa bersama.... Moga-moga ada titik permulaan ikatan ukhuwah islamiyah di situ... iA =)


Wednesday, April 30

Masih ada sisa asabiyyah rupanya...

"Ish ramai la pulak diaorang hari nih..." Tiba-tiba Izwan mengeluh dalam hatinya.

"Manalah datangnya diaorang ni. Tiba-tiba je jadi membiak banyak.... Ni mesti kerja mamat tu nih.." Izwan masih tidak berpuas hati.

Manakan tidak, semenjak dua tiga hari lepas dia lihat semakin ramai orang Islam Rusia yang berketurunan dari sebelah Selatan Russia memenuhi surau kecil di hostelnya itu sehinggakan untuk tiga hari berturut-turut, dia terpaksa bersolat di koridor sahaja. Andai lambat dua minit pun, dia terpaksa melupakan untuk bersolat di dalam surau.

Dia pelik kenapa tiba-tiba semakin ramai yang datang bersolat jemaah ini? Ada yang dulu itu bukan main susah hendak diajak datang bersolat, tapi sekarang boleh datang dengan sendirinya. Dia pula malas nak ambil tahu, banyak lagi perkara lain dia sibuk hendak buat.

Izwan pada hari itu seperti tidak tahan lagi. Dalam keadaan cuaca di luar yang semakin meningkat suhunya menjelang musim panas ini, hati Izwan pun turut sama menjadi tak keruan dan tentu hala.

"Ahmed, habess la kita lepas ni..."

Ahmed tiba-tiba terkejut. "Erh, kenapa Juwe?"

"Tengoklah tu, semakin membiak golongan 'tan-tan' ni kat sini..." ('Tan-tan' adalah gelaran nama yang diberi untuk orang-orang Rusia yang berketurunan atau yang dari Kazaskhtan, Kryzistan, Uzbekistan dan yang berhampiran dengannya)

"Jadi? Kenapa?..." Ahmed semakin bingung.

"Habess la dia conquer surau kita ni... Nanti nak baca hadis kenalah guna bahasa Rusia, khutbah Jumaat pun kena bahasa Rusia... Lepas tu, diaorang bawak pulak cara mazhab diaorang kat sini... Ish, ini tak boleh jadi ni..."

"Ya Allah, Juwe...."
"Kau ni!... Diaorang tu kan juga saudara kita! Saudara Muslim, saudara seAkidah, Sebangsa Islam dengan kita..." Ahmed lantas menjadi geram dengan sikap Juwe itu. Terkejut dia mendengar ayat seperti itu diluahkan dari Juwe.

"Ya, tapi..."

"Tapi apa? Kau ni... Masih ada sisa asabiyyah rupanya dalam diri kau tu Juwe..." tambah Ahmed lagi.

"Bukankah lagi bagus kalau mereka sudah semakin kembali ke jalan ini. Daripada diaorang tak solat, duk minum2, main perempuan sana sini, kan lagi baik mereka berada di sini... Alhamdulillah, aku lebih gembira melihat diaorang sudah semakin sedar. Sepatutnya kitalah yang kena banyak tolong diaorang..."

--------------------------

Sedar atau tidak, mesti ada sedikit perasaan sebegini dalam diri kita. Meskipun mereka adalah saudara KITA, kita selalu terasa tak terikat atau terkait dengan mereka. Kerana apa ye?

Kerana ada satu barrier atau penghalang yang besar dan ikatan lain yang lebih kuat tersimpul iaitu - kenegaraan, perkauman, dan seumpamanya.

Kita ini suka sangat hendak duduk sesama kita sahaja, hendak bercakap sesama kita sahaja, hendak menolong sesama kita sahaja, walhal ada lagi KITA yang lagi besar.

Cuba perhatikan contoh ini;
Ada satu ketika, kawan kita yang belum muslim ini (dari negara kita) jatuh sakit - demam. Ya, demam je... Tapikan, bukan main lagi kita risau, kita lawat, bagi pertolongan, bagi nasihat dan motivasi, dan lagi siap tolong masakkan pula tu... Wah, hebat-hebat!

(dan adalah orang kata dan bagi alasan "erh, ini untuk dakwah mereka juga. Sebagai Muslim kenalah ada sifat bermanfaat kpd orang tidak kira siapa... Mana tau boleh tarik dia masuk Islam satu hari nanti kerana keindahan akhlak Islam itu...". Ok, betul ke untuk dakwah? betul ke itu sikap dan akhlak kita?..)

Tapi,
apabila si Hussin dari Nigeria, Si Ahmed dari Pakistan, Si Sulaiman dari Afghanistan atau si Mohamed dari Dagestan patah kaki dan sedang terlampar di hospital kerana kena pukul dengan skin head atau kena kes apa... kita kata;

"oh ye ke?" (macam buat-buat terkejut kot)
atau...
"oh, kesiannya dia...."
ataupun...
"ooo, betul ke? so..?"
dan mungkin juga...
"oh, bahaya sekarang ni... kita kena beritahu kat budak-budak Malaysia kita".

Aduih,
kita buat tak peduli ni...
Hanya kerana barrier bahasa ke?
Hanya kerana barrier passport ke?
ataupun hanya kerana barrier batang hidung kita yang tak semancung macam depa?

Kenapa tak boleh dibuang barrier ini?
Padahal kita tahu dan faham kan... & dah banyak kali dengar kot dan ntah-ntah kita sendiri yang duk selalu bercakap ---- perpaduan Islam, ikatan akidah islamiyah, ukhwah, dll seumpamanya.

Atas dasar tali apa semua itu terikat?
Ini belum lagi cerita pasal Palestin, Kashmir, Iraq, Pattani yang kita sendiri tak pernah hiraukan...

Jadi,
Marilah kawan-kawan...
Muhasabah balik diri....
Meskipun kita sekarang sedang mengikis karat-karat jahiliyah itu,
dan berkejar ingin kembali kepada fitrah - Islam,
Janganlah lupa juga untuk mengikis sisa asabiyyah yang mungkin masih ada dalam diri kita itu...

Marilah saling bertaaruf, membina hubungan, dan tolong menolong dengan mereka...
kalau sebelum solat atau masa iftar atau makan-makan, mengapa tidak kita duduk sekali dengan mereka dan bertanya sapa sedikit? tanya khabar ke? tanya pasal studies ke, pasal agama ke, dan lain-lain macam kita borak dengan kawan-kawan yang faham bahasa kita....
haa! nama diaorg pun kita tak kenal sangat lagi kan??
erm.., susah nak berbahasa Rusia??? So, masa nilah kita nak belajar kan? dan takkanlah pula kita nak harapkan mereka belajar english.
Insya Allah, kalau kita ready ubah sket sikap kita tu dan buang BARRIER tu, ikatan yang terbina itu adalah adalah tersimpul dengan satu asas yang kukuh. Subhanallah, indahnya~



dan kerana mereka itu adalah saudara KITA juga...

Friday, April 4

Membentuk...

" Adapun Islam ia tetap berjalan dengan lemah-lembut memimpin fitrah manusia, ia menolak di sini dan menahan di sana, dan ia membetul bila menyeleweng, tetapi Ia tidak bertindak memecah atau menghancurkan fitrah manusia. Ia tetap sabar melayaninya, iaitu ia sabar dengan kesabaran seseorang yang arif, bijak dan yakin dengan matlamat yang telah ditetapkan itu. Jika tidak dapat dicapai dalam pusingan pertama diusahakan pula dalam pusingan yang kedua atau ketiga atau ke sepuluh atau ke seratus atau ke seribu. Masa masih lanjut dan matlamat cukup terang dan jalan menuju ke matlamat yang agung itu amat panjang. Jika pokok yang finggi itu tumbuh dan akar-akarnya bertunjang teguh di dalam bumi, dahan-dahannya mencabang panjang dan merimbun tebal, maka begitulah juga Islam, Ia tumbuh dan subur perlahan-lahan, lambat dan tenang dan Ia selama-lamanya mengambil bentuk yang dikehendaki oleh Allah. "

Thursday, April 3

ameen...


Monday, March 31

Pelita...

Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita
Memandu manusia kepada hidayah dan menerangkannya
bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas
berusahalah untuk menggerakkan orang yang berdiam diri



petikan dari al-muntalaq

Wednesday, March 19

AZAM SAYA UNTUK IMAM MOSCOW 2008-2010


" Menjadikan IMAM-Moscow sebuah persatuan bersiginifikasi kepada seluruh pelajar Muslim dan menggembeleng tenaga pelajar-pelajar dalam membentuk individu yang cemerlang melalui pemantapan institusi usrah sebagai tunjang utama melahirkan pelajar-pelajar berkeperibadian muslim & bakal Muslim Doktor yang soleh dan musleh, serta menyemarakkan ikatan ukhuwah antara hati-hati supaya terbina batu-bata yang menguatkan satu-sama lain "
________________________________________________________

  • Berazam menjadikan IMAM Moscow sebuah persatuan yang ada siginifikasi kepada seluruh pelajar Muslim Malaysia di Moscow ini, dan dengan kehadirannya akan terasa manfaatnya kepada kita semua melalui amal kebajikan yang dicurahkan.

  • Berazam untuk mengembeleng tenaga pelajar-pelajar Muslim Malaysia dalam membentuk individu yang cemerlang ruhnya, jasmaninya dan akalnya, agar dapat mendokong cita-cita dan aspirasi Islam.

  • Berazam untuk memantapkan lagi institusi usrah yang merupakan tunjang utama dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berkeperibadian muslim dan seterusnya bakal membentuk Muslim Doktor yang soleh dan musleh, bukan sahaja kepada negara, malah kepada tamadun dunia.

  • Berazam untuk menyemarakkan lagi rasa mahabbah dan ikatan ukhuwah antara hati-hati kita semua dalam membentuk binaan batu-bata yang akan saling menguatkan antara satu sama lain.


Insya Allah. Saya akan melakukan terbaik bersama-sama 11 AJK yang lain nanti.


UNDILAH SAYA! Terima Kasih... =)

Sunday, March 9

Perjuangan kita masih belum selesai...


إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْح-1
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا-2
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّاب-3ا
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (سورة النصر )
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Aku nampak akan perubahan itu.
Ya, memang ada perubahan di sana...


Tapi, di sini?
Adakah bersedia juga untuk berubah?
Adakah bersedia juga untuk mengubah?
Mengapa tidak bermula daripada diri kamu sendiri?

Ya, kamu!
Mengapa tidak daripada kamu sendiri?
Masih menunggu apa? Menunggu siapa?

Tidakkah Daulah Islamiyah itu mesti ditegakkan dalam diri kamu juga dahulu...?

-----

Marilah...
Perjuangan kita ini masih belum selesai!
Jalan ini tidak mudah,
jalan ini memang panjang,
jalan ini sungguh berliku dan penuh cabarannya...

Perjuangan ini tidak berakhir dengan kemenangan itu.
Kemenangan itu adalah anugerah dan amanah daripada Allah,
dan mungkin juga sebagai ujian daripadaNya.

Perjuangan ini masih belum selesai,
Selagi mana seluruh umat manusia tidak tunduk kepada Islam,
Dakwah dan tarbiyyah wajib diteruskan, malah lebih agresif dan meluas lagi,
Dan setiap daripada kita mesti meneruskan pengislahan ini, berterusan dan terus menerus...
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan." (Al-Anfal 8;39)

"Wa La Ghalibu Illa Allah"
(There is no conqueror other than God)
-Penegak Al-Haq-

Tuesday, March 4

Pesanan.


"Kuatkan hati.
Banyakkan bersabar.
Banyakkan beristighfar.
Banyakkan istikharah dan berdoa.

Insya Allah, akan ada jalan keluar itu."


* mood = kering.... :-|

Thursday, February 28

Untuk Semua.



Yes, Islam untuk semua!
Untuk saya, untuk awak,
untuk dia, untuk kita, untuk mereka,
juga untuk Anton, Steven, Maria, Achong dan Gunalan.

Bukan hanya untuk si Melayu, si Arab dan Turki sahaja,
tapi juga untuk semua bangsa; India, Cina, European, American, African, etc...

Bukan untuk zaman 'hari itu' sahaja,
tapi untuk semua zaman, sepanjang zaman,
dulu, kini dan selama-lamanya.

Bukan untuk Malaysia, Negeri-negeri Arab, Turki dan Afrika sahaja,
tapi untuk semua tempat dan negara,
merentasi tanpa sempadan dan daerah.

Adakah kamu lupa bagaimana Islam telah memakmurkan sebahagian besar dunia?

Adakah kamu lupa bagaimana Islam telah men'tamadun'kan manusia?

Adakah kamu lupa bagaimana Eropah boleh keluar daripada zaman kegelapannya?

Marilah kita kembali kepada Islam.
Kembali kepada sistem-sistem kehidupan Islam.
Kembali kepada undang-undang dan hukum hakam Islam.
Kembali kepada cara hidup Islam.

Semuanya sudah terkandung dalam Kitab Al-Quran dan Sunnah.

Islam is peace.
Islam is for all.
Islam is the only way of life.

Tuesday, February 26

Sempurna.

Malam dan siang
Pagi dan petang
Langit dan Bumi
Matahari dan bulan
Semuanya berpasangan
Hingga Adam berasa keseorangan
Bertanya kepada Pencipta-Nya
Siapakah pasanganku?
Maka dijadikan Hawa dari tulang rusuk kiri yang bengkok
Agar dapat mereka berkasih sayang
Sungguh sempurna dunia ini
Tiada yang berseorangan
Semuanya diciptakan secara berpasangan
Malangnya tak ramai yang menghargai
Lantas mendatangkan kemusnahan di muka Bumi
Hai manusia!
Belajarlah mengetahui sistem alam
Kerana kau akan temui
Asas kedamaian dan kebahagiaan yang dicari

Ketahuilah
Sistem kehidupan yang sempurna itu ialah
ISLAM


Saturday, February 23

Happy Men's Day !!!


Lelaki acuan al-Quran
Basah lidahnya mengingati Tuhan
tunduk pandangannya penuh kesederhanaan

Lelaki acuan al-Quran
lembut tuturnya dalam ketakwaan
Quran dan sunnah jadi panduan
Akhlak nabi jadi ikutan

Lelaki acuan al-Quran
hidup matinya kerana tuhan
hidup matinya kerana tuhan

Dialah lelaki acuan Quran
Jadi teladan sepanjang zaman
Jadi teman di perjalanan



AfiqAwe
Moscow @ 23 Feb 2008

***Best wishes to all men, reading my blog. =)

Sunday, January 20

Liatnya...


Liat betul Opekha ni...

Mari kita kunyah betul2...
gigit betul2...
ngap betul2...

sampai hadam betul-betul...

Lapar atau kenyang itu kita sendiri akan rasa nanti...

Friday, January 11

Hijrah Menuju Allah





Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah


*lagu yang agak kerap terdgr kat IKIM FM semalam. Best!
Klik kat sebelah itu utk play~...


Wednesday, January 9

1429 H dan Perubahan Kita...

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih saying dan banyak lagi.

Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang ingin dilakukan
dalam masyarakat sekitar anda mulai 1429 ini?


-Andai kita ini seorang yang malas menunaikan solat, tanamlah keazaman untuk melengkapi solat 5 waktu itu.

-Andai kita ini selalu malas solat berjemaah terutamanya di masjid atau surau, ayuh gerakkan kaki kita melangkah ke sana. Ajak kawan-kawan disekeliling anda sekali.

-Andai kita ini seorang pelajar yang malas, lemah dalam studies… yes, inilah masanya untuk melakukan perubahan itu!

-Andai kita ini masih banyak jahil tentang Islam, marilah… banyak majlis-majlis ilmu telah tersedia di hadapan anda. Ada usrah, ada halaqah dan banyak lagi. Hanya yang tidak terasa hausnya sahaja tidak akan nampak majlis-majlis ini.

-Andai kita ini suka banyak merapu, mencarut, mengumpat, mengeji, mengutuk dan berketawa-ketawa, ubahlah dan cantikkanlah akhlak budi pekerti kita itu.

-Andai kita ini masih hanya menutup kepala sahaja, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Andai kita ini masih hanya memakai seluar di atas lutut, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Dan andai kita masih lagi belum menutup aurat, mengapa tidak mulai 1429 H ini kita ingin berubah kepada menutup aurat?

-Andai kita ini masih kurang melakukan sunnah-sunnah Rasulullah, ambillah hijrah ini sebagai masa untuk mula melakukannya dan seterusnya berusahalah untuk menanam kecintaan terhadap baginda.

-Andai kita ini kurang membaca Quran, boleh la start buka-buka Quran itu mulai tahun ini. At least 1 page sehari…

-Andai kita masih lagi excessive layan YM, YouTube, Anime, Korea, Bloggings, Movies, SeriesTv, Bola, Games dan macam-macam lagi, inilah masanya untuk berubah dengan mengurangkannya.

-Andai kita ini mempunyai hubungan dengan pasangan laki/perempuan dalam keadaan yang ‘illegal’, ayuh usahakanlah ke arah untuk merasmikan dan meng-Halal-kan perhubungan itu.

-Andai kita ini masih terasa berada dalam zaman Jahiliyyah, Давай!! Inilah masanya untuk keluar daripada zaman kegelapan kita itu.

Dan yang paling penting,

Jika dahulu hijrah kita adalah kerana harta, pangkat, laki/perempuan dan duniawi…

Marilah betulkan niat itu….

Hijrahkanlah diri kita itu kepada Allah dan Rasul.


Andai kita tanamkan niat dan keazaman PEMBAHARUAN ini…

Dan berusahanya dengan bersungguh-sungguh...

Dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dengan Hijrah ini...

Insya Allah, Dia akan bantu kita…


Usah risau apa orang kata,

Usah malu apa orang tengok kat kita,

Semua tu tak penting,

Malu di hadapan Allah adalah lebih baik,

Daripada terasa malu dihadapan kawan-kawan kita.

Usah juga risau keampunan daripada Allah,

kerana sungguh, Dia itu Maha Pengampun.


Ingat,

Label tak penting, rupa tak peting, dan jasad pun tak penting,

Yang penting adalah hati dan amalan kita.






“Label, walau nampak je buruk, asalkan minum airnya sedap”


Hijrah Rasulullah dan umat Islam atas perintah Allah swt

bermulanya kejayaan dan kegemilangan Islam.

Hijrah kita pun…!!! Insya Allah…