Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Wednesday, January 9

1429 H dan Perubahan Kita...

SALAM MAAL HIJRAH 1429

Tahun baru menjelma lagi. Tahun baru dalam Islam ini adalah merujuk kepada sejarah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah menuju ke Madinah, atau dikenali sebagai Hijrah. Peristiwa ini sebenarnya mengandungi pengertian dan pengajaran yang amat banyak dan luas.

Hijrah ini boleh dikaitkan dengan satu tema iaitu = PERUBAHAN.

Hijrah daripada jahil kepada faham, daripada jahat kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik, daripada perbuatan syirik kepada tauhid, daripada kufur kepada iman, daripada melakukan maksiat kepada taat, daripada riak kepada ikhlas, daripada takbur kepada tawaduk, daripada malas kepada rajin, daripada khianat kepada amanah, daripada dusta kepada jujur, daripada perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih saying dan banyak lagi.

Maka hijrah dari satu amalan yang tidak diredai Allah kepada suatu amalan yang dikehendaki-Nya adalah termasuk dalam maksud hijrah yang sebenar.

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang Allah.” (Riwayat Muslim).

Apakah Hijrah anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang anda ingin lakukan
dalam diri anda mulai tahun 1429 ini?


Apakah Perubahan yang ingin dilakukan
dalam masyarakat sekitar anda mulai 1429 ini?


-Andai kita ini seorang yang malas menunaikan solat, tanamlah keazaman untuk melengkapi solat 5 waktu itu.

-Andai kita ini selalu malas solat berjemaah terutamanya di masjid atau surau, ayuh gerakkan kaki kita melangkah ke sana. Ajak kawan-kawan disekeliling anda sekali.

-Andai kita ini seorang pelajar yang malas, lemah dalam studies… yes, inilah masanya untuk melakukan perubahan itu!

-Andai kita ini masih banyak jahil tentang Islam, marilah… banyak majlis-majlis ilmu telah tersedia di hadapan anda. Ada usrah, ada halaqah dan banyak lagi. Hanya yang tidak terasa hausnya sahaja tidak akan nampak majlis-majlis ini.

-Andai kita ini suka banyak merapu, mencarut, mengumpat, mengeji, mengutuk dan berketawa-ketawa, ubahlah dan cantikkanlah akhlak budi pekerti kita itu.

-Andai kita ini masih hanya menutup kepala sahaja, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Andai kita ini masih hanya memakai seluar di atas lutut, berusahalah pula untuk berubah menutup aurat sepenuhnya dan memahami kepentingannya.

-Dan andai kita masih lagi belum menutup aurat, mengapa tidak mulai 1429 H ini kita ingin berubah kepada menutup aurat?

-Andai kita ini masih kurang melakukan sunnah-sunnah Rasulullah, ambillah hijrah ini sebagai masa untuk mula melakukannya dan seterusnya berusahalah untuk menanam kecintaan terhadap baginda.

-Andai kita ini kurang membaca Quran, boleh la start buka-buka Quran itu mulai tahun ini. At least 1 page sehari…

-Andai kita masih lagi excessive layan YM, YouTube, Anime, Korea, Bloggings, Movies, SeriesTv, Bola, Games dan macam-macam lagi, inilah masanya untuk berubah dengan mengurangkannya.

-Andai kita ini mempunyai hubungan dengan pasangan laki/perempuan dalam keadaan yang ‘illegal’, ayuh usahakanlah ke arah untuk merasmikan dan meng-Halal-kan perhubungan itu.

-Andai kita ini masih terasa berada dalam zaman Jahiliyyah, Давай!! Inilah masanya untuk keluar daripada zaman kegelapan kita itu.

Dan yang paling penting,

Jika dahulu hijrah kita adalah kerana harta, pangkat, laki/perempuan dan duniawi…

Marilah betulkan niat itu….

Hijrahkanlah diri kita itu kepada Allah dan Rasul.


Andai kita tanamkan niat dan keazaman PEMBAHARUAN ini…

Dan berusahanya dengan bersungguh-sungguh...

Dan sentiasa berdoa kepadaNya agar kita sentiasa istiqamah dengan Hijrah ini...

Insya Allah, Dia akan bantu kita…


Usah risau apa orang kata,

Usah malu apa orang tengok kat kita,

Semua tu tak penting,

Malu di hadapan Allah adalah lebih baik,

Daripada terasa malu dihadapan kawan-kawan kita.

Usah juga risau keampunan daripada Allah,

kerana sungguh, Dia itu Maha Pengampun.


Ingat,

Label tak penting, rupa tak peting, dan jasad pun tak penting,

Yang penting adalah hati dan amalan kita.






“Label, walau nampak je buruk, asalkan minum airnya sedap”


Hijrah Rasulullah dan umat Islam atas perintah Allah swt

bermulanya kejayaan dan kegemilangan Islam.

Hijrah kita pun…!!! Insya Allah…

2 comments:

azi razak said...

selamat berhijrah shbt2! entry awe kali nih sggh bagus utk kita sama2 berusaha utk berubah.. :)

berusahalah utk menjadi yg terbaik di 'mata' Allah!

-pesanan utk diri sdri gak :D-

AmiE said...

Salam Hijrah ;)

seperti yg pernah kutulis di mana2 sebelum ini..

dan hijrah itu bukan sesuatu yg mudah.
kerana ia menuntut perbuatan yg berpanjangan.
moga bersama di beri kekuatan.
dan moga smgt hijrah takkan hilang.