Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Thursday, November 15

Aku Heroes Dota...


Bacalah kisah di bawah ini. Ada seorang sahabat bagi & suruh saya postkan pada blog.... Moga-moga luahan keinsafan dan semangat ingin berubah dia akan memberi pengajaran dan tempias juga kepada kita semua. Insya Allah saya akan bantu dia...

dan kita pula bagaimana?
----------------------------------------------------------------------------------------------

Subhanallah.. Baru kali ini aku benar-benar dapat melihat kebesaran Mu ya Tuhan...

Sungguh tak disangka-sangka, pelawaan classmate aku yang pada asalnya memang aku tolak awal-awal dan kemudian hanya 'terpaksa' mengisi borang akibat terikat dengan janji kerana dia ada tolong membelikan barang, rupa-rupanya ada muslihat yang cuba Tuhan selitkan.

||| Autumn Retreat 2007 - Moscow |||

Di sinilah hati ini disentuh oleh tuan penciptanya. Hati yang tidak pernah beriman barangkali. Hati yang buta. Hati yang penuh dengan kejahiliyyahan walaupun pada zahirnya - muka dan paras rupaku, aku adalah seorang Muslim. Kesedaran yang datang itu aku terasa seolah-olah ada satu cahaya nur telah disulurkan pada hati yang gelap ini.

Pada asalnya, niat aku datang ke situ adalah untuk bersantai sahaja. Ya lah kan, datang pun sebab dah terikat janji untuk datang. Jadi, tiadalah mengharapkan apa-apa sangat. Disamping itu, boleh la juga aku berkenalan dengan member-member baru dari uni-uni yang lain.

Pada permulaan sesi program hari itu, aku memang agak blur.... Apakah yang diaorang cuba sampaikan dalam program nih? Aku masih tidak jelas... Namun, lama-kelamaan, sedikit demi sedikit aku tersentuh. Tergaman, terkejut... dan juga rasa semakin tersebak di dada....

Aku semakin terasa jelas akan matlamat program itu. Dari situlah aku mula sedar yang kita hidup ini bukanlah saja-saja je hidup. tapi... Ada Tujuan dan Ada Matlamatnya. Tuhan Maha pencipta dah letakkan segala-galanya untuk mengapa kita dijadikan olehNya di atas muka bumi.

Macam la juga main Dota; Heroes dicipta bukanlah sekadar perhiasan, tetapi perlu meng'attack' dan pandai merancang strategi untuk tawan yang bukan sekadar towers sahaja, tetapi keseluruhan kawasan musuh.


Sedangkan game 'cikai' macam itu yang dicipta oleh manusia itu ada tujuannya, inikan pula manusia yg dicipta oleh Allah, pencipta yang lagi maha Agung. Masya Allah...

Astaghfirullah...
Baru hari ini aku sedar yang aku ni dah lama 'lupa' tujuan aku dicipta.

Kalaulah aku ini part of the Heroes dalam Dota, confirmnya-lah aku tak terpilih untuk dimainkan oleh mereka (gamers) tu.
Sebab apa? Sebab aku tidak melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberi. Baik 'delete' sahaja daripada menjadi karakter hero, buat menyemak je....


Ya Allah... Syukur pada Mu... syukur yang aku masih lagi tidak di 'delete' kan oleh Mu ya Allah. Kini, aku sedar yang aku masih lagi berperanan dalam karakter Hero walaupun tidak bertugas seperti Hero.

Terima kasih ya tuhan... Kau masih memberi ku peluang. Aku berjanji peluang kali ini untuk menjadi Hero takkan aku persia-siakan...

Ampunilah dosa-dosaku kerana sering melupai Mu ya Tuhan. Berilah aku kekuatan untuk terus istiqamah di jalan ini dan Sinarilah hatiku dengan cahaya nur hidayahMu.. moga aku juga terus kuat dan tabah...

Aku ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka semua atas kejayaan dalam menjalankan program sebegini yang cukup hebat. Terima kasih juga kerana telah memandu kami ke arah ini...

Pengisian macam ini telah membuka minda, mencelikkan hati dan membuatkan aku dan kami semua berfikir sejenak - Siapakah sebenarnya kami ini? Apakah peranan kami? dan Apakah realiti yang berlaku kepada Umat Islam ini sekarang.? Yah! Akan aku cuba sampaikan apa yang aku dapat pada hari itu kepada member-member yang lain juga.

Tidak pernah seumur hidup aku untuk meluangkan masa untuk berfikir ke arah itu. Aku telah banyak membuang masa denga Dota ku itu... 24 jam ku dulu adalah Dota, Dota dan Dota.... Dah jadi jaguh Dota beberapa kali pun entah dapat apa tah? Dulu.... apabila rakan mengajak solat berjemaah, selalu sahaja aku menolak.. Apatah lagi bila azan islamic finder di komputer berkumandang... Solatku tu selalu saja aku jamakkan, bagi mudah sket aku nak main Dota... kadang-kadang srazu 3 terus bila subuh dah tak bangun...

Aduih, sungguh tertipunya aku... Mudahnya taghut, jahiliyyah, al-hawa dan barat menghancurkan aku... Setan hantar 'tentera' Dota je untuk kalahkan aku? Waarghh... malu nya!!!!

Kawan-kawan... Meh la kita berhenti main Dota !!!... Main Dota tu tak dapat menambahkan walau sedikit pun Keimanan kita kepada Allah... Tapi, lagi melalaikan kita semua pulak adalah...
lalai daripada study, tanggungjawab kita kepada umat dan paling penting lalai daripada tanggungjawab kita kepada Allah swt, Rasulullah saw, dan ibu bapa kita...


Tak payah la lagi nak guna sebab -- boleh menajamkan fikiran, boleh develop fikiran yang kreatif, boleh merapatkan 'ukhuwwah', pandai memanfaatkan masa dll.... semua tu KONON & ALASAN kita je untuk bermain..

Jom! Banyak lagi perkara yang kita dah lama tinggal - Baca Quran, Solat Jemaah, Usrah (ini lagi lama!!!) dan belajar in group....

Jom! Kita bangkit semula...! Bina balik kegemilangan Ummah ini...!

*edited from original version.

5 comments:

Anonymous said...

Semoga tuhan menjaga diri mu wahai sahabat...

istiqamah... =)

haidir yusof said...
This comment has been removed by the author.
haidir yusof said...

khas buat heroes dota...

ahlan wasahlan wahai ar-ruhul jadid(ruh yg baru)...
alhamdulillah... akhirnya hidayah allah telahpun menyapa kita...
kembali memimpin diri kita ke jalan islam...
kembali menyucikan diri kita dari jahilliyyah yg telah lama bersarang dalam hati kita...
dan kembali menyedarkan kita akan tujuan hidup kita (khalifah dan ibadah)...

sambutlah hidayah ini, jgn lepaskannya!!!mungkin ini adalah hidayah terakhir,itu kita tak tahu...jgn lepaskannya!!!

Ayuh…
Wahai pejuang-pejuang baru…
Celikkan hatimu …
Bangkitlah dari lenamu yang panjang…
Angkatlah kakimu menuju medan syahid…
Hayunkan kapakmu…
Pangkas kepala ular keparat itu…
Usah engkau buang senjata dari bahumu…
Teruskan langkahmu…
Menyahut seruan Tuhanmu…

“Wahai orang2 yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kapada Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat yang baik didalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung.”
(As-Saff:10-13)

PASTIKAN ITU ADALAH KITA!!!

haidir yusof said...

utk awe plak... :-)

janji yek...tolong bantu heroes dota sebaik yg mungkin...

moga pertolongan allah sentiasa mengiringi kalian...

Anonymous said...

tahniah ats kejayaan AR07..

tahniah juga kpd heroes dota..
semoga terus istiqamah atas jalanNya=) iAllah

cari sahabat2 yang dapat membantu, jgn biarkan hidayah yang menyapa diri dibiar sendiri=)