Boycott Israel !

"It's better to light a candle, than to curse the darkness"

Saturday, May 22

Kisah 2...

Teringat satu kisah daripada seorang sahabat, seorang Muallaf...

Puas Raja memujuk dan meng-comfort ayahnya tentang Islam. Susah hendak patahkan hujah-hujah ayahnya yang baginya amat mengecewakan.

Bukan kecewa dengan ayahnya, tetapi geram dengan realiti semasa sekarang ini yang berlaku terhadap orang Islam.

"Ayah tengok orang Melayu sama sahaja dengan kita. Mereka bercakap tentang 'main perempuan', minum arak, merokok tak henti-henti... Apa bezanya kita dengan mereka? Buat apa nak masuk Islam kalau kita dan mereka sama sahaja?"

"Ayah... Ayah kena faham yang orang Melayu itu tak semestinya ISLAM. Orang Islam bukan dan tidak mungkin buat macam yang ayah cakap itu..." Raja cuba mempertahankanya.

"Habis itu apa? Tengoklah paper hari ini... Kes-kes rape semua orang Melayu buat, orang Islam buat! Orang cina dan india mana buat macam tu!"

"Ish, kalau yang buat tu, bukan Islamlah tu namanya...!" emosi sedikit Raja kali ini.

Puas dan habis sudah dia terangkan apa maksud Islam, bagaimana Islam sebagai cara hidup, Islam yang semesti difahami.

Tetapi, akhirnya orang Melayu sendirilah yang telah merosakkan nama Islam itu dan seterusnya tidak menyakinkan orang yang belum Islam untuk menerima Islam.

Dia tetap tidak berpuas hati dengan kata-kata yang berbunyi "Masuk Islam bererti Masuk Melayu".

Ish, mana boleh! Aku kaum India tetaplah kena jadi India! Islam adalah cara hidupku, tapi rupa dan parasku tetap berbangsa India!

Baginya, dia amat kecewa apabila alasan sedemikian rupa dijadikan hujah untuk tidak menerima Islam. Memang dia kena berusaha lagi untuk meyakinkan ahli-ahli keluarganya. Namun, dia kadang-kadang terasa berat dan terbeban akibat realiti persekitaran yang dimana majoriti orang Islam di Malaysia adalah Melayu.

Dan ramai orang Melayu telah merosakkan nama Islam dengan berperangai seperti orang bukan Islam. Islam menjadi satu nama atas kad pengenalana sahaja.

Raja memahami Islam setelah lama mencari-cari. Comparison yang dibuat dengan setiap agama yang dikajinya akhirnya menemukan Islam sebagai The best way of life. Segala jawapan yang membuku dihatinya terungkai dengan Islam. Segala aspek kehidupan seorang manusia ter-cover dengan Islam. Syamil, Kamil dan Mutakamil. Menyeluruh, Lengkap dan Melengkapi.

Alhamdulillah, kini Raja ingin manusia lain pun terutamanya ahli keluarganya dan saudara-saudaranya juga dapat menikmati dan merasai kemanisan yang dia nikmati sekarang ini iaitu memahami Islam.

Dia pun ingin orang Melayu yang masih lagi mendapat Islam Warisan supaya tersedar untuk memahami Islam yang sebenar.


Editted version daripada sebuah kisah benar. Tiada kaitan hidup atau mati.
**Banyak pengajarannya...

No comments: